The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Pengalaman Pesakit.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by My Flower English, 2019-10-15 23:31:40

Sihir Penunduk

Kompilasi Pengalaman Pesakit.

Kandungan 3-7

1. Jenis-jenis Sihir 8
9 - 10
2. Sihir Penunduk I
Ringkasan 11
Artikel 12 - 14

3. Iktibar: Kekejaman Sihir Penunduk 15
Ringkasan 16 - 18
Artikel
19
4. Peranan Sama Besar Kekalkan Kebahagiaan. 20 - 22
Ringkasan 23 - 25
Artikel
26
5. Sihir Penunduk II
Ringkasan
Artikel

6. Ayat Ruqyah Untuk Gangguan Jin dan Sihir

7. Bacaan/Rujukan Lanjut

Jenis-jenis Sihir

PENGENALAN
Hubungan manusia dan sihir merupakan hubungan yang cukup lama, ia terbentuk sewaktu
awal kejadian manusia diatas muka bumi ini sehinggalah hari ini. Berpunca dari perasaan
dengki, cemburu, cinta serta kasih dan sebagainya mewujudkan ilmu sihir ini. Untuk
membicarakan pengertian sihir secara terperinci adalah terlalu sukar, ini memandangkan
sihir terlalu seni untuk dibicarakan.
a) Berkata Ibnu Manzur : “Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan
mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu
daripada bentuknya yang asal”
b) Ibnu Qayyim: “Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh yang jahat
(jin&syaitan).”
c) Abu Laits berkata : “Sihir adalah suatu perbuatan yang di lakukan dalam rangka
mendekatkan diri pada syaitan dengan bantuan syaitan tersebut.”

TAKRIF SIHIR
Al-Qurtubi dalam menakrifkan sihir menyebut bahawa sebahagian dari jenis sihir memiliki
pengaruh terhadap hati seseorang seperti: perasaan cinta, benci, mendapatkan kebaikan
dan musibah, di samping itu mampu terkesan kepada sakit badan atau sebuah ungkapan
tentang perkara yang tidak nampak pada pandangan kasar manusia tetapi mampu dimiliki
bagi mereka yang berusaha untuk menyakiti orang lain seperti menganggu kesihatan, harta
kekayaan atau hubungan antara manusia dengan menggunakan mentera dan alat alat
khusus.

DALIL AL QURAN
Kedapatan hujjah yang kukuh terhadap sihir ini antaranya dalam surah Al Baqarah ayat 102
(terjemahan). (Tafsir Al-Qurtubi 2/55) “Dan mereka mengikuti apa-apa yang dibaca oleh
syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu
mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya syaitan-
syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan
apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut,
sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan:
“Sesungguhnya kami Hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka
mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan
antara seorang (suami) dengan isterinya. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat
dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah dan mereka mempelajari
sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi,
Sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (Kitab Allah)
dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan
mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka Mengetahui.”

DALIL HADIS
Rasulullah s.a.w menerangkan permasalahan sihir ini di beberapa keadaan antaranya seperti
hadis yang diriwayatkan oleh Bajalah bin ‘Abdah meriwayatkan bahwa Umar bin Al-
Khaththab -Radhiallahu ‘anhu telah menetapkan perintah, iaitu: “Bunuhlah tukang sihir laki-
laki maupun perempuan.” Kata Bajalah selanjutnya: “Maka kami pun melaksanakan
hukuman mati terhadap tiga tukang sihir perempuan.”

DALIL SIRAH
Pada tahun ke 7 hijriah selepas balik dari Hudaibiyah, seorang penyihir Yahudi yang terkenal
telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah merasakan seolah-olah telah bersama
dengan isterinya selama enam bulan sedangkan ia tidak bersama. Sehinggalah Rasulullah
didatangi oleh malaikat Jibril dan Mikail berada di kepala Rasulullah dan di hujung kaki
Rasulullah lalu di beritahu yang Rasulullah s.a.w telah disihir dan sihir tersebut di letak di
dalam telaga Zarwan sehinggalah Rasulullah mengambil bahan tersebut dan ditanam bahan
tersebut.

SIFAT YANG ADA PADA PENYIHIR
1- Mempersembahkan hidup dan matinya untuk syaitan serta semua milik harta dan
keturunan untuk syaitan.
2- Harus bersedia untuk mendurhaka kepada Allah.
3- Harus menjadi keras hatinya dari perasan kasihan kepada mangsa.
4- Tidak takut dan gentar ketika datangnya jin atau iblis walaupun dalam keadaan yang
menakutkan.
5- Tidak ada perasaan penyesalan apabila ia melakukan khianat dan tidak dibantu oleh iblis
dalam kerja terkutuknya dan seharusnya ia sentiasa merintih kepada iblis dalam setiap
kerjanya.
6- Harus ada keyakinan dengan mantap kepada kekuatan syaitan dan harus baginya
memusuhi agama Islam.
7- Seboleh mungkin memencilkan diri dari orang ramai kecuali apabila menjadi satu tuntutan
dalam ilmu sihirnya dengan tujuan untuk mendatangkan mudharat kepada manusia.

CARA PENYIHIR MENIMBULKAN KESAN KEPADA BADAN
Terjadinya hubungan bahan-bahan ini dengan orang yang di sihir dengan cara :
1- Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau
meminumnya agar pengaruh sihir masuk kedalam badan.

2- Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di
sihir. Jika orang tersebut melangkahinya maka terkena sihir ini.
3- Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan
yang boleh di tampal di tanam , ditusuk di balikkan patung, ditanam atau di masukkan
kedalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir
dengan bau peluhnya.
4- Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir.

JENIS-JENIS SIHIR
1- Sihir pemisah (perceraian)
Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara
suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan,
berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua
perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di
duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa
bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh
mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah.

2- Sihir Percintaan (penunduk)
Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama,
tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dan selalu ingin
bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan

3- Sihir membatal atau menunda perkahwinan
Biasanya melalui 2 cara jin merosakkan.
a) Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang
atau menikahinya.
b) Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar, ia memberi
khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian maka setiap lelaki yang
meminangkan mengundur diri tanpa sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.

