SK TANJONG GADING, TANGKAK, JOHOR.
PENGENALAN
Program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran
mengenai Masyarakat Rendah Karbon (MRK) di kalangan
pelajar, guru, dan keluarga mereka dalam mencapai
sasaran pengurangan karbon untuk Iskandar Malaysia
menjelang tahun 2025
MATLAMAT
Menyebarkan pengetahuan, kesedaran dan
amalan masyarakat rendah karbon
OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada murid khasiat tumbuhan
herba dalam kehidupan.
Menerapkan kepentingan MEMELIHARA ALAM SEKITAR
melalui aktiviti MENANAM dan menjaga POKOK HERBA.
Meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah
tentang Mengurangkan pelepasan karbon.
jawatankuasa induk
taman herba setanding
info
khasiat
tumbuhan
hERBA
Serai makan
Serai makan (lemongrass) atau nama saintifiknya, iaitu
Cymbopogen citratus dikatakan berasal dari kawasan Sri Lanka
dan telah disebarkan secara meluas di kawasan-kawasan lain
seperti China, Malaysia dan Indonesia.
Serai ini merupakan sejenis tumbuhan atau tanaman rumput yang
mana batangnya digunakan sebagai bahan perisa yang beraroma
bagi menaikkan rasa makanan.
Ciri-ciri yang terdapat pada tumbuhan ini ialah batangnya
berwarna putih keunguan atau kemerahan, manakala daunnya
tirus dan melampai panjang dengan warna hijau muda.
Batang serai makan ini banyak digunakan bagi menyedapkan lagi
masakan tradisional Melayu, seperti masakan rendang, asam
pedas, kerabu dan masak lemak cili padi.
pandan wangi
Pandan wangi merupakan antara tumbuhan herba Melayu yang
mempunyai paling banyak kegunaannya dalam proses pembuatan
makanan. Daun pandan wangi ini merupakan penaik aroma bagi
banyak makanan tradisional Melayu seperti dalam pembuatan nasi
lemak, nasi minyak serta pelbagai jenis kuih muih Melayu.
Pada masa kini, ekstrak daun pandan ini merupakan antara bahan
yang penting dalam industri pembuatan roti, kek, biskut dan kuih
muih yang lain. Malah, sejajar dengan perkembangan dalam
industri makanan, ekstrak daun pandan wangi ini turut menjadi
begitu signifikan dan dikomersilkan dalam proses penghasilan
minuman berperisa.
kesum
Kesum, atau nama botaninya, iaitu Polygonum minus Huds,
merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara dan
hidup subur di kawasan yang lembap seperti berhampiran tasik atau
sungai. Kesum merupakan suatu tanaman renek yang tumbuh secara
menjalar. Daunnya panjang dan berbentuk runcing seperti anak
panah, manakala batangnya pula berbentuk silinder, berwarna
hijau dengan sedikit kemerah-merahan.
Tanaman kesum ini sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat
banyak dari segi pemakanan, di mana ia mengandungi vitamin A,
vitamin C dan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus.
Tanaman kesum ini juga banyak digunakan sebagai bahan perasa
atau perencah dan menaikkan aroma makanan tradisional Melayu
terutamanya dalam laksa dan masakan asam pedas. Kesum ini juga
boleh dijadikan sebagai ulam atau digunakan untuk dibuat
kerabu.
kunyit
Kunyit, atau dikenali sebagai Curcuma domestica dalam nama
botaninya, merupakan tumbuhan herba yang berasal dari India
dan kemudiannya tersebar luas ke negara-negara Asia Tenggara
yang lain. Kunyit mampu hidup dengan subur di kawasan yang
lapang dan terdedah dengan sinaran matahari. Daun kunyit
berwarna hijau, licin, berbentuk bujur dan meruncing pada
hujungnya serta mempunyai tangkai yang panjang.
Kunyit ini mempunyai pelbagai kegunaan dalam proses penyediaan
masakan tradisional Melayu. Kunyit bukan sahaja bertindak
sebagai bahan pewarna semulajadi yang mampu untuk
mencantikkan makanan, malah ia juga boleh memberikan perisa
dan aroma yang menaikkan rasa makanan. Daun kunyit biasanya
digunakan sebagai bahan utama bagi membalut ikan atau daging
yang dibakar, bagi menaikkan baunya. Ia juga membantu
memberikan warna kuning semulajadi kepada masakan Melayu
terutamanya dalam penyediaan pulut kuning, rendang dan gulai.
sireh
Sirih atau nama saintifiknya ialah Piper betel Linn berasal dari
keluarga Piperaceae. selain digunakan dalam upacara adat, ia
juga menjadi snek yang cukup terkenal dalam kalangan orang
tua. hal ini demikian kerana Daun sirih sangat kaya dengan
tannin, protein, karbohidrat, kalium, mineral, kalsium, zat besi,
vitamin A, B dan C.
