wooden fan car
solar car
MODEL kereta jimat tenaga
Tarikh PELAKSANAAN :
13 JULAI 2022
Objektif :
memahami tenaga yang boleh perbaharui
MeNGENAL MODEL KERETA JIMAT TENAGA
Meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah
tentang pengurangan karbon DENGAN
PENGGUNAAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI
Sasaran :
Semua warga sekolah dan PIBG
IMPAK:
memahami penggunaan tenaga yang boleh perbaharui
untuk mengatasi impak pemanasan global dan
pencemaran udara.
KEMPEN
penjimatan
penggunaan
air
kempen penjimatan
penggunaan air
Kegunaan air yang bersih adalah penting dalam kehidupan
kita terutamanya bagi proses menyediaan makanan,
kebersihan diri dan sebagai air minuman. Pemanasan global
menjadi penyebab terjadinya perubahan iklim. cuaca yang
panas mengakibatkan mengalami krisis air bersih.
pengurangan pelepasan gas karbon dioksida dapat
mengurangi impak ini.
oleh itu, warga sk tanjong gading telah mengamalkan
amalan menghargai Air seperti berikut :
1. Ketika membasuh tangan, gunakan air secara minima.
2. Pastikan pili paip ditutup rapat selepas digunakan.
3. Gunakan baldi ketika bersuci, air ini boleh dikitar semula
untuk siraman tanaman dan sebagainya.
4. Periksa kerosakan paip, dan baiki sekiranya berkaitan.
Penjimatan PENGGUNAAN AIR
SK TANJONG GADING
Tarikh PELAKSANAAN :
2018 sehingga kini
Objektif :
Menjimatkan pengunaan AIR
Meningkatkan kesedaran pelepasan karbon dari
penggunaan AIR
Meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah
tentang kesedaran pengurangan karbon
Sasaran :
Semua warga sekolah dan PIBG
IMPAK:
Mengurangkan pelepasan karbon ke persekitaran.
tadahan
air hujan
tadahan air hujan
sk tanjong gading Menggunakan tadahan air hujan
untuk mengurangkan kos penggunaan air paip.
Tadahan air hujan juga dapat membantu semasa musim
ketiadaan air paip.
murid yang bertugas di taman herba akan menggunakan
air hujan yang dikumpul untuk menjalankan aktiviti
seperti menyiram tanaman. selain itu, air tadahan juga
dapat digunakan oleh perkerja kebersihan sekolah
untuk membasuh longkang dan lantai.
program ini bukan sahaja dapat membantu pihak
sekolah menjimatkan pembayaran bil air sekolah,
malah dapat mengurangkan pembebasan karbon
dioksida.
tadahan air hujan ini memberi banyak manfaat buat warga
sekolah disamping dapat menjimatkan bil air sekolah. Antara
kegunaan air tadahan hujan ini adalah seperti:
Menyiram tanaman hiasan dan pokok-pokok yang terdapat
di sekitar kawasan sekolah
Digunakan untuk membersihkan kaki lima sekolah
digunakan untuk membersihkan dewan sekolah
Digunakan untuk membersihkan peralatan kebun, kereta
sorong dan sebagainya.
tadahan air hujan
Tarikh PELAKSANAAN :
2019 sehingga kini
Objektif :
Memberi pendedahan kepada murid cara membuat
tadahan air hujan
Menjimatkan penggunaan air di sekolah
Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah
tentang kegunaan tadahan air hujan
Sasaran :
Semua warga sekolah dan PIBG
IMPAK:
menjimatkan bil air sekolah dan Mengurangkan
pelepasan karbon ke persekitaran melalui penggunaan
air.
eco brick
daripada
sisa plastik
eco brick daripada
sisa plastik
ecobrick adalah botol plastik yang dipadatkan
mengikut spesifikasi tertentu dengan plastik yang
tidak boleh dikitar semula iaitu 'single use plastic'
atau plastik sekali guna. Plastik itu termasuk beg
plastik gunaan di pasar raya dan bazar, pembungkus
makanan, pek ubat dan lain-lain.
sk tanjong gading telah menghasilkan ecobrick bagi
mengurangkan sisa plastik. aktiviti penghasilan eco
brick, dapat memupuk sikap kelestarian alam serta
meningkatkan nilai dan sahsiah yang lain seperti
tanggungjawab, kepemimpinan, tolong-menolong dan
ketabahan.
bahan yang diperlukan untuk membuat ecobrick
hanyalah plastik sekali guna yang dibersih dan
dikeringkan, botol plastik air mineral atau minuman
berkarbonat, sebatang kayu dan gunting.
