TUGASAN 2: BMMB3103 PENGEMBARAAN SI HITAM DISEDIAKAN OLEH: NURUL NAJWA BINTI MAKHTAR
Sekalung penghargaan kepada Dr Norhisham bin Mohd Kasim kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar bagi menjayakan pentaksiran berterusan tugasan 2 BMMB 3103. Dr. Norhisham bin Mohd Kasim Penghargaan
Nurul Najwa binti Makhtar Nurul Najwa binti Makhtar merupakan perintis idea dan penulis buku cerita kanak-kanak yang bertajuk “Pengembaraan Si Hitam”. Penulis yang berkelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini mula menulis cerita bertemakan pengembaraan kerana minatnya yang mendalam. Tugasnya sebagai guru pelatih di IPG Kampus Sultan Mizan tidak mematahkan semangat untuk terus mencurahkan idea dalam karya. Semoga bahan bacaan ini memberi banyak manfaat kepada pembacanya! Salam sayang daripada si penulis <3 Biodata penulis
Mempersembahkan…. Pengembaraan si hitam
Sinopsis Cerita ini mengisahkan tentang pengembaraan Si Hitam yang dihalau oleh emaknya. Si Hitam telah menjumpai sebuah peta lama di taman. Di akhir destinasi peta tersebut, terdapat harta karun yang disimpan rapi. Pelbagai cabaran dan rakan rimba yang ditemuinya di sepanjang perjalanan. Adakah Si Hitam berjaya menjumpai harta karun tersebut?
Selamat pagi, Ana ada bawakan susu! Di sebuah rumah, terdapat seorang kanak-kanak perempuan bernama Ana. Dia memelihara seekor kucing yang bernama Makteh. Selamat pagi Ana!!
Hitam Putih Makteh mempunyai dua ekor anak kucing iaitu Si Hitam dan Si Putih. Mereka sangat comel dan manja.
Namun, Ana lebih menyayangi Si Hitam berbanding Si Putih. Si Putih berasa sangat cemburu. Si Hitam, dengar lah cerita Ana! Baik, Ana.
Ish, Si Hitam tu selalu dapat perhatian Ana! Si Putih berasa sangat marah akan Si Hitam. Ana sentiasa memberi perhatian kepada Si Hitam. Aku kena lakukan sesuatu!!
Pada suatu hari, Si Putih memberitahu Makteh bahawa Si Hitam telah memukulnya. Makteh berasa sangat marah dan menghalau Si Hitam. Kau pergi dari sini! Mak sudah tidak mahu berjumpa kau!
Ana tercari-cari kelibat Si Hitam. Namun, kelibatnya masih tidak kelihatan. Makteh dan Si Putih tidak menghiraukan kehilangan Si Hitam. Adakah Si Hitam baik-baik sahaja? Sudah pasti Si Hitam baik-baik sahaja di luar sana.
Si Hitam membawa diri ke dalam hutan yang berdekatan dengan rumahnya. Tiba-tiba dia terdengar suara kecil yang mengaduh kesakitan. Aduh, sakitnya! Suara apakah itu?
Si Hitam ternampak Sang Lebah terbang dengan terhuyung-hayang. Si Hitam membantu lebah itu pulang ke sarangnya. Lebah-lebah yang lain berterima kasih kepada Si Hitam kerana menyelamatkan rakan mereka. Tolong, kepala saya berpusing.
Semasa Si Hitam membantu Sang Lebah, dia ternampak segulung kertas di atas dahan pokok. Dia cuba mengambil kertas tersebut. Apakah itu? Aku mesti melihatnya.
Harta karun di sini Taman Rupa-rupanya, kertas tersebut adalah peta harta karun. Si Hitam berasa sangat teruja. Dia mengajak kumpulan Sang Lebah untuk mengikuti pengembaraannya. Sarang semut Hutan Gua
Helo, semua! Kami ingin mencari sarang Si Semut. Bolehkah kamu semua bantu kami? Si Hitam dan kumpulan lebah berjalan mengikuti arah peta tersebut. Setelah penat berjalan, mereka terjumpa beberapa ekor semut. Helo! Nampaknya kamu semua mencari sarang kami. Mari ikut kami pulang!