4- Sihir yang mengikat lelaki dan perempuan
A) Kepada lelaki :
1) sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat
kelamin tidak mampu berfungsi.
2) alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri
alat kelaminnya hilang fungsi.
3) Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang
fungsi.
B) Kepada perempuan :

1) Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina
isteri.
2) Ketika ingin mengauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama
kerana halangan perasaan atau kesakitan.
3) Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah
tersebut berhenti.
5- Sihir dimandulkan
Tidak dapat zuriat walau pun di sahkan oleh doktor pakar bahawa ia tidak mempunyai
masalah.
6- Sihir pukau
1) Menyebabkan seseorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui
pandangan, pendengaran atau anggota Badan yang lain. Ia sudah berada di bawah
penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau
tersebut.
2) Menyebab mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Bagaimana terjadi pukau?
1) pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (memberi salam dan
mengarahkan).
2) Melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa. Rasululullah
menyebut : “Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena
kepada hati mukmin.”

7- Sihir Gila
Mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang tidak
sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang tidak ada
arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.

8- Sihir Sakit anggota badan
Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali di
serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan
semangat dalam melakukan aktiviti seharian.

9- Sihir Pendarahan (Darah istihaadah)
Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa
kebiasanya. Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah yang keluar dari kemaluan
wanita selepas hari hari haid sebagaimana biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah
orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah
keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah
Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut : “Sesungguhnya darah itu hasil sepakan
syaitan, syaitanlah yang menendangnya”

10- Sihir Santau
Santau di bahagikan kepada dua bahagian:
1) Santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di
tujukan kepada seseorang.
2) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur,
ulat mati berangan dan sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada
yang ingin dituju tanpa dibaca. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang
seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk berdarah serta kulit membengkak
pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya kalau sekiranya tahap yang kritikal seseorang
tersebut akan Nampak kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.

11- Sihir Penutup
Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan,
lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan
walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di
buka.

TANDA -TANDA TERKENA SIHIR
1) Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
2) Mimpi yang menakutkan
3) Sakit dada dan resah menjelang senja
4) Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang
bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
5) Mula nampak alam ghaib
6) Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan
sebagainya
7) Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
8) Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
9) Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.
PENUTUP
Mudah-mudahan kertas kerja yang ringkas ini akan berjaya membuka sedikit ruang ilmu agar
menambahkan lagi amalan kita di sisi Allah agar kita terjauh dari syirik kepada Allah.
Wallahua’lam.
Akhukum fiddin
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Pengamal Perubatan Di Thibbun Nabawi, Shah Alam
http://www.fatehteam.com/jenis-jenis-sihir/

Sihir Penunduk I

Ringkasan

Tanda-tanda Sihir Penunduk
- Hati akan berdebar-debar, ketakutan dan gelisah.
- Sentiasa mengingati dan memikirkan si pemakai.
- Takut dan berdebar-debar bila berhadapan dengan si pemakai
- Solat tidak khusyuk
- Sukar memberi perhatian kepada sesuatu pekerjaan.
- Sukar bercakap dan menjadi pendiam
- Rasa perkara berulang-ulang.

Macam mana nak tahu anda telah disihir?
Dengarkan ayat-ayat ruqyah.

Sihir Penunduk I

Kredit Sumber: https://dopelopey.blogspot.com/

Hampir 10 bulan dah aku terkena dengan buatan orang ni ataupun sihir. Aku perasaan yang
aku terkena sihir ni pada akhir bulan 5 tahun 2016 yang nak dekat-dekat nak masuk bulan
puasa tapi pada masa tu saya memang bingung nak percaya ke tidak sebab first time kot
kena benda-benda macam ni...yes sampai lah akhir bulan 11 baru aku 100% percaya yang
aku dah kena dengan sihir ni. Nak tahu macam mana aku yakin sangat yang aku dah terkena
sihir ni kejap lagi aku cerita. Ini lah kerja jin, kerja dia nak membingungkan si mangsa tu,
sampai 5 bulan sekali aku nak kena percaya kah tidak yang aku dah kena sihr. Korang kena

hati-hati lah dengan sihir ni sebab once u kena fuhhh meleleh tau tak... .

Sihir ni ialah ilmu yang berkaitan dengan perbuatan secara halus melalui pertolongan jin
yang bertujuan untuk menyakiti manusia atau mangsanya yang dilakukan oleh tukang sihir.

Jadi sihir ni lakukan untuk menyakiti mangsanya ataupun untuk memenuhi kepentingan diri
si pemakai. Pemakai sihir selalunya akan meminta bantuan tukang sihir untuk menghantar
sihir kepada si mangsa tapi kadang-kadang si pemakai juga mungkin adalah seorang tukang
sihir. Semenjak aku dah kena sihir ni banyak lah research yang aku dah buat. Ntah apalah
perasaan si pemakain ni kan dah desperate sangat ke bodoh lah. Macam nak tampar-tampar
pulak muka dia tu, memang pun nak tampar. Aihhhh.......terbayang-bayang pulak aku nak
belasah perempuan tu sial. Sampai nak minta bantuan jin pulak, tapi memang pun keluarga
tukang sihir mengamalkan sihir sejak dari dulu.

Jenis sihir yang aku nak cerita kat korang ni adalah Sihir Penunduk. Bagi mangsa yang
terkena sihir ni ia akan menyebabkan mangsa menjadi takut kepada si pemakai. Sebagai
contoh, mangsa akan berdebar-debar, badan bergetaran dan ketakutan yang melampau
apabila terserempak dengan si pemakai, si pemakai pulak akan memainkan peranan lah nak
takutkan si mangsa ataupun nak test adakah sihir tu sampai kepada si mangsa (si pemakai ni
sebenarnya lemah sampai guna ilmu hitam untuk tundukkan orang yang dia benci) pada
masa tu juga mangsa akan perasan yang kenapa dia takut sangat dengan orang tu dan
kenapa banyak perasaan yang timbul bila terserempak dengan dia (mangsa tidak sedar atau
sedar dia telah disihir). Lagi satu kalau si mangsa berkumpul dengan rakan-rakan dan
keluarga dia akan sukar untuk berkata-kata dan berinteraksi sekiranya si mangsa sedar yang
si pemakai ada berhampiran, mulut dia bagai terkunci dan sukar untuk berfikir apa yang dia
nak katakan, lagi-lagi kalau si pemakai bersuara maka si mengsa pun mulalah berdebar takut
dsb. see...

