JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO INDUSTRRI
DIPLOMA HORTIKULTUR LANDSKAP
SESI : II 2021/2022
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KUMPULAN 6
TAJUK : MALAYAN UNION
BIL NAMA NO MATRIKS
1. CLAVEN BOON WU CHUN 23DLH21F2055
2. NUR ZULAIKHA BINTI ZAMRI 23DLH21F2057
3. NURUL SHAZREENA BINTI ZOLKIFLEE 23DLH21F2044
4. ATHANASIUS GURANG INGEMAR 23DLH21F2007
ISI KANDUNGAN
UNIT ISI KANDUNG HALAMAN /
MUKA SURAT
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif 1-2
3.0 Apa itu Malayan union 2
4.0 Sejarah 2
5.0 Gerak Balas dari kaum 3-6
6-7
Melayu
6.0 Penubuhan Umno 7
7.0 Garis Masa 8
8.0 Kesimpulan 9
PENGENALAN
Pengenalan Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April
1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1
Februari 1948, meskipun telah melahirkan sebuah negara bangsa baru, namun dari
segi perundangan dan struktur pemerintahannya memperlihatkan pertentangan
yang ketara. Perlembagaan Malayan Union, memindahkan segala kekuasaan Raja-
raja Melayu kepada Raja Britain sekaligus telah melenyapkan kedaulatan para
baginda. Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, kedaulatan Raja-raja
Melayu telah dikembalikan. Walau bagaimanapun, dalam Perlembagaan
Persekutuan 1948, para baginda perlu menyerahkan sebahagian daripada kekuasaan
baginda bagi membolehkan kerajaan pusat yang dibentuk dapat berfungsi dalam
sistem pemerintahan persekutuan. Perlembagaan Malayan Union juga dilihat
memperuntukkan pelaksanaan pemerintahan bersifat kesatuan.
Kerajaan pusatnya diketuai oleh seorang Gabenor yang diperuntukkan kuasa yang
begitu luas. Kerajaan negeri sungguhpun dikekalkan namun tidak ditetapkan
sebarang bidang kuasa kecuali jika diturunkan oleh kerajaan pusat. Perlembagaan
Persekutuan 1948 pula, meletakkan Negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka
di bawah sistem persekutuan yang menggariskan pemisahan kuasa yang jelas antara
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Memandangkan perbincangan mengenai
Malayan Union dan Persekutuan 1948 telah banyak diperkatakan oleh para sarjana,
maka kertas ini akan lebih difokuskan kepada persoalan-persoalan seperti sejauh
mana mudahnya MacMichael memperoleh tandatangan Raja-raja Melayu,
pelaksanaan Perlembagaan Malayan Union dan 2 sejauh mana perlembagaan
Persekutuan 1948 telah menetapkan Raja-raja Melayu pada kedudukan seperti mana
sebelum tercetusnya perang. Pembicaraan mengenai ketiga-tiga aspek tersebut
sememangnya suatu keperluan disebabkan masih terdapat isu dan ruang untuk
diperkatakan. Menurut Simon C. Smith,the general concencus is that MacMichael
completed his task with little real opposition from the rulers.‟1 Sementara itu
Richard Stubbs pula menyatakan ,MacMichael was able to secure their (the Rulers)
agreement to the terms of the Malayan Union with remarkably little fuss‟.2 Namun
begitu, jika diteliti reaksi Raja-raja Melayu, misi MacMichael tidaklah semudah
seperti mana yang disangkakan. Begitu juga dengan Perlembagaan Malayan Union
tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya atas pelbagai halangan. Persoalan mengenai
kedudukan Rajaraja Melayu dalam Perlembagaan 1948 perlu diberi pertimbangan
yang teliti memandangkan ramai pihak yang beranggapan bahawa kedaulatan Raja-
1
raja Melayu telah dikembalikan kepada kedudukan sepertimana sebelum Perang
Dunia Kedua.
OBJEKTIF / TUJUAN UTAMA PEMBENTUKAN MALAYAN UNION
Membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan
kesetiaan
Kawal kuasa politik Melayu yang bekerjasama dgn Jepun
Jimat perbelanjaan – Negeri Selat, Negeri-Melayu Bersekutu & Negeri Melayu
Tidak Bersekutu digabungkan
Jamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar
bijih timah dan getah)
Pastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur
tidak terjejas.
