Program Nilam
"Jom Baca anak-anak
SKeP"
Ulasan Bicara Ilmu
"Siapapun Perlu Minat Membaca"
Disediakan oleh : Lia Edy
BICARA ILMU
Sesiapapun PERLU minat membaca
Tajuk yang sangat menarik dan sukar untuk dipikul kerana amalan membaca dalam
kalangan masyarakat Malaysia kini agak memuaskan. Jika dilihat pada mata kasar,
semua manusia membaca..tetapi adakah kerana minat atau tidak sengaja dan bahan
bacaan bagaimanakah yang dibaca.
.Orang yg membaca mempunyai karisma dan perwatakan yang sangat menarik dan
baik. Sentiasa melontarkan kata-kata yang baik, beradab dan penuh informasi, fakta dan
nasihat.
Semua orang yang berjaya, membaca...tetapi orang yang berjaya itu, membaca. Mereka
membaca daripada zero kepada menjadi lebih tahu dengan bahan bacaan yang penuh
dengan ilmiah dan mencatat apa yang dibaca agar dapat disebarkan kepada orang lain.
Marilah kita tanamkan minat membaca dalam diri kita kerana membaca dapat
membebaskan diri daripada masalah. Bacalah buku atau bahan yang kita minat,
kemudian, lebarkan minat membaca daripad asatu genre ke genre yang lebih luas dan
bermanfaat..mulakan walau dengan sepotong ayat sehari.
Membaca memberi impak yang sangat besar kepada pembaca.
Membaca dpt memberikan ketenangan dan dapat merawat jiwa semasa pendamik ini.
Jika kuat akal dan iman, dapat menimbang apa sahaja yang dibaca pada pendamik ini,
hidup akan jadi lebih baik dan sentiasa positif.
Murid yang suka membaca dapat mengubah kehidupan dan amalan mereka seharian.
Lebih berjaya, seronok dan sentiasa dahagakan ilmu tanpa membuat perkara tidak
berfaedah.
Membaca juga memberi kesan terhadap kepimpinan. Pimpinan yang baik diadun oleh
pemikiran yang rasional, komunikasi berkesan, kemahiran kepimpinan yang tinggi
dapat diserap daripada ilmu membaca dan akhirnya membawa kebahagian dan
keseronokan dalam kepimpinan.
Siapa yang tidak seronok jika semua benda dan perkara yang berlaku di dunia ini, kita
tahu. Ini memberikan satu keseronokan kerana secara tidak langsung boleh menjadi
'pakar' rujuk kepada orang lain. Secara tidak langsung memberi manfaat dan sebarkan
pengetahuan.
Membaca juga merupakan asas utama kemahiran belajar sepanjang hayat. Dengan
membaca, kita menimba, menambah ilmu dan kemahiran baharu.
Membaca memberi impak kepada penulisan. Apa yang dibaca akan diserap oleh
otak, akan dilontarkan oleh kata-kata (penulisan), dizahirkan melalui perbuatan.
Jika banyak bacaan puisi, maka kata-kata dan penulisan juga berbentuk puisi dan
puitis.
*Cara Menggalakkan Anak² Minat Membaca
Iqra' merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi.
Jelaslah menunjukkan membaca ini bukan lah satu keperluan tetapi kemestian
yang patut diamalkan dan menjadi daging dalam diri manusia.
Ibu bapa yang perlu menggalakkan anak-anak membaca. Ibu bapa perlu minat
membaca dan sentiasa memperuntukan masa membaca bersama anak-anak
agar dapat menanam tabiat membaca.
Menyediakan ruang bacaan dan buku-buku menarik, buku-buku kegemaran
dan buku-buku ilmiah kepada anak-anak. Gunakan ruang bacaan di rumah
sebagai ruang kualiti keluarga agar dapat menyuburkan benih minat membaca.
Beri ganjaran dan hadiah berupa buku kepada anak-anak agar mereka kenal
dan dekat dengan buku. Tak kenal, maka tak cinta.
Sentiasa menjadi pendorong dan mantau kegemaran anak-anak. Bagi ruang
dan peluang anak-anak memilih bahan bacaan kegemaran mereka dalam masa
yang sama, ibu bapa perlu mantau dan memberikan nasihat daripada
pemilihan anak-anak agar berkualiti.
Pesanan Panelis Tuan Fadzli Aziz
Kalau kita nak popular
Biarlah kita popular dengan ilmu
Kalau kita nak popular
Biarlah kita popular dengan adab dan akhlak
Kalau kita nak popular
Biar kita popular dengan kebaikan dan kebajikan
Jangan popular hanya dengan kecantikan
Jangan popular dengan mendedahkan sesuatu yang tidak sepatutnya
didedahkan
Jangan popular dengan dosa dan maksiat.
Buat renungan dan peringatan kita bersama.
Catatan Bicara Ilmu
"Siapapun Perlu Minat Membaca"
Dr Zuraidah Hanim
GPM SMK Sultanah Bahiyah
Alor Setar Kedah
Penulis
SIAPAPUN PERLU MINAT MEMBACA
Ciri-ciri orang yang berjaya ialah suka membaca
Ada karisma, bercakap ikut fakta dan bijak berbicara
Rahsia bagaimana untuk hidup dengan lebih baik.
Cari satu ilmu satu hari.
- Fakta
o Bill Gates – lelaki terkaya di dunia,
o Baca 1 buku seminggu
Impak membaca dalam kehidupan
Pelajar yang banyak membaca mempunyai pencapaian akademik yang tinggi
Ilmu ada dalam buku. Penyelesaian masalah ada dalam buku.
Menjadi pemimpin yang baik dan disegani
Dapat meningkatkan tahap kesihatan terutama yang membaca buku-buku berkaitan.
Dari tahu kepada tidak tahu
Membezakan orang tahu dan tidak tahu
Bagaimana menggalakkan anak membaca
Ibu bapa mesti suka membaca, suka membeli buku – untuk
dibaca dan dirujuk
o Supaya anak lebih knowledgeable
o Ibu bapa yang akan membetulkan kesalahan anak-anak
Ganjaran dalam bentuk buku
Buat jadual membaca di rumah
Ibu bapa hendak anak-anak berjaya – bermula dengan membaca
Bersama anak-anak memilih buku yang mereka minat tetapi
berkualiti.
Beri perhatian kepada anak-anak – justify setiap pilihan bahan
bacaan.
✍ Pesanan Tuan Fadzli Aziz
Kalau kita nak popular
Biarlah kita popular dengan ilmu
Kalau kita nak popular
Biarlah kita popular dengan adab dan akhlak
Kalau kita nak popular
Biar kita popular dengan kebaikan dan kebajikan
Jangan popular hanya dengan kecantikan
Jangan popular dengan mendedahkan sesuatu yang tidak sepatutnya
didedahkan
Jangan popular dengan dosa dan maksiat.
☺Buat renungan kita bersama.InsyaAllah
Allah mengangkat orang yang berilmu