Tanda-tanda Sihir Penunduk :
- Hati akan berdebar-debar, ketakutan dan gelisah
- Sentiasa mengingati dan memikirkan si pemakai
- Takut dan berdebar-debar bila berhadapan dengan si pemakai
- Solat tidak khusyuk
- Sukar memberi perhatian kepada sesuatu pekerjaan

- Sukar bercakap dan menjadi pendiam
- Rasa perkara berulang-ulang

Cara nak tahu sekiranya anda telah disihir adalah dengan mendengar ayat-ayat suci al-
quran seperti ayat ruqyah. Klik link ini untuk mendengar ayat ruqyah
>>https://www.youtube.com/watch?v=WDrgC9b2SUs&t=276s. Masa mangsa sihir ni
dibacakan dengan ayat ruqyah dia akan rasa panas yang sedang bergerak-gerak pada
bahagia tengkuk dan belakang. mual dan muntah-muntah sehingga mata berair, sesak nafas
dan rasa nak mengeliukkan badan lah. Semua reaksi tersebut adalah disebabkan jin berasa
panas bila terdengar ayat ruqyah dibacakan. Bagi mangsa yang dah terkena sihir ni kena
banyak-banyakkan baca ayat kursi dan 3 qul bila berhampiran dengan si pemakai atau orang
yang anda takutkan tu sebab dia boleh batuk-batuk dan pening kepala, masa tu korang buat
tak tahu jelah pura-pura buat kerja lain. Selain tu, korang boleh sumbatkan earphone dalam
telinga korang dan pasang lagu fav korang atau disarankan dengarlah ayat ruqyah dengan
volume yang kuat sambil buat kerja korang lah. Ini jelah cara yang boleh dibuat bila
berhadapan dengan si pemakai tu. Korang mesti ada instinct yang menyatakan seseorang itu
lah yang menyihir anda. Bismillahirohmanirahim..

Iktibar: Kekejaman Sihir Penunduk

Ringkasan
1. Bila mangsa sihir tidak percaya yang dia sakit, bantulah dia dengan dengan cara
membacakan ayat-ayat al-Qur'an (ayat 61 surah Al-An`am, ayat 57 surah Hud dan ayat 118
surah Al-A`raf) secara berterusan kepada air atau makanan lalu diberikan kepada pesakit.

2. Cara lain, ahli keluarga mengamalkan ayat-ayat ini secara berterusan. Mudah-mudahan
sihir terbatal.

3. Sekiranya ada tanda-tanda perubahan yang positif pada diri pesakit, segeralah dirawat
kerana sihir ini hanya akan berjaya ditangani sepenuhnya sekiranya mangsa sedar dirinya
sakit dan mahu dirawat.

Iktibar: Kekejaman Sihir Penunduk

Sumber:
http://prinasrullah.blogspot.com/2015/04/iktibar-kekejaman-sihir-penunduk.html

Bermula dengan kedatangan seorang suri rumah saya namakan sebagai Nazirah, yang sekian
lama menderita bersama suaminya. Badannya kurus kering seperti sekian lama tidak makan
tetapi hakikatnya beliau sangat kuat makan seperti mana yang dikhabarkan suaminya.

Kedatangannya seperti orang bodoh dan tidak bermaya dan seperti tidak mengerti suatu
apapun. Ternyata bacaan rukyah memaksa makhluk halus yang bertapak di dalam tubuhnya
mula bertindak-balas. Matanya mula meliar dan dengan tiba-tiba, beliau bingkas bangun dan
melarikan diri secepat kilat. Pintu gril pusat rawatan ditolak begitu sahaja walaupun ianya
berselak. Kelam kabut kami perawat termasuk suaminya mengejar beliau. Alhamdulillah
beliau hanya berdiri terpacak seperti sebuah patung di tengah-tengah jalan di hadapan
pusat rawatan kami, terpaksalah suaminya menggendongnya masuk semula.

Seperti kebiasaannya makhluk ini akan menjerit-jerit, memaki-hamun dan bertindak agresif
namun kami tidak melayani karenahnya. Jin yang merasuk ini langsung tidak mahu
bekerjasama untuk berbicara. Selalunya teknik mendera jin hanya kami gunakan sebagai
pilihan terakhir sekiranya kesemua teknik lain gagal. Jin ini rupa-rupanya makan pujuk juga
dan akhirnya jin itu mula menangis terisak-isak apabila ditanyakan soalan-soalan kepadanya
namun ia kelihatan seperti tidak mahu berbicara di hadapan khalayak ramai maka segera
saya pegang lengannya dan menarik beliau ke bilik rawatan lain setelah diizinkan suaminya.

Berseorangan dengan jin ini saya memujuk lagi dengan menjanjikan kebebasan baginya dari
genggaman tuannya. Ternyata jin tersebut tersentak dengan tawaran saya lalu bertanya
dengan nada yang hambar “boleh ke? Seolah-olah ia tidak percaya perkara seperti itu boleh
dilaksanakan lalu ia kembali membisu. Seperti tidak mengendahkan tawaran saya maka saya
katakan padanya “baiklah kalau kau tak mau maka terpulanglah!!”, lalu saya bangun
meninggalkannya. Sebaik sahaja saya mula beredar terus sahaja jin itu bersuara “nanti
dulu!!”. Dari dialog ini, jin tersebut meminta saya mendapat penjelasan masalah ini dari
suami pesakit dan mahu saya membantu melepaskannya dari genggaman tuannya yang
katanya zalim. Masha Allah, jin mengatakan manusia zalim.

Ahli keluarga pesakit yang hadir saya jemput ke dalam bilik rawatan dan mula bertanya
apakah yang telah berlaku. Menurut suami Nazirah, keluarga isterinya ini telah mengalami
masalah perpecahan keluarga yang teruk bermula apabila seorang kakak Nazirah berkahwin
dengan seorang lelaki. Perkahwinan ini ditentang oleh kebanyakan ahli keluarga mereka
kerana lelaki tersebut merupakan seorang pemabuk, suka berfoya-foya dan sememangnya
tidak pernah dilihat mendirikan solat tetapi lebih berbangga dengan ilmu kebatinan dan
perbomohan yang ada padanya.

