SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
TAMAN BUKIT INDAH
(KAWASAN ZON 10)
DISEDIAKAN OLEH:
RANIESHA A/P SATHYA RAJ
TINGKATAN:
2 PEARL
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
25/12/2022
ISI KANDUNGAN M/S
2
KANDUNGAN 3
3
1) PENGHARGAAN 4
5-6
2) PENDAHULUAN
7-12
3) OBJEKTIF KAJIAN
13-14
4) JADUAL KERJA & KAWASAN KAJIAN 15
16
5) KAEDAH KAJIAN
16-18
6) HASIL KAJIAN
5.1] TEMU BUAL
5.2] SOAL SELIDIK
5.3] PEMERHATIAN
5.4] RUJUKAN
7) PENYELESAIAN MASALAH
7.1] INDIVIDU
7.2] MASYARAKAT
7.3] PIHAK BERKUASA
8) KESIMPULAN / KONKLUSI / RUMUSAN
9) BAHAN/SUMBER RUJUKAN
10) LAMPIRAN
1
PENGHARGAAN
SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA GURU MATA
PELAJARAN GEOGRAFI SAYA IAITU PUAN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN YANG
SUDI MEMBERIKAN ILMU PENGETAHUAN KEPADA KAMI YANG BELAJAR DI
KELAS 2 PEARL. JASA CIKGU AMAT DIHARGAI BAGI PENYIAPAN KERJA
LAPANGAN KERJA KHURSUS TINGKATAN 2 INI.
SELAIN ITU, SELAKU MURID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN
ISMAIL SAYA JUGA INGIN MEMBUKA KECIL TAPAK TANGAN TETAPI NYIRU
SAYA TADAKAN KEPADA PENGETUA SEKOLAH IAITU ENCIK RAZALI BIN
TAMADI. TANPA USAHA BELIAU DALAM MENTADBIR SEKOLAH, SAYA PASTI
KAMI TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN AKTIVITI YANG SERONOK SEPERTI INI.
AKHIR SEKALI, MENGHORMATI IBU BAPA MERUPAKAN ANTARA IKRAR
HIDUPAN SAYA OLEH SEBAB MEREKALAH YANG MELAHIRKAN KITA DAN
MEMBESARKAN KITA DENGAN SEELOKNYA DENGAN HARAPAN KITA DAPAT
BERJAYA SERTA MENJADI SEORANG YANG BERGUNA DALAM MASYARAKAT
INI. KELAHIRAN SAYA JUGA MERUPAKAN KURNIAAN TUHAN DENGAN
ADANYA KAWAN- KAWAN YANG SUDI MENOLONG SAYA APABILA SAYA
MEMERLUKAN BANTUAN. DI SAMPING ITU, SAYA JUGA INGIN
MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA JIRAN TETANGGA SAYA
YANG SUDI MELUAHKAN MASA MEREKA DEMI MEMBERIKAN PENDAPAT
HASIL BUAH SUPAYA SAYA DAPAT MENYIAPKAN KERJA LAPANGAN INI
DENGAN JAYANYA.
2
PENDAHULUAN
SAYA RANIESHA A/P SATHYA RAJ DARI KELAS 2 PEARL. SAYA AKAN
MENJALANKAN KERJA KHUSUS SAYA DI KAWASAN KEDIAMAN SAYA IAITU
TAMAN BUKIT INDAH (KAWASAN ZON 10). SAYA TELAH MENGGUNAKAN
TEMPOH SELAMA SEMINGGU UNTUK MENYIAPKAN KERJA KHUSUS INI
KERJA KHUSUS INI MELIPUTI PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU YANG
MEMBOLEHKAN MEREKA MENYELESAIKAN MASALAH ALAM SEKITAR YANG
DIHADAPI DI KAWASAN KEDIAMAN MEREKA. SEBAGAI CONTOH,
PEMASANGAN PANEL SOLAR DI ATAS BUMBUNG RUMAH UNTUK
MENJIMATKAN KEBANYAKAN TENAGA ELETRIK YANG DIGUNAKAN. USAHA
INI BUKAN SAHAJA BOLEH MENDATANG KEBAIKAN KEPADA ALAM SEKITAR
BAHKAN JUGA KEPADA KITA SENDIRI JUGA. KITA TIDAK DAPAT MENAFIKAN
BAHAWA BUMI KITA SEDANG MENGHADAPI CABARAN YANG AKAN
MENGUNDANG KEMUSNAHAN SEMUA BENDA HIDUP TIDAK KIRA KECIL
ATAU BESAR. BUMI YANG BERUSIA 4.54 BILION TAHUN INI HARUSLAH
DILINDUNGI SEHINGGA AKHIRAT. SETIAP USAHA YANG DILAKUKAN PASTI
AKAN BERBUAH JUGA JIKA KIA BERSATU DAN MEMILIKI MATLAMAT YANG
SAMA. OLEH ITU, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MELAKSANAKAN
TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SEORANG PENDUDUK BUMI DALAM
MENJAGA BUMI DENGAN SEELOKNYA AGAR BERKEKALAN.
