The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Masrulhuda Muhammad, 2020-03-29 03:43:29

UKURAN DATA TINGKATAN 1

UKURAN DATA TINGKATAN 1

2.2 Ukuran Data

 Imej digital ialah gambar yang dirakam dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit (O
dan 1).

 Audio digital ialah isyarat bunyi yang telah ditukar kepada nombor perduaan dan
disimpan dalam bentuk pola-pola bit.

Unit Ukuran bagi Imej Digital

UKURAN BAGI IMEJ
DIGITAL

Resolusi Dimensi Kedalaman Bit Warna

Ukuran bagi imej digital mempunyai tiga jenis iaitu:

a) Resolusi sesuatu imej merujuk kepada bilangan piksel yang terdapat pada imej
tersebut. Resolusi menentukan ketajaman dan kejelasan sesuatu imej. Ia diukur
berdasarkan bilangan piksel dalam unit dpi (dots per inch).

13 dpi 1029 dpi

b) Dimensi sesuatu imej ialah ukuran panjang dan lebar imej dalam unit piksel. Ia
biasanya dinyatakan dalam bentuk bilangan piksel panjang darab bilangan piksel
lebar.

c) Kedalaman bit warna ialah bilangan bit 0 dan 1 yang digunakan untuk menandakan
satu warna yang tertentu dalam sesuatu imej digital. Lebih banyak bit yang
digunakan, maka lebih tinggi kedalaman bit warna. Kedalaman bit warna ialah
bilangan bit 0 dan 1.

Piksel ialah elemen yang terkecil untuk paparan imej pada skrin atau dalam bentuk cetakan.

Asas Komputer Tingkatan 1, Panitia ASK SMK Seri Pulai Perdana. 1|Page
(Sumber Rujukan : Modul Inovasi Alaf Sanjung)

Unit Ukuran bagi Audio Digital

(a) Kadar sampel ialah bilangan sampel sesaat yang diambil oleh alat analog-to-digital
converter (ADC) semasa melakukan pendigitalan sesuatu audio analog. Unitnya ialah
hertz (Hz).

(b) Kedalaman bit ialah bilangan bit 0 dan 1) yang digunakan untuk mewakili aras
rakaman setiap sampel audio (bit per sample).

Resolusi sesuatu imej memainkan peranan penting dalam
sector percetakan. Bagi imej yang akan dicetak pada kertas

berkualiti tinggi, resolusi imej hendaklah dua kali ganda
daripada skrinyang digunakan untuk mencetaknya.

Contohnya, percetakan majalah menggunakan skrin yang
mempunyai 150 atau 175 dpi. Hal ini bermakna imej
hendaklah mempunyai resolusi sebanyak 300 dpi.

Resolusi Imej

Perkaitan Saiz Fail Imej dengan Format Fail

Empat contoh fail imej:

 Sesuai bagi imej yang mempunyai bilangan warna 256

Joint Photographic Experts hingga 16 juta
Groups
(JPEG)  Data imej dimampatkan untuk pengurangan saiz.
 Selalu digunakan di Internet dan kamera digital kualiti

rendah.

 Mudah dan cepat untuk dimuat turun dari Internet.

 Banyak digunakan di Internet.

Graphics Interchange  Sesuai bagi imej berjumlah warna sehingga 256 warna.
Format  Selalu digunakan untuk lukisan dan kartun yang mudah.
(GIF)  Format mampatan.
 Menyokong animasi dan membenarkan beberapa imej

disimpan dalam satu fail.

Tagged Image File Format  Sering digunakan dalam industri percetakan dan
(TIFF)
penerbitan atas meja.

 Sesuai bagi imej yang mempunyai warna berjumlah

sehingga 16 juta warna

 Boleh dimampatkan tanpa mengurangkan kualiti.

Bitmap  Sesuai bagi imej yang mempunyai bilangan warna 256
(BMP)
hingga 16 juta warna.

 Imej tidak boleh dimampatkan dan bersaiz besar.
 Imej berkualiti tinggi.

