The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SarizahMohamed6730, 2021-07-13 21:55:55

MESYUARAT PIBG KALI KE 3 SESI 20202021

MESYUARAT PIBG KALI KE 3 SESI 20202021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) BANDARAYA,
CHANGKAT THAMBI DOLLAH, 55100 KUALA LUMPUR.

MINIT JAWATANKUASA PIBG BIL 3 SESI 2020/2021

Tarikh : 21 JUN 2021
Hari : Isnin
Masa : 9.30 malam – 11.18 malam
Tempat : Lokasi Masing-masing
Pengerusi : Yang Dipertua PIBG Encik Faizal bin Mohammad Arshad
Pencatat : Pn. Wan Sarizah binti Wan Mohamed

Kehadiran
AJK PIBG

1. En. Faizal bin Mohammad Arshad
2. YM Tengku Daliza binti Tengku Azmin
3. Pn. Izian Linda binti Yahya
4. En. Kamarizal bin Kamaruzaman
5. En. Azman bin Ibrahim
6. En. Khairuzzaman bin Kamaruzzaman
7. En. Adely bin Sura
8. Pn. Rusmawati binti Othman
9. Pn. Shuhaida binti Sahanara Khan
10. Pn. Juliana binti Jamil
11. Pn. Santy binti Ramly
12. Pn. Suzie binti Amrani
13. En. Muhammad Hilmi Bin Rozaimie
14. Pn. Fatin Amalina binti Mohd Hafzan
15. Pn. Wan Sarizah binti Wan Mohamed (Pencatat)

1

Pentadbir Sekolah :
Tidak Hadir 1. Pn. Nor Aisah binti Baharin
2. Pn. Norizan binti Mohd Noh
3. Pn. Halijah binti Ismail
4. Pn. Faizah binti Hussin
: Tiada

3.1 PERUTUSAN PENGERUSI

3.1.1 Ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PIBG (En. Faizal bin Mohammad
Arshad)

3.1.1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran kepada
Pengetua baru Puan Nor Aisah binti Haji Baharin, barisan pentadbir, AJK ibu
bapa dan AJK guru ke mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali ke-3 tahun 2021 ini.

Makluman

3.1.1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa kebanyakan aktiviti tidak dapat dilaksanakan
kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun begitu, pihak
PIBG tetap memberikan sokongan dan manfaat terhadap segala aktiviti yang
dilaksanakan di peringkat sekolah.

Makluman

3.1.1.3 Pengerusi memaklumkan sejak tahun 2013, antara usaha yang telah dilakukan
oleh pihak PIBG dalam membantu mempromosikan sekolah dan
memperkenalkan SMKPB ialah membuat promosi dan jelajah ke sekolah
rendah dan memberi maklumat tentang kelebihan sekolah bagi menarik minat
ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak ke Tingkatan 1 di sekolah ini. Hal ini
termasuklah menghantar risalah mengandungi maklumat sekolah ke jabatan.
Walaupun menghadapi pelbagai kekangan, namun usaha yang berterusan
tetap dijalankan bagi menarik minat murid bersekolah di sini. Paling menarik,
SMKPB pernah mendapat geran daripada Yayasan Selangor untuk diwujudkan
sebuah asrama puteri di sekolah ini. Namun atas kekangan dan beberapa faktor
menyebabkan pelaksanaannya gagal dijalankan sekolah ini.

Makluman

3.1.1.4 Pertukaran pengetua yang bersilih ganti pengetua di sekolah ini secara tidak
langsung telah mengganggu kelancaran pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Makluman

3.1.1.5 Kecemerlangan SMKPB tidak perlu diragui lagi kerana sekolah ini pernah
diiktiraf sekolah kawalan penuh dan sekolah projek khas.

Makluman

3.1.2 Ucapan alu-aluan dan Laporan Pengetua (Puan Nor Aisah binti Haji
Baharin )

2

3.1.2.1 Puan Pengetua, Puan Nor Aisah binti Haji Baharin menyampaikan ucapan alu-
aluan dan menyampaikan salam perkenalan kepada semua Ahli Jawatankuasa
PIBG, para pentadbir yang hadir pada hari ini. Beliau melahirkan rasa syukur
kerana berada di sebuah sekolah yang mempunyai imej dan kedudukan yang
baik.