Kukuhkan pertahanan British
Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam.
Sediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
APA ITU MALAYAN UNION?
Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang Dunia I I yang
merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri
Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.
2
SEJARAH PENUBUHAN MALAYAN UNION
Ketika Tanah Melayu diperintah Jepun pada tahun 1943, Pejabat Tanah Jajahan
British dan Pejabat India British telah merangka sebuah kerajaan baru untuk Tanah
Melayu dan telah dipersetujui oleh kerajaan British di London. British begitu yakin
akan berjaya menawan Tanah Melayu semula daripada Jepun berikutan kejayaan
Tentera Berikat di Eropah menawan semula beberapa negara daripada Jerman.
Bentuk pemerintahan baru ini telah dirangka tanpa perwakilan dan pengetahuan
orang Melayu kerana British menganggap kedaulatan Tanah Melayu tidak lagi wujud
setelah kalah dalam peperangan. Kerajaan baru ini dikenali sebagai Malayan Union.
British menganggap hak mutlaknya untuk menentukan bentuk pemerintahan dan
kerajaan Tanah Melayu apabila berjaya mengusir Jepun.
Tujuan utama penubuhan Malayan Union ialah untuk memiliki dan menguasai
Tanah Melayu. Tanah Melayu juga ialah sebuah negeri yang kaya dengan sumber
ekonomi daripada sumber bumi. Kedudukan geografi Tanah Melayu pula sangat
sesuai dijadikan sebagai sebuah negeri pengguna dan agen pasaran barangan
dagangan Inggeris di timur. Selain itu, British juga telah menjangkakan akan
kehilangan beberapa buah negeri tanah jajahannya akibat Peperangan Dunia Kedua.
Daripada pengalaman pentadbiran pula, Tanah Melayu dianggap mudah diperintah
kerana orang Melayu dianggap mempunyai budi bahasa yang tinggi, bersikap lemah
lembut dan mudah mengikut telunjuk.Berita rancangan Inggeris menubuhkan
Malayan Union telah tersebar luas dalam akhbar-akhbar di India dan London. Berita
ini juga segera mendapat liputan akhbar di Singapura dan Pulau Pinang kerana
terdapat beberapa kumpulan elit dan ahli parlimen Inggeris yang tidak
menyetujuinya. Ini adalah kerana kemenangan tentera Inggeris adalah dengan
kerjasama Tentera Berikat dan Tanah Melayu bukanlah Tanah Jajahan Inggeris.
Sebelum perang meletus, British telah berjanji untuk memulangkan kuasa Raja-raja
Melayu dibawah Dasar Decentralisasi. Malayan Union dikhuatiri akan mengakibatkan
huru-hara dan akan merugikan kerajaan British. Untuk mengatasi masalah itu
kerajaan British telah menghantar sebuah jawatan kuasa meminta persetujuan Raja-
raja Melayu yang diketuai oleh Sir Harold Mac Michael sebaik saja Jepun menyerah
kalah.
Sir Harold Mac Michael telah tiba di Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945.
Beliau telah berjaya memperdaya dan memujuk raja-raja negeri Melayu dengan
3
pelbagai muslihat dan ancaman. Beliau juga telah mempergunakan nama dan
pengaruh Sultan Ibrahim Johor bagi mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dan
kembali ke London pada 26 Disember 1945. Beliau telah berjaya menyakinkan pihak
kerajaan British mengenai tandatangan yang diperoleh adalah secara sukarela
daripada raja-raja Melayu.
Di dalam perlembagaan Malayan Union, kesemua 9 buah negeri Melayu, Melaka dan
Pulau Pinang disatukan sebagai sebuah tanah jajahan Inggeris yang diketuai oleh
seorang Gabenor British. Singapura tidak dimasukkan kerana British menganggap
Singapura telah menjadi milik mutlak Inggeris yang diperoleh melalui perjanjian
dengan Sultan Hussin. Semua bidang kuasa raja-raja Melayu dalam kerajaan Malayan
Union termasuk hak menentukan dasar luar negeri diambil alih oleh Gabenor . Raja-
raja Melayu walaupun diberi hak terhadap agama dan adat resam Melayu tetapi
tidak mempunyai kuasa ke atasnya kerana baginda hanya bertaraf ahli biasa dalam
Majlis Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union. Perlembagaan
Malayan Union juga mengiktiraf taraf kerakyatan pendatang asing melalui lunas ‘Jus
Soli’ mengikut kelahiran dan juga kelonggaran diberi kepada kaum pendatang yang
memohon menjadi rakyat Malayan Union.
