MPU 13022 PENDIDIKAN MORAL E -FOLIO DISEDIAKAN OLEH: TRACY PHAN MING JIA (Q14SPL23F001) MONIKA MURIE ANAK ERIK (Q14SPL23F007) CALVIN ANAK FRANCIS SILIT (Q14SPL23F005)
ISI KANDUNGAN: TANGGUGJAWAB TERHADAP INDIVIDU / DIRI SENDIRI • HUBUNGGAN DENGAN TUHAN • MARUAH DIRI • KESIHATAN DIRI TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA • HORMAT KEPADA IBU BAPA • PUPUK HUBUNGAN YANG BAIK DALAM KELUARGA • JAGA NAMA BAIK KELUARGA TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT • MENGHULURKAN BANTUAN • MENJAGA KEHARMONIAN • MENJAGA KEBAJIKAN
DEFINISI MORAL : TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI KESANGGUPAN DIRI SESEORANG UNTUK MEMIKUL DAN MELAKSANAKAN TUGAS SERTA KEWAJIPAN DENGAN SEMPURNA. SELAIN ITU, KEWAJIPAN YANG HARUS DILAKSANAKAN OLEH SETIAP INDIVIDU TERHADAP KELUARGA UNTUK MELAHIRKAN KELUARGA BAHAGIA,MENINGKATKAN IMEJ DAN MENJAGA MARUAH KELUARGA Definisi moral: tanggungjawab terhadap keluarga Tanggungjawab ialah peranan yang harus dilakukan oleh setiap individu terhadap keluarganya untuk memastikan keluarganya bahagia dan juga menjaga imej serta maruah keluarga. Bagi membentuk sebuah keluarga bahagia,setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui peranan masingmasing.Bapa,ibu dan anak hendaklah mengetahui dan memainkan peranan masingmasing dengan jujur dan ikhlas Definisi moral: tanggungjawab terhadap masyarakat. Manusia merupakan makhluk yang hidup secara bersosial. Maka, seseorang individu yang tidak dapat berdiri dengan sendiri, malah saling memerlukan antara satu yang lain di tengah-tengah masyarakat. Dengan mengingati setiap individu dalam kalangan masyarakat mempunyai kepentingan yang pelbagai. Maka, setiap individu yang mempunyai kepentingan yang pelbagai harus melaksanakan peranannya sesuai dengan kepentingan-kepentingan tersebut termasuklah individu-individu seperti jiran, orang kelainan upaya [OKU] dan warga emas
TANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI SENDIRI Tanggungjawab terhadap diri sendiri merujuk kepada kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Tanggungjawab seseorang kepada dirinya sendiri terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek lahiriah dan batiniah. Dari segi aspek lahiriah, seseorang itu harus berusaha untuk mempertingkatkan kemampuan dirinya termasuklah ilmu, kesihatan diri dan maruah diri. Manakala, dari segi aspek batiniah pula, jiwa seseorang itu perlu diisi dengan sesuatu yang dapat memberikan ketenangan dan kesejahteraan seperti penghayatan kepada agama dan semangat cintakan negara. Maruah Diri Kesihatan Diri
Hormat kepada Ibu Bapa Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. Pupuk Hubungan yang baik dalam keluarga Kecanggihan teknologi menjadi salah satu punca kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan. Hal ini terbukti apabila melihat keasyikan anak muda terhadap gajet masing masing. Oleh itu, tanggungjawab memupuk hubungan yang baik sesama keluarga perlu diberikan perhatian. Jaga Nama Baik Keluarga Tanggungjawab menjaga nama baik keluarga merupakan perkara yang amat. Menjaga nama baik keluarga tentu merupakan hal yang penting. Orang tua yang sudah dengan susah payah membesarkan kita tentu berharap bahwa anaknya akan berhasil menjadi orang yang berguna. Betapa bangganya orang tua jika anak-anaknya mampu hidup dengan baik dan benar di masyarakat, menjadi anak yang berbakti pada orang tuanya, mereka akan merasa bahwa jerih payah mereka tidak sia-sia. Tanggungjawab terhadap keluarga