Daun sirih juga mempunyai antioksidan dan bersifat antimikrob
yang mempercepat penyembuhan luka. Jika ada kecederaan pada
tangan misalnya, bersihkan luka tersebut. Letakkan daun sirih
yang telah ditumbuk. Kemudian, balut luka dengan kain yang
bersih. Menurut para penyelidik dari India, daun sirih kaya dengan
eugenol yang memberi sifat antimikrob dan antikeradangan bagi
proses penyembuhan luka yang lebih cepat.
Ada sesetengah orang yang mempunyai bau badan yang kuat
disebabkan masalah berat badan, hormon, pemakanan, penyakit,
ketagihan rokok dan sebagainya. Daun sirih mampu mengatasi
masalah ni.
pudina
Khasiat daun pudina turut dikaitkan dengan kebolehan
mengurangkan alahan. Kandungan asid rosmarinic dalam pudina
menjadikan ia mampu mengurangkan simptom atau gejala alahan
seperti hidung berair, mata gatal atau asma. Teh pudina juga
dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak. Secara tidak
langsung melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
Daun Pudina boleh mengatasi masalah kekembungan dan angin
perut. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan
mengeluarkan peluh. Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam
minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-
ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti
membangkitkan selera anda. disamping itu Minyak daun pudina pula
mampu menghilangkan rasa loya.
pegaga
Pegaga (Centella asiatica) atau juga dikenali sebagai pokok
antanan (Dipanggil 'pennywort' dalam Inggeris) adalah sejenis
pokok ulam dari keluarga Mackinlyaceae yang terdapat di Malaysia
serta di negara-negara ASEAN lain.
Pegaga sering dimakan sebagai ulam. hal ini kerana Pegaga kaya
dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi,
vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh
mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan
mengurangkan panas badan. Di India, pegaga diguna dalam
perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya
ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk.
Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk
antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar
untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.
lidah buaya
Nama saintifik untuk lidah buaya atau aloe vera ialah Aloe vera
linn dari keluarga Liliaceae. ia adalah tumbuhan paling banyak
khasiat yang digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak
lebih 5,000 tahun dahulu.
tumbuhan ini mengandungi air, serta pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2,
B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium,
selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino. Komponen
terbaik Aloe Vera ialah mempunyai sifat membersih dan anti-septik,
bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat.
Hasilnya aloe vera dianggap hebat untuk mengubati jerawat dan
mengekalkan kulit berseri dan segar.
lidah buaya berupaya merawat luka sehingga tidak meninggalkan
parut dan mempercepatkan penyembuhan kesan melecur, terbakar.
ia berupaya menghalang jangkitan kerana bersifat anti bakteria.
ia juga Berfungsi memelihara kulit dan membaiki sel yang rosak dan
penghasilan kolagen dan protein yang mengawal proses penuaan
kulit dan kedutan.
lidah jin
Lidah mertua atau lidah jin, adalah salah satu tanaman hiasan
yang cukup terkenal dan mudah ditemui di dalam rumah
kebanyakkan penduduk di Malaysia.
Ramai orang berpendapat bahawa daunnya yang panjang, lurus
dan tajam melambangkan sifat dan percakapan mertua mereka yang
secara tidak langsung menyumbang kepada nama tumbuhan ini.
Namun begitu, tumbuhan ini amat penting dalam kehidupan kita.
Kajian dari Universiti Harvard menunjukkan bahawa lidah mertua
adalah salah satu pembekal oksigen yang efektif dalam golongan
spesis tumbuhan yang berpotensi melawan alahan dan bertindak
sebagai pembersih udara yang dapat menyingkirkan gas-gas
berbahaya seperti benzene, formaldehyde, dan toluene
JALINAN BERSAMA
PIBG DAN KOMUNITI
(memasang jaring hitam)
sebelum
selepas
JAlinan bersama
UNIVERSITI TEKNOLOGI
MARA JASIN
fakulti perl
adangan &
agroteknologi
(28 apri
l 2022)
-lanskap taman
sebelum
selepas
AKTIVITI
BERSAMA MURID
jadual
bertugas
(MENYIRAM POKOK)
6 dahlia
6 seroja
lanskap
taman
hERBA
PENGHARGAAN
setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepadA:
PENSYARAH fakulti perladangan & agroteknologi
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JASIN
fakulti perladangan & agroteknologi UNIVERSITI
TEKNOLOGI MARA JASIN
PANITA sains
PANITIA rekabentuk teknologi
pibg & kisb sk tanjong gading
guru & staff sk tanjong gading
murid tahun 6 sk tanjong gading