The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yusri Rizal Ramli, 2020-06-03 13:48:27

KERTAS KERJA IHYA RAMADAN SKEMA 2020

KERTAS KERJA IHYA RAMADAN SKEMA 2020

KERTAS KERJA

IHYA’ RAMADAN

2020/1441H

ANJURAN

)

KERTAS KERJA IHYA’ RAMADHAN

1.PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi
menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan
sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan
seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan
Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama yang akan dilaksanakan oleh
panitia Pendidikan Islam walaupun kita semua berada dalam cuti PKP. Cuti ini bukan
penghalang bagi kita meraikan bulan Ramadhan Al-Mubarak serta menyertai program
Ihya’Ramadhan yang di atur secara maya.

2.MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar
penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti
warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai

3.OBJEKTIF
3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti,

berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.

3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam
bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang
dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di
kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk
mereka yang kurang bernasib baik.

3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam
menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang
Ramadhan.

3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah
dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar.

4. SASARAN
4.1. Pelajar-pelajar
4.2. Guru
4.3. Ibu Bapa Pelajar

5. AKTIVITI

5.1 Istiqbal Ramadhan 5.8 Pertandingan Kuiz Ramadhan Online

5.2 Tadarus Al-Quran/ Tilawah Al-Quran 5.9 Aktiviti Ramadhan Saya

5.3 Misi Hafaz Juzuk 30 dan Surah Yaasin 5.10 Misi Solat Fardhu Berjemaah

5.4 Infak Ramadhan 5.11 Mubarak FM

5.5 Tazkirah Online 5.12 Wada’ Ramadhan

5.6 Pamplet Ramadhan 5.13 Perutusan dan Ucapan Aidilfitri

5.7 Buku Ramadhan Saya

KERTAS KERJA IHYA’ RAMADHAN

6.JAWATANKUASA INDUK PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

PENGERUSI
En.Fairuzzabadi Bin Zamzuri
Guru Besar Sk Manong

NAIB PENGERUSI 1
En. Jamil Bin Ibrahim
Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 2
En.Izwan Bin Abdul Rashid
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI 3
En.Madzli Bin Mustappa
Penolong Kanan Kokurikulum

NAIB PENGERUSI 4
Pn. Norhayati Bt Yeop Nordin
Penolong Kanan Pendidikan Khas

SETIAUSAHA
Ust.Yusri Rizal Bin Ramli

BENDAHARI
Pn.Nafisah Bt Ismail

AJK
Ust. Abdul Mujib Bin Abdul Rahman
Ust.Esran Fadhel Bin Zainal Abidin
Pn.Khadijah Aini Bt Salleh
Pn.Farrizah Bt Said
Cik Rabi’tul Adawiyah Bt Che Hussin
Pn.Zuraida Bt Mohamad Karim

KERTAS KERJA IHYA’ RAMADHAN

7.SUMBER KEWANGAN
7.1 PCG Panitia Pendidikan Islam
7.2 Kegiatan Islam dan Moral
7.3 Sumbangan individu

8. ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA BILANGAN HARGA PER UNIT CATATAN

1. Pertandingan Mewarna Johan RM 6 x 6 = RM 36
Ramadhan Naib Johan RM 4 x 6 = RM 24
 Tahap 1 Ketiga RM 2 x 6 = RM 12
 Pra Sekolah
 Tahap 1 (Pend.Khas) RM 6 x 4 = RM 24
 Tahap 2 (Pend.Khas) RM 4 x 4 = RM 16 RM 188.00
RM 2 x 2 = RM 4
2. Pertandingan Kuiz Ramadhan
RM 6 x 6 = RM 36
Johan RM 4 x 6 = RM 24
RM 2 x 6 = RM 12
 Tahap 2
JUMLAH : RM 188.00
Naib Johan
TARIKH
3. Misi Hhafazan Juzuk 30 dan Ketiga 19 April 2020
Surah Yaasin Johan 20 April 2020
21 April 2020
Naib Johan 24 April – 21 Mei 2020
2 minggu selepas
Ketiga
program
9. STRATEGI PELAKSANAAN

BIL PERKARA
1 Menyediakan Kertas Kerja
2 Taklimat Jawatankuasa / Google Meet
3 Pelancaran program Ihya’ Ramadhan
4 Pelaksanaan Program
5 Menyediakan Laporan Program

KERTAS KERJA IHYA’ RAMADHAN

10.PENUTUP
Semoga program yang dirangka ini dapat memberi kesan dan penghayatan kepada
semua murid dan warga SK Manong walaupun kita berada dalam cuti PKP disamping
norma baharu dalam pendidikan dan menjalani ibadah puasa. Murid-murid juga
mendapat pendedahan pelbagai aktiviti yang berfaedah sepanjang Ramadan Al-
mubarak secara online Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang
cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping
menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Melalui ibadah berpuasa dan berzakat
serta bersedekah akan dapat melatih murid membantu rakan mereka yang kurang
bernasib baik. Semoga kedatangan Ramadan Al-mubarak ini dapat dipenuhi dengan
aktiviti yang bermanfaat dan bakal mendapat ganjaran yang hebat dariNya, Insya Allah.
Wallahu’alam. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

……………………………………….......
(UST.YUSRI RIZAL BIN RAMLI)
Setiausaha Program

Disemak oleh,
………………………………………
(EN.MADZLI MUSTAPPA)
Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan oleh,
………………………………………
(EN.FAIRUZZABADI BIN ZAMZURI)
Guru Besar Sk Manong

YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA KAMI,
DOSA IBU BAPA KAMI, KELUARGA
KAMI, GURU-GURU, RAKAN-RAKAN,

JIRAN-JIRAN DAN ANAK DIDIK KAMI..

YA ALLAH SELAMATKANLAH KAMI
DARIPADA UJIAN, KESUSAHAN,
KESEDIHAN, KESEMPITAN HIDUP,
MUSIBAH, BAHAYA DAN PENYAKIT
BERJANGKIT SEPERTI COVID-19.


Click to View FlipBook Version