48
49
USUL PERWAKILAN WANITA UMNO 2022
MENCADANG KEKUATAN DAN PERANAN WANITA UNTUK
MEMBINA SEMULA SEMANGAT BANGSA DAN NEGARA
BismillahirRahmanirRahim,
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi Nasta’in,
Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad wa A’la Ali Saidina
Muhammad,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan,
MENGHARGAI Presiden dan kepimpinan tertinggi UMNO yang telah
meluluskan didalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi untuk
menyokong kepentingan dan perjuangan Wanita yang mahukan
pencapaian 30% sasaran penyertaan calon Wanita Barisan Nasional
dalam Pilihan Raya.
MENYAKINI bahawa, keputusan sebulat suara Presiden, Timbalan
Presiden, Naib-Naib Presiden serta Majlis Kerja Tertinggi menyokong
YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri
Malaysia untuk terus menerajui kepimpinan negara selepas PRU-15
50
MENGINSAFI bahawa YB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak telah
banyak menabur jasa kepada rakyat Malaysia sebagai seorang
Pemimipin UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ke-6, beliau wajar
diberi peluang dan kebebasan untuk membela diri secara adil dan
saksama; dan
MEMPERCAYAI bahawa terdapat kekhilafan kepentingan oleh
kedudukan Hakim Nazlan didalam posisinya sebagai hakim
memutus bicara YB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.
MAKA, Wanita UMNO Bahagian .......................................................
yang bersidang pada hari ini.............................................
mengambil ketetapan seperti berikut :
MENCADANGKAN penubuhan Akademi Kepimpinan Wanita bagi
membantu masa depan parti dan negara menyediakan pemimpin
pelapis Wanita untuk mengisi tempat sebagai calon pilihan raya,
anggota Dewan Negara (Senator) dan peneraju syarikat berkaitan
kerajaan.
MEMBERIKAN mandat kepada Kepimpinan Tertinggi parti iaitu
Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden bersama-sama
dengan YAB Perdana Menteri untuk bermuafakat dan berbincang
dalam menentukan tarikh pembubaran parlimen agar parti dapat
mengatur strategi bagi memenangi PRU-15
51
MENGGESA agar semakan kehakiman dibuat ke atas keputusan
Mahkamah Persekutuan terhadap YB Dato’ Sri Najib Tun Abdul
Razak dan Hakim Nazlan disiasat secara menyeluruh seterusnya
dihadapkan ke Jawatankuasa Etika Hakim.
Saudara dan Saudari Sekalian,
Sehubungan dengan itu, Kami ahli-ahli Wanita UMNO
Bahagian______________________________________________________
penuh yakin dan percaya ini adalah langkah yang terbaik dalam
usaha untuk memperkukuhkan persefahaman dalam kalangan
UMNO dan jentera parti sebagai salah satu langkah menghadapi
PRU-15.
Lantas demikian,... Maka Kami,... sesungguhnya dengan ini,...
mencadangkan usul tersebut.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
52
A. USUL A (DI TERIMA UNTUK DI BAHAS)
I. Bersetuju…. Memohon kepada pihak Kementerian Dalam Negeri memperketatkan
undang-undang pendatang tanpa izin memasuki negara ini.
B. USUL DITERIMA TANPA BAHAS
DUN KUALA BESUT
i. Cawangan Kg. Gertak Seratus
Bersetuju… Memohon kepada pihak Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula pengambilan
penjawat awam secara kontrak kerana menjadi masalah kepada anak-anak bangsa kita
untuk meneruskan kelansungan hidup mereka. Mereka tidak berani memohon pinjaman
belian rumah, belian kereta dan lain-lain kerana bimbang jika meeka ditamatkan kontrak
pada bila-bila msa. Pihak bank juga tidak dapat meluluskan pinjaman kepada mereka yang
tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dengan itu mereka tidak akan mempunyai tempat
kediaman sendiri sehingga lanjut usia.
Bersetuju… Memohon kepada pihak kerajaan untuk memantau isu kenaikan harga
barangan yang amat membebankan rakyat. Ramai rakyat yang terkesan dengan wabak
Covid 19. Ramai rakyat kehilangan punca pendapatan dalam masa yang sama terdapat isu
kenaikan harga barang terutama kenaikan harga barang makanan seperti ayam,, telur,
ikan,sayur dan lain-lain.
iii Cawangan Kg. Bukit Puteri
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenaan supaya mempercepatkan
Pilihanraya Umum Ke 15.
Bersetuju… Memohon kepada pihak yang betanggungjawab untuk mengadakan Program
Modal Insan untuk Ahli Wanita Cawangan Bukit Puteri Khasnya.
53
DUN KOTA PUTERA
i. Cawangan Batu Tumbuh
Bersetuju…. memohon kepada pihak yang berkenaan supaya memilih Calon untuk PRU 15
adalah individu yang benar-benar setia kepada parti.
Ii. Cawangan IKM
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenaan supaya menolak sebarang
hubungan dengan parti PAS.
Iii. Cawangan Padang Cili
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenaan agar berusaha melakukan sesuatu
demi mengekalkan dan menjaga kedaulatan parti keramat UMNO.
Bersetuju…. Menggesa pihak yang berkenaan agar memastikan dasar-dasar parti sentiasa
diutamakan dan dipatuhi demi menjaga nama parti yang berdaulat ini.
