SMK SULTAN ISMAIL
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL,
Jalan Abdul Samad, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2021
KAJIAN SISA DOMESTIK DI ZON 10, TAMAN BUKIT
INDAH 1
NAMA MURID : RANIESHA A/P SATHYA RAJ
TINGKATAN : 1 PEARL
NAMA PENGETUA : TUAN RAZALI BIN TAMADI
NAMA GURU GEO :
PUAN.HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1
PENGHARGAAN 2
PENDAHULUAN 2
OBJEKTIF KAJIAN 3
KAWASAN KAJIAN 5
KAEDAH KAJIAN 7
HASIL KAJIAN 12
12
RUMUSAN 13
RUJUKAN
LAMPIRAN
Tuesday
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana dapat
menyiapkan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 2021 ini dengan
jayanya sebelum tamat waktu penghantarannya. Semoganya tugasan
kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari
segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di
masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepadan Tuan Pengetua iaitu Tuan Razali bin Tamadi
kerana membenarkan saya menjalankan Kerja Kursus Geografi
dengan jayanya.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Hanifah binti
Jamaluddin iaitu guru Geografi saya kerana tidak jemu memberi
bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat
kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu
menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil
kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
tiga pihak lain lagi iaitu kepada kedua-dua ibu bapa saya, rakan-rakan
saya dan juga kepada jiran-jiran tetangga kawasan saya. Tanpa
sokongan dan bantuan mereka, saya mungkin tidak dapat menyiapkan
kerja lapangan ini.
1
PENDAHULUAN
Saya, Raniesha A/P Sathya Raj, murid Tingkatan 1 Pearl di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor, telah diberi
tugasan oleh guru Geografi saya, Puan Hanifah binti Jamaluddin
untuk menjalankan kajian luar tentang pengurusan sistem domestik di
kawasan tempat tinggal dan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan
untuk mengurangkan kesan pembuangan sistem domestik di kawasan
tersebut.
Saya telah memilih kawasan petempatan Zon 10, Taman Bukit Indah,
Johor Bahru, Johor sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan ini
mempunyai pelbagai fungsi petempatan. Selain itu, kawasan kajian
ini merupakan taman bagi kawasan kediaman saya yang memudahkan
saya untuk mencari maklumat dan membuat kajian.
OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenal pasti jenis sisa domestik.
ii. Menjelaskan dengan contoh sisa domestik di Malaysia.
iii. Membincangkan kesan pembuangan sisa domestik di Malaysia.
iv. Menerangkan langkah-langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik.
2
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Zon 10, Taman Bukit Indah, Johor Bahru,
Johor. Bukit Indah merupakan sebuah perbandaran di Iskandar
Puteri, daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini mempunyai
penduduk kira-kira 60,000. Kini, terdapat hampir 15,000 buah rumah
yang dibina untuk menampung bilangan penduduk yang banyak.
Selain itu, tempat ini juga berdekatan dengan Taman Perling.
Terdapat pusat beli-belah Aeon Bukit Indah di sini. Terdapat juga
kemudahan awam yang lain. Penduduk taman ini sangat bertuah
kerana mendapat pelbagai kemudahan yang berdekatan. Bukit Indah
juga semakin mendapat reputasi sebagai pusat komersial daerah Johor
Bahru yang baru.
3
KAEDAH KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Zon 10, Taman Bukit Indah. Di tempat ini,
saya dapat menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan
maklumat tentang pembuangan sisa domestik di kawasan sekitar
tempat tinggal saya. Kaedah tersebut membantu saya untuk
mengumpulkan maklumat dengan benar. Berikut adalah kajian yang
digunakan :
1. Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan
melawat tempat kawasan kajian saya. Saya telah mengumpul
beberapa data dari pemerhatian saya. Saya telah memerhati cara jiran
tetangga saya menguruskan pembuangan sisa domestik.
2. Rujukan
Kaedah rujukan ini juga banyak membantu saya menyiapkan
tugasan ini. Melalui rujukan Internet, saya dapat memperoleh
maklumat dan data mengenai pembuangan sisa domestik. Melalui
buku-buku rujukan Geografi, saya telah mengetahui cara-cara
menyiapkan kerja kajian ini dengan mudah dan tepat.
5
3. Soal selidik
Untuk mendapatkan maklumat tentang masalah dan halangannya,
saya telah menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan
satu set soalan dan memberikannya kepada 10 orang responden di
sekitar kawasan kajian saya untuk mendapatkan maklumat dan
memberi masa sebanyak 5-10 minit untuk menjawabnya.
4. Temu bual
Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk untuk mengetahui
pendapat dan pandangan mereka mengenai pengurusan sisa domestik
di kawasan kajian saya. Saya memilih 3 orang penduduk kawasan
kajian saya yang telah lama menetap di situ untuk ditemubual kerana
mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan
kampung.