Makluman

3.1.2.2 Pengetua memperkenalkan diri dan menyatakan sejarah perkhidmatan beliau
sepanjang dalam dunia pendidikan. Puan Noraisah binti Haji Baharin telah
dilahirkan di Selangor dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Sebelum ini beliau
menetap di Banting, Selangor. Sejarah perkhidmatan beliau dalam dunia
pendidikan beliau pada tahun 1993. Sekolah pertama beliau berkhidmat adalah
di SMK Telok Panglima Garang, Banting, Selangor selama 8 tahun. Seterusnya,
Puan Nor Aisah telah dilantik memegang jawatan sebagai Guru Kanan Sains
dan Matematik selama 4 tahun di SMK Methodist di Banting, Selangor.
Seterusnya, beliau telah dilantik memegang jawatan sebagai Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid di SMK Telok Datok selama 3 tahun. Pada 3 Mei 2021 yang
lalu, Puan Nor Aisah telah dilantik sebagai pengetua di SMK (P) Bandaraya.
SMK (P) Bandaraya merupakan penempatan pertama Puan Nor Aisah sebagai
seorang pengetua.

Makluman

3.1.2.3 Sebagai pengetua baru, antara hasrat Puan Nor Aisah adalah untuk sama-
sama membangunkan dan mencemerlangkan dan melonjakkan lagi nama baik
sekolah ini ke arah yang lebih maju dan gemilang.
Makluman

3.1.2.4 Puan Nor Aisah sangat yakin dan percaya dengan sokongan padu dari pihak
PIBG sekolah ini akan menjadi lebih maju. Beliau percaya sekolah ini adalah
sekolah yang bagus dengan keadaan persekitaran sekolah yang baik dan
mempunyai murid yang terpilih untuk belajar ke sekolah ini.

Makluman

3.1.2.5 Antara hasrat beliau adalah untuk mempromosikan sekolah ini ke arah
melahirkan lebih ramai murid yang cemerlang dan berjaya dengan sokongan
daripada pihak PIBG serta barisan pentadbir yang baik.
Makluman

3.1.2.6 Sebelum ini pengalaman beliau sebagai PK HEM adalah mewujudkan
suasana sekolah berkebajikan. Namun kini, kemenjadian murid telah menjadi
hasrat utama selain peningkatan kecemerlangan akademik setiap murid.
Makluman

3.1.2.7 Menurut beliau antara salah satu cara mempromosikan sekolah ini agar semakin
dikenali adalah dengan mewarwarkan kewujudan Bahasa Jepun sebagai satu
tarikan kepada murid untuk lebih ramai tertarik untuk belajar di sekolah ini.
Kewujudan Bahasa Jepun menjadi satu nilai tambah kepada semua murid untuk
belajar di sini.

3

Makluman

3.1.2.8 Keputusan SPM telah diumumkan pada 10 Jun yang lalu. Pada 15 Jun yang lalu,
Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah telah bermesyuarat bagi mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan semua subjek. Mesyuarat Pasca Nilai telah dijalankan
pada 15 Jun 2021 membincangkan secara terperinci strategi bagi melonjakkan
keputusan SPM pada tahun 2021.
Makluman

3.1.2.9 Untuk tahun 2021, pihak sekolah telah mengenal pasti beberapa program yang
akan dijalankan bagi meningkatkan lagi keputusan SPM. Beberapa program yang
dirancang memberi penekanan kepad murid secara berfokus memandangkan
jumlah calon SPM pada tahun ini hanyalah seramai 17 orang murid sahaja.

Makluman

3.1.2.10 Menyentuh tentang PdPR pula, kehadiran murid adalah tinggi melebihi 95% murid
hadir kelas PdPR yang dijalankan setiap hari. Beliau mengucapkan tahniah
kepada semua guru dan ibu bapa yang telah bekerjasama dengan baik bagi
memastikan semua murid dapat mengikuti kelas PdPR yang dijalankan dengan
baik. Dorongan dan motivasi daripada ibu bapa di rumah banyak membantu
murid kehadiran murid ke kelas PdPR.
Makluman

3.2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
YM Tengku Daliza binti Tengku Azmin mencadangkan Minit Mesyuarat
Jawatankuasa PIBG Kali Kedua Tahun 2020/2021 diterima dan telah disokong
oleh En. Khairuzzaman bin Kamaruzzaman.

