LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI ABDUL SAMAD BIN AHMAD
BERKAITAN PERLAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) DI
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KIARA, SUNGAI PETANI KEDAH
PENGENALAN
Dalam tugasan EDUP 2132D ini, kami secara berkumpulan dikehendaki untuk menemu bual
seorang ahli pendidik samada guru atau pensyarah. Oleh itu, kami telah telah memilih untuk
menemu seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Kiara, Sungai Petani. Beliau
merupakan Tuan Haji Abdul Samad Bin Ahmad. Beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan
Bukit Kiara sudah hampir 32 tahun dan sedang menghitung hari untuk menamatkan
perkhidmatannya dalam bidang ini. Tuan Haji Abdul Samad sebelum ini merupakan guru
bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan mengajar subjek berikut di sekolah tersebut
kemudian beliau telah menjadi kaunselor di Sekolah Kebangsaan Bukit Kiara sehingga kini.
Selain itu, beliau juga merupakan pengusaha bagi Tadika & Taska An-Nashihin yang
terletak di Taman Arked, Sungai Petani Kedah. Justeru itu, kami bertiga sepakat untuk
memilih beliau sebagai panel jemputan temubual kerana beliau juga boleh dikategorikan
sebagai seorang pendidik yang berpengalaman dalam dunia pendidikan. Malahan beliau
bukan sahaja berpengalaman bagi pendidikan sekolah rendah sahaja namun beliau juga
berpengalaman dalam menguruskan pusat pendidikan awal kanak-kanak miliknya sendiri.
Maka sudah semestinya tidak asing lagi baginya jika dibangkitkan isu berkaitan Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC).
APA ITU KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)
Komuniti Pembelajaran Profesional diiktiraf sebagai komuniti di sekolah yang bersama-sama
berusaha secara profesional dalam melakukan aktiviti penambahbaikan pembelajaran dan
prestasi sekolah. Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan salah satu inisiatif untuk
meningkatkan kualiti guru di negara-negara maju termasuklah Malaysia. Komuniti
Pembelajaran Profesional berkonsepkan perkongsian atau perbincangan antara guru-guru
tentang amalan pengajaran mereka demi meningkatkan pemerolehan ilmu dalam kalangan
murid di sekolah. Disamping itu, pengetua sekolah juga turut berkongsi kuasa dengan guru-
gurunya. Komuniti Pemberlajaran Profesional ini secara keseluruhannya bertindak
membawa fokus sekolah berganjak daripada berpusatkan pengajaran iaitu bagaimana guru
menyampaikan pengajaran, pedagogi dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah, kepada
pembelajaran iaitu bagaimana aktiviti dalam bilik darjah mempromosikan pembelajaran.
Dalam erti kata lain, komuniti dalam mana masa mereka sentiasa tertumpu kepada
pembelajaran meski dalam kalangan mereka sendiri mahupun dalam kalangan murid
sekolah tersebut.
PRINSIP ASAS KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
( SOALAN : Bagaimana elemen yang menjadi prinsip asas bagi Komuniti
Pembelajaran Profesional dilaksanakan di sekolah? )
Tiga elemen yang terkandung sebagai prinsip asas Komuniti Pembelajaran iaitu :
i. Memastikan pembelajaran murid
ii. Budaya kolaboratif
iii. Fokus kepada pencapaian
Jika dilihat pada elemen pertama prinsip asas iaitu usaha memastikan pembelajaran murid
di mana perkara ini dapat dilaksanakan dalam kelas setiap hari bersama-sama murid ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Semua guru dan kakitangan pendidik
perlu mempunyai komitmen kolektif dan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan
standard yang tinggi untuk semua pelajar tanpa mengira perbezaan latar belakang agama,
budaya atau warna kulit. Sebagai contoh, guru boleh melaksanakan Lesson Study di mana
Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif
semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju seperti yang
dianjurkan sebagai strategi membangunkan Komuniti Pembelajaran Profesional. Lesson
Study secara amnya merupakan berkumpulan guru secara usahasama membina satu
rancangan pengajaran untuk murid masing-masing diikuti dengan memerhatikan pengajaran
dan membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran. Perkara ini jelas akan
meningkatkan kualiti profesiolisme keguruan untuk mewujudkan pembelajaran bermakna
dalam kalangan murid.
Menyentuh elemen kedua iaitu prinsip budaya kolaboratif. Budaya kolaboratif jika
difahamkan mengikut logik akal kita budaya membawa maksud keseluruhan cara hidup
manusia dari segi pemikiran, rohani, jasmani dan juga amalan untuk kesejahteraan hidup
bagi sesuatu kelompok. Manakala kolaboratif secara ringkas merupakan permuafakatan
atau kerjasama antara individu dalam menghasilkan sesuatu atau bertujuan untuk
mendapatkan sesuatu faedah daripada kerjasama tersebut. Individu yang tepat bagi
kolaboratif yang dimaksudkan adalah guru. Semua individu yang bergelar guru perlu
komited dalam bekerja bersama-sama ke arah mencapai matlamat yang sama. Selain itu,
guru juga perlu menanam budaya kolaboratif dalam kalangan guru melalui pembentukan
kumpulan-kumpulan yang berprestasi tinggi. Kolaboratif juga merupakan satu proses yang
sistematik dimana kita bekerja bersama dan juga secara berasingan tetapi secara
berhubung rapat untuk menganalisis dan memberi impak amalan profesionalisme demi
meningkatkan hasil secara individu mahupun kolektif.
