NAMA : IZY MARION MARJALIN
NO IC : 030808-12-0150
ANGKA GILIRAN : 2021072310038
KUMPULAN : BM SK 2
KOD / NAMA KURSUS : BMMB1134 / KETERAMPILAN
BERBAHASA
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA
MAKLUM BALAS
GANGGUAN SARAF PENERIMA
KOMUNIKASI SEHALA
GANGGUAN EMOSI
GANGGUAN LUARAN
ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA
ISU BAHASA
ISU BUDAYA
ISU MEDIA SOSIAL
KESIMPULAN
RUJUKAN
1. PENGENALAN
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang
individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Komunikasi merupakan proses interaksi yang bererti
antara hidupan dan merangkumi kedua-duanya. Komunikasi ialah perbuatan menghantar maklumat dan proses untuk
bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara
lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan. Shannon
& Weaver, 1949, Komunikasi adalah bentuk interaksi manusia yang saling pengaruhmempengaruhi satu sama lainnya,
sengaja atau tidak sengaja. Tidak terbatas pada bentuk komunikasi menggunakan bahasa verbal, tetapi juga dalam
hal ekspresi muka, lukisan seni dan teknologi.
Komunikasi dapat dibahagikan kepada tiga belas jenis iaitu komunikasi verbal, komunikasi nonverbal, komunikasi
formal, komunikasi informal, komunikasi nonformal, komunikasi langsung, komunikasi tidak langsung, komunikasi
berdasarkan maksudnya, komunikasi internal, komunikasi eksternal, komunikasi berdasarkan jumlah komunikan atau
komunikator, komunikasi berdasarkan peranan individu, komunikasi jaringan kerja, komunikasi ajaran informasi dan
komunikasi visual.
2 HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA
Gangguan boleh berlaku semasa proses komunikasi berlangsung sehingga menyebabkan mesej tidak disampaikan
dengan berkesan. Menurut (Shaw, 2011) di penulisannya bertajuk “ The Greatest Problem With Communication Is
The Illusion That It Has Been Accomplishes” menerangkan bahawa terdapat empat halangan atau gangguan
komunikasi iaitu gangguan luaran, fizikal , semantik ,teknik mengajar, gangguan emosi dan penguasaan bahasa yang
lemah.
2.1 MAKLUM BALAS
Maklum balas membantu perkembangan komunikasi yang dijalankan. Maklum balas terbahagi kepada empat iaitu
maklum balas positif ,maklum balas negatif., maklum balas dalaman dan maklum balas luaran. Contoh bagi maklum
balas positif ialah senyuman, masam muka, sindiran membolehkan kita mengubah, membaiki, meneruskan kedudukan
penerima. Contoh bagi maklum balas negatif ialah apabila seseorang memberhentikan tindakan kita. Maklum balas
dalaman diperolehi daripada diri sendiri semasa perhubungan diadakan. Akhir sekali, maklum balas luaran diperolehi
daripada orang lain semasa perhubungan diadakan
2.2 GANGGUAN SARAF PENERIMA
Hilang pendengaran menyebabkan sesorang itu menjadi asing di dunia ini. Mereka menjadi terasing kerana apa yang
dikata tidak difahami atau salah tafsir. Mereka juga mungkin akan mengalami kemalangan atau kehilangan
pekerjaan.Sensorineural (saraf deria) adalah salah satu gangguan dimana menyebabkan si penerima maklumat
menerima bunyi yang berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat
bantuan pendengaran.
2.3 KOMUNIKASI SEHALA
Komunikasi sehala merupakan komunikasi apabila si pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas
penerima, memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima., merupakan arahan atau maklumat yang berhubung
dengan dasar dan peraturan organisasi yang telah ditetapkan misalnya pengucapan awam dan ceramah. Komunikasi
sehala mengambil massa yang lebih singkat atau masa yang sedikit diambil daripada komunikasi dua hala yang
memerlukan masa yang agak lama. Komunikasi sehala misalnya mempunyai kelebihan pada sudut politik seperti
dapat mengurangkan kemungkinan kesilapan pengirim akan didedahkan secara terbuka.Namun terdapat kelemahan
pada komunikasi sehala iaitu kurang tepat walaupun kurang tepat komunikasi sehala kelihatan lebih teratur
daripadadua hala kerana diganggu oleh berbagai masalah dan pendapat.