Walaupun ramai ahli keluarga tidak bersetuju, ia amat menghairankan kerana ibubapa
Nazirah dan kakaknya tiba-tiba sahaja menerima lamaran dengan tangan terbuka. Setelah
berkahwin bermulalah episod serang menyerang sesama ahli keluarga. Bagi mereka yang
tidak sehaluan dengan lelaki ini akan menderita teruk terutama Nazirah, suaminya dan ibu

mereka. Maka jadilah keluarga ini berpuak-puak sesama sendiri. Motif lelaki menggunakan
ilmunya menyerang Nazirah dan ibunya supaya mereka datang melutut padanya memohon
maaf dan tidak lagi menentang kemahuannya. Na`uzubillah, mertua dan adik ipar sendiri
disihir dengan sihir penunduk supaya melutut padanya.

Jin di dalam badan Nazirah sudah berpaling tadah malangnya usaha untuk mengeluarkannya
gagal. Cubaan untuk memindahkan jin tersebut ke dalam mediator juga gagal, ternyata jin
tersebut telah diikat dengan begitu kuat ke tubuh Nazirah. Sememangnya sihir jenis ikatan
seumpama ini hanya boleh dirawat setelah ikatan itu dibuka.

Sebagaimana yang telah dijanjikan pada jin tersebut, saya memulakan pembacaan ayat-ayat
Al-Quran untuk memutuskan ikatan-ikatan tersebut. Sebaik selesai bacaan maka saya
makrifatkan supaya ikatan itu putus. Ketika inilah Nazirah terpelanting dan terlentang
dengan begitu kuat melebihi bantal yang kami sediakan dan kepalanya terhantuk pada
dinding dengan begitu kuat. Masha Allah, Nazirah terus sedar dari kerasukan dan menangis
di ribaan ibunya kerana kepalanya terlalu sakit.

Setelah kesakitan dan tangisan Nazirah reda barulah rawatan kami teruskan. Ruhaniah lelaki
terbabit segera kami seru ke dalam mediator setelah ayat-ayat pemecah benteng dibacakan.
Beliau terus menundukkan kepala sebaik berada di dalam mediator, namun beliau tetap
berdegil tanpa mahu bertolak ansur. “Kalau hang boleh sakitkan orang, kami pun boleh
sakitkan hang!” ujar saya kerana sudah tidak ada jalan keluar selain dari membalas
perbuatannya yang zalim.

Sebaik sahaja saya mulakan zikrullah, lelaki tersebut mula gelisah dan menggelabah. Dia
mula mengeluh kerana kepanasan dan keadaannya makin lama makin teruk dan terdesak.
Saya teruskan juga zikrullah mudah-mudahan beliau mendapat pelajaran dan saya hanya
berhenti setelah lelaki itu mula mengalah.

Ketika saya berzikir ini, zahir lelaki tersebut sememangnya kepanasan dan beliau tidak
mampu menanggungnya lalu cuba menghubungi rakannya di pantai timur untuk
memulihkan keadaan. Beliau telah tergesa-gesa memandu kereta sambil menanggung
penderitaan yang amat sangat ke destinasi yang hanya dia mengetahuinya namun tidak
kesampaian kerana tubuhnya membengkak dan kesakitan hinggakan beliau tidak dapat
meneruskan perjalanan. Akhirnya beliau terpaksa juga menghubungi seorang saudara
kepada isterinya yang paling hampir dengan lokasi beliau berhenti agar menolongnya sambil
berpesan agar kejadian ini jangan dimaklumkan kepada sesiapa. Namun permintaan ini
menimbulkan kecurigaan dan akhirnya tembelangnya pecah dan berita ini sampai juga
kepada kami tetapi semasa sesi rawatan yang lain.

Selepas sesi rawatan seterusnya barulah Nazirah pulih sepenuhnya namun kakaknya yang
menjadi mangsa sihir penunduk masih tidak dapat dirawat kerana dirinya sendiri tidak
pernah percaya bahawa ia sedang sakit. Inilah masalah utama sihir ini.

Kami didatangi beberapa kes seumpama ini berturut-turut selepas Nazirah dan dengan
berbagai bentuk penderitaan kepada mangsa dan ahli keluarga mereka. Ada suami yang

menceraikan isterinya kerana terlalu ikutkan perempuan lain, ada anak yang tidak mengakui
ibunya dan berani mengancam akan menendang ibunya sendiri, ada juga anak yang memaki
hamun ibunya sendiri, ada isteri yang menyepak suaminya di hadapan ibubapa sendiri, ada
isteri yang dibelasah dan dibaling dengan spanar, ada isteri yang suaminya tidak mahu lagi
bersentuhan kerana dianggap seperti najis “babi” , ada juga isteri yang dihentak kepalanya
ke dinding, ada suami yang membawa parang dan golok apabila tidur bersama isterinya
kerana menganggap isterinya curang, ada suami yang sanggup meninggalkan isteri dan anak-
anak ditengah-tengah malam kerana panggilan telefon dari kekasih dan ada juga orang yang
paling dibenci tiba-tiba dicintai hingga sanggup bergolok-bergadai.

Kesemua ini adalah antara penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang menjadi
mangsa kekejaman dan kezaliman pengamal sihir penunduk ini yang pastinya sudah hilang
ras kemanusian tetapi penuh dengan ras kesyaitanan. Adalah sukar untuk melumpuhkan
terus sihir jenis ini kerana mangsa sihir tidak pernah sedar bahawa dirinya disihir dan
sekiranya ada orang yang memberitahunya, pasti orang tersebut dianggap sebagai
musuhnya sedangkan orang yang menyihirnya dianggap kawan yang terbaik.