Sebelum perang meletus, orang Melayu telah terdedah dengan pelbagai pandangan
agar pihak Inggeris tidak memperkecil keupayaan dan hak-hak orang Melayu dalam
pelbagai bidang kehidupan. Masalah pendidikan, ekonomi dan pengambilan pegawai
dan kakitangan kerajaan dianggap tidak seimbang kerana British mengenepikan
orang Melayu. Kerajaan British juga terus membawa masuk sebegitu banyak buruh
asing dan hal ini tidak disenangi oleh cendekiawan Melayu kerana mewujudkan
keadaan yang tidak seimbang dalam pola masyarakat.
Dalam suasana kebimbangan dan bercampur marah itu Dato Onn telah diminta
mengetuai orang Melayu kerana beliau pernah menyeru supaya orang Melayu
bersatu padu untuk membaiki nasib di tanah air sendiri. Gagasan fikiran dan
pandangannya di akhbar-akhbar sebelum perang dan cita-citanya untuk
menyatupadukan orang Melayu pernah diucapkan ketika menghadiri Kongres
Melayu di Singapura pada tahun 1940. Beliau dilihat sebagai seorang tokoh yang
amat sesuai untuk semua golongan masyarakat dari rakyat biasa hingga kerabat
diraja termasuk berhadapan dengan pegawai-pegawai tertinggi Inggeris kerana latar
belakangnya.
Sehubungan dengan itu, Dato’ Onn yang baru saja berjaya mengamankan
pergaduhan kaum di Batu Pahat segera menyeru perpaduan Melayu melalui akhbar-
akhbar untuk menentang Malayan Union. Beliau telah menubuhkan Pergerakan
Melayu Semenanjung pada 3 Januari 1946. Beliau telah menyeru agar orang Melayu
segera berkumpul dan bersatu padu dan telah mendapat sokongan serta kerjasama
yang tidak berbelah bagi hingga terlangsunglah perjumpaan pemimpin-pemimpin
pertubuhan dan persatuan Melayu dari seluruh negara dalam Kongres Melayu
Pertama di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 hingga 4 Mac 1946.
Sebelum itu, seruan Dato’ Onn telah membangkitkan semangat perpaduan Melayu
4
di beberapa negeri dan berjaya mengadakan rapat-rapat umum membantah
penubuhan Malayan Union. Di Kuala Kangsar, lebih 25,000 orang telah mengadakan
perarakan raksasa membantah Malayan Union pada 15 Januari 1946. Tetapi pada 22
Januari 1946 pihak British tetap meneruskan agendanya mengumumkan penubuhan
Malayan Union yang akan berkuatkuasa mulai 1 April 1946. Dua hari selepas itu,
sekali lagi Dato’ Onn menyeru melalui akhbar Majlis mencadangkan pertemuan dan
perpaduan Melayu dalm satu kongres disegerakan.
Di merata negara, perarakan-perarakan kecil telah diadakan. Pada 2 Februari 1946
satu perarakan seramai lebih 36,000 orang telah berjaya diadakan di Kota Bharu
Kelantan. Di Batu Pahat sendiri telah diadakan perarakan besar-besaran dan seramai
18,000 orang Melayu telah keluar berjalan kaki ke Bandar Batu Pahat mengikut serta
menunjuk perasaan membantah Malayan Union pada 10 Februari 1946. Ikrar
membantah penubuhan Malayan dibaca oleh Kiai Salleh. Sepanjang perarakan,
slogan ‘Hidup Melayu’ terus dilaungkan dan bergema di sana sini. Perarakan yang
bermula di Jalan Sultanah berkhir di Padang Pejabat Kerajaan Batu Pahat. Di sini,
Dato’ Onn telah berapi-api memberi ucapan menentang Malayan Union dan
mengecam kerajaan British sebagai tidak berprikemanusiaan merampas hak orang
Melayu..
