The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadfauzan3921, 2022-12-28 04:37:54

PENGENALAN RIBA -USULUDDIN

PENGENALAN RIBA -USULUDDIN

PENGENALAN RIBA

Dari segi bahasa : Bertambah atau lebih atau peningkatan.

Dari segi istilah : Sebarang tambahan ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjam
atau dijanjikan oleh penerima pinjaman yang berlaku dalam pertukaran barang ribawi dan mata wang.

Maksud barang-barang ribawi

 Sesuatu yang tidak boleh ditukarkan dengan barangan yang sama secara berlebihan.

Barang-barang ribawi :-

1) Emas
2) Perak
3) Tamar/kurma
4) Gandum
5) Barli
6) Garam

Dalil pengharaman riba :-

‫الَّ ِذي َن َيأْ ُكلُو َن ال ِربَا ََل َيقُو ُمو َن ِإ ََّل َك َما يَقُو ُم الَّ ِذي يَتَ َخبَّ ُطهُ ال َّش ْي َطا ُن ِم َن ا ْل َم ِس ۚ َٰذَ ِل َك بِأَنَّ ُه ْم قَالُوا إِنَّ َما ا ْلبَ ْي ُع ِمثْ ُل‬
َ‫َعاد‬ ‫َو َم ْن‬ ۖ ِ‫َّل َّلا‬ ‫ِإلَى‬ ُ‫َوأَ ْم ُره‬ ‫َس َل َف‬ ‫َما‬ ُ‫َف َله‬ ‫َفانتَ َه َٰى‬ ‫َّربِ ِه‬ ‫ِمن‬ ٌ‫َو َح َّر َم ال ِربَا ۚ َف َمن َجا َءهُ َم ْو ِع َظة‬ ‫ا ْلبَ ْي َع‬ ‫اَفلأُ ِرو َٰ َلَبائِ ۗ َك َوأَأَ َح ْص َّل َحَاّل َّل ُاُب‬
﴾٢٧٥﴿ ‫ۖ ُه ْم ِفي َها َخا ِلدُو َن‬ ‫النَّا ِر‬

Maksud : Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang
demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja
seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh
itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari
mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi
haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan
mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Jenis-jenis riba :-

1) Riba Al-Duyun
2) Riba Al-Buyu’

 DEFINISI RIBA AL-DUYUN

-Riba al-Duyun melibatkan sebarang sebarang jenis pinjaman yang membawa manfaat kepada
pemberi pinjam.

RIBA AL-QARDH JENIS RIBA AL-DUYUN
RIBA AL-JAHILIYYAH

-Merupakan sebarang tambahan manfaat yang -Merupakan sebarang tambahan manfaat yang
dikenakan oleh pemberi pinjam ke atas lebih daripada nilai yang dipinjam. Dikenakan
peminjam untuk membayar hutangnya. oleh pemberi pinjam kepada peminjam kerana
peminjam gagal membayar hutangmya pada
waktu yang telah ditetapkan.

Cth: Faiz ingin meminjam RM 50 daripada Hariz. Cth: Fauzan meminjam RM 100 kepada Faiz dan
Tetapi Hariz menetapkan syarat bahawa Faiz bersetuju untuk membayarnya pada suatu
perlu membayar semula hutang tersebut tempoh yang telah ditetapkan. Akan tetapi,
sebanyak RM 100. Maka, lebihan Rm 50 itu Fauzan dengan tiba-tiba tidak dapat membayar
merupakan riba al-Qard. hutang tersebut pada tempoh yang telah
ditetapkan. Maka, disebabkan oleh itu, Faiz
meminta Fauzan untuk membayar RM 120.
Lebihan RM 20 itu merupakan riba al-Jahiliyyah.

 DEFINISI AL-BUYU’

-Riba al-Buyu’ berlaku dalam proses jual beli. Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti
pertukaran 2 barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh.

JENIS RIBA AL-BUYU’

RIBA AN-NASA’ RIBA AL-FADHL

-Ia merupakan jual beli atau pertukaran antara -Ia melibatkan jual-beli atau pertukaran 2
barang ribawi yang berlaku secara bertangguh barang ribawi yang sama jenis, yang mana ia
atau tidak serentak (tidak sempurna dalam 1 berlaku apabila kuantiti dan berat pertukaran
masa) tersebut adalah tidak sama.

Cth: Haziq membeli emas sebanyak 5 gram Cth: Haiqal menukarkan 10kg beras biasa
dengan harga RM1000 secara tangguh. dengan 5kg beras basmathi. Kedua-duanya
Maknanya haziq mengambil emas terlebih adalah beras. Walaupun kualiti kedua-dua beras
dahulu dan akan bayar pada waktu yang telah itu tidak sama, akan tetapi kuantiti yang sama
disepakati. diperlukan semasa pertukaran dua barang
ribawi yang sama jenis.

Kesan-kesan apabila riba terus diamalkan:-

- Akan terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan dan mendapat dosa.
- Menimbulkan penindasan
- Akam melahirkan masyarakat yang malas, tamak, rakus dan lain-lain.

- Merosotkan perkembangan ekonomi.

Kesimpulan:-

-Pengharaman riba masih merupakan elemen yang penting dalam perniagaan Islam untuk
mewujudkan sebuah ekonomi yang bertanggungjawab. Dalam masa yang sama, ia juga penting bagi
melahirkan masyarakat yang dapat hidup dalam keamanan. Pihak berkuasa amatlah perlu
memainkan peranan besar dalam menangani kes-kes yang berkaitan dengan riba supaya ia tidak
berleluasa.Akhir kata, saya berharap agar negara ini dapat menjadi negara yang bebas daripada riba.
Maka dengan itu, semua golongan dapat hidup dengan tenteram dan tidak tertekan.


Click to View FlipBook Version