Satu ecobrick yang mengikut spesifikasi ditetapkan
pula akan kelihatan mampat dan padat daripada
setiap sudut dan sisi botol. Setiap ecobrick daripada
1.5 liter mempunyai berat sekurang-kurangnya 500
gram boleh mengurangkan pembebasan karbon
dioksida sebanyak 1.6 kg ke udara jika ia dibakar,
eco brick daripada sisa plastik
Tarikh PELAKSANAAN :
13 JULAI 2022 HINGGA SEKARANG
Objektif :
mengurangkan sisa plastik.
memupuk sikap kelestarian alam
meningkatkan nilai dan sahsiah seperti
tanggungjawab, kepemimpinan, tolong-menolong
dan ketabahan.
Meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah
tentang kesedaran pengurangan karbon
Sasaran :
Semua warga sekolah dan PIBG
IMPAK:
Mengurangkan SISA PLASTIK DAN mengurangkan
pembebasan karbon dioksida Ke udara jika SISA PLASTIK
dibakar,
sabun
daripada
minyak masak
terpakai
sabun daripada
minyak masak terpakai
pembuangan minyak terpakai di sink sering menjadikan
penyelenggaran air sisa menjadi lebih mahal. Pembuangan
Minyak masak terpakai tidak betul, juga boleh menyebabkan
masalah pada paip dapur. Paip akan tersumbat dan
menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.
minyak masa terpakai antara bahan buangan yang boleh
dikitar semula. sk tanjong gading telah berjaya mengumpul
minyak masak terpakai sebanyak 60kg. Minyak masak terpakai
yang dikumpulkan akan dikitar semula menjadi sabun, dan
lilin.
Panitia sains sk tanjong gading telah menganjurkan
program Membuat Sabun daripada Minyak Masak Terpakai
dengan bantuan pensyarah dari fakulti teknologi
kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
program ini dapat bukan sahaja dapat Menyelamatkan Alam
Sekitar malah dapat menjana pendapatan dari hasil jualan
sabun.
sabun daripada minyak masak
terpakai
Tarikh PELAKSANAAN :
13 JULAI 2022 HINGGA SEKARANG
Objektif :
mengITAR SEMULA MINYAK TERPAKAI
memupuk sikap kelestarian alam
meningkatkan nilai dan sahsiah seperti
tanggungjawab, kepemimpinan, tolong-menolong
dan ketabahan.
Meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah
tentang kesedaran pengurangan karbon
Sasaran :
Semua warga sekolah dan PIBG
IMPAK:
MENGURANGKAN MINYAK TERPAKAI DAN menjana pendapatan
dari hasil jualan sabun.
KEMPEN
jimat
kertas
KEMPEN jimat kertas
sk tanjong gading mengamalkan penjimatan kertas dan
KITAR SEMULA. Amalan ini bertujuan mengurangkan sisa
pepejal di pejabat dan bilik guru disamping menjimatkan
kos perbelanjaan membeli kertas baharu.
amalan yang telah dijalankan ialah:
Guna semula kertas yang telah telah dicetak pada
sebelah muka sahaja untuk mengambil nota , mesej ,
mencetak deraf dan sebagainya.
Sediakan bekas bagi mengumpul kertas yang
digunakan hanya pada sebelah muka sahaja.
Laporan dan dokumen yang tertentu boleh dimuat
turun terus dari laman web dan dilihat pada skrin
computer.
gunakan ke dua-dua sisi kertas untuk mencetak
asingkan kertas yang tidak digunakan dalam kotak
kitar semula kertas.