Sekiranya didapati ada di kalangan keluarga atau kawan-kawan kita terkena sihir jenis ini
harap ada yang sudi membantu kerana mereka tidak mungkin mampu membebaskan diri
mereka sendiri dan salah satu kaedah untuk membantu mereka ialah dengan membacakan
ayat-ayat ini secara berterusan kepada air atau makanan lalu diberikan kepada pesakit
secara diam-diam dan sekiranya bimbang diketahui pesakit maka memadailah ahli keluarga
di dalam rumah itu mengamalkan ayat-ayat ini secara berterusan mudah-mudahan sihir
yang dikenakan itu terbatal. Ayat-ayat tersebut ialah ayat 61 surah Al-An`am, ayat 57
surah Hud dan ayat 118 surah Al-A`raf. Sekiranya ada tanda-tanda perubahan yang positif
pada diri pesakit, segeralah dirawat kerana sihir ini hanya akan berjaya ditangani
sepenuhnya sekiranya mangsa sedar dirinya sakit dan mahu dirawat.

Wabihi wallahu a`lam.

Peranan Sama Besar Kekalkan Kebahagiaan

Ringkasan:
1. Amalan menundukkan pasangan menggunakan azimat, jampi, doa mahupun makanan
yang tercemar adalah haram.

2. Memilih cara salah untuk menundukkan pasangan demi meraih kasih sayang dan
perhatian, biasanya tindakan mereka akan disertai pihak ketiga iaitu jin, syaitan dan
sebagainya.

3. Perbuatan ini haram kerana seolah-olah kita merampas kewarasan pasangan. Isteri atau
suami menjadi bodoh gara-gara dikenakan sihir penunduk.

4. Amalkan doa untuk mengikat kasih sayang dalam keluarga. Antaranya surah ar-Rum ayat
21.

5. Ilmu pengasih yang dibenarkan dalam Islam ialah berhias dengan kaedah yang halal dan
tidak mengubah kejadian Allah SWT.

Amalkan 3 perkara untuk kedamaian rumahtangga.
- Beri salam ketika masuk rumah.
- Amalkan bacaan tiga Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
- Amalkan bacaan penghujung ayat 57, Surah Hud setiap kali selepas solat. Ini bertujuan
menyelamatkan diri daripada gangguan manusia, jin dan iblis,”

Peranan Sama Besar Kekalkan Kebahagiaan

Intan Mas Ayu Shahimi
[email protected]

Sumber: https://www.hmetro.com.my/node/215959

Mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga bukanlah perkara yang mudah. Sejak lebih
sedekad lalu, cerita mengenai timbunan fail perceraian di mahkamah syariah yang
menunggu masa untuk dibicarakan tidak pernah putus. Ternyata perceraian bukanlah kisah
baru dalam masyarakat, sebaliknya kian meruncing dari semasa ke semasa.
Dalam Islam, tidak kira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya mempunyai peranan sama
besar dalam mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Menjadi tanggungjawab suami untuk
memimpin, sementara isteri wajib mentaati perintah selagi tidak berlawanan dengan hukum
agama.
Bagaimanapun, asam garam dunia hari ini menyesatkan segelintir daripada kita. Hanya
kerana mendambakan perhatian dan kasih sayang suami, ada wanita sanggup mengamalkan
doa tertentu untuk menundukkan pasangan. Tidak kurang juga di pihak suami, kasih sayang
isteri diikat dengan minyak pengasih hinggakan wanita yang dicintai buta hati kepada insan
lain.
Menurut pengamal perubatan Islam dan penceramah bebas, Ustaz Sharhan Shafie, amalan
menundukkan pasangan menggunakan azimat, jampi, doa mahupun makanan yang
tercemar adalah haram.
“Kenapa perlu menundukkan pasangan dengan amalan tertentu sedangkan tindakan
sedemikian menunjukkan kacacatan dalam rumah tangga? Apabila seseorang itu memilih
cara salah untuk menundukkan pasangan demi meraih kasih sayang dan perhatian, biasanya
tindakan mereka akan disertai pihak ketiga iaitu jin, syaitan dan sebagainya.
“Perbuatan ini haram kerana seolah-olah kita merampas kewarasan pasangan. Isteri atau
suami menjadi bodoh gara-gara dikenakan sihir penunduk. Matlamat asal mungkin lain,
tetapi hasilnya jadi lebih daripada itu. Malah hari ini, kita boleh lihat betapa ramai lelaki
menjadi suri rumah dan tunduk kepada perintah isteri yang bekerja.
“Pada zaman Rasulullah SAW dulu, baginda pernah disihir seorang Yahudi bernama Labid
A’sham. Baginda disihir dengan darah haid, rambut dan kuku yang dibalut dengan tujuh
ikatan yang ditanam dalam telaga zarwan. Apabila Rasulullah mandi, baginda terus pengsan.
Ketika itu, makhluk yang paling sibuk ialah malaikat Jibrail.
“Jibrail bertemu Allah SWT dan mengadu kekasih-Nya jatuh pengsan, lalu diberikan
penawar. Apabila Jibrail sampai dan kembali memangku Rasulullah, baginda dibacakan dua
surah iaitu al-Falaq dan an-Nas. Berdasarkan hadis inilah dinyatakan barang yang boleh
dibuat sihir penunduk,” katanya.
Kerana itu, sebaik-baiknya pasangan berkahwin dianjurkan supaya mengamalkan doa untuk
mengikat kasih sayang dalam keluarga. Jelas Ustaz Sharhan, banyak doa mujarab yang
boleh dijadikan amalan harian.