3.3 MAKLUM BALAS

3.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa :

3.1.1 Perkara 1.2.2 telah selesai.
3.1.2 Perkara 4.3.2 telah selesai.
3.1.3 Perkara 4.3.4 telah selesai
3.1.4 Perkara 4.4.1 telah selesai
3.1.5 Perkara 4.4.2 telah selesai.
3.1.6 Perkara 4.4.3 telah selesai.
3.1.7 Perkara 4.4.4 telah selesai.
3.1.8 Perkara 5.4 telah selesai.
3.1.9 Perkara 5.5 telah selesai.
3.1.10 Perkara 5.6. telah selesai.
3.3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Tabung Cakna PKP 1.0 dan Tabung Cakna PKP
2.0 menunjukkan bahawa ramai di kalangan para ibu bapa dan penyumbang

4

Tabung Cakna PKP SMKPB memiliki jiwa yang besar. Jawatankuasa PIBG
menzahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua penyumbang yang
telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung.

Makluman

3.3.3 Pengerusi meminta murid-murid yang gagal menjelaskan Sumbangan PIBG 2020
tetap perlu membayar Bayaran Sumbangan PIBG 2020. Oleh itu, pengerusi
memaklumkan kepada pihak sekolah dan guru tingkatan supaya terus
menghubungi murid yang tidak membayar Sumbangan PIBG pada tahun 2020.

Bendahari PIBG

3.4 PEMBENTANGAN LAPORAN

3.4.1 Laporan Persediaan Mesyuarat Agong Tahunan PIBG

3.4.1.1 Setiausaha PIBG memaklumkan Mesyuarat Agong Tahunan PIBG untuk tahun
2021 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mei 2021 telah pun ditunda
sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan. Surat makluman dari Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian KPM bertarikh 26 Mac 2021 bil (23) dalam KPM
.100-1/3/2 Jilid 3 bertarikh 23 Mac 2021 telah menetapkan bahawa pelaksanaan
Mesyuarat Agong Tahunan PIBG yang sepatutnya diadakan pada setiap tahun
sebelum akhir bulan Mac telahpun dilanjutkan sehingga sebelum atau pada 30
Jun 2021.

Makluman

3.4.1.2 Walaupun demikian, berdasarkan penilaian risiko terkini yang dilaksanakan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan trend penularan jangkitan COVID-
19 di seluruh negara yang masih tinggi, KPM memutuskan untuk tidak
membenarkan pelaksanaan Mesyuarat Agong Tahunan PIBG secara bersemuka
di premis sekolah. Perkara ini adalah selaras dengan ketetapan Garis Panduan
Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0.

Makluman

3.4.1.3 Merujuk surat JPWPKL bertarikh 9 Februari 2021 serta surat KPM bertarikh 27
Januari 2021 berkaitan Pelaksanaan MAT PIBG Tahun 2021, sebarang
pelaksanaan Mesyuarat Agong Tahunan PIBG yang hendak dilaksanakan oleh
pihak sekolah sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian adalah
tidak dibenarkan.

SU PIBG

3.4.2 Laporan Kewangan

3.4.2.1 Bendahari PIBG, Puan Fatin Amalina telah membentangkan Perbelanjaan
Tahun 2020 dalam Penyata Perbelanjaan Akaun PIBG pada 1 Januari 2020
sehingga 31 Disember 2020. Turut dibentangkan, akaun penyata bulan Mei
2021. (Rujuk lampiran)

Makluman

5

3.4.2 Laporan AJK Biro PIBG

3.4.2.1 Penubuhan AJK Biro PIBG bagi mengaktifkan penglibatan komuniti dan ibu bapa
di sekolah. JK PIBG berusaha mempelbagaikan kegiatannya menerusi
penubuhan biro-biro tertentu. Penglibatan Sukarelawan Dalam Kelas (SDK) akan
diaktifkan selepas ini. Antara biro-biro yang ditubuhkan adalah seperti Biro
Alumni / Biro KSIB, Biro Pendidikan, Biro Kebajikan / Biro Kerohanian, Biro
Keceriaan / Infrastruktur, Biro Keselamatan dan Tugas-Tugas Khas dan Biro
Sukan / Kokurikulum.