Di dalam Kongres Melayu Pertama pada 1 hingga 4 Mac 1946, PEKEMBAR atau
UMNO ditubuhkan tetapi kerajaan British tetap berhasrat mengadakan majlis
pengistiharan Malayan Union dan perlantikan Gabenor Malayan Union, Sir Edward
Gents pada 1 April 1946. Sehari sebelum pengistiharan, Dato’Onn telah mengadakan
Mesyuarat Tergempar PERKEMBAR di Kuala Lumpur untuk bertindak mengadakan
perarakan dan memujuk raja-raja Melayu memulaukan majlis. Orang-orang Melayu
juga diseru supaya berkabung dengan memakai songkok berlilit putih dan berbaju
putih selama seminggu. Hal ini telah berjaya dilakukan dan pihak British amat
terkejut apabila raja-raja dan pembesar Melayu memulaukannya manakala beribu-
ribu orang Melayu berkumpul di hadapan Station Hotel, Stesen Kereta api Kuala
Lumpur membantah penubuhan Malayan Union.
Walau pun begitu, British tetap meneruskan rancangannya kerana berasa yakin raja-
raja dan pembesar Melayu masih menyokong dan menyebelahi kerajaan British.
Jentera kerajaan juga tidak lumpuh kerana majoriti kaum yang berkhidmat dengan
British adalah terdiri daripada kaum pendatang. Gabenor yang dipulaukan terus
menjalankan tugas tetapi akhirnya berhadapan dengan pelbagai kesulitan apabila
raja-raja dan pembesar Melayu serta pegawai-pegawai tinggi Melayu bersikap
berkecuali dan pasif. Beliau mengambil iniasiatif dengan memujuk agar Malayan
Union diterima tetapi beliau sendiri berasa simpati kerana kerajaan British dianggap
telah bertindak begitu jauh tanpa mempedulikan maruah bangsa Melayu.
Pada 11 Mei 1946, sekali lagi pemimpin-pemimpin pertubuhan dan persatuan orang-
orang Melayu berkumpul menghadiri persidangan di Istana Besar Johor Bahru dan
penubuhan PERKEMBAR telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai satu persatuan
mewakili seluruh orang Melayu. PERKEMBAR atau UMNO selepas itu telah
menyusun secara teratur pelbagai aktiviti membantah Malayan Union hingga
5
akhirnya Britis terpaksa tunduk mengikut kehendak UMNO merangka perlembagaan
baru mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
telah ditandatangani oleh raja-raja Melayu dengan pihak Inggeris pada 21 Januari
1948 dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948. Mulai dari tarikh itu Malayan Union
dibubarkan.
GERAK BALAS DARI KAUM MELAYU
Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu yang kebiasaannya
bersikap lemah lembut dan sering melakukan apa yang disuruh telah bangun
bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu. Komuniti Cina dan India juga
tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam
kertas putih Malayan Union. Pemimpin-pemimpin Melayu dan pesara-pesara British
daripada Perkhidmatan Awam di Tanah Melayu telah mengetuai bidasan terhadap
rancangan Malayan Union, dan membidas MacMichael kerana menggunakan
'ugutan' untuk memperolehi persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Pegawai-
pegawai ini bertindak melobi Tanah Melayu di Parlimen. Antara bekas pegawai-
pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian adalah Frank
Swettenham. Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan untuk
merayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar menghentikan usaha
menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan.
Kegiatan seumpama ini mewujudkan tanggapan bahawa terdapat tentangan yang
hebat terhadap Malayan Union bukan sahaja daripada penduduk Tanah Melayu
malahan daripada pegawai dalaman British sendiri.
Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan
Union yang dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. Ini
menyebabkan baginda sultan untuk membantah secara terbuka terhadap cara yang
digunakan oleh MacMichael untuk memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk
perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut menolak rancangan Malayan Union dan
cadangan untuk menghantar satu perwakilan ke London untuk memansuhkan
rancangan itu telah disuarakan. Bagaimanapun, sudut pandangan orang Melayu
disampaikan dengan lebih berkesan selepas penubuhan UMNO atau PEKEMBAR
yang telah muncul untuk menyuarakan bantahan Melayu terhadap Malayan Union.
Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu.
