Adam Raees
Nama : Muhammad Adam Raees Bin Muhammad Azrul
Kelas : 1 Nasaie
Sekolah : SMKA Haji Mohd Yassin, Muar
Guru Pembimbing : Cikgu Mohd Fareed Bin Aliwee
Adam Raees
Adam Raees
Datuk (Dr.) Lee Chong Wei DB PJN AMN DCSM DSPN JP.
Nama Cina Ringkas: 李宗伟
Nama Cina Tradisional: 李宗偉
̌
Pinyin: Lı zōng wěi.
Datuk Lee Chong Wei ialah seorang pemain badminton profesional dari
Malaysia. Beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak.
Pada usia mudanya, beliau suka bermain bola keranjang namun
dihalang oleh ibunya kerana terpaksa bermain di gelanggang luar yang
panas. Lee Chong Wei mula suka belajar bermain badminton ketika
berusia 11 tahun apabila selalu dibawa bapanya ke dewan gelanggang
badminton. Bakatnya mula menarik jurulatih tempatan, Teh Peng Huat,
yang kemudian melatih Chong Wei selepas sekolah. Beliau kemudian
diserap masuk menyertai Skuad Badminton Kebangsaan pada usia 17
tahun selepas bakatnya dikesan oleh Misbun Sidek.
Adam Raees
Lee Chong Wei mula menjadi perhatian ramai sebagai muka baru dalam
dunia sukan apabila berjaya layak ke pusingan akhir kejohanan
badminton Terbuka Malaysia 2003 (kejohanan besar pertamanya).
Akan tetapi, dia kalah kepada Cheng Hong dari China dalam pusingan
akhir kejohanan itu.
Pada tahun berikutnya, Chong Wei bangkit semula dengan memenangi
dua kejohanan utama iaitu Terbuka Malaysia dan Terbuka China Taipei.
Dia kemudian mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan ke Sukan
Olimpik 2004 di Athens. Sejak itu, nama beliau disebut-sebut sebagai
bintang baru dunia badminton Malaysia.
Adam Raees
Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, 2012 dan
2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan
akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau
pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini
mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana
Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira
kebangsaan.
Beliau mengakhiri zaman bujangnya dengan rakan sepasukannya,
Wong Mew Choo, yang merupakan pemain badminton perseorangan
wanita pada 9 November 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya
mata iaitu Kingston yang dilahirkan pada April 2013 dan Terrance yang
dilahirkan pada Julai 2015.
Adam Raees
Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 2006.
Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,
Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas pada 30 Ogos 2008.
Darjah Bakti (DB) pada 2009 oleh Sultan Mizan Zainal Abidin kerana
pencapaiannya dalam Sukan Olimpik 2008.
Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran "Datuk Wira" oleh
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob
pada 2016.
Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran "Datuk" oleh Yang di-Pertuan
Agong Sultan Muhammad V pada September 2017.
Adam Raees
Lee menduduki tangga teratas dalam
ranking pemain badminton lelaki
perseorangan selama 199 minggu
berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008
hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain
badminton Malaysia ketiga yang
mencapai tangga teratas selepas Rashid
Sidek dan Roslin Hashim (semenjak
ranking rasmi dimulakan pada 1980-an),
dan beliau juga satu-satunya jaguh
badminton Malaysia yang
mempertahankan kedudukan teratasnya
selama lebih dua minggu. Beliau
merupakan duta dan jurucakap bagi
jenama cat Pentens sejak 2013.
Lee Chong Wei di separuh akhir badminton
Sukan Olimpik 2008 di Beijing
Adam Raees
Adam Raees
Bermain di perempat final
Siri Super Perancis 2013
Adam Raees
Lee semasa Terbuka Indonesia 2016
Adam Raees
Memenangi 69 kejohanan antarabangsa.
Memenangi Kejuaraan All England sebanyak
empat kali.
Dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki oleh
Badminton World Federation (BWF) sebanyak
lima kali.
Memenangi Anugerah Olahragawan Negara
sebanyak empat kali.
Olahragawan paling berjaya di Malaysia.
Adam Raees
Adam Raees