Makluman

3.4.4 Laporan Pentadbir

LAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

3.4.4.1 Puan Norizan telah memaklumkan Laporan Analisis Keputusan SPM Tahun
2020. Pencapaian calon bagi tahun 2020 adalah menurun berbanding tahun
2019. Gred Purata tahun 2020 adalah 3.69 berbanding 2.86 pada tahun 2019
iaitu perbezaan sebanyak 0.83. Keputusan SPM tahun ini telah mencatatkan
100% peratus kelulusan dan semua murid berjaya mendapat sijil. Pelajar terbaik
SPM 2020 ialah Siti Nur Haziqah binti Ahmad Fajri dari kelas 5S emperolehi
keputusan 6A 3B dengan GP 1.67 dan Nur Khairina binti Kamaruddin mendapat
8A 1B 1C dengan GP 1.80.

Makluman

3.4.4.2 Program Kecemerlangan Akademik Tahun 2021:

i. Penetapan Target – Telah selesai dijalankan pada 16 April 2020 secara
online.

ii. Pelancaran Juara dan serahan butang Juara serta ikrar murid selesai
dijalankan pada 16 April 2021.

iii. Bulan Akademik – Telah selesai dijalankan pada 1 Mac hingga 26 Mac
2021

iv. Anugerah Kecemerlangan Akademik
v. Program Cakna Akademik
vi. Perkampungan Ilmu 2021 – Dijalankan secara online dan bersemuka

apabila sekolah dibuka
vii. Kelas Gilap Permata – telah bermula pada 15 Februari 2021 pada jam

2.00 – 3.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat.
Program dihentikan buat sementara waktu selaras dengan arahan pihak
jabatan, kelas tambahan semasa PdPR tidak boleh dilaksanakan kelas
tambahan. Hal ini bagi membolehkan guru menumpukan perhatian
kepada PdPR.
viii. Kelas Fajar – kelas pagi bermula 6.45 pagi hingga 7.20 pagi
ix. Program V-STAR – program individual coaching
x. Puteri Gemilang – Program Detik Akhir
xi. Puteri Petah Bicara
xii. HIP

Makluman

6

3.4.4.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun tidak dapat dijalankan.Murid Tingkatan 5 akan
menduduki peperiksaan apabila PdP secara bersemuka.

PK Pentadbiran

3.4.4.3 Program Cakna Ilmu- akan diadakan sesi bersama ibu bapa murid Tingkatan 5.
Sesi perjumpaan akan dijalankan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

PK Pentadbiran

3.4.4 LAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID

3.4.4.1 Puan Halijah, PK HEM telah membentangkan aktiviti HEM yang dijalankan
sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Makluman
3.4.4.2 Pihak PIBG telah melancarkan Tabung “Back To School” dan telah membuat

kutipan sebanyak RM4200.00. Wang tersebut telah diagihkan kepada 42 orang
ibubapa yang terkesan dengan PKP pada 5 Mac 2021.

3.4.4.3 Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) telah
menyumbangkan sebanyak 50 set makanan bahan asas. Sumbangan tersebut
telah pun diagihkan kepada warga sekolah yang terkesan dengan PKP pada 5
Mac 2021.

Makluman

3.4.4.4 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima baucer peralatan
sekolah yang bernilai RM50.00 kepada 30 orang murid yang telah terkesan
dengan PKP. Sumbangan baucer ini dari Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur bernilai RM1500.00.

Makluman

3.4.4.7 Puan Halijah telah membentangkan kertas kerja membaiki tembok di depan
sekolah. Beliau memaklumkan bahawa perbelanjaan mencecah RM13,000. YDP
meminta PK HEM menyediakan kertas kerja yang lengkap dan surat memohon
sumbangan untuk diserahkan kepada beberapa NGO yang berkaitan untuk
mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan tersebut.

PK HEM

3. 4.5 LAPORAN PK KOKURIKULUM

3.4.5.1 Puan Faizah memaklumkan kehadiran muid semasa perjumpaan aktiviti
kokurikulum pada setiap hari Rabu kurang memuaskan terutamanya murid-murid
tingkatan 1. Antara kekangan murid-murid untuk hadir perjumpaan aktiviti
kokurikulum secara online ialah masalah peranti dan internet. Bagi mengatasi
ketidakhadiran murid-murid, unit kokurikulum telah memberi kelonggaran kepada
murid-murid yang tidak hadir secara online supaya menyiapkan tugasan yang
diberi oleh guru penasihat dalam tempoh seminggu untuk diambil kira sebagai
kehadiran mereka. Beliau juga telah memberi sedikit taklimat ringkas tentang
kepentingan kokurikulum di dalam kelas 1S, 1M dan 1K pada 14 April 2021.