Selepas pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihak British
tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang
bertiup kencang dari tanah seberang iaitu Indonesia. Di atas kesedaran inilah Orang-
orang Melayu telah bangun bersama-sama untuk menentang cadangan pihak British.
Tindakan yang kemas telah dilancarkan melalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang
selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama, malahan sultan-
sultan negeri-negeri Melayu juga turut bersama-sama bergabung dengan rakyat
6
Melayu untuk menentang Malayan Union. Satu perkara yang tidak pernah terjadi di
Tanah Melayu sebelumnya.
PENUBUHAN UMNO
GAMBAR PENGASAS UMNO
Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan
Malay Congress) diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-
kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu
membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras
untuk menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf
perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor
Bahru.[1] Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar,
Menteri Besar Johor, dipilih sebagai presiden pertama UMNO. Kongres itu juga
mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak
bahawa Malayan Union dimansuhkan.
7
GARIS MASA
- 14 Ogos 1941 - Britain memeterai "Piagam Atlantik" yang mengisytiharkan hak
negara-negara untuk penentuan diri.
- Penghujung 1942 - Pembentukan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United
Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang
Dunia II.
- Januari 1944 - Cadangan untuk Malayan Union dikemukakan buat pertama kali oleh
Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, di
Parlimen United Kingdom.
- Musim bunga - Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael untuk
mengetuai perwakilan ke Tanah Melayu selepas peperangan untuk memperoleh
perjanjian yang baru daripada sultan-sultan untuk bersetuju dengan Malayan Union.
- 3 September 1945 - Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah
Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.
- 21 Disember 1945 - Setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian
baru untuk membentukkan Malayan Union.
- Januari 1946 - Pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union melalui
sebuah Kertas Putih.
- 1 Mac 1946 - Kira-kira 200 orang Melayu yang mewakili 41 buah persatuan
berhimpun di Kuala Lumpur untuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-
Malayan Malay Congress). Kongres itu membincangkan penubuhan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta kempen terselaras untuk
menentang Malayan Union.
- 1 April 1946 - Malayan Union diisytiharkan oleh kerajaan jajahan British.
- 1 Mei 1946 - Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru.
Penubuhan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih
sebagai Presiden pertama. Kongres ini juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-
perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan
Union dimansuhkan.
- 1 Februari 1948 - Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan digantikan
dengan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dipersetujui dengan UMNO
dan Raja-raja Melayu.
8
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesimpulan yang dapat kita pelajari adalah, terdapat banyak faktor yang
membawa kepada penubuhan Malayan Union inioleh British. Walau pun pihak
British cuba berselindung yang kononnya demi kepentinganpenduduk
Tanah Melayu, namun terlihat bagaimana British menubuhkan Malayan Union
iniadalah semata-mata demi kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Cara-
cara penubuhanyang tidak di persetujui oleh semua peringkat sosial masyarakat
Melayu telah membawa kepadabanyak penentangan yang akhirnya berjaya
menggagalkan Perlembagaan Malayan Union inidaripada dilaksanakan
sepenuhnya. Bagi menggagalkan perlaksanaan Malayan Union
ini,pemimpin-pemimpin Tanah Melayu serta rakyat telah melakukan banyak
bentuk penentanganyang rata-rata penentangan ini berlaku untuk memastikan
Malayan Union tidak di laksanakan.Daripada peristiwa Malayan Union ini, dapat
di lihat kesan peristiwa Malayan Union yang telahbanyak mengubah corak dan
mempengaruhi politik, budaya dan sosial Malaysia khususnyaTanah
Melayu.Kita perlulah mengambil iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap
Malayan Unionialah masyarakat perlu berkeras dalam menyatakan
bantahan. Perlu adanya perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum. Pengenalan Malayan Union ini telahmenguji kesabaran
orang Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan mutlak
terhadapTanah Melayu. Rentetan daripada penyatuan tersebut, Kongres
Melayu Se-Malaya 1946 telahdiadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang
niat licik British tersebut. Kerjasama antararaja-raja Melayu dengan UMNO dan
orang Melayu pada keseluruhannya telah menyebabkanBritish mula
berlembut dan memulakan rundingan. Akhirnya, penat lelah tersebut
terbayarapabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah diperkenalkan
dan membolehkan etnik-etnik di Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
9
10