2.4 GANGGUAN EMOSI
Menurut (Antos, 2011), terdapat empat konsep yang berkaitan dengan gangguan psikososial 'Pengalaman', 'Konteks
Demografi', 'Keperluan' dan 'Harapan' dalam komunikasi. Gangguan psikososial juga melibatkan pemikiran atau
persepsi pemberi maklumat dan penerima dalam proses komunikasi. Sebagai contoh, apabila maklumat tidak diterima
dengan baik oleh kedua-dua pihak, percanggahan pendapat antara penerima maklumat sering membawa kepada
kerosakan dalam proses komunikasi. Selain daripada, " perasaan " Ia juga merupakan salah satu penentu
keberkesanan proses komunikasi bilik darjah. Sebagai contoh, pensyarah yang mengalami emosi yang mengganggu
seperti marah, tertekan, dan sedih akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar kerana
pertimbangannya dibayangi oleh emosi tersebut.
2.5 GANGGUAN LUARAN
Bising terjadi apabila terdapatnya gangguan yang berlaku semasa proses komunikasi berlaku. Bunyi bising boleh
terjadi di setiap proses komunikasi misalnya pada peringkat penghantar, penerima, enkod, dekod, medium dan
maklum balas, Misalnya, mesej yang disampaikan diterima dengan baik oleh pelajar apabila suara pensyarah tidak
didengari dalam suasana kelas yang bising. Suasana yang bising dari luar bilik darjah juga boleh menyumbang
kepada halangan dan gangguan komunikasi misalnya bunyi kenderaan, aktiviti pembinaan yang berdekatan dan suara
orang yang lalu lalang.
3 ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA
3.1 ISU BAHASA
Bila sebut bahasa kurang sopan, tergambar perkataan kotor, mencarut dan ayat-ayat maki hamun yang keluar
daripada percakapan seseorang atau tulisan mereka di media sosial. Namun sejak akhir-akhir ini ramai yang seakan
selesa berkomunikasi menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak berhemah di tempat awam, dan di media
sosial. Ia seolah-olah trend komunikasi masa kini.. Ia seakan diterima pakai dalam masyarakat bila perkataan yang
kurang sopan itu menjadi biasa dalam perbualan harian atau ketika bergurau. Lebih menghairankan ramai dalam
kalangan remaja beranggapan perkataan perkataan itu adalah satu bentuk komunikasi yang dilafazkan pada kawan
kawan rapat sahaja dan ianya sekadar bergurau dan sebagai satu bentuk "mesra rakan".
3.2 ISU BUDAYA
Akibat globalisasi, kita terdedah kepada perkembangan budaya asing secara meluas.Semua orang dapat mengikuti
perkembangan seni budaya dunia terkini melalui internet/facebook dan blog. Seni atau budaya asing yang baru
biasanya lebih menarik minat orang ramai.Misalnya generasi muda mahukan breakdance, hip-hop, popping, tempo
muzik yang lebih rancak dan. Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari barat Akibatnya tarian seni
budaya tradisional seperti Wayang kulit, makyung, ghazal, tarian kipas, tarian kepang dsn semakin dilupakan. Proses
globalisasi menyebabkan kegiatan seni budaya tradisional semakin lesu
3.3 ISU MEDIA SOSIAL
Perkembangan teknologi maklumat dipercayai dapat melenyapkan atau mengembangkan sesuatu bahasa. Pada
dekad 1990-an sewaktu internet tersebar luas, tanpa kita sedari bahasa Inggeris sebenarnya telah menjelajah ke
seluruh dunia. Penjajahan bentuk baharu ini mengetepikan semua bahasa yang ada di dunia ini.Bahasa Inggeris
digunakan sebagai bahasa utama dalam aplikasi teknologi maklumat ini. Jadi, semua bangsa yang ada di dunia ini
perlu mempelajari atau memahami bahasa Inggeris untuk menguasai teknologi maklumat yang begitu cepat
berkembang. Penjajahan bentuk baharu ini, tidak perlu lagi menghantar angkatan tentera bersenjata untuk menyerang
dan menakluk sesebuah negara. Ia lebih menumpukan kepada 'penjajahan pemikiran.' Apabila fikiran atau gaya fikir
rakyat sesebuah negara itu dapat dijajah, maka lambat laun rakyat akan bangun memberontak dan menggulingkan
sesebuah kerajaan. Inilah yang berlaku dalam dunia hari ini. Perkembangan teknologi komunikasi memberi satu
tamparan hebat terhadap bahasa Melayu. Bahasa Melayu diserang akibat perkembangan teknologi komunikasi ini.
