PELAJAR BAHARU sesi julai - disember 2023 Tahniah dan selamat datang
ucapan pengarah Bagi pihak seluruh warga Institut Kemahiran MARA Sungai Petani saya mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada para pelajar baru yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di sini. Institut Kemahiran MARA Sungai Petani sangat berbangga menerima kehadiran saudara dan saudari sebagai warga barunya. Kami di Institut Kemahiran MARA Sungai Petani sentiasa bersedia memikul amanah untuk melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi mental, jasmani dan teguh rohaninya. Adalah diharapkan menerusi proses pembelajaran di IKM Sungai Petani ini, saudara dan saudari dapat manfaat dan menggunakan dengan sepenuhnya untuk pembangunan bangsa, agama dan negara. Pihak IKM Sungai Petani amat peka dengan perubahan persekitaran industri dunia, dimana anjakan demi anjakan telah dilaksanakan bagi memastikan objektif MARA bagi pembangunan Bumiputera dapat dilaksanakan secara holistik dan efektif selari dengan hasrat kerajaan. Sebagai warga baru IKM Sungai Petani, marilah sama-sama memahami, menghayati dan bergerak seiring dengan visi MARA. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua serta didoakan saudara saudari menjadi kebanggaan ibu bapa, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. mohamad johari bin man@osman Pengarah Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah. Johari
Selamat Datang diucapkan kepada semua pelajar baharu ke IKM Sg Petani Kedah. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IKM Sg Petani. Dalam ribuan pelajar yang memohon melanjutkan pelajaran, anda terpilih untuk melanjutkan pelajaran sama ada ke peringkat Sijil ataupun Diploma di IKM Sg Petani. Saya percaya keputusan anda untuk melanjutkan pelajaran di IKM Sg Petani adalah pilihan yang tepat dan bertepatan dengan cita cita dan minat anda. Untuk makluman, IKM Sg Petani menawarkan 6 program Tahap Diploma dan 4 program Tahap Sijil iaitu : Diploma Tek. Kej. Elektronik Gunaan, Diploma Senibina Penyeliaan Tapak, Diploma Pengiklanan Digital, Diploma Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot, Diploma Kompetensi Elektrik Domestik dan Industri, Diploma TeknoUsahawan Upholsteri, Sijil Tek. Kej. Bangunan, Sijil Tek. Kej. Lukisan Struktur, Sijil Tek. Kej Elektrik Kuasa dan Sijil Tek. Bekalan Air dan Pembentungan. Tempoh pengajaran adalah 2 tahun bagi tahap Sijil dan Diploma Teknousahawan manakala 3 tahun bagi tahap Diploma. Pengajaran adalah secara teori dan amali. Pelajar pelajar juga didedahkan dengan kursus Pengajian Am iaitu Matematik, English, Pendidikan Islam/Moral, Pengajian Malaysia dan Keusahawanan. Selain itu pelajar akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti Kokurikulum, Sukan dan khidmat masyarakat bagi membentuk insan yang kompeten sahsiah terpuji dan berjiwa usahawan. Jadikanlah pembelajaran anda di IKM Sg Petani nanti adalah kenangan pahit dan manis yang teristimewa bagi anda dan dikenang selama lamanya. Sekian dahulu ucapan saya dan semoga berjaya. ucapan timbalan pengarah i mohd khairun naim bin mustaffa Timb. Pengarah Hal Ehwal Akademik Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah. Khairun Naim
ucapan timbalan pengarah ii Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar yang terpilih untuk bersama-sama menjadi warga Institut Kemahiran MARA Sungai Petani. Sesungguhnya kami amat berbangga menerima kedatangan pelajar semua sebagai warga baharu IKM Sungai Petani. Bermula detik ini, bermulalah kehidupan anda sebagai pelajar IKM Sungai Petani. Hargailah ruang dan peluang yang ada serta berusahalah dgn gigih bagi memehuni hasrat keluarga, masyarakat dan MARA khususnya. Dengan segala kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh pihak IKM pastinya akan membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan terkejadapan. Di samping itu, pelbagai aktiviti dan program yg telah dirangka sepanjang pengajian anda disini akan turut membantu anda memperolehi pengalaman yang dapt mematangkan diri untuk membina jati diri dan sahsiah terpuji. Sekalung tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran dan perlaksanaan minggu MSR. Akhir kata, selamat maju jaya dan salamat menjalani kehidupan sebagai warga IKM Sungai Petani. nor yuslan syah bin mohd junus Timb. Pengarah Hal Ehwal Pengurusan Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah. Nor Yuslan
“ “ LATAR BELAKANG MARA Majlis Amanah Rakyat (MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 melalui ( Akta 489 ) sebagai sebuah Badan Berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama di Kuala Lumpur pada Jun 1965. Seksyen 6 (1) Akta MARA 1966 Adalah menjadi kewajipan Majlis untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Malaysia dan khususnya bagi kawasan-kawasan luar bandar Menjadi organisasi yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa visi mara Menerajui bidang Keusahawanan, Pendidikan dan Pelaburan untuk penguasaan ekuiti bumiputera misi mara Amanah Rakyat niLAI bERSAMA Keusahawanan & Pendidikan Global moto
lagu amanah rakyat Pencipta Lagu MARA Dato’ Mohd Nasir Mohamed M Nasir Lagu : Dato’ Mohd Nasir Mohamed Lirik : Mohd Khirin Omar & Dato’ Mohd Nasir Mohamed Demi satu keunggulan Bangsa yang berdaulat Sebuah lambang menawan puncak jaya Perkasa di persada dunia Obor para cendekia Merentas masa hadapan Usahawan jaya tercipta bahagia Maju mara maju jaya MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat Memayungi bangsa dan negara Bersemangat perintis penuh yakin Demi satu amanah mulia MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat Memayungi bangsa dan negara Penuh keyakinan demi satu Amanah mulia...