Mereka tiba di sarang semut. Semut tinggal di lubang tanah yang sangat dalam. Mereka menyimpan banyak makanan manis dan sedap. Ratu Semut tinggal bersama mereka. Perut Ratu Semut sangat besar dan berat. Hmmm, tidak lama lagi, aku akan bertelur Selamat datang ke sarang kami. Ada apa yang saya boleh bantu?
Harta karun di sini Taman Akhirnya, mereka telah melepasi hutan. Si Hitam dan kumpulan lebah bercerita tentang pengembaraan mereka kepada Ratu Semut. Sarang semut Hutan Gua
Ratu Semut bersetuju untuk mengikuti pengembaraan mereka. Dia mempelawa Si Hitam dan kumpulan lebah untuk berehat dahulu. Adakah kumpulan semut ingin bersamasama kami dalam pengembaraan ini? Ya, marilah berehat di sini dahulu. Esok kita akan bergerak ke gua.
Keesokan harinya, Ratu Semut bertelur dengan sangat banyak. Telur-telur itu berbentuk bulat dan berwarna putih. Sebahagian telur-telur tersebut mula menetas. "Saya dah keluar " Lihatlah,, rupa mereka begitu berbeza dengan rupa kami!
Si Hitam dan kumpulan semut bersama-sama menggali tanah. Mereka membuat lebih banyak lubang. Ahli keluarga semut semakin bertambah. Mereka berasa sangat gembira. Rumah semut menjadi semakin sesak dan sempit. Mereka memerlukan rumah yang lebih luas. Mari kita bina rumah baru di sini!
Kumpulan semut mula berpindah. Mereka membawa semua makanan ke rumah baharu ini. Mereka juga membawa telurtelur yang belum menetas. Sang Lebah turut membantu mereka.
Semut kecil, telur-telur kita dicuri! Malangnya, telur-telur semut telah hilang. Ratu Semut berasa sangat sedih dan risau. Kumpulan semut mula mencari telur yang hilang.
Akhirnya, telur-telur tersebut berjaya dijumpai di atas pokok oleh Sang Lebah. Ratu semut berterima kasih kepada Sang Lebah. Ratu Semut telah mengarahkan satu kumpulan semut untuk mengikuti pengembaraan Si Hitam. Mereka bergerak ke arah tempat yang seterusnya.
Nampaknya, kita seperti sudah sampai di titik akhir! Mereka telah tiba di sebuah gua. Gua tersebut sangat sunyi dan besar
Harta karun di sini Gua Taman Si Hitam memeriksa petanya dan mereka telah berada di lokasi yang tepat. Mereka bergerak ke dalam gua dengan perasaan yang sangat berdebar. Sarang semut Hutan
Terdapat seekor beruang yang menakutkan di dalam gua. Harta karun tersebut dijaga rapi oleh Si Beruang. Apa yang kamu semua mahu? Mahukan harta karun? Singkirkan aku dahulu!!
AHHHHHHHHH SAKITNYAAA!!!!!!! Si Hitam mempunyai idea yang bernas. Mereka berpakat untuk membunuh Si Beruang dengan sengatan lebah, gigitan semut dan cakaran kucing.
Dengan kebijaksanaan mereka, Si Beruang berjaya disingkirkan. Si Beruang berlari keluar dari gua. Si Hitam membuat keputusan untuk menyerahkan semua harta karun tersebut kepada rakan-rakannya. Terima kasih Si Hitam. Jumpa lagi! Selamat tinggal!
Lalu, Si Hitam kembali semula ke taman selepas pengembaraannya berakhir. Di sana, terdapat seorang gadis kecil yang bernama Mira. Mira amat suka akan Si Hitam dan membawanya pulang ke rumah.
Si Hitam dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Mira dan emaknya. Dia berasa sangat gembira dengan kehidupannya yang sekarang.
Pengajaran Kita hendaklah sentiasa membantu orang dalam kesusahan Kita mestilah bekerjasama sesama pasukan untuk mencapai kejayaan Kita mestilah menghargai jasa orang lain
KKRREEDDIITT:: ILUSTRASI HAIWAN & SUARA LATAR: NURUL NAJWA BINTI MAKHTAR SUARA BERUANG, RATU SEMUT, SEMUT & SANG LEBAH: IZYAN MAISARAH BINTI KAMARUZAMAN SUARA SI HITAM, ANA, SI PUTIH DAN MAKTEH,: NURUL NAJWA BINTI MAKHTAR
Tamat