The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hargailah masa. Sedetik yang pergi tak mungkin kembali. Awasilah segala tindakan jangan sampai kita kerugian.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by My Flower English, 2020-01-28 07:02:36

See You At The Top

Hargailah masa. Sedetik yang pergi tak mungkin kembali. Awasilah segala tindakan jangan sampai kita kerugian.

“See You At The Top”

Sarah Hajar Fahmy
28 Januari 2020

Assalamualaikum. Apa khabar? Hope all is well at your end. Jurnalku ini diteruskan
dengan entri ini yang tajuknya kupinjam dari sebuah buku yang pernah mengungguli
pasaran.

Masa tak akan pernah menunggu kita sekalipun jam di dinding itu telah mati. Yang
mati cuma jam nya, alat bagi mengukur masa. Masa taat Allah. Selagi Allah kata
jalan, maka berjalanlah masa tanpa henti.

Maka, tertipulah orang yang terasa dia punya masa lapang etc etc. Hakikatnya, tak
ada siapapun yang ada masa lapang. Kita tak ada masa lapang kerana hayat kita
terhad dan singkat. Bila sampai masa yang telah ditakdirkan, kita akan mati. Once
kita mati, peluang untuk buat kebaikan terhenti sama sekali. Sebab itulah,
sebenarnya kita memang tak ada masa lapang. Sebab tak ada seorang pun yang
tahu bila dia nak mati, maka we should always be prepared. Gunakan masa yang
ada sebaiknya.

Sama tertipu adalah orang-orang yang tersibukkan dengan dunia. Orang-orang yang
terlalu sibuk sampai tak ada masa untuk solat, belajar agama etc etc. Kalau ada
banyak masa untuk baca WhatsApp, macam mana pulak boleh tak ada masa untuk
baca Qur'an? Begitulah perumpamaannya.
Contoh mudah for the discerning mind.

Jadinya my friend, aku tak mampu lagi menunggumu. Aku jalan dulu ya. Aku telah
memutuskan untuk berlari sekuat tenaga semampu kaki ini bila keadaan
mengizinkan. Bila sebaliknya, aku akan berjalan mengikut kesesuaian. Kerana kita
manusia biasa. Adakalanya kita penat dan perlukan rehat untuk recharge sebelum
meneruskankan perjalanan. Langkahnya mengikut keadaan tetapi arahnya pasti.
Arah yang kita semua telah tahu kerana everyone's going there, like it or not, suka
atau terpaksa.

“See You At The Top”
2/2

Dan perjalanannya pasti mencabar. Sebab hidup ini memang telah didesain untuk
berhalangan dengan cabaran seumpama mendaki gunung yang sangat tinggi.
Sebab itulah tajuk entri ini sebegini.

So kalau kau tak mahu ikut, itu bukan masalah bagiku. Kerana masa akan terus
berlari, pandai-pandailah kau kejar supaya tak rugi. Macam mana boleh jadi rugi?
Kerana masa yang telah berlalu tak akan pernah kembali. Sedetikpun tak akan
datang balik tau.

Selamat tinggal sahabat. I'm moving on with or
without you. I have to do this kerana aku tak
punya pilihan. Masa enggan menungguku.
Jam di dindingku itu dah lama mati. Saat ini,
sengaja takku ganti bateri. Tak perlu kerana
telah kufahami. Walau apapun yang terjadi,
aku perlu terus berlari. So see you at the
top...whereever that may be!.


Click to View FlipBook Version