informasi korporat Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Ini sekaligus menjadikan institusi TVET ini sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi. Penubuhan IKM adalah untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah 10 buah kampus dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII). Daripada asalnya dikenali sebagai "sekolah tukang" ketika zaman RIDA iaitu pusat latihan yang melahirkan pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang, pendidikan kemahiran MARA terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan tuntutan industri dan keperluan pembangunan ekonomi negara. Penglibatan MARA dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah kesinambungan dari zaman RIDA di mana usaha MARA menubuhkan IKM pada penghujung era 60-an dan enam buah lagi dekad 70-an boleh disifatkan sebagai pencetus kepada wujudnya pendidikan teknikal berteraskan keperluan industri. Walaubagaimanapun, cabaran utama MARA pada ketika itu bukanlah sekadar kesukaran untuk membangunkan institusi pendidikan berteraskan kemahiran yang terawal semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu adalah untuk mengubah paradigma belia Bumiputera pada dekad awal kemerdekaan
objektif Menjadi institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan institusi dan teknousahawan Menjadi institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa 01 05 Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship) Pemangkin dalam revolusi teknologi bagi meningkatkan daya saing Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik 02 03 04
logo ikm Lima jalur berwarna merah berbentuk segitigatepat melambangkan tahap pengajian di bawah TVET MARA Segitiga merah bermaksud Berani & Maju ke Hadapan Tiga jalur biru melambangkan sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan negara Tulisan IKM adalah singkatan kepada Institut Kemahiran MARA
6 Program diploma program ditawarkan 1 Program sijil Jabatan awam Jabatan seni & rekabentuk Jabatan elektonik Diploma TeknoUsahawan Upholsteri Diploma Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot Diploma Pengiklanan rekabentuk Digital diploma teknologi kejuruteraan elektronik gunaan diploma senibina penyeliaan tapak diploma teknologi awam dan struktur sijil teknologi bekalan air dan pembentungan
1. diploma senibina penyeliaan tapak 2. Diploma TeknoUsahawan Upholsteri 3. Diploma Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot 4. Diploma Pengiklanan rekabentuk Digital Laluan Berbumbung Tempat Letak Kenderaan Rasmi IKM Bengkel Latihan Tempat Letak kenderaan Setor PETUNJUK BENGKEL ELEKTRIK DOMESTIK BANGUNAN STBP 9 MARA-PETRONAS BANGUNAN 10 SETOR UTAMA RUMAH PENGARAH SURAU PARKING BAS LOT RUMAH AKTIVITI KOKURIKULUM PONDOK PENGAWAL 2 DEWAN MESRA PERDANA DEWAN THEATRETTE pusat sumber cafeteria ASRAMA ASPURI SURAU KOPERASI D PONDOK PENGAWAL 1 7 2 3 4 5 6 1 ASRAMA ASPURa peta kampus 5. sijil teknologi bekalan air dan pembentungan 6. diploma teknologi kejuruteraan elektronik gunaan 7. diploma teknologi awam
