The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 1 EDUP3143 Sosiologi Dalam Pendidikan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM90622 Nik Nurazwana Aqilah Binti Nik Din, 2024-03-08 11:29:35

Nik Nurazwana Aqilah Ebook

Tugasan 1 EDUP3143 Sosiologi Dalam Pendidikan

STRATIFIKASI SOSIAL DAN BUDAYA SEKOLAH EDUP3143 Sosiologi Dalam Pendidikan NIK NURAZWANA AQILAH BINTI NIK DIN


1. 2. 3. Istilah stratifikasi berasal dari kata strata atau stratum yang bermaksud lapisan. Individu yang mempunyai kedudukan atau status yang sama menurut ukuran masyarakat dikatakan berada dalam suatu lapisan (stratum). Menurut Maunah (2015), stratifikasi sosial adalah sistem yang membezakan sejumlah individu atau kelompok masyarakat yang berbeza kelas sosial secara hierarki serta hak dan kewajiban yang diberikan antara individu yang berlainan lapisan atau kelas turut berbeza. APA ITU STRATIFIKASI SOSIAL?


4. Kamus Edisi Keempat (2007) mendefinisikan stratifikasi sebagai pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kepada atau pembentukan strata. 5. APA ITU STRATIFIKASI SOSIAL? Susun lapis masyarakat atau stratifikasi sosial tidak dapat dielakkan daripada wujud dalam sesebuah masyarakat disebabkan oleh wujudnya perbezaan dari segi keupayaan dan kelas sosial seperti harta atau kekayaan, status, jawatan, keturunan, pendidikan dan sebagainya.


Kesan stratifikasi sosial terhadap pendidikan INSTITUSI SOSIAL sistem yang menunjukkan peranan sosial dan norma sosial saling berkait dan telah disusun untuk memuaskan sesuatu kehendak atau fungsi sosial seperti institusi agama, institusi perkahwinan dan kekeluargaan, institusi ekonomi, institusi politik dan sebagainya. Pendidikan merupakan agen sosial yang penting untuk menjalankan proses sosialisasi yang membuka ruang dan peluang kepada individu untuk meningkatkan stratifikasi sosial dan gaya hidup mereka menjadi lebih baik.


STRATIFIKASI SOSIAL INSTITUSI SOSIAL / PENDIDIKAN SALING BERKAIT MEMBENTUK ciri-ciri kehidupan di sesebuah sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, struktur organisasi.


ANTARA BUDAYA SEKOLAH KEBERSIHAN BERATUR MENGANGKAT TANGAN DUDUK DI HADAPAN


BAGAIMANA STRATIFIKASI SOSIAL BOLEH MEMBERI IMPAK KEPADA BUDAYA SEKOLAH DAN DAPAT DIMANIPULASI MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH ?


BUDAYA BERATUR 01


BUDAYA BERATUR mencerminkan tahap disiplin yang tinggi dan memupuk nilai kesabaran dan hormat kepada orang lain. murid yang berasal dari latar belakang keluarga yang berpendidikan biasa dan cenderung untuk beratur kerana mereka didedahkan dengan etika dan adab. murid daripada latar belakang keluarga yang tidak berpendidikan cenderung untuk melanggar aturan beratur kerana mereka sudah biasa berada di lingkungan seperti itu dan ibu bapa mereka sendiri tidak mementingkan etika dan adab.


MANIPULASI UNTUK MEMBENTUK BUDAYA POSITIF tidak dapat kita sangkal budaya beratur ini dapat meningkatkan tahap disiplin yang tinggi dalam kalangan murid. murid yang suka melanggar peraturan seperti tidak beratur akan berasa malu terhadap rakan mereka yang lain dan sekali gus belajar daripada mereka untuk turut sama beratur. jadi murid daripada latar belakang keluarga yang tidak berpendidikan dapat belajar daripada murid yang berlatar belakang keluarga berpendidikan tentang adab dan etika di sekolah sekali gus dapat mendidik diri menjadi individu yang berhemah dalam masyarakat


BUDAYA MENGANGKAT TANGA 0 N 2


murid yang berasal dari keluarga yang berpendidikan lebih berani dan tidak malu untuk mengangkat tangan untuk bertanya soalan atau menonjolkan diri di hadapan kelas. tahap keyakinan murid darpada belakang keluarga yang berpendidikan lebih tinggi berbanding murid yang berasal daripada keluarga yang tidak berpendidikan. BUDAYA MENGANGKAT TANGAN mereka berasa malu untuk menonjolkan diri di hadapan dan takut apabila guru bertanya soalan kepada mereka. mereka takut jawapan atau tindakan mereka akan diketawakan oleh rakan atau dimarahi guru.