OBJEKTIF KAJIAN
KAJIAN KES INI DILAKSANAKAN DENGAN BEBERAPA OBJEKTIF YANG PERLU
DICAPAI. BERIKUT MERUPAKAN OBJEKTIF- OBJEKTIF TERSEBUT
1) MENJELASKAN KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU
2) MENGENAL PASTI (3) JENIS DAN CONTOH TEKNOLOGI HIJAU YANG
TERDAPAT DI TAMAN BUKIT INDAH (KAWASAN ZON 10)
3) MENYENARAIKAN (4) KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU
4) MENGHURAIKAN (4) PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU TIDAK
DITERAPKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
5) MENCADANGKAN (4) LANGKAH-LANGKAH ATAU STRATEGI YANG
BOLEH DIBUAT BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
HIJAU YANG SESUAI
3
JADUAL KERJA
BIL. AKTIVITI TARIKH
1. Mendengar taklimat daripada guru mata pelajaran 6-8/12
2. Menyediakan bahan kajian seperti soalan selidik 11,12/12
3. Menjalankan 3 kaedah kajian pertama untuk mendapatkan 13,14/12
maklumat yang lanjut
4. Menemu bual dengan penduduk setempat 15/12
5. Mencari penyelesaian kepada masalah amalan teknologi 16/12
hijau
6. Menyiapkan kertas kerja atas talian 17-19/12
7. Penyiapan kerja kursus 20/12
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Zon 10, Taman Bukit Indah, Johor Bahru,
Johor. Bukit Indah merupakan sebuah perbandaran di Iskandar
Puteri, daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini mempunyai
penduduk kira-kira 60,000. Kini, terdapat hampir 15,000 buah rumah
yang dibina untuk menampung bilangan penduduk yang banyak.
Selain itu, tempat ini juga berdekatan dengan Taman Perling.
Terdapat pusat beli-belah Aeon Bukit Indah di sini. Terdapat juga
kemudahan awam yang lain. Penduduk taman ini sangat bertuah
kerana mendapat pelbagai kemudahan yang berdekatan. Bukit Indah
juga semakin mendapat reputasi sebagai pusat komersial daerah Johor
Bahru yang baru.
4
KAEDAH KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Zon 10, Taman Bukit Indah. Di tempat ini,
saya dapat menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan
maklumat tentang penggunaan teknologi hijau di sekitar kawasan
tempat tinggal saya. Kaedah tersebut membantu saya untuk
mengumpulkan maklumat dengan benar. Berikut adalah kajian yang
digunakan :
1. Pemerhatian
Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data yang paling
mudah dan cepat. Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian
tentang petempatan di kawasan kajian saya. Saya telah memerhati
jiran tetangga di kawasan kajian saya untuk mengenalpasti tentang
amalan teknologi hijau yang mereka amalkan.
2. Soal selidik
Kaedah ini merupakan kaedah dalam mengumpul maklumat dengan
mengedarkan borang soal selidik menggunakan ‘google form’ kepada
penduduk setempat walaupun negara kita telah pun beralih ke fasa
endemik. Saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberikan
borang soal selidik atas talian sahaja. Selain itu, borang atas talian ini
lebih mudah diggunakan oleh pengguna dan saya. Saya juga tidak
perlu membazirkan penggunaan kertas dan dapat menyelamatkan
lebih banyak pokok. Saya terlebih dahulu menyediakan borang yang
mengandungi maklumat yang diperlukan untuk kajian ini. Saya telah
menyediakan satu set soalan dan memberikannya kepada 12 orang
responden di sekitar kawasan kajian saya untuk mendapatkan
maklumat.
5
3. Rujukan
Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya membuat
rujukan daripada laman web, buku, majalah, keratin akhbar dan
sebagainya. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai bagi
orang yang baru seperti saya dalam menjalankan kajian lapangan ini.
4. Temu bual
Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk untuk mengetahui
pendapat dan pandangan mereka mengenai pengamalan teknologi
hijau di kawasan kajian saya. Saya memilih 3 orang penduduk
kawasan kajian saya yang telah lama menetap di situ untuk
ditemubual kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang
keadaan kawasan kampung.