BIL PORTFOLIO / BIDANG TUGAS NAMA (JABATAN /PROGRAM) 1 Bayaran MSR & Kewangan Ajk Induk : Pn. Zarina Binti Hashim 1.Pn. Farah Hannani Binti Ahmad (Pentadbiran) 2.Pn. Nor Azmira Binti Che Rus (Pentadbiran) 2 Buku Program Ajk Induk : Cik Nur Dini Deyana Binti Rozali (SBN) 1.En. Norzaiddy Bin Zainon (DSK) 3 Pendaftaran & HEP Ajk Induk :Pn. Farah Wahida Binti Wahid 1.Pn. Siti Rohaiza Binti Ramdzan ( Pentadbiran) 2.Pn. Siti Rohaiza Binti Ramdzan ( Pentadbiran) 3.Pn. Noor Hidayah Binti Hamzah ( Pentadbiran) 4 Penempatan ,Asrama dan Sukan Riadah Ajk Induk : Pn. Siti Zubaidah Binti Ahmad (K) 1.En. Hairulnizam Bin Jamil ( Pentadbiran) 2.En. Nor Azizan Bin Samsudin ( Pentadbiran) 5 Pengangkutan ,Lalulintas dan Displin Ajk Induk : En. Mohd Nasri Bin Abu Bakar (K) 1.En. Muhammad Faiz Bin Abd Halim (DLA) 2.En. Muhammad Fauzi Bin Harun (DSK) 3.En. Muhammad Firdaus Bin Abd Rahman (STP) 4.En. Omar Bin Che Nan (SBN) 6 Makanan & Minuman Ajk Induk : En. Khairol Hadi Bin Puteh (K) 1.En. Mohd Hafiz Bin Hamid (Pentadbiran) 2.Pn. Siti Shuhaida Binti Abdul Khadir (Pentadbiran) 7 Peralatan ,Persiapan Tempat dan Bahan Ajk Induk : En. Mohd Izham Bin Zainal (K) 1.En. Mohammad Fadeli Bin Jaafar 2.En. Azizul Bin Abu Seman 3.Pn. Zuraina Binti Ismail 8 Kerohanian & Motivasi Ajk Induk : Pn. Norzita Hafizah Binti Abd Radzuan (K) 1.Dr. Ahmad Amin Bin Mohamad Sulaiman 9 Sambutan & Majlis Penutup Ajk Induk : En. Norzaiddy Bin Zainon (DSK) 1.En. Mohamed Rosli Bin Mohamed Yusoff 2.Pn. Sazurini Binti Mat Zuki jawatankuasa minggu silaturahim Pengerusi : En. Nor Yuslan Syah Bin Mohd Junus Penyelaras : En. Muhammad Johari Bin A Karim Setiausaha : Pn. Nun Azian Binti Othman Bendahari : Pn. Aina Sahira Binti Mohamad Fadzil
urusan asrama Sebarang urusan asrama pelajar boleh menghubungi pegawai: en. mohd sufian bin abdul rahim Ketua Warden 019 247 4300 en. muhammad faiz bin abd halim Warden 011 1447 8304 pn. siti zubaidah binti ahmad Warden 010 404 5644 en. hairulnizam bin jamil Penyelaras Asrama 019 298 6777 en. mohd shaharun hapizi bin ali Warden 011 2640 7986 pn. nur hidayah binti hassan Warden 019 680 7363
terima kasih
jadual minggu silaturrahim WAKTU / TARIKH 5:30 - 7:00 7:00 - 8:00 8:30 - 9:30 9:30 - 10:30 10:30 - 11:00 11:00 - 12:00 12:00 - 1:00 1:00 - 2:00 2:00 - 3:00 3:00 - 4:30 4:30 - 6.15 6:15 - 8:00 8:00 - 9:00 9:00 - 11:00 SESI LIBAT URUS PENGURUSAN IKMSP BERSAMA WARIS (DMP) URUSAN LOJISTIK PELAJAR/ PERSEDIAAN DIRI SLOT ICE BREAKING (DMP) KULIAH MAGHRIB & SOLAT ISYAK (Surau An-Nur) TAKLIMAT ASRAMA PENGARAH MPP PENCERAMAH JEMPUTAN EN SUFIAN/WARDEN SESI BERSAMA KAUNSELOR (DMP) TAKLIMAT UNIT PENILAIAN & PENSIJILAN, KO-K, KAD MATRIK /HIJAU (DMP) KULIAH MAGHRIB & SOLAT ISYAK (Surau An-Nur) AKTIVITI BERSAMA MPP DR AMIN UPP, PENYELARAS KO-K & KOOP PENCERAMAH JEMPUTAN MPP KULIAH MAGHRIB & SOLAT ISYAK (Surau An-Nur) AKTIVITI BERSAMA MPP PENCERAMAH JEMPUTAN MPP MAJLIS PENUTUP MSR SESI JULAIDISEMBER 2023 (DMP) JK MSR/MPP 25/07/2023 (SELASA) KULIAH AKADEMIK KULIAH AKADEMIK - 23/07/2023 (AHAD) 24/07/2023 (ISNIN) - SOLAT SUBUH SENAMAN / SARAPAN PAGI (DM) TEAM BUILDING URUSAN PENDAFTARAN & PENEMPATAN PELAJAR BARU (DMP) JK MSR/MPP MPP REHAT REHAT / MAKAN TENGAHARI (DM) / SOLAT ZOHOR BERJEMAAH SOLAT ASAR & RIADAH (MPP) MAKAN MALAM (DM) / SOLAT MAGHRIB (MPP)