The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JUN WEI, 2021-09-04 20:23:19

TOKOH PEMIMPIN JOHOR: DATO SERI AMAR DIRAJA ABDUL RAHMAN BIN ANDAK

HASIL KARYA DARIPADA: WOO JUN WEI (SMK CHAAH, SEGAMAT)

Keywords: buku skrap,pertandingan,2021,dato seri amar diraja,abdul rahman bin andak,smk chaah,tokoh pemimpin johor,johor,malaysia

Abdul Rahman Bin Andak

(13 Jun 1859 – 10 September 1930)

Biodata Peserta

NAMA PESERTA KELAS

Woo Jun Wei 5 Bestari

ALAMAT E-MEL PESERTA

[email protected]

SEKOLAH PESERTA

Sekolah Menengah
Kebangsaan Chaah,
Jalan Kampung Jawa Baru,

85400, Chaah,
Segamat , Johor.

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
BIODATA TOKOH 2
PENDIDIKAN TOKOH 3
KERJAYA TOKOH 4
ANUGERAH TOKOH 5
SUMBANGAN TOKOH 6
NILAI YANG BOLEH DICONTOHI
PENUTUP 7-8
SUMBER RUJUKAN 9
LAMPIRAN
10
11-15

Penghargaan

Salam sejahtera saya ucapkan dan bersyukur kepada Tuhan kerana
dengan jayanya saya dapat menyiapkan buku skrap digital ini yang
telah diusahakan selama ini yang bertemakan “TOKOH PEMIMPIN
JOHOR: ABDUL RAHMAN BIN ANDAK”.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pengetua SMK Chaah, Segamat, iaitu Puan Hajah
Maziah Binti Mohamad dan guru pembimbing saya, iaitu Puan
Norazlina Binti Sulaiman (Kaunselor SMK Chaah) kerana sentiasa
memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang masa saya
menyelesaikan buku skrap digital ini mengikut kriteria-kriteria yang
ditetapkan oleh pihak penganjur.

Tidak lupa saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada ibu bapa saya, iaitu Woo Kim Wah dan Yau Soo
Ting yang turut membantu saya dan selalu memberi sokongan yang
sepenuhnya semasa penglibatan pertandingan ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu
saya menyelesaikan buku skrap digital ini dengan begitu jayanya.

Pendahuluan

Sudah terang lagi bersuluh, negeri Johor merupakan sebuah negeri
yang sangat makmur kerana negeri Johor telah melahirkan ramai
individu yang bijaksana lagi arif dan pejuang bangsa. Titik peluh dan
usaha mereka masih dihayati oleh masyarakat seluruh negara sehingga
kini.

Salah seorang daripada tokoh pemimpin Johor yang tersohor ialah
Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak. Beliau merupakan
seorang yang berpendidikan Inggeris dan dianggap sebagai antara
pembesar negeri yang sangat pintar sehingga wujudnya usaha
menyingkirkannya dari bumi sendiri.

Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak merupakan anak
Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England pada tahun
1870 sebelum memulakan kerjayanya dalam Jabatan Perkhidmatan
Awam Johor (JCS) dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan
Negeri.

Memang tidak dinafikan bahawa beliau merupakan Permata Jauhar
yang banyak meyumbang jasa dalam mengekalkan kedaulatan negeri
Johor dari diletakkan seorang penasihat oleh Inggeris.

1

Biodata Tokoh

ABDUL RAHMAN BIN ANDAK

GELARAN Dato’ Sri Amar Diraja

TARIKH KELAHIRAN 13 Jun 1859

TEMPAT KELAHIRAN Teluk Belanga, Singapura

TARIKH MENINGGAL DUNIA 10 September 1930
( Umur: 71 tahun )

TEMPAT PERSEMADIAN Brookwood Cemetery, Surrey, England

KEWARGANEGARAAN Johor, Malaysia

ANAK-ANAK - Rahmah Abdul Rahman
- Henry Abdul Rahman
- Mansor Abdul Rahman
- Walter Abdul Rahman

IBU Hawa binti Abdullah
BAPA Dato Wan Andak Bin Daeng Meng
KETURUNAN Melayu

2

Pendidikan Tokoh

Beliau mendapat pendidikan Pada tahun 1871, Abdul Rahman
awal di bawah Muhammad
Ibrahim Bin Abdullah Munsyi bin Andak mengiringi anak saudara
(Pengetua di Sekolah Melayu
Telok Belanga, Singapura). Maharaja Abu Bakar melanjutkan
Kepetahan dan kebijaksanaan
beliau menambat hati Maharaja pelajaran ke England. Sepanjang
Abu Bakar yang ketika itu
masih belum dikurniakan berada di England, selain menimba
cahaya mata.
ilmu, beliau banyak memerhati dan
3
mempelajari selok belok cara

pemikiran orang-orang Inggeris.

Pendidikan Inggeris dan

pengalaman sosial yang ditimba

menjadi bukti penting dalam

kerjaya masa depannya yang

cemerlang sebagai seorang yang lain

berpengaruh dan berjaya

memperjuang demi negara.