DUN JERTEH
i. Cawangan Rumah Awam Seberang Jerteh
Bersetuju…. Memohon kepada pihak Kementerian Dalam Negeri memperketatkan undang-
undang pendatang tanpa izin memasuki negara ini.
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenaan agar dapat menyegerakan PRU ke 15.
iii. Kampung Gong Tanah Merah
Bersetuju…. Memohon kepada pihak kerajaan agar dapat menaikkan gaji kakitangan
kerajaan.
Bersetuju… Memohon kepada pihak yang berkenaan untuk mengurangkan cukai di restoran
segera kepada pelanggan. (hanya restoran yang membayar pada kerajaan).
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenaan agar mana-mana Yang Berhormat yang
lompat parti, bila kembali kepada parti asal tidak dibenarkan pegang jawatan.
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenaan agar sentiasa pantau harga barangan
terutamanya harga barangan kawalan.
Bersetuju…Memohon pihak yang berkenaan mengurangkan cukai perkhidmatan/servis tax
bagi restoran-restoran segera terutamanya yang francais dari luar Negara.
54
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenaan untuk menghapuskan “smart parking’
guna cara/kaedah lain yang lebih mesra pengguna terutamanya warga emas.
Iv. Bersetuju…. Meminta kepada pihak yang berkenaan agar dpat mengekalkan Yang Berhormat
Dato’ Haji Muhammad Pehemi bin Yusof sebagai ADUN Kawasan Jerteh.
V. Cawangan Kg. Pak Wong
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenan agar sebarang peruntukan dari kerajaan
negeri biarlah dibahagi dengan adil dan sama rata tidak mengira fahaman politik.
DUN HULU BESUT
i. Cawangan Pasir Akar
Bersetuju… Menyatakan sepenuhnya di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail
Sabri.
ii. Cawangan Gong Duek
Bersetuju…. Memohon pihak yang berkenaan untuk pindahkan pelajar tabika dari dewan
serbaguna Alor Panji ke sekolah tabika yang baru siap dibina di g. Gong Duek.
iii. Cawangan Kg. Gaung
Bersetuju…Memohon pihak yang berkenaan agar tidak membiarkan pendatang asing yang
berada dalam negara ini mendapat hak sama rata terutama ketika membeli barangan
dengan harga kawalan/harga subsidi yang diberi kepada warganegara (dari pihak kerajaan).
Perlu ada tindakan yang tegas oleh pihak berkenaan dan peruntukan dalam hal ini.
iv. Cawangan Kayu Kelat, Hulu Besut
Bersetuju…Memohon pihak yang berkenaan di Ibu Pejabat UMNO Malaysia supaya
memudahkan pendaftaran Ahli Baru UMNO melalui system atas talian (On line) untuk
menarik minat golongan muda menyertai UMNO.
C. USUL DITOLAK
-TIADA-
55
D. USUL PROJEK
DUN KUALA BESUT
I. Cawangan Bukit Puteri
Bersetuju… Memohon pihak yang berkenaan untuk membaik pulih longkang Kg. Dengir
supaya disegerakan. Ini bagi mengelakkan banjir di kawasan berkenaan.
Ii. Cawangan Kg. Tok Has
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenaan untuk membina kompleks
tingkatan 6 di tapak lot yang telh kerajaan ambil sebanyak 25 ekar untuk
menempatkan Pra U di Besut, amat bersesuaian di tapak yang telah sedia ada. Ini
dapat meningkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk setempat.
DUN KOTA PUTERA
I. Cawangan Gong Bayor
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenaan untuk memasang bumbung
gelanggang futsal yang sedia ada di Kg. Gong Bayor supaya lebih baik.
DUN JERTEH
i. Rumah Awam Seberang Jerteh
Bersetuju…. Memohon pihak PMINT menyediakan tapak sebagai ganti taman
rekreasi yang diambil oleh projek pembinaan bangunan kedai.
Bersetuju… Memohon kepada pihak yang berkenaan untuk mempercepatkan
pembinan terminal bas di bandar Jerteh.
Ii. Cawangan Gong Tanah Merah
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenaan untuk memasang lampu di
sekitar jalan kampung.
56
DUN HULU BESUT
i. Cawangan Gong Resam
Bersetuju …Memohon pihak yang berkenaan dapat menyediakan ruang dapur bagi
dewan serbaguna Gong Resam.
Bersetuju…. Memohon kepada pihak yang berkenaan dapat menyediakan cat untuk
kegunaan surau di Kg. Gong Resam.
ii. Cawangan Pasir Akar
Bersetuju…. Memohon pihak yang berkenaan agar dapat menyediakan sebuah Tadika
Kemas yang baru atas tapak balairaya.
Bersetuju…Memohon pihak yang berkenaan agar menyediakan Sebuah Bank simpanan
Nasional untuk kemudahan orag ramai.
iii. Cawangan Kayu Kelat Hulu Besut
Bersetuju…Memohon pihak TNB Besut mengadakan dua lampu jalan di tepi perkuburan
Kg Kayu Kelat memandangkan jalan tersebut menjadi laluan utama penduduk.
Bersetuju…. Memohon Yang Berhormat Kawasan, YB. Datuk Haji Nawi menyumbang 10
buah meja dan 100 buah kerusi serta sedikit peruntukan membeli langsir untuk
kegunaan di Sanggar Dato’ Rahim Kg. Kayu Kelat.
57