“Antaranya surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud, ‘Sesungguhnya antara tanda kekuasaan-
Nya, Allah menjadikan bagi kamu pasangan dalam kalangan jenismu sendiri, lalu Allah
campakkan dalam hati mereka rasa kasih sayang. Dan demikian itulah tanda-tanda
kekuasaan Allah bagi mereka yang berfikir’.
“Ada juga doa yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami pasangan dan
anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang
bertakwa’.
“Selain amalan doa, pasangan juga digalakkan mengamalkan ilmu pengasih yang dibenarkan
dalam Islam iaitu berhias. Mengikut perubatan Islam, berhias ialah sihir mujarab untuk
menambat hati pasangan. Bagaimanapun, kaedah berhias yang dimaksudkan perlulah
bersifat halal dan tidak mengubah kejadian Allah SWT.
“Hal yang sama juga untuk lelaki, mereka digalakkan berhias dengan mengekalkan rupa yang
sedap dipandang dan berperilaku baik untuk menjaga hati pasangan. Kemudian, sama-sama
amalkan menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan,” katanya.
Merungkai ilmu pengasih yang boleh diamalkan suami isteri mengikut lunas Islam, Ustaz
Sharhan berkata, terdapat beberapa ayat yang sekiranya diamalkan, berupaya mengekalkan
kerukunan rumah tangga daripada digugat iblis.
“Ini menarik untuk dikongsi bersama. Ramai yang tidak tahu iblis mempunyai tujuh ‘kabinet’
dan sembilan ‘kementerian’. Salah satu kabinet adalah menceraikan suami isteri dan
‘portfolio’ ini dipegang iblis bernama Dasim. Perkara ini turut disebut dalam al-Quran
menerusi surah al-Baqarah, ayat 102.
“Ia menyebut bagaimana ada dalam kalangan suami isteri bercerai kerana sihir. Jadi, untuk
mengelak Dasim campur tangan dalam rumah tangga, amalkan tiga perkara berikut:
Pertama, apabila meninggalkan rumah dalam keadaan kosong kerana balik kampung atau
keluar melancong, beri salam ketika hendak masuk ke dalam rumah.
“Kerap berlaku apabila tidak memberi salam, suami isteri akan berbalah sebaik melangkah
masuk ke rumah. Salam ini untuk malaikat yang menjaga rumah. Kedua, amalkan bacaan tiga
Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
“Yang terakhir, amalkan bacaan penghujung ayat 57, surah Hud setiap kali selepas solat. Ini
bertujuan menyelamatkan diri daripada gangguan manusia, jin dan iblis,” katanya.
Menjelas lanjut, Sharhan berkata, banyak kaedah untuk menyuburkan kasih sayang dalam
keluarga. Apa yang penting, suami dan isteri perlulah mentaati suruhan-Nya dan
meninggalkan apa yang dilarang.
Ini bermakna, tidak perlulah bersusah payah menuntut ilmu penunduk semata-mata untuk
menagih cinta daripada pasangan. Memadai sama-sama sedar akan kewajipan beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya.
“Susuli setiap amalan yang baik dengan mentaati suami. Belajar untuk ikhlas dalam
perhubungan. Hari ini, banyak suami isteri tidak lagi ikhlas terhadap pasangan masing-
masing. Mereka menjalin hubungan dengan orang ketiga menerusi aplikasi WhatsApp,
Instagram dan Facebook, kemudian telefon bimbit dikunci dengan kata laluan yang tidak
diketahui pasangan. Inilah antara punca rumah tangga huru-hara.

“Sedangkan dalam membina hubungan bahagia, suami isteri perlu mempercayai satu sama
lain, jujur, bertimbang rasa dan saling memahami. Seharusnya dalam hubungan itu perlu ada
matlamat untuk melahirkan zuriat soleh, perlu ada cita-cita mewujudkan rumahku syurgaku.
Selebihnya, berdoalah sebaik-baiknya kepada Allah SWT.
“Bagi pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata, anggaplah itu ujian daripada-Nya untuk
melihat sejauh mana kesabaran kita. Bersangka baiklah dengan setiap ketentuan Allah.
Mungkin jika diberi zuriat, anak itu cacat, tidak sempurna. Biarlah lambat, tetapi cukup
bermakna. Dalam surah al-Baqarah (ayat 216) disebut, ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui’.
“Perbanyakkan berdoa khususnya doa Nabi Zakaria, disusuli amalan surah al-Hashr (ayat 21),
ar-Rum (ayat 21) dan an-Nahl (ayat 78). Sekiranya beroleh rezeki mengandung, amalkan pula
surah al-Ghashiyah,” katanya.

Tip kasih sayang bagi pasangan bekerja
1. Perbaiki sikap. Yakinlah isteri atau suami adalah pasangan terbaik.
2. Letakkan kesetiaan dalam rumah tangga.
3. Ingat bahawa kita ada pengikat kasih yang menanti di rumah (anak-anak).
4. Usah dengar cerita daripada orang luar. Mereka biasanya suka melihat rumah tangga
orang lain bergolak.
5. Siasat sebarang aduan sebelum menghukum.
6. Amalkan gaya hidup yang dianjurkan al-Quran dan sunah iaitu mentaati Allah serta Rasul-
Nya.
7. Terapkan sikap jujur. Berbincang secara tenang.
8. Elakkan memendam perasaan terlalu lama. Sebaiknya utarakan kemusyikilan terhadap
pasangan dengan cara baik.
9. Pastikan telefon atau sebarang gajet tidak dikunci dengan kata laluan. Beri kebebasan
kepada pasangan untuk mengelakkan syak wasangka.
10. Banyakkan berdoa supaya dikekalkan kebahagiaan rumah tangga hingga ke syurga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 11:35 AM

Sihir Penunduk II

Ringkasan
Bagaimana boleh terkena sihir penunduk?
Ada yang melalui makanan. Mereka yang buat akan saksikan sendiri anda makan ke tidak.

Tanda Terkena
Peringkat Awal
- Bermimpi perkara mengarut dan menakutkan.
- Tanpa sedar atau keliru sukar mengingat kenapa anda mudah tunduk dan dengar cakap
serta menurut perintah ataupun permintaan seseorang dengan mudah tanpa rasa itu tak
wajar dan tak masuk akal.

- Mudah marah atau cepat marah. Sikap berbeza sebelum disihir.
- Berdiam diri, menyepikan diri atau suka berseorangan.

Kesan Sihir Penunduk
- Segala suruhan dari orang tertentu diikuti. Mengiakan sahaja semua perkara yang dipinta
dan disuruh.

- Kurang kesedaran menjadi punca ramai yang terus terperangkap dalam masalah ini.

Sihir Penunduk II

Fauzi Hashim

Sumber: http://yourresolves.blogspot.com/2016/09/sihir-penunduk.html

Dalam kepelbagaian jenis sihir terdapat satu bentuk sihir yang memberi kelebihan kepada
pembuat sihir.

Mangsa yang terkena sihir penunduk, akan ikut semua arahan dan permintaan mana-mana
individu atau satu individu mengikut cara dan matlamat semasa sesuatu ritual sihir itu
dilaksanakan (bergantung kepada niat penyihir dan tujuannya).