6
HASIL KAJIAN
(a) Rujukan
Menurut Buku Teks Geografi KSSM Tingkatan 2, teknologi hijau
merujuk kepada pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.
Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa
tanpa menjejaskan generasi masa depan. Kita sebagai manusia di
bumi, bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang
dapat menikmati kualiti hidup seperti yang kita nikmati sekarang atau
yang lebih baik.
Teknologi hijau mempunyai matlamat seperti berikut :
i. Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan
ii. Melindungi ekosistem semula jadi
iii. Mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia
iv. Menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi
Menurut Wikipedia, teknologi hijau atau teknologi alam
sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara
sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif
kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan
manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam
sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira
aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
7
Menurut Universiti Sains Malaysia (USM), Teknologi Hijau merujuk
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan
atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
(b) Soal selidik
Sebanyak 12 orang penduduk di kawasan kajian saya telah menjawab
soal selidik. Jawapan telah direkodkan dan dianalis.
Carta pai 1.1 menunjukkan peratus penduduk yang mengamalkan
teknologi hijau di kawasan kediaman mereka.
Graf 1.2 menunjukkan amalan teknoloji yang diamalkan oleh
penduduk di kawasan kajian.
Carta pai 1.3 membezakan peratus penduduk yang setuju bahawa
konsep penggunaan teknologi hijau adalah efektif kepada semua
pihak.
Berdasarkan statistik, 10/12 daripada penjawab yang tinggal di
kawasan petempatan saya mengamalkan teknologi hijau. Kebanyakan
amalan teknologi hijau yang dijalankan merupakan kegiatan yang
memerlukan kos banyak tetapi juga ada kegiatan yang kurang
memerlukan kos. Hal ini mungkin adalah sebab ada segelintir orang
penduduk yang tidak dapat mengamalkan teknologi hijau. Sebagai
analoginya, ada penduduk yang tidak dapat memasang panel solar
atau menggunakan kereta hybrid disebabkan harganya. Selain itu,
masa juga merupakan antara faktor penduduk mengabaikan
pengamalan teknologi hijau. Oleh itu, hampir semua penduduk yang
8
bersetuju bahawa konsep penggunaan teknologi hijau adalah efektif
kepada semua pihak.
(c) Pemerhatian
Selepas beberapa jam memerhati seluruh kawasan kajian saya, saya
mendapati bahawa hampir seluruh penduduk di kawasan kajian saya
menanam pokok-pokok di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka
juga menggunakan baja organik untuk kegiatan pertanian. Perlakuan
ini sungguh bagus kerana baja organik tidak akan mencemarkan alam
sekitar. Saya sungguh kagum dengan perbuatan mereka kerana pada
era globalisasi ini, kami jarang melihat orang membuat aktiviti
pertanian di kawasan bandar terutamanya juga generasi muda.
Tanaman hijau yang ditanam dapat membekalkan oksigen kepada
hidupan untuk melalui proses respirasi dengan mudah.
Selain itu, saya juga dapat melihat beberapa rumah yang memasang
panel solar yang boleh menjana tenaga elektrik yang boleh
diperbaharui. Teknologi ini dapa menjimatkan elektrik dan bil tenaga.
Hal ini kerana panel solar menyerap tenaga alam suria daripada
matahari secara semula jadi. Namun demikian, pemasangan panel
solar ini hanya dilakukan pada beberapa rumah sahaja. Oleh yang
demikian, saya berharap bahawa lebih ramai penduduk dapat
menggunakan teknologi yang semakin canggih ini dengan bijak pada
masa yang akan datang.
Seterusnya, saya mendapati bahawa hampir semua penduduk di
kawasan saya gemar mengumpul air hujan. Air hujan ini sering
digunakan untuk kegunaan harian seperti menyiram pokok-pokok,
mencuci kereta, mencuci halaman rumah, kasut dan sebagainya. Saya
suka akan perbuatan penduduk yang mengumpul air hujan. Perbuatan
9
ini mengajar kita untuk lebih menjimatkan penggunaan air Ada juga
segelintir yang tidak mengumpul air hujan. Hal ini mungkin
disebabkan oleh kesibukan masa oleh mereka untuk memberikan
perhatian selepas air hujan penuh dalam baldi. Jika air ditadah untuk
masa yang lama, nyamuk aedes boleh membiak di situ dan ini sangat
berbahaya.