KEMPEN jimat kertas
Tarikh PELAKSANAAN :
2018 HINGGA SEKARANG
Objektif :
mengITAR SEMULA KERTAS TERPAKAI
MENGURANGAN PENGGUNAAN KERTAS
Meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah
tentang kesedaran pengurangan karbon
Sasaran :
Semua warga sekolah dan PIBG
IMPAK:
mengurangkan sisa pepejal di pejabat dan bilik guru
disamping menjimatkan kos perbelanjaan membeli
kertas baharu.
BILIK
KURU-KURU
SETanding
bilik kuru-kuru
setanding
bilik kuru-kuru setanding telah di buka untuk semua warga
sk tanjong gading pada tahun 2021 oleh panitia sains. bilik
yang terletak di kawasan kantin ini telah dirasmikan oleh
en. abd rahman bin md amin, guru besar sk tanjong gading
pada 5 Ogos 2021.
kewujudan bilik tersebut adalah salah satu cara warga
sk tanjong gading berkongsi barangan yang masih boleh
diguna pakai kepada mereka yang memerlukan.
bilik diinspirasikan dari Budaya jepun ini juga sangat
membantu dalam proses "PENGURANGAN PEMBUANGAN SAMPAH
DAN SISA PEPEJAL". semoga budaya Jepun ini dapat menyemai
tabiat menjaga alam sekitar di kalangan warga sk tanjong
gading.
bilik kuru-kuru setanding
Tarikh PELAKSANAAN :
2021 HINGGA SEKARANG
Objektif :
Memberi pendedahan kepada murid mengenai
kepentingan kitar semula
Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid melalui
aktiviti guna semula
Meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah
tentang pengurangan pelepasan karbon bila suatu
barang diguna atau dikitar semula
Sasaran :
Semua warga sekolah dan PIBG
IMPAK:
berkongsi barangan yang masih boleh diguna pakai dan
Dapat mengamalkan konsep ‘reduce, reuse and recycle’.
program
kitar
semula
program kitar semula
bahan buangan
sk tanjong gading menjalankan program kitar semula di
kalangan warga sekolah. Kaedah ini membabitkan proses
kutipan bahan kitar semula, pengasingan sisa mengikut jenis
seperti plastik, botol, kertas dan sebagainya. Setelah
tempat pengumpulan sementara penuh, semua sisa dihantar ke
pusat kitar semula
menerusi kempen kutipan bahan kitar semula, Program ini
telah berjaya memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar
dengan pengumpulan sebanyak 2109kg barang kitar semula
Kertas - 1693.5kg
Plastik - 152.5kg
Kotak/kadbod - 150kg
minyak masak terpakai - 60kg
Tin - 26kg
Besi - 13kg
Pakaian - 12kg
Kaca - 2kg
pengumpulan bahan
kitar semula
Sebagai menyokong program masyarakat rendah karbon,
pihak sekolah telah menyediakan sebuah bilik yang
dinamakan sebagai Pusat Aktiviti.
Di pusat aktiviti ini barangan kitar semula akan dikumpul
mengikut kategorinya. Terdapat juga pengawas bertugas
yang dijadualkan menyelenggara bilik ini.
Setiap pagi hari persekolahan, murid yang membawa
barangan kitar semula akan menghantarnya ke bilik ini
untuk dikumpulkan dan ditimbang berat barangan yang
dibawa.
Kelas yang berjaya mengumpul berat barangan kitar semula
yang paling banyak akan diumumkan sebagai pemenang dan
diberi hadiah pada akhir tahun persekolahan.
program kitar semula
Tarikh PELAKSANAAN :
2018 HINGGA SEKARANG
Objektif :
Mengumpul barang-barang kitar semula
Mengasingkan bahan buangan mengikut jenis
Meningkatkan kesedaran memelihara dan
memulihara alam sekitar
Meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah
tentang kesedaran pengurangan karbon
Sasaran :
Semua warga sekolah dan PIBG
IMPAK:
berkongsi barangan yang masih boleh diguna pakai dan
mengurangkan pembuangan sisa pepejal .