Mangsa biasanya bermula dengan mimpi menakutkan atau diganggu dengan makhluk halus
seperti yang pernah diutarakan di dalam tajuk sihir pembenci.

http://yourresolves.blogspot.my/2016/08/masalah-gangguan-dan-tanda-terkena_22.html

Bagaimana boleh terkena sihir penunduk?

Kalau menerusi makanan biasanya kuih yang dihidangkan. Mereka yang buat akan saksikan
sendiri sama ada anda betul-betul makan atau tak. Ini bagi memastikan anda berjaya disihir
atau tidak.

Bagi memastikan perkara diatas terdapat juga penyihir dikalangan kenalan kita sendiri yang
mempelawa kuih dengan cara membawa kuih tersebut dihadapan bakal mangsa dan
mempelawa secara dekat tanpa ada pilihan.

Sekiranya didapati sesuatu yang pelik dan wajar boleh disyaki akan kemungkinan
kebaikannya dan pelawaannya mungkin ada sesuatu tujuan adalah lebih baik elak dari
memakannya.

Tanda terkena sihir penunduk

Pada peringkat awal, anda akan bermimpi perkara-perkara yang mengarut dan menakutkan
seperti didatangi makhluk halus dan mengganggu tidur anda diwaktu malam.

Antara bentuk mimpi yang mungkin adalah seperti jatuh dari tempat yang tinggi, pergi ke
tempat atau rumah yang usang dan menakutkan, diganggu dimasa dunia lain secara kerap
hampir setiap malam khususnya pada waktu tidur anda, atau dikejar oleh makhluk halus dan
anda melarikan diri sehingga anda boleh terbang bagi menyelamatkan diri dari ditangkap
oleh makhluk tersebut.

Pada peringkat seterusnya semua ni akan berakhir dan kini anda telah berjaya disihir. Tanpa
sedar atau keliru anda sukar untuk mengingat kenapa anda mudah tunduk dan dengar cakap
serta menurut perintah ataupun permintaan seseorang dengan mudah tanpa rasa itu tak
wajar dan tak masuk akal.

Penjaga atau waris kepada mangsa mungkin dapat menghidu masalah ini. Biasanya mangsa
mudah marah atau cepat marah. Ianya berlainan dan berbeza sikapnya seperti sebelum
disihir. Pewaris lebih mudah mengenalpasti kerana mereka faham akan sikap dan perangai
asal mangsa.

Contohnya mangsa didapati agak pelik dari sebelum ini, kebiasaanya mangsa tak mudah
marah akan tetapi kebelakangan ni lebih cepat marah dan bersikap diam diri atau sering
menyepikan diri serta suka keseorangan.

Mangsa jugak dapat merasai di mana ia berada, ada orang sedang memerhatikannya atau
beliau merasai ada peneman sentiasa disisinya ataupun tidak jauh darinya dan sedang
perhatikannya.

Jadi, beliau lebih berani meskipun kemana sahaja kerana beliau merasai ada orang
bersamanya meskipon orang yang dimaksudkan tak wujud dialam nyata.

Kesan sihir penunduk

Kini segala suruhan dari orang tertentu anda mudah ikut dan mengiakan saja semua perkara
yang dipinta dan disuruh. Sesuatu yang pelik tetapi mangsa masih keliru dan bodoh.

Keliru dan sukar untuk mempercayai yang anda telah disihir. Sedangkan suspek tersebut
masih berbaik dengan anda dan tak pernah khianati diri anda.

Nilah sihir...sesuatu yang sukar diterima akal dan memang tak masuk akal. Bagi mereka yang
jahil berkenaan hal ni akan mengatakan kita percaya kepada perkara yang mengarut.
Menduakan Tuhan dan boleh merosakan iman serta terkeluar dari islam.

Sekarang saya maklumkan yang kita bukannya mengagungkan dan mempercayai ada kuasa
selain yang maha Esa, akan tetapi penolakan masyarakat dalam mengambil berat dalam
perkara ni menyebabkan ramai orang melayu khasnya terperangkap dan terus menjadi
mangsa pada jangka masa yang lebih panjang tanpa sebarang tindakan untuk dirawat lebih
awal.

Ramai mangsa terpaksa berhadapan dengan masalah sihir seharian sekian lama tanpa

dirawat dan dibawa untuk dipulihkan oleh keluarga atau penjaga mereka.

Alasan mereka adalah tak boleh kita mempercayai perkara yang memesongkan akidah
seperti itu. Inilah jawapan dari mereka yang jahil dalam pengalaman dan pengetahuan
berkenaan masalah sihir dan saka.

Berita bagus adalah ramai dikalangan perawat tradisional (bomoh), pengamal perubatan
islam dan rawatan alternatif lain menggunakan ayat suci alquran khusus untuk merawat
pesakit berkaitan sihir dan saka seperti fungsi Darul Shifaq dan pergerakan persendirian di
kalangan ustaz serta pengamal perubatan tradisional lain.

Ayat Ruqyah Untuk Gangguan Jin dan Penawar Sihir

Sumber: https://www.almukhlisin.my/ayat-ruqyah-jin-dan-sihir/

Pendinding Sihir dan Gangguan Jin
"Dan mereka (para tukang sihir) tidak akan dapat memberi mudarat (bahaya) dengan
sihirnya pada seorang pun kecuali dengan izin Allah." (QS Al-Baqarah 2:102)

Apa itu Ayat Ruqyah?
Ayat Ruqyah ialah gabungan dari ayat-ayat al-Qur'an yang boleh digunakan untuk mengesan
jin dalam badan atau di rumah kita. Selepas mendengar ayat ini, Insya Allah dapat
menghalau jin yang berada dalam tubuh kita.