budaya mengangkat tangan patut diamalkan oleh setiap murid di sekolah bukan sahaja membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah meningkatkan prestasi murid itu sendiri dalam pencapaian akademik serta mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan murid daripada aspek emosi pula, murid akan lebih yakin dan berani untuk bertanya kepada guru dan menonjolkan diri di dalam kelas murid daripada keluarga yang tidak berpendidikan dapat belajar daripada rakan mereka bahawa budaya positif mengangkat tangan dapat membantu seseorang individu lebih yakin dan membina imej diri yang positif dalam menghadapi masyarakat MANIPULASI UNTUK MEMBENTUK BUDAYA POSITIF


BUDAYA MENJAGA KEBERSIHA 03 N


amalan menjaga kebersihan perlu dipupuk dari rumah dan diperkukuh di sekolah. kebanyakan murid daripada keluarga yang kaya dan berpendidikan cenderung untuk menjaga kebersihan kerana keluarga di rumah mementingkan kekemasan dan kebersihan diri mereka terdedah dengan amalan menjaga kebersihan sejak kecil dan belajar melalui perbuatan ibu bapa mereka sendiri di rumah. BUDAYA MENJAGA KEBERSIHAN murid daripada keluarga yang ekonomi rendah dan tidak berpendidikan lebih cenderung untuk tidak menjaga kebersihan kerana tidak didedahkan dan diambil berat oleh ibu bapa mereka sendiri di rumah persekitaran sekeliling seperti mereka yang tinggal di kawasan rumah setinggan juga menjadi punca seseorang individu tidak menjaga kebersihan.


kebersihan persekitaran dapat mencipta atmosfera yang positif untuk merangsang minda dan kreativiti murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru bukan sahaja perlu menjadi contoh kepada murid dengan berpakaian kemas dan rapi malah menjelaskan kepada murid tentang kepentingan menjaga kebersihan selain itu, guru juga perlu melibatkan murid seperti membahagikan tugas seperti menyusun meja, menyapu, lap papan putih dan sebagainya murid diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman tentang bagaimana mereka dapat meningkatkan kebersihan diri mereka. MANIPULASI UNTUK MEMBENTUK BUDAYA POSITIF


BUDAYA DUDUK DI HADAPAN 04


murid Cina lebih suka untuk duduk di hadapan di dalam kelas kerana mereka akan lebih fokus dan mudah faham isi pelajaran yang diajar. Murid Melayu dan India lebih suka untuk duduk di belakang kerana lebih bebas dan kurang pengawasan guru untuk mereka bermain di dalam kelas. budaya duduk di hadapan bukan sahaja berkait dengan isu bangsa atau kaum, malah berkait dengan jantina. BUDAYA DUDUK DI HADAPAN murid perempuan cenderung untuk duduk di hadapan dan murid lelaki lebih suka duduk di belakang. Murid perempuan dan lelaki tidak suka bercampur antara satu sama lain kerana murid perempuan mengganggap murid lelaki berkelakuan nakal dan suka mengganggu manakala murid lelaki mengganggap murid perempuan lebih cerewet dan takut digelar pondan atau lembut oleh murid lelaki lain.


guru memainkan peranan penting bagi mengatasi isu perkauman dan jantina dalam kalangan murid guru perlu meningkatkan kolaborasi dalam pembelajaran antara murid tidak kira jantina atau kaum seperti kerja secara berkumpulan yang memerlukan kerjasama dan membantu murid untuk saling mengenali dan memahami satu sama lain. guru menetapkan kedudukan murid di dalam kelas dengan mencampurkan murid lelaki, perempuan, India, Cina dan Melayu dalam satu kumpulan Hal ini bukan sahaja dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid sejak mereka kecil malah meningkatkan motivasi mereka untuk belajar dengan lebih tekun dan mengelakkan mereka bermain di dalam kelas MANIPULASI UNTUK MEMBENTUK BUDAYA POSITIF


Secara kesimpulan, dapat kita lihat betapa pentingnya untuk kita terutama pihak guru dan sekolah memahami dan mengatasi ketidaksetaraan yang mungkin ada dalam kalangan murid berdasarkan latar belakang sosial mereka. Stratifikasi sosial dan budaya di sekolah mempengaruhi akses terhadap peluang pendidikan dan pengalaman belajar murid. Pihak yang terlibat perlu mengakui dan mengatasi faktor-faktor yang menyebabkan ketidaksetaraan dalam stratifikasi sosial untuk mencipta suasana pembelajaran yang inklusif dan adil agar institusi pendidikan dapat menjadi tempat yang merayakan perbezaan dan memastikan setiap murid memiliki kesempatan yang sama untuk berkembang secara akademik dan sosial. KESIMPULAN


RUJUKAN Chew Peh Ting. (1979). Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Idrul Hisham Ismail, Rosly Kayar, Mohd Hanapiah Khamis. (2024). Sosiologi Dalam Pendidikan. Selangor: Local Publications Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Maunah, B. (2015). Stratifikasi sosial dan perjuangan kelas dalam perspektif sosiologi pendidikan. Ta'allum: Jurnal Pendidikan Islam, 3(1), 19-38. Mohd Salleh Lebar. (1998). Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version