6
HASIL KAJIAN
(a) Konsep dan takrifan sisa domestik
Menurut Buku Teks Geografi KSSM Tingkatgan 1, sisa domestik
terdiri daripada pepejal dan cecair yang boleh dikategorikan sebagai
bahan organik dan bahan bukan organik. Bahan organik merupakan
bahan yang boleh diuraikan dan dilupuskan. Ia juga dihasilkan dari
sumber haiwan dan tumbuhan. Contoh bahan organik ialah sisa
makanan, sisa kebun dan kertas. Manakala, bahan bukan organik
sukar diuraikan dan dilupuskan dan ia dihasilkan dari sumber mineral.
Contoh bahan bukan organik ialah tin, plastik, besi buruk dan kaca.
Sisa domestik di Malaysia dikenali sebagai sisa yang terhasil dari
kawasan perumahan. Sisa domestik ini terdiri daripada sisa pepejal
dan cecair. Contoh sisa pepejal ialah sisa makanan, plastik, kertas,
logam, perabot dan lampin pakai buang manakala minyak masak dan
kumbahan merupakan contoh sisa cecair.
Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas, sisa domestik merupakan
bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan
seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa
buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan racun
rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik terdiri
daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik dapat dikelaskan
kepada bahan organik dan bahan bukan organik. Kebanyakan sisa
domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia dan bencana alam
selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam sekitar.
7
Menurut Akta 672, sisa pepejal didefinisikan sebagai apa-apa
sisa pepejal yang dihasilkanoleh sesuatu isi rumah,dan
daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh mana-mana
premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman ,dan
termasuklah sisa taman.Bahan buangan toksid ialah bahan
buangan yang mengandungi sifat-sifat fizikal,kimia atau biologi
yang memberi impak yang berbahaya kepada manusia dan
alamsekitar. Sisa domestik ini boleh menjejaskan kesihatan
manusia dan membawa bencana alam kepada dunia.
(b) Latar belakang kawasan kajian
Bukit Indah telah dilancarkan pada tahun 1997. Pengasas SP
Setia, Tan Sri Liew Kee Sin telah merancang dan membeli 900
ekar tanah daripada UEM Land pada tahun 1997 sebelum
dimajukan menjadi sebuah taman perumahan terancang.
Menjelang tahun 2000, SP Setia telah membeli lagi tanah
sebesar 300 ekar untuk tujuan pemajuan. Tanah tersebut
dimajukan menjadi Taman Bukit Indah 2 yang dikenali kini.
Ia memenangi Anugerah Landscape Negeri Johor 2001,
Pertandingan Landskap Negara pada tahun 2001 dan Best
Anugerah Landskap Negara Terbaik 2005.
8
(c) Dapatan tentang pengurusan sisa domestik di kawasan kajian
Di kawasan kajian ini, pembuangan sisa domestik dikutip setiap hari
Ahad oleh Majlis Perbandaran. Penduduk memastikan tong sampah
mereka sentiasa bersih dan kemas. Selain itu juga, mereka berjadual
bergotong-royong setiap hujung minggu.
(d) Cadangan langkah yang bersesuaian mengurangkan sisa domestik
di kawasan kajian.
- Menerapkan amalan 3R
- Penggunaan teknologi terkini
- Mengadakan kempen untuk orang ramai
- Mendidik generasi muda
- Menguatkuasakan undang-undang
- Tidak membuang sisa domestik merata-rata tempat dan
menguruskannya secara sistematik
9
(e) Membentangkan laporan kajian tersebut.
10
RUMUSAN
Sesungguhnya, kajian ini itu telah memberikan banyak kesan yang
positif. Melalui kajian itu, saya telah mengetahui jenis-jenis sisa
domestik di kawasan kajian. Selain itu, dapat juga saya tahu cara
menguruskan sisa domestik di kawasan kajian. Saya juga telah dapat
tahu bagaimana penduduk lain menguruskan pembuangan sisa
domestik.
Di samping itu, saya juga dapat mengeratkan hubungan saya dengan
orang ramai termasuklah jiran saya, rakan-rakan, guru, keluarga dan
saudara. Hal ini adalah kerana, semua pihak yang berkenan telah
membantu saya menyiapkan tugasan ini.
SUMBER RUJUKAN
Buku
1. BUKU TEKS GEOGRAFI TINGKATAN 1 (KSSM)
2. Longman Siri Teks Referens GEOGRAFI PMR – SABARUDDIN
ABDUL RAHMAN
3. Great Mindset – Geografi Tingkatan 1
Internet
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Indah
12
LAMPIRAN
Borang soal selidik pengurusan sisa domestik
13