The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN MEREKACIPTA MERCU TANDA 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurmazdiah76, 2022-09-24 23:14:38

PERTANDINGAN MEREKACIPTA MERCU TANDA 2022

PERTANDINGAN MEREKACIPTA MERCU TANDA 2022

SK TANJONG GADING, TANGKAK, JOHOR.

SEMPENA H

ARI KEBANGSAAN K
E 65

Memupuk semangat PATRIOTISME kepada warga sekolah
DALAM BULAN KEBANGSAAN DI SAMPING Menerapkan
nilai-nilai murni melalui aktiviti kitar semula.

MEMPERKENALKAN MERCU TANDA KEBANGGAAN MALAYSIA
Melahirkan murid berfikiran kreatif dan inovatif DALAM
MENGHASILKAN MODEL MERCU TANDA NEGARA
Mengaplikasikan pengetahuan sains dalam
menghasilkan MODEL MERCU TANDA DARIPADA BAHAN
BUANGAN
MENINGKATKAN KESEDARAN tentang kepentingan
mengitar semula bahan terbuang

Tugu Peringatan Negara atau Tugu Negara dibina pada
tahun 1963 dan siap sepenuhnya pada Februari 1986. Dibina
sebagai satu penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit
yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914),

Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960)
Tujuh patung gangsa melambangkan pemimpin, getir,
persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan
pengorbanan dalam menghadapi musuh. Mempunyai ketinggian
15 meter diperbuat daripada gangsa dan direka oleh Felix
Weldon, seorang pengukir daripada Austria.
Tugu Negara juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di
dunia. Tugu negara ini rosak sebahagiannya apabila
diletupkan oleh pengganas komunis pada 6 Ogos 1975. Namun
telah dibina semula dan siap pada tahun 1986.

Menara kembar Petronas setinggi 45.9 meter (88 tingkat)
yang siap dibina pada Disember 1996 telah mencatatkan
sebagai bangunan berkembar paling tinggi di negara kita
dan juga tertinggi di dunia pada masa ini. Menara ini
direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina
Tapak asal menara ini pada masa dahulunya adalah
Padang Lumba Kuda. Tapak binaannya adalah seluas
341,783 meter persegi. Terdapat sebuah jejantas
sepanjang 58.4 meter yang menghubungkan kedua-dua
bangunan ini di aras 41 dan 42.
Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli-belah
Suria KLCC, Taman KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.
Manakala di menara satu diduduki sepenuhnya oleh
Petronas dan sebilangan anak -anak syarikatnya.

Bangunan Parlimen Malaysia ialah sebuah bangunan yang
tersegam indah di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan
merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol
perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Lokasinya
terletak berhampiran Tugu Peringatan Negara di Taman Tasik
Perdana.
Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah
menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini
menempatkan dua buah dewan utama iaitu Dewan Rakyat dan
Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat
pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-
Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama,
menyetujui cadangan pembinaan Parlimen pada Disember 1959.
Kerja-kerja pembinaan disiapkan pada September 1962, dan
perasmian bangunan Parlimen yang baru dijalankan oleh
Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail,
Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, pada 21 November 1963.
Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak
RM18 juta.

Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia, terletak di
Kuala Lumpur. Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan
dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini merupakan lambang
keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan
merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika
itu. Masjid ini juga boleh menampung seramai 15,000 orang
jemaah. Keluasan kawasan masjid negara ialah seluas 13
ekar.
Masjid ini dirancang oleh arsitek Malaysia Dato' Baharuddin
Kassim. Rupa bentuk masjid ini merupakan paduan corak
keislaman yang modern serta bercirikan arsitektur setempat,
Bentuk ukiran jeruji besi yang mengelilingi bangunan ini dan
kubah-kubah kecil yang berada di sebelah atas beranda
adalah berasaskan gaya Sarasen (Arab), Bentuk menara dan
atap berpuncak yang ada pada Masjid Negara melambangkan
kesetiaan. Konsep ini berdasarkan kepada bentuk payung
kerajaan. Menaranya pun berbentuk gambar payung yang
menguncup sedangkan atapnya berbentuk seperti sebuah
payung yang terbuka.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan
Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya
Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil
nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor
pada masa ia mula dibina 1894.
Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah
berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack
diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang
dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era
dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.
Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam
kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan
Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Malaysia di bawah Akta 645

Menara Kuala Lumpur (Menara KL) ialah sebuah menara
komunikasi yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Pembinaannya sempurna pada 1 Mac 1995. Ia menampilkan
sebuah antena yang meningkatkan ketinggiannya kepada 421
meter (1,381 kaki) dan merupakan menara tunggal ketujuh
tertinggi di dunia. Bahagian atasnya terletak pada
ketinggian 335 meter (1,099 kaki). Bahagian bawah selebihnya
mempunyai tangga dan lif untuk mencapai kawasan atas, yang
mana ia mempunyai restoran berputar yang menyediakan
ruang makan dengan pemandangan kota raya Kuala Lumpur.
Menara ini juga berfungsi sebagai balai cerap bagi meninjau
anak bulan bagi menandakan permulaan bulan-bulan qamari
terutamanyaRamadan, Syawal, dan Zulhijah, bagi menyambut
bulan puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Menara ini
merupakan titik pandang tertinggi di Kuala Lumpur yang
dibuka kepada awam

Menara Condong Teluk Intan ialah sebuah menara tangki air
yang kemudian dijadikan menara jam yang terletak di Teluk
Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan
sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah ia menyerupai
Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia
memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah
anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia
masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum
adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat
ini dilengkapi dengan jam besar. Kini, menara ini tidak
digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang
mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya
dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga,
lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi
keluarga. Kini, bangunan purba itu mendapat julukan Menara
Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang KEDUA
terpanjang di Malaysia dan KELIMA terpanjang di Asia
Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5
kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut.
Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya
Glugor, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di
Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina
pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja
sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan
kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan
yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur
tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan
(cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.













PERTANDINGAN
MEREKA CIPTA
MERCU TANDA MALAYSIA
DARIPADA BAHAN
BUANGAN 2022








Click to View FlipBook Version