Akhir sekali, ramai penduduk dalam kawasan kajian saya
mengamalkan amalan 5R iaitu refuse, reduce, reuse, repurpose, and
recycle. Pada setiap hari, kami akan membahagikan sisa-sisa pepejal
dari rumah mengikut kategorinya. Kemudian, kami akan
mengasingkannya dan memasukkan sisa-sisa ke dalam tong 3R yang
disediakan di beberapa tempat di kawasan kajian saya. Pada setiap
hari Ahad, pihak berkuasa akan datang untuk mengutip bahan
buangan dari setiap tong untuk dibawa ke pusat mengitar semula
supaya bahan-bahan buangan dapat dikitar semula. Di samping itu,
saya juga mendapat tahu bahawa semua orang menggunakan bahan
mesra alam yang tidak akan mencemarkan alam sekitar. Mereka juga
mengurangkan dan menjimatkan penggunaan plastik. Tindakan
seperti ini sungguh bijak.
(d) Temu bual
Saya memilih 3 orang penduduk kawasan kajian saya yang telah lama
menetap di situ untuk ditemubual kerana mereka lebih berpengalaman
dan tahu tentang keadaan kawasan taman. Antara 3 orang itu, saya
memilih seorang untuk direkodkan. Beliau merupakan seorang warga
Melayu yang berusia 63 tahun. Nama beliau ialah Encik Zikri bin
Zulkifli. Setelah bertempat di Taman Bukit Indah selama 32 tahun dia
berkongsi pendapat dan pengalamannya. Berikut merupakan
perbualan antara saya dan Encik Zikri yang telah dipendekkan.
10
Raniesha : Selamat pagi Encik Zikri. Apa khabar? Bolehkah saya
menemu bual encik untuk kerja lapangan geografi saya?
Encik Zikri : Selamat pagi. Terima kasih kerana tanya khabar saya.
Saya baik-baik sahaja. Ya, apakah yang kamu mahu tahu?
Raniesha : Sudah berapa lamakah encik menetap di sini?
Encik Zikri : Saya sudah tinggal di sini selama 32 tahun.
Raniesha : Wah, begitu lamanya! Apakah perubahan pada taman ini
yang encik sedari sejak hari pertama menetap di sini?
Encik Zikri : Oh ada banyak sebenarnya. Pada mulanya, kawasan ini
merupakan kawasan hutan sahaja. Selepas itu, taman kita menjadi
salah sebuah taman yang paling strategik di zon Skudai. Hal ini
kerana, di sekililing taman kita terdapat banyak kemudahan yang
berjaya menarik perhatian orang ramai untuk menetap di sini. Antara
kemudahan yang sangat berdekatan dengan taman kita ialah, pusat
membeli belah, poliklinik dan hospital, sekolah, tempat beribadat,
kedai-kedai, lebuhraya dan lain-lain.
Raniesha : Wah, banyaknya kemudahan! Saya sangat bangga dapat
menetap di taman ini. Encik, adakah anda tahu apakah itu teknologi
hijau?
Encik Zikri : Ya. Saya pernah membaca di beberapa sumber.
Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan produk, peralatan dan
11
sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber
semula jadi.
Raniesha : Adakah encik mengamalkan teknolgi hijau di rumah?
Encik Zikri :Ya, mestilah! Teknologi semakin canggih dan bertambah
maju. Oleh itu, saya perlulah menukar cara hidup dan menggunakan
peralatan teknologi hijau. Saya dan isteri saya gemar menanam
pokok-pokok di sekitar kawasan rumah. Kami selalu menanam
pokok-pokok menggunakan baja organik. Selain itu, saya telah
memasang beberapa keping panel solar dan menggunakan lampu
LED dalam rumah supaya dapat menjimatkan tenaga elektrik. Ini juga
dapat mengurangkan perbelanjaan bil elektrik saya. Saya juga akan
mengutip air hujan supaya dapat digunakan untuk kegunaan harian.
Saya sangat puas hati kerana dapat menggunakan peralatan seperti ini
yang dapat memberikan banyak manfaat kepada alam sekitar dan
masyarakat.
Raniesha : Ribuan terima kasih Encik Zikri. Informasi encik
membantu saya dengan banyak. Saya juga sangat menghargai
pertolongan encik kerana sudi meluangkan sedikit masa dan
membantu saya tanpa meminta apa-apa penghargaan atau upah.
Encik Zikri : Sama-sama. Semoga kamu berjaya menyiapkan kerja
lapangan dengan sebaiknya.
12
PENYELESAIAN MASALAH
Setiap perkara baik mesti akan ada masalah. Seperti itulah juganya
teknologi hijau. Saya telah mendapat tahu bahawa terdapat beberapa
masalah penghalang yang dialami oleh penduduk di kawasan kajian
saya. Masalah-masalah inilah yang menjadi punca penduduk
mengabaikan amalan teknologi hijau. Saya telah membuat kajian
daripada beberapa sumber dan dapat mengenal beberapa solusi untuk
masalah-masalah ini.