4 KESIMPULAN
Faktor-faktor di atas mustahil dapat diselesaikan dengan mudah kerana ia bersangkut paut dengan sosio-emosi dan
sebab-sebab yang tersemat di dalam organisasi. Contohnya, sekiranya terdapat perasaan tidak yakin atau tidak
percaya dan ketakutan atau prasangka di dalam organisasi, maka ia akan menghindarkan komunikasi. Di dalam
hal demikian, masalahnya bukan untuk memperbaiki komunikasi lisan di antara pihak yang terlibat, tetapi yang
penting ialah untuk menghapuskan perasaan yang tidak menyenangkan itu. Suasana organisasi haruslah
diperbaiki untuk mewujudkan perasaan hormat-menghormati di kalangan manusia dan percaya-mempercayai di
kalangan kakitangan tanpa mengira tempat mereka berada. Organisasi hendaklah dibangunkan berdasarkan nilai-
nilai manusia dan konsep kecekapan. Komunikasi merupakan satu aktiviti yang melibatkan banyak masa dan
pengurusan yang baik itu bergantung kepada komunikasi yang baik.
5 RUJUKAN
Aris Febri Rahmanto. (2021). PERANAN KOMUNIKASI DALAM SUATU ORGANISASI. KOMUNIKOLOGI : Jurnal Ilmiah
Ilmu Komunikasi, 1(2). https://komunikologi.esaunggul.ac.id/index.php/KM/article/view/8
Binti, A., Aziz, A., Kunci, K., Komunikasi, T., Organisasi, K., & Berinternet, J. (2016). Peranan Teknologi Komunikasi dan
Sumbangannya ke arah Perkembangan Komunikasi dalam Organisasi yang Berkesan. Forum Komunikasi, 11(2), 51–64.
https://forumkomunikasi.uitm.edu.my/images/FKVol11No2-2016/FK2016-03-Dr-Ahlam.pdf
Febi Trafena Talika. (2016). MANFAAT INTERNET SEBAGAI MEDIA KOMUNIKASI BAGI REMAJA DI DESA AIR
MANGGA KECAMATAN LAIWUI KABUPATEN HALMAHERA SELATAN. ACTA DIURNA KOMUNIKASI, 5(1).
https://ejournal.unsrat.ac.id/index.php/actadiurnakomunikasi/article/view/10933
Hakki, A. S. R. dan N. (2017). Pengantar Ilmu Komunikasi. In Google Books. Deepublish.
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=Ezk2DwAAQBAJ&oi=fnd&pg=PR6&dq=definisi+komunikasi&ots=b-
V_3NAldj&sig=b6Xv-IOdgQo1ZrWudQ1LgRmf
Ismail, N. (1984). Halangan komunikasi. Majalah Pengembangan. https://agris.fao.org/agris-
search/search.do?recordID=MY19860018018
5 RUJUKAN
Ismail, N. (1984). Halangan komunikasi. Majalah Pengembangan. https://agris.fao.org/agris-
search/search.do?recordID=MY19860018018
Mustaffa, C. S. (2007). Halangan komunikasi organisasi (C. S. Mustaffa, Ed.). Repo.uum.edu.my; Prentice Hall.
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/9514/
M.S, P. D. A. L. (2010). Komunikasi Serba Ada Serba Makna. In Google Books. Kencana.
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=MBZNDwAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA1&dq=isu+komunikasi&ots=KFFJ0w0Gqq
&sig=8WMTXazOX0JmMWF2ezzVcMw
Mustaffa, C. S. (2007). Halangan komunikasi organisasi (C. S. Mustaffa, Ed.). Repo.uum.edu.my; Prentice Hall.
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/9514/
M.S, P. D. A. L. (2010). Komunikasi Serba Ada Serba Makna. In Google Books. Kencana.
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=MBZNDwAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA1&dq=isu+komunikasi&ots=KFFJ0w0Gqq
&sig=8WMTXazOX0JmMWF2ezzVcMw
5 RUJUKAN
Norizuan Shamsuddin. (2015, January 29). Masalah komunikasi bukan halangan: Carrilo. Www.bharian.com.my.
http://umkeprints.umk.edu.my/4052/
Pohan, D. D., & Fitria, U. S. (2021). Jenis Jenis Komunikasi. Cybernetics: Journal Educational Research and Social Studies, 29–37.
https://pusdikra-publishing.com/index.php/jrss/article/view/158
Ruliana, P., & Lestari, P. (2019). Teori Komunikasi. In eprints.upnyk.ac.id. PT RajaGrafindo Persada.
http://eprints.upnyk.ac.id/24075/