Makluman

7

3.4.5.2 Pemantauan aktiviti kokurikulum oleh Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) telah
dijalankan pada setiap hari Rabu untuk memastikan aktiviti dapat dilaksanakan
dengan baik. Unit kokurikulum juga telah mengadakan beberapa pertandingan
peringkat sekolah seperti pertandingan Info Grafik Covid 19, Guru Muda, kuiz
permainan dan lain-lain untuk menambah markah PAJSK murid-murid.

Makluman

3.4.5.3 Aktiviti Merentas Desa secara maya dicadangkan pelaksanaannya pada bulan
Julai dengan mematuhi aktiviti SOP yang telah ditetapkan. Penyertaan terdiri
daripada semua murid, guru, AKP, dan ibu bapa.

Makluman

3.4.5.4 Pemakaian baju badan beruniform tahun 2022 oleh murid-murid, unit
kokurikulum telah membuat ketetapan bahawa pada setiap Rabu minggu 1,2
dan 4 murid-murid memakai t-shirt unit beruniform dan slack manakala minggu
3 memakai baju badan beruniform yang lengkap. Beberapa murid yang
berbadan besar akan diberi kelonggaran tidak memasukkan t-shirt ke dalam
seluar supaya mereka dapat melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan selesa.

Makluman

3.4.5.5 Pihak sekolah telah menerima majalah sekolah tahun 2020 pada akhir bulan Mei
2021 daripada syarikat pencetak. Pengagihan majalah bagi murid-murid
Tingkatan 1- Tingkatan 4 tahun 2020 melalui guru-guru semasa persekolahan
secara bersemuka 2021 manakala murid-murid Tingkatan 5 2020 penghantaran
adalah secara post.

Makluman

3.4.5.6 Baki Sumbangan PIBG untuk pengangkutan bas murid-murid ke Kompleks
Sukan Kampung Pandan bagi pengurusan Sukan Tahunan Sekolah 2020 telah
digunakan oleh unit kokurikulum untuk membayar yuran penyertaan murid-murid
bagi pertandingan merentas desa, badminton, bola jaring dan catur peringkat
daerah serta Hari Anugerah Kokurikulum Tahun 2020.

Makluman

3.5 HAL-HAL LAIN

3.5.1. Mesyuarat PIBG telah bersetuju untuk mengurangkan bayaran Sumbangan
PIBG daripada RM90 kepada RM50 untuk setiap orang murid berdasarkan
keadaan semasa sekarang yang masih dalam tempoh PKP.

Makluman

3.5.2 Puan Faizah memaklumkan pada tahun ini majalah sekolah akan diubahsuai
menjadi Buletin Murni bagi menjimatkan kos bayaran majalah sebanyak
bercetak berharga RM35.

PK Kokurikulum

3.5.3 Encik Azman memaklumkan untuk menjimatkan kos, majalah sekolah boleh
dibuat secara e-book. Kelebihan secara e-book ialah simpanan lebih mudah
dan kos lebih murah. En. Azman menyatakan kesediaannya untuk melatih
anak-anak didik di sekolah ini untuk menulis e-book.

8

Makluman
3.5.4 YM Tengku Daliza mencadangkan bayaran Sumbangan PIBG untuk Program

Kecemerlangan Tingkatan 5 akan dikekalkan, tetapi bayaran Program
kecemerlangan untuk Tingkatan 3 minta dikurangkan kerana PT3 pada tahun
ini telah dibatalkan.

Makluman
3.6 PENUTUP
3.5.5 YDP mengakhiri mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih atas komitmen

dan sokongan semua AJK PIBG yang terlibat menjayakan mesyuarat pada hari
ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.18 malam.
Disediakan oleh,

…………………...................................................

(WAN SARIZAH BINTI WAN MOHAMED)
Setiausaha PIBG
SMK (P) Bandaraya

9


Click to View FlipBook Version