Rekacipta
Kemerdekaan
Menggunakan
Barang Kitar
Semula
Rekacipta Kemerdekaan Menggunakan
Barang Kitar Semula
sempena bulan kengasaan ke 65, panitia sains sk tanjong
gading telah menganjurkan PERTANDINGAN meREKA CIPTA
MERCU TANDA MALAYSIA DARIPADA BAHAN BUANGAN.
program ini dapat mencungkil bakat murid dalam karya
seni 3D. murid berpeluang mengenali MERCU TANDA
KEBANGGAAN MALAYSIA menerusi pencarian pelbagai
maklumat dalam proses menghasilkan model mercu tanda.
murid dapat mencurah bakat dan kreativiti dalam
mengolah barang kitar semula menjadi replika yang
cantik. Murid juga dapat Mengaplikasikan pengetahuan
sains dalam menghasilkan MODEL MERCU TANDA yang kukuh
dan stabil
seterusnya, aktiviti ini juga dapat mengurangkan
pembuangan sisa pepejal dan dapat MENINGKATKAN
KESEDARAN tentang kepentingan mengitar semula bahan
terbuang.
Rekacipta Kemerdekaan Menggunakan
Barang Kitar Semula
Rekacipta Kemerdekaan
Menggunakan Barang Kitar Semula
Tarikh PELAKSANAAN :
16 ogos 2022 -31 Ogos 2022
Objektif :
Memperkenalkan mercu tanda kebanggaan Malaysia
Melahirkan murid berfikiran kreatif dan inovatif
Mengaplikasikan pengetahuan sains dalam menghasilkan model
mercu tanda dari bahan terbuang
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kitar semula /
guna semula bahan terbuang
Sasaran :
Murid-murid tahun 4,5 dan 6
IMPAK:
Murid dapat memanfaatkan barang terbuang dalam menghayati
kemerdekaan negara
Murid dapat mencurah bakat dan kreativiti dalam mengolah
barang kitar semula menjadi replika yang cantik.
Menepati konsep kitar semula.
MENGHIJAUKAN
KAWASAN
SEKOLAH
menghijaukan
kawasan sekolah
karbon dioksida adalah salah satu komponen yang diserap
oleh pokok untuk membina batang, ranting, akar, dan
daunnya. Oleh demikian, tumbuh-tumbuhan merupakan
penyerap karbon semula jadi yang penting untuk
mengelakkan pemanasan global.
Satu pokok boleh menyerap sebanyak 21kg CO2 dalam jangka
masa setahun, dan sebanyak satu tan CO2 dalam sepanjang
hayatnya.
oleh itu pihak sekolah menghias kawasan sekolah dengan
tumbuhan. panitia sains TELAH MENYEDIAKAN 2 PROGRAM IAITU
TAMAN HERBA SETANDING DAN menganjurkan kempen 1 murid 1
pOKOK untuk membantu usaha ini
semoga Daya usaha ini akan membantu menurunkan
pencemaran udara serta mengekalkan udara dan
persekitaran yang bersih demi kelangsungan hidup yang sihat
taman herba SETANDING
Selain bercucuk tanam untuk mengindahkan kawasan
sekolah, banyak lagi faedah yang diperolehi dengan
tanaman. di taman herba sekolah terdapat beberapa Pokok
Herba yang mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan.
taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan
warga sekolah tentang tanaman herba dan kegunaan-
kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa
kini.
Pada tahun ini, taman herba SK Tanjong Gading amat bertuah
kerana mendapat khidmat bantu dari pensyarah dan pelajar
fakulti perladangan & agroteknologi, universiti teknologi
mara jasin. kunjungan mereka pada 28 april 2022 dapat
memberi nafas baru pada LANDSKAP taman herba sk tanjong
gading.
taman herba setanding
Tarikh PELAKSANAAN :
2019 HINGGA SEKARANG
Objektif :
Memberi pendedahan kepada murid khasiat tumbuhan
herba dalam kehidupan
Menerapkan kepentingan memelihara alam sekitar
melalui aktiviti menanam dan menjaga pokok herba.
Meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah
tentang pengurangan pelepasan karbon dengan
menanam pokok.
Sasaran :
Semua warga sekolah dan PIBG
IMPAK:
mengenali tanaman herba disamping Menghijaukan
kawasan sekolah serta Mengurangkan kesan rumah hijau.