Asas Komputer Tingkatan 1, Panitia ASK SMK Seri Pulai Perdana. 2|Page
(Sumber Rujukan : Modul Inovasi Alaf Sanjung)

Perkaitan antara Kualiti, Saiz, Kedalaman Warna (Colour Depth) dan Resolusi Imej

 Lebih tinggi resolusi, dimensi dan kedalaman bit warna, maka lebih tinggi keperincian
sesuatu imej dan memberikan imej yang jelas, tajam dan menarik.

 Semakin tinggi resolusi dan dimensi, semakin banyak piksel digunakan untuk
membentuk imej. Lebih banyak piksel bermakna lebih banyak bit dan bait diperlukan
untuk menyimpan maklumat tentang piksel-piksel dalam imej dan menyebabkan saiz
imej besar.

 Semakin tinggi kedalaman bit warna sesuatu imej, semakin tinggi piksel per bit (ppb)
imej. Lebih banyak bit dan bait diperlukan untuk menyimpan maklumat piksel imej
dan menjadikan saiz imej besar.

Perhubungan antara Saiz Audio dengan Kadar Kedalaman Bit (bit depth)
 Kadar kedalaman bit menunjukkan jumlah bilangan bit yang diproseskan bagi setiap
saat audio itu dimain semula.
 Kebiasaannya kadar kedalaman bit diukur dalam bit per saat (bps).
 Cara mengukur kadar kedalaman bit:

Kadar bit = Kadar Sampel x Kedalaman bit x Saluran
(Hz) (bit)

 Terdapat dua jenis saluran audio iaitu:

(a) Audio mono b) Audio stereo

 Audio mono dikeluarkan melalui satu saluran Audio stereo manakala audio stereo

dikeluarkan melalui dua saluran audio.

Asas Komputer Tingkatan 1, Panitia ASK SMK Seri Pulai Perdana. 3|Page
(Sumber Rujukan : Modul Inovasi Alaf Sanjung)

Saiz Fail dan Kualiti untuk Audio yang Sama dalam Pelbagai Format Fail
 Format-format fail audio menggunakan teknik yang berbeza untuk menyimpan data
audio.
 Teknik yang diguna untuk pemampatan akan mempengaruhi kualiti audio dan saiz
fail audio.
 Antara jenis-jenis fail audio ialah:

WAVE atau WAV  Data audio format ini adalah dalam bentuk tidak mampat dan
fail cenderung bersaiz besar.
iaitu
Waveform Audio File  Biasa digunakan untuk menyimpan rakaman audio digital
berkualiti tinggi iaitu kadar sampel yang tinggi
Format
 Format yang memampatkan data audio dengan membuang
MP3 data yang dianggap tidak boleh didengar atau tidak kritikal
untuk pendengaran.
iaitu
MPEG Layer III  Sering bersaiz kecil dan mempunyai kualiti audio yang lebih
rendah.

MIDI  Format merekod dan mengawal nota bagi setiap peralatan
muzik.
iaitu
Musical Instrument  Tidak menyimpan bunyi dalam bentuk pola-pola bit 0 dan 1.
 Menyimpan satu set arahan dan data yang berkaitan seperti
Digital Interface
not muzik, lagu muzik, bunyi peralatan muzik dan akan
mengarahkan kad bunyi dan perisian menghasilkan muzik
pada komputer.

Penukaran Saiz Data dari Bit ke Bait, Kilobait, Megabait, Gigabait dan Terabait
bagi Fail Audio dan Imej

• Unit data terkecil bagi komputer ialah bit, 1 bait=8 bit.
• Unit storan data ialah bit, bait, kilobait (KB), megabait (MB), gigabait (GB)

dan terabait (TB).
• Saiz fail audio digital boleh dikira dengan cara:

Saiz fail = Kadar Kedalaman Bilangan x Durasi
audio Sampel Saluran audio
x bit x (mono=1, (saat)
(Hz) stereo =2)
(bit)

Asas Komputer Tingkatan 1, Panitia ASK SMK Seri Pulai Perdana. 4|Page
(Sumber Rujukan : Modul Inovasi Alaf Sanjung)


Click to View FlipBook Version