The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN KEPADA SESEBUAH NEGARA YANG BERDAULAT - PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorsyazillahalim, 2021-11-23 23:31:33

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN KEPADA SESEBUAH NEGARA YANG BERDAULAT - PDF

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN KEPADA SESEBUAH NEGARA YANG BERDAULAT - PDF

MPU21032
(PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)
PUAN ASMAH BINTI MOHD SUBARI@ ARMAN

KEPENTINGAN
PERLEMBAGAAN KEPADA
SESEBUAH NEGARA YANG

BERDAULAT

NOOR SYAZILLA BINTI HALIM
(16DKA21F1020)

NUR AINA NAJWA BINTI MOHD RADZI
(16DKA21F1014)

PERLEMBAGAAN

• Perlembagaan merupakan prinsip - prinsip asas yang menentukan
cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang
termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim.

• Perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan
kuasa agihan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun
pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had -
had kewibawaan kerajaan dan cara - cara pemilihan serta pelantikan
pemerintah.

Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang dibentuk
berasakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan. Undang-undang bertulis ini telah
diperkenalkan sebagai perlembagaan Malaysia pada 16 September
1963 bersamaan dengan Hari Malaysia. Negara lain seperti Jerman,
Autralia dan Kanada juga mempunyai perlembagaan persekutuan yang
menjadi undang-undang tertinggi dalam membentuk negara masing-
masing. Bahkan, perlembagaan bertulis yang pertama didunia telah
dirangka dan dikenali sebagai Piagam Madinah. Ia merupakan yang
menetapkan hubungan rakyat dengan entity pemerintahan negara yang
dipersetujui bersama. Undang-undang ini mewujudkan sempadan
antara kuasa persekutuan dengan badan eksekutif dan badan
perundangan. Oleh itu, wajar untuk dibincangkan kepentingan-
kepentingan Perlembagaan Malaysia kepada semua.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN.

Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
Perlembagaan menentukan corak pemerintahan. Pembahagian kuasa antara
pelbagai badan kejaraan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut
dilaksanakan.
Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak
asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta.
Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan
seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak
boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan
kaum.
Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan
melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan social
antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan
pembangunan negara.

Antara kepentingan perlembagaan Malaysia.

Mengukuhkan perpaduan antara kaum.
Berperanan dalam mengekalkan hak istimewa golongan bumiputera.
Menjamin perkembangan ekonomi negara.
Memastikan pentadbiran dan pemerintahan yang adil dan telus.




Click to View FlipBook Version