Kerjaya Tokoh

Berkhidmat dalam Dilantik sebagai
pentadbiran kerajaan negeri Penolong Setiausaha dan
Johor (Johore Civil Service)
Ketua Penterjemah

19 JUN 1878 1883

Dilantik sebagai Setiausaha Dinaikkan pangkat 1884
Kerajaan Negeri Johor menjadi setiausaha
yang pertama dan Ahli peribadi kepada Maharaja
Majlis Mesyuarat Negeri Abu Bakar dan Setiausaha

Hal Ehwal Luar

1885

1904 1893 Terpilih sebagai salah seorang
penasihat senior untuk
Dilantik sebagai
Timbalan perundingan dalam Perjanjian
Anglo-Johor di London
Menteri Besar
atas perkenaan 1909
Sultan Ibrahim

Meletakkan jawatan
dan bersara

4

Anugerah Tokoh

Sepanjang Abdul Rahman bin Andak berkhidmat dalam pentadbiran negeri
Johor, beliau telah dianugerahkan dengan banyak darjah kebesaran.

1886
Darjah Paduka Mahkota Johor (DPMJ/Commander)
dengan membawa gelaran Dato Seri Amar Di Raja oleh
Sultan Abu Bakar

1891
CMG

1892 Mahkota Johor (SPMJ/Grand

Dato Sri Paduka
Commander)

-
Darjah Kerabat Johor Yang Amat di-Hormati
(The Most Esteemed Family Order of Johore)

-
Order Of Franz Joseph (Austria)

-
Order Of The Osmanish And The Madjidies (Turki)

5

Sumbangan Tokoh

1885 Abdul Rahman bin Andak selaku Penasihat Sultan
1888 bertanggungjawab menasihati Sultan Abu Bakar
1893 menandatangani teriti persahabatan dengan
Inggeris demi menyelamatkan negeri Johor dari
terperangkap dengan muslihat penjajah.

Abdul Rahman bin Andak bersama putera

Abdullah Munsyi, Datuk Muhammad Ibrahim

Munsyi membuka lembaran baru

memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu

dengan mengasaskan Pakatan Belajar Mengajar

Pengetahuan Bahasa (PBMPB) di Johor Bahru.

Abdul Rahman bin Andak telah memperkenalkan
negeri Johor di mata dunia dengan
mempromosikan busana negeri Johor.

1894 Abdul Rahman bin Andak memperkenalkan peta
1895 negeri Johor yang dilakar oleh Dato Bentara Luar
apabila beliau menyampaikan ceramah di London.

Abdul Rahman bin Andak terlibat dalam
merangka Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri
Johor.

6

Nilai Yang Boleh Dicontohi

KEBIJAKSANAAN DALAM
MERANCANG STRATEGI

Kebijaksanaan Abdul Rahman

bin Andak dalam merancang

strategi memang tiada

tandingan. Beliau boleh digelar

sebagai pakar dalam hubungan

dan dasar luar negara. Beliau

telah mengembara jauh untuk

mempromosikan Johor di

peringkat antarabangsa. Beliau

turut berjaya mematahkan

usaha peluasan kuasa British

walaupun akhirnya beliau

dibersarakan daripada

pentadbiran negeri Johor atas

desakan British.

7

Nilai Yang Boleh Dicontohi

8

Penutup

Abdul Rahman bin Andak merupakan salah seorang tokoh
pemimpin Johor yang tersohor dan patut dicontohi oleh generasi
muda pada masa kini. Semangat beliau memperjuangkan dan
mempertahankan kedaulatan negeri Johor perlu dipupuk oleh
orang ramai terutamanya dalam kalangan generasi muda dan
dihayati pada bila-bila masa. Beliau telah menaburkan jasa kepada
tanah air kita dan nama mereka hendaklah disanjung dan terus
kekal terpahat dalam tinta sejarah. Kita perlulah memberi
penghormatan atas jasa yang telah disumbangkan. Titik peluh dan
usaha mereka hendaklah dikenang kerana bukan semudah-
mudahnya berjuang demi negara kita.

Tegasnya, sudah tentunya lebih ramai pemimpin yang cemerlang
dan pejuang bangsa dapat dilahirkan jika genarasi muda dapat
dipupuk sejak kecil lagi dan diberi kesedaran. Jika ditelusuri dari
sudut pandangan yang lebih mendalam, negara kita akan
membangun dengan lebih pesat dan makmur pada masa akan
datang. Sebagai generasi yang masih dapat menghirup udara
keamanan dan kesejahteraan, kita sewajarnya menjadikan mereka
sebagai contoh teladan dan menerapkan semangat perjuangan
dalam kehidupan seharian kita.

9

Sumber Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rah
man_bin_Andak

https ://wangs amahk ota.wordpre s s .com/20
10/06/20/datuk-seri-amar-diraja-abdul-
rahman-andak-tokoh-perjuang-bahasa-
melayu/

http://kesultananjohor.blogspot.com/2011/
05/dato-seri-amar-diraja-abdul-
rahman.html

https://www.thepatriots.asia/dato-seri-
amar-diraja-abdul-rahman-permata-
johor/

https://malay.wiki/content/Abdul%20Rah
man%20bin%20Andak/Laman_Utama.ht
ml

10

Lampiran

TEMPAT PERSEMADIAN ABDULRAHMAN BINANDAK
Brookwood Cemetery, Surrey, England

11

Lampiran

TELUK BELANGA, SINGAPURA
Tempat kelahiran Abdul Rahman bin Andak

12

Lampiran

MUHAMMAD IBRAHIM BIN ABDULLAH MUNSYI
Pengetua di Sekolah Melayu Telok Belanga, Singapura

13

Lampiran

KERATAN BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 3 KSSM

14 Muka Surat 214

Lampiran

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DATO’ SRI AMAR DIRAJA, MUAR, JOHOR
(Sekolah yang dinamakan menggunakan gelaran Abdul Rahman bin Andak)

15

Sekian,
Terima Kasih !

SMK CHAAH,
SEGAMAT, JOHOR.


Click to View FlipBook Version