The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat Panitia P.Islam BIL. 2-2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fieda3181, 2021-03-29 12:12:02

Minit Mesyuarat Panitia P.Islam BIL. 2-2021

Minit Mesyuarat Panitia P.Islam BIL. 2-2021

SEKOLAH KEBANGSAAN JELUTONG BARAT
LORONG SEKOLAH
11600, JELUTONG, PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 2/2021

Tarikh : 24 Mac 2021
Hari : Rabu
Masa : 12.40 tengahari
Tempat : Musolla An-Nur SK Jelutong Barat

Kehadiran : (Cuti Bersalin)

1. Pn. Insan Sofiah Binti Ishak
2. En. Mohamad Shahir Bin Husain
3. Pn. Norulafida Binti Elies
4. Pn. Safiah Binti Humayoon Kabeer
5. Pn. Zarifah Binti Zulkifli
6. Pn. Shobariah Binti Jusoh
7. En. Noor Akmal Bin Hashim

Tidak Hadir Bersebab

1. Pn. Wan Nor Azimah Binti Wan Harun

1.0 Ucapan Alu-aluan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
(Pn. Insan Sofiah Binti Ishak)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.
1.2 Pn. Insan Sofiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada

mesyuarat kali ini.
1.3 Beliau melahirkan rasa syukur kerana ahli panitia Pendidikan Islam merupakan ahli

yang mantap dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.

Tindakan: Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat.

2.1 En. Mohamad Shahir Bin Husain mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong
oleh Pn. Safiah Binti Humayoon Kabeer.

Tindakan: Makluman

1

3.0 Perkara berbangkit. Tindakan: Makluman
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 Program Panitia Pendidikan Islam

4.1 Program Israk dan Mikraj Peringkat Sekolah

4.1.1 Program Israk dan Mikraj anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan
kerjasama Pusat Sumber Sekolah berjaya dilaksanakan pada 17,18 dan 19 Mac 2021.

4.1.2 Sasaran program ini adalah untuk murid aliran perdana tahun 1,2,3,4,5 dan 6 serta murid
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

4.1.3 Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan mewarna untuk tahap 1 dan murid
PPKI serta kuiz Israk dan Mikraj untuk tahap 2.

4.1.4 Kuiz Israk dan Mikraj serta pertandingan mewarna dilaksanakan semasa waktu PdPC
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Tindakan: Makluman

4.2 Taklimat Penataran Program Adab dan Nilai (ADNI)

4.2.1 Program yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
4.2.2 Dibawah unit ADNI terdapat 87 program.
4.2.3 Tanggungjawab guru Pendidikan Islam adalah di dunia dan di akhirat.
4.2.4 Guru Pendidikan Islam adalah dai’e di sekolah. Jangan menjadi ustaz atau ustazah yang

bermasalah.
4.2.5 Mana-mana data yang diminta oleh kementerian, hendaklah dibuat dengan tepat.
4.2.6 Laksanakan program dengan bersungguh-sungguh untuk anak murid kita.
4.2.7 Pertandingan pada tahun 2021 adalah diatas talian. Dalam apa saja bidang, asas utama

ialah kemenjadian murid. Jangan melihat untuk murid menang sahaja, tetapi hendaklah
memberi ruang dan peluang untuk murid mencuba.
4.2.8 Untuk pendaftaran dan penyertaan pertandingan adalah pada 06 Mei 2021. Link akan
disebarkan pada 26 April 2021 hingga 06 Mei 2021.
4.2.9 Penghakiman dan penjurian acara rakaman adalah pada 17-28 Mei 2021.
Pertandingan acara secara live hafazan daerah adalah pada 15-17 Jun 2021.
Pertandingan acara secara live hafazan peringkat negeri adalah pada 21-25 Jun 2021.

Tindakan: Makluman
2

4.3 Jawi Imtiyaz

4.3.1 Pelaporan akan di ambil 3 kali setahun bagi tahun 2021 dan ia akan dikurangkan kepada
2 kali setahun untuk tahun seterusnya. Sektor Pendidikan Islam JPNPP menitik beratkan
kutipan solid data.

4.3.2 Jawi Imtiyaz tidak perlu kertas kerja, memadai ‘1 page report’ berserta gambar sebagai
eviden untuk dihantar kepada PPD di mana PPD akan melaporkan kepada SPI JPNPP.

4.3.3 Pelaksanaan Jawi Imtiyaz mengikut kebijaksanaan guru, tidak terikat kepada kem. Kem
Cemerlang Jawi (KCJ) tidak perlu, memadai Jawi Imtiyaz.

4.3.4 Jawi Imtiyaz bukan menggantikan KCJ tetapi memperkukuhkan KCJ dengan modul yang
mengambil kira kandungan modul KCJ. Dengan pelaksanaan Jawi Imtiyaz (JI) ia telah
menjalankan KCJ.

4.3.5 Pelaksanaan JI adalah pada waktu PdPC Jawi dengan menggunakan Modul Jawi Imtiyaz.
4.3.5 Sasaran Jawi Imtiyaz adalah murid sekolah rendah iaitu tahun 2 hingga tahun 6 yang

belum menguasai kemahiran asas jawi dan murid sekolah menengah iaitu tingkatan 1
hingga 3 yang masih belum menguasai kemahiran asas jawi.

Tindakan: Makluman

4.4 Penggubal Soalan Pentaksiran Bertulis Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun 2021

Kelas Pentaksiran Bertulis Pertengahan Pentaksiran Bertulis Akhir Tahun
Tahun 4 Tahun
Tahun 5 Pn. Insan Sofiah Ishak (Kertas 1) Pn. Norulafida Elies (Kertas 1)
Tahun 6 Pn. Shobariah Jusoh (Kertas 2) Pn. Norulafida Elies (Kertas 2)
En. Mohamad Shahir (Kertas 1) Pn. Shobariah Jusoh (Kertas 1)
En. Mohamad Shahir (Kertas 2) Pn. Shobariah Jusoh (Kertas 2)
En. Mohamad Shahir (Kertas 1) Pn. Safiah (Kertas 1)
En. Mohamad Shahir (Kertas 2) Pn. Safiah (Kertas 2)

Tindakan: Makluman

3

5.0 Hal-hal lain

5.1 Setiap guru perlu ada rekod transit untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
5.2 Semakan buku latihan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam adalah pada bulan Jun dan

semakan buku latihan bagi mata pelajaran Bahasa Arab adalah pada bulan Oktober.
5.3 Setiap guru dikehendaki berbincang dengan penilai pertama mengenai keberhasilan

masing-masing pada 05 hingga 09 April 2021.
5.4 Semua guru dikehendaki memasukkan biodata guru, jadual waktu dan senarai nama

murid yang kita mengajar ke dalam fail panitia.
5.5 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) hendaklah ‘di print’ dan disahkan oleh guru besar.
5.6 Kemaskini fail minit mesyuarat bil.2/2021.
5.7 Headcount memerlukan dialog prestasi tahun 6 yang mengambil kira TOV 2020.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. …………………………………….
(NORULAFIDA BINTI ELIES) (EDI OSMAN BIN AHMAD)
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam Guru Besar
SK Jelutong Barat SK Jelutong Barat
Pulau Pinang. Pulau Pinang.

4


Click to View FlipBook Version