Antara masalahnya adalah, ada juga penduduk yang tidak dapat
menampung kos yang tinggi untuk memasang peralatan teknologi
hijau seperti panel solar. Oleh itu, mereka mengabaikan menggunakan
teknologi hijau. Namun demikian, masyarakat boleh menggunakan
teknologi hijau yang tidak memerlukan kos tinggi seperti mengutip air
hujan, menggunakan peralatan mesra alam serba guna dan
menggunakan baja organic untuk kegiatan pertanian.
Selain itu, terdapat juga penduduk yang tidak mementingkan sangat
pasal kebaikan menjagakan alam sekitar. Mereka mengabaikan
keindahan dan produktiviti alam sekitar yang juga boleh membawa
manfaat kepada manusia. Oleh itu, pihak kerajaan boleh memainkan
peranan untuk menganjurkan kempen seperti melalui talian. Kempen-
kempen ini dapat menyedarkan kesedaran kepada masyarakat ramai
untuk menyayangi alam.
13
Seterusnya, ramai masyarakat mengabaikan amalan teknologi hijau
kerana mereka tidak mempunyai masa untuk memberikan perhatian
kepada teknologi hijau. Saya sangat berharap bahawa orang ramai
memberikan kesempatan untuk mengamalkan teknologi hijau
walaupun kesingkatan masa. Hal ini supaya dapat menjadi contoh
teladan kepada generasi akan datang untuk mengamalkan teknologi
hijau. Selain itu, jika kita mula mengambil inisiatif walaupun ia kecil,
hasilnya pasti akan lebih daripada jangkaan kita. Misalnya, ibu bapa
yang mempunyai pekerjaan boleh memberikan makanan kepada anak-
anak dengan menggunakan pembungkus makanan mesra alam. Di
samping itu, pada setiap hujung minggu, ibu bapa boleh membawa
anak-anak mereka ke pusat kitar semula untuk mengitar semula
barang-barang dan menunjukkan pengalaman kepada mereka untuk
mengamalkan teknologi hijau.
Akhir sekali jelaslah bahawa, terdapat juga masyarakat yang tidak
mempunyai didikan tentang amalan teknologi hijau. Oleh itu, mereka
tidak terdedah sangat kepada amalan teknologi hijau ini. Sebagai
contoh, terdapat juga masyarakat yang tidak mempunyai sumber yang
mencukupi untuk mengenal pasti tentang kebaikan amalan teknologi
hijau. Hal ini dapat diatasi dengan salah satu cara. Semua penduduk
boleh bekerjasama untuk menjalankan amalan teknologi hijau supaya
mereka yang kurang terdedah tidak diabaikan.
14
RUMUSAN
Secara keseuruhannya, kerja lapangan ini telah membenarkan saya
mendapat pengajaran yang baharu dan berharga tentang kadar
penggunaan tekologi hijau di negara kita. Saya juga dapat mengetahui
kepentingan-kepentingan mengamalkan teknologi hijau di dalam
sesebuah rumah.
Antaranya termasuklah dapat mewujudkan sebuah kawasan
petempatan yang selesa dan aman. Alam yang dipenuhi dengan
kehijauan membantu seseorang berehat dan meredah tidak kira mudah
atau tua. Selain itu, kegiatan ini boleh dijadikan sebagai hobi yang
sangat menarik dan bermanfaat. Secara tidak langsung ia juga
mengelakkan seseorang tersebut daripada melakukan aktiviti yang
tidak bermanfaat serta membuang masa seperti menonton televisyen
mahupun bermain permainan telefon bimbit. Dari perspektif yang
berbeza, amalan tekonologi hijau juga membantu seseorang berfikir
secara kreatif dan inovatif dalam penggunaan tekonologi hijau di
dalam rumah sebanyak mungkin dengan efektif. Natijahnya, terdapat
banyak pengajaran baik yang kita dapat perolehi. Dengan itu, saya
berharap lebih ramai orang boleh mengamalkan teknologi hijau di
Taman Bukit Indah, Zon 10 untuk membentuk alam yang bersih dan
sebuah suasana yang ceria.
15
RUJUKAN
1. Buku Teks Geografi KSSM Tingkatan 2
2. Guru mata pelajaran Geografi Kelas 2 Pearl
3. Ibu bapa dan ahli keluarga saya
4. Encik Zikri bin Zulkifli
5. Rakan-rakan
6. Laman web sesawang
LAMPIRAN
-Soal Selidik
CARTA PAI 1.1
16
GRAF 1.2
CARTA PAI 1.3
17
-Kawasan Kajian
18