Masyarakat merupakan kelompok manusia yang selalu berada paling hampir di tempat tinggal kita. Segala perkara tentang diri kita, ahli keluarga kita, mengenai harta benda dan juga mengenai kerjaya selalunya terlebih dahulu diketahui oleh mereka yang selalunya berada dengan hampir dengan kita salah seorangnya adalah jiran. Bukan itu sahaja, masyarakat juga merupakan kelompak manusia yang paling sesuai untuk meminta pertolongan kecemasan ketika ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan kematian. Pertolongan seperti inilah yang kita selalunya perlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Kemuncak hubungan masyarakat yang baik dapat mambantu orang lain ketika diperlukan. Pengorbanan seupama ini sememangnya tidak mudah untuk melupakan oleh sesiapapun. Jadi, semakin kerap kita menolong orang lain, semakin kuatlah ikatan hubungan kita dengan ahli komuniti.Selain itu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan diri sendiri seperti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan, masjid, balai raya, membaiki rumah atau, ribut serta kebakaran sememangnya dapat memupuk dan menyemai semangat kesatuan sesama manusia. Ini juga merupakan salah satu bentuk saluran pertolongan yang boleh dilaksanakan dalam hidup berkomuniti. Menghulurkan bantuan TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT Semangat kerjasama, prihatin, dan kesatuan jiran merupakan salah satu cara untuk mencegah segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Jika setiap masyarakat bertanggungjawab untuk memainkan peranan dan mengambil inisiatif untuk melaporkan kepada pihak yang berwajib setiap kali mereka menyedari berlakunya perkaraperkara ganjil dan meragukan seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan sebagainya dapat dibendung dengan senang. Oleh sebab itu, jika masyarakat tabah untuk bersuara tentang gejala-gejala sosial seperti ini kepada pihak berkuasa, kerajaan juga dapatlah untuk mengurangkan segala perkaraperkara ganjil seperti iniSelain itu, semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertolenrasi antara masyarakat. Kita hendaklah bertolak ansur, mengawal diri, sabar demi mengelakkkan pertelingkahan serta perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup. Menjaga keharmonian Menjaga kebajikan Komuniti yang hidup dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah tentu dapat manjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti Jawatankuasa Pembangunan Insan Remaja yang merancang dan menyusun pelbagai aktiviti seperti kem motivasi dan program jati diri untuk memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja. Di samping itu, demi menjaga kebajikan bersama kita hendaklah menghindarkan daripada menyakiti sesama sendiri. Setiap individu perlu menjaga dari segi perbuatan mahupun lisan atau percakapan kerana percakapan yang kasar dapat menyakiti hati seseorang dengan dalam sekali dan mereka akan ingat sampai bilabila. Perbuatan menyakiti hati orang lain yang harus menghindarkan adalah seperti mengumpat, menghina, berdusta dan sebagainya. Setiap agama juga melarang pengikutnya untuk menyebarkan keburukan tentang orang lain demi menjaga aib dan maruah individu tersebut.
Setiap orang di atas muka bumi ini tidak terlepas daripada amanah dan tanggungjawab. Baik yang tua mahupun yang masih muda. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan yang paling penting sekali, tanggungjawab terhadap agama. Segala tanggungjawab ini, daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak. Akan tetapi manusia juga seorang peribadi, dan sebagai makhluk peribadi manusia mempunyai pendapat sendiri. Di samping itu, kita haruslah mengerti dan menyedari posisi kita untuk sentiasa belajar dan mengerjakan segala pekerjaan rumah dengan penuh dedikasi, kerana hal-hal seperti itulah yang akan mempengaruhi kita sendiri pada akhirnya. RUMUSAN
https://pendidikanmoralspm.blogspot.com/2008/11/tanggungj awab-terhadap-keluarga.html https://pendidikanmoralspm.blogspot.com/2008/11/tanggungj awab-terhadap-keluarga.html https://pendidikanmoralspm.blogspot.com/2008/11/bertanggu ngjawab_8901.html RUJUKAN https://nilaimasyarakat19.blogspot.com/2019/07/bab3tanggungjawap-terhadap.html?m=1 https://nilaimasyarakat19.blogspot.com/2019/07/tanggungja wab-terhadap-masyarakat.html?m=1