Maksud ruqyah secara istilah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk
melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus.
Mesti kita banyak dengar cerita-cerita berkaitan dengan Jin dan sihir. Dalam masyarakat
melayu , jin ni lebih dikenali sebagai makhluk halus iaitu makhluk yang tidak dapat dilihat.
Perkataan Jin berasal daripada perkataan arab iaitu Jiniy dan Genie dlm bahasa inggeris yang
membawa maksud yang tersembunyi / yang tertutup, dlm islam memaksudkan jin ini
makhluk yang berakal, berkehendak, sedar, mempunyai kewajipan, berjasad halus dan hidup
dibumi .
Dalam sebuah hadis dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis
yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang
menetap dan berpindah-pindah.” Sihir pula tergolong dalam kejahatan yang tercatat di
dalam Al Quran, wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan walaupun sihir
ini tidak diredhai oleh Allah SWT dan dilarang untuk melakukannya. Maksud ringkasnya
ialah, “Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah
keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri. “

URUTAN AYAT-AYAT RUQYAH SEPERTI DI BAWAH INI
1. Al Fatihah
2. Al Baqarah Ayat 1-5
3. Al Baqarah Ayat 102
4. Al Baqarah Ayat 163-164
5. Al Baqarah Ayat 255
6. Al Baqarah Ayat 285-286

7. Ali Imran Ayat 18-19
8. Al A’raf Ayat 54-56
9. Al A’raf Ayat 117-122
10. Yunus Ayat 81-82
11. Thoha Ayat 69
12. Al Mukminun Ayat 115-118
13. As Soffat Ayat 1-10
14. Al Ahqaf Ayat 29-32
15. Ar Rahman Ayat 33-36
16. Al Hasyr Ayat 21-24
17. Al Jin Ayat 1-9
18. Al Ikhlas
19. Al Falaq
20. An Nas
Cara untuk mengesan dan atasi gangguan-gangguan ini antaranya ialah menggunakan Ayat
Ruqyah. Ayat Ruqyah ni ialah gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk
mengesan jin dalam badan atau di rumah kita. Selepas mendengar ayat ini, insyaa Allah
dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita.
Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui
saluran darah kita, ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka
dan mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita
bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita
mengantuk apabila mendengar ayat-ayat Ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan
terasa panas ditengkuk.

Keistimewaan ayat ini dan simptom yang akan didapati selepas mendengar:
1. Denyutan jantung makin kencang
2. Badan bergegar
3. Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4. Mengantuk/menguap
5. Batuk
6. Gelisah
7. Panas di tengkuk

CARA MENGGUNAKAN AYAT RUQYAH :

1. Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan ayat Ruqyah di dalam rumah/premis
perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi.
2. Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta. Kesannya akan
mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3. Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat. Insya
Allah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4. Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral,
buka penutupnya dan pasangkan ayat Ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1 jam 20
minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3 kali sehari dan lakukan hari berikutnya
sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Kursi 3 kali dan Al Insyirah 3 kali
secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, ayat Ruqyah ini hendaklah dipasang
dari malam sampai pagi selama sebulan.
5. Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3 kali
sehari untuk 3 hari berturut-turut.
6. Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan ayat
Ruqyah ini 3 kali sehari, insya Allah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
Anda boleh dengar dan pasang ayat ruqyah di sini :
P/S Jika anda masih mempunyai masalah setelah melakukan perkara-perkara di atas, anda
boleh berjumpa dengan orang-orang yang pakar dalam bab ini.
Banyakkan berdoa supaya Allah menjaga diri, keluarga & keturunan daripada gangguan Jin &
Sihir.
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT
Sumber: https://www.almukhlisin.my/ayat-ruqyah-jin-dan-sihir/

Bacaan/Rujukan Lanjut

http://mahyuddin09.blogspot.com/
http://perawat-islam.blogspot.com/p/khidmat-rawatan-islam.html
https://perawatislam.com/
https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/27/yasin-7-mubin-pulangkan-sihir/
http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/05/29/keutamaan-dan-fadhilat-surah-al-muawwizat/

Soalan: Dalam banyak-banyak penyakit, penyakit apakah yang paling bahaya?
Jawapan: Disihir atau yang sewaktu dengannya.

Begitu kata seseorang yang telah melalui pengalaman ini. Mana tidaknya? Penyebabnya
tak kelihatan di mata kita. Sakitnya berkemungkinan menyerang secara tiba-tiba. Bila
pergi ke hospital, kebiasaannya doktor akan katakan "tak ada apa-apa".

Kalau tak pernah disihir atau tiada di kalangan ahli keluarga terdekat yang pernah disihir,
berkemungkinan anda sukar mempercayainya. Realitinya, sesiapa sahaja boleh terkena
sihir kerana Rasulullah SAW sendiri pernah disihir. Terdapat banyak jenis sihir di muka
bumi ini dan kesannya kepada orang yang disihir sangat pelbagai. Tetapi penyakit ini
kurang diperhatikan sehingga ramai di kalangan ahli masyarakat yang belum mengetahui
tentang tanda-tanda seseorang telah disihir. Kesannya, orang yang disihir tidak mendapat
rawatan. Pemakai sihir pula terus bermaharajalela. Apalagi bila sehingga kini masih belum
terdapat peruntukkan undang-undang bagi mengheret penjenayah sihir ke muka
pengadilan.

E-book ini adalah sebuah kompilasi pengalaman pesakit yang diperolehi online. Sekadar
rujukan ringkas buat memahami tanda-tanda seseorang telah terkena sihir khususnya Sihir
Penunduk. Tiada masalah yang tiada jalan keluar kerana itu janji Allah Yang Maha Benar
sebagaimana firmanNya:

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya
jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
QS At-Talaq 65:2

Gunakanlah apa sahaja masalah yang anda hadapi untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT Pemilik segala solusi. Seandainya anda atau ahli keluarga/kenalan punya tanda-tanda
disihir, segeralah berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang tulen bagi
mendapatkan rawatan. Jangan berputus-asa kerana "mereka tidak akan dapat sama
sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan
dengan izin Allah." QS Al-Baqarah2:102

Anggaplah ini takdir Allah SWT yang didatangkan sebagai ujian buat anda. Raihlah
manfaat dari ujian ini dengan terus mendekatkan diri kepada Allah SWT, anda pasti
beruntung. Teruslah berikhtiar dan berdoa agar Allah SWT menjauhkan diri, keluarga dan
keturunan dari gangguan jin dan sihir. Semoga kompilasi ini bermanfaat. Mohon maaf di
atas sebarang kekurangan dan kelemahan.

Terima kasih.
Sarah Hajar Fahmy
[email protected]
Kuala Lumpur Okt 2019


Click to View FlipBook Version