Prinsip budaya kolaboratif ini sangat signifikan dalam dunia pendidikan. Amalan budaya
kolaboratif dapat :
• Meningkatkan hasil dalam pencapaian murid.
• Menyelesaikan masalah secara lebih baik.
• Meningkatkan keyakinan guru dan murid.
• Menyokong kekuatan dan menampung kelemahan ahli kumpulan yang lain dengan
bergerak secara kolektif
• Membolehkan guru mencuba idea-idea baru dan bertukar idea sesama guru
• Menyokong guru-guru baru dalam menyesuaikan diri dengan organisasi sekolah
• Menambah himpunan idea, bahan dan cara guru mengajar
Pinsip ketiga iaitu fokus kepada pencapaian. Perkara ini dilihat bukan sahaja fokus terhadap
pencapaian guru semata namun pencapaian yang melibatkan prestasi pembelajaran murid
secara keseluruhannya. Oleh itu, guru sekali lagi perlu berkolaboratif untuk berusaha
mencapai matlamat yang telah disasarkan.
AKTIVITI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DI SEKOLAH KEBANGSAAN
BUKIT KIARA
( SOALAN : Boleh cikgu kongsikan kepada kami satu contoh aktiviti Komuniti
Pembelajaran Profesional yang di laksanakan di sekolah cikgu? )
Sekolah Kebangsaan Bukit Kiara menjalankan aktiviti Komuniti Pembelajaran Profesional
Kitaran 1 bersama semua guru panitia Bahasa Melayu termasuk Tuan Haji Abdul Samad
pada setiap bulan Mei setiap tahun. Tajuk program tersebut ialah Professional Learning
Communities (PLC) Round 1. Terdapat 4 orang ahli panitia Bahasa Melayu terlibat dengan
menggunakan alat kolaboratif iaitu Lesson Study And Peer Coaching. Aktiviti ini
dilaksanakan dengan kekuatan coach dan coachee yang sentiasa bekerjasama dalam
menjayakan Program Peer Coaching dan Pai Teaching. Sebagai tambahan, coachee juga
selalu berbincang dengan coach mengenai PdPc yang akan dijalankan bersama. Selain itu,
Majlis Sayembara Bahasa Melayu juga menjadi salah satu program yang berjaya dirancang
pelan pelaksanaanya mealui sesi ini dengan kerjasama dan perbincangan guru-guru yang
terlibat. Namun begitu, terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan demi mamtuhi SOP
yang telah ditetapkan iaitu guru-guru mempunyai had untuk berkumpul secara beramai-
ramai demi menjaga SOP. Aktiviti ini mempunyai matlamatnya sendiri iaitu untuk
meningkatkan prestasi murid-murid terhadap apa yang diajar serta merancang dan
menggunakan pelbagai strategi yang berkesan melalui proses PdP.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DARIPADA HASIL PERLAKSANAAN AKTIVITI
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT
KIARA
( SOALAN : Apa komen cikgu tentang aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Panitia
Bahasa Melayu tersebut )
Perlaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) akan lebih berkesan sekiranya
dirancang dengan betul dan dilaksakan lebih awal. Selain itu, penerangan mengenai
perkara tersebut juga hendaklah dijalankan secara berterusan agar kefahaman semua guru
semakin meningkat untuk menyalurkan ilmu kepada murid dan mengaplikasikan segala
kemahiran kepada murid-murid.
PERLAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) DALAM
MATAPELAJARAN
( SOALAN : Adakah Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) boleh dilaksanakan
dalam semua matapelajaran? )
Tuan Haji Abdul Samad menyatakan bahawa Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
bukan sahaja tertumpu kepada satu mata pelajaran tertentu sahaja tetapi iainya merupakan
satu usaha secara kolektif ke arah peningkatan profesionalisme keguruan bagi melonjakkan
prestasi semua mata pelajaran maka ianya bergerak secara menyeluruh bagi semua
matapelajaran yang wujud di sekolah.
STRATEGI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)
( SOALAN : Learning Walks merupakan salah satu daripad lima strategi Komuniti
Pembelajaran Profesional, berikan contoh ringkas mengenai strategi tersebut? )
Secara ringkasnya, Learning Walks merupakan aktivti berjalan di sekeliling skeolah seperti
meninjau kelas-kelas yang sedang berjalan, makmal sains atau makmal yang berkaitan dan
memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol
atau fokus yang spesifik.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, Komuniti PembelajaranProfesional (PLC) adalah satu pendekatan
dalam perlaksanaan pemebelajaran dan pemudahcara yang unik di dalam bilik darjah untuk
membangunkan dan menambahbaik pengajaran guru-guru di sekolah. Komitmen guru yang
komited dan boleh bekerjasama secara kolaboratif dan berterusan dalam membuat inkuiri
dan kajian tindakan telah memantapkan penghasilan PdPc yang kreatif dan penyampaian
pendidikan yang jelas untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam kurikulum.