The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU24011 PERMAINAN TRADISIONAL

1- FATIN NUR SYAMIMIE BINTI AZMAN (23DBS20F2039)
2- AINA AFIFAH BINTI AHMAD IMRAN (23DBS20F2034)
3- SITI ROHANI BINTI JAAFAR (23DBS20F2020)
4- NURFARIHAH BINTI ABD SHUKUR (23DBS20F2025)
5- FARHANA BINTI ABD SHUKUR (23DBS20F2018)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aina, 2021-11-17 09:42:29

Batu Seremban

MPU24011 PERMAINAN TRADISIONAL

1- FATIN NUR SYAMIMIE BINTI AZMAN (23DBS20F2039)
2- AINA AFIFAH BINTI AHMAD IMRAN (23DBS20F2034)
3- SITI ROHANI BINTI JAAFAR (23DBS20F2020)
4- NURFARIHAH BINTI ABD SHUKUR (23DBS20F2025)
5- FARHANA BINTI ABD SHUKUR (23DBS20F2018)

Keywords: Permainan Tradisional,Batu Seremban

MPU24011 PERMAINAN TRADISIONAL
PN ROSMAWATI BINTI RAZAK

BATU
SEREMBAN

AHLI KUMPULAN 6

NURFARIHAH BINTI ABD SHUKUR
(23DBS20F2025)

FARHANA BINTI ABD SHUKUR
(23DBS20F2018)

SITI ROHANI BINTI JAAFAR
(23DBS20F2020)
AINA AFIFAH BINTI AHMAD IMRAN
(23DBS20F2034)

FATIN NUR SYAMIMIE BINTI AZMAN
(23DBS20F2039)

ISI KANDUNGAN

Latar Belakang............................................................................1
Memanaskan Badan................................................................2 - 4
5 Kemahiran............................................................................5 - 7
Cara Bermain..........................................................................8 - 11
Peraturan Bermain....................................................................12
Hukuman dan Larangan............................................................13
Kesimpulan...............................................................................14
Penghargaan.............................................................................15
Rujukan.....................................................................................16

Latar Belakang Batu Seremban

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini
gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan –
dua orang atau lebih.

Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau
ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-
objek ini dikenali sebagai buah.

Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam
rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang
rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan.

Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan 1
buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang
mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke
peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Memanaskan badan

Sebelum menyertai aktiviti sukan atau sebarang aktiviti fizikal, kita perlu
memanaskan badan. Warming up atau memanaskan badan adalah satu
aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau
senaman. Memanaskan badan akan menjadikan tubuh kita lebih bersedia
untuk melakukan aktiviti dengan lebih berkesan.

2

Aktiviti memanaskan badan

Bahagian kepala
·Mendongakkan kepala ke atas, jari berada di bawah dagu.
·Mendongakkan kepala ke bawah, letakkan tangan di atas kepala sambal menolak
kepala ke bawah.
·Memusingkan kepala ke kanan & ke kiri.

Bahagian tangan dan bahu
·Pergelangan tangan bergerak ke atas dan ke bawah.
·Membengkokkan lengan kiri ke arah kanan (ditampung oleh lengan kanan)
·Membengkokkan lengan kanan ke arah kiri (ditampung oleh lengan kiri)
Jari kiri berada di bahu kiri, jari kanan berada di bahu kanan, dan memusingkan
lengan

3

Bahagian kaki
·Berdiri tegak. Bengkokkan satu lutut dan berdiri pada sebelah kaki. Bawa kaki yang
dibengkokkan ke belakang sehingga tersentuh punggung. Tukar kaki dan ulang.
·Duduk dan lunjurkan kaki, kemudian, sentuh jari kaki.

4

5 Kemahiran yang diperlukan untuk bermain Batu Seremban

Melambung dan menangkap
Pemain batu seremban perlu bijak menganggar setinggi mana hendak melambung batu
ibu sesuai dengan ketangkasan untuk menangkap anak batu lain yang ada di lantai.
Tangan pemain perlu pantas dan cekap menangkap anak batu yang ada di lantai sebelum
menyambut batu ibu yang dilambung untuk membolehkan mata dikira dan tidak kalah.

Mencongak dan mengira

Setiap kali lepas melambung anak batu mengikut tahap Batu yang ke berapa bagi pemain

tersebut, pemain itu perlu menimbang anak batu dan menangkapnya. Bilangan anak batu

yang berjaya ditangkap menentukan nilai mata yang diperoleh. Kebiasaannya satu anak

batu membawa 1 mata atau 2 mata. Jumlah anak batu yang dapat ditangkap akan

didarab dengan nilai mata, kemudian ditambah dari semasa ke semasa mengikut berapa

pusingan yang berjaya dilaksanakan. Pemain yang memperoleh nilai mata paling tinggi

akan menang. Oleh itu, pemain perlu mahir mencongak dan mengira mata agar tidak

tersalah kira dan dikira sebagai kalah. 5

Menyusun strategi
Kemahiran menyusun strategi diperlukan untuk bermain batu seremban. Contohnya,
sebelum melambung anak batu, otak sudah menyusun strategi (target) bagaimana cara
untuk mengaut/mengutip anak batu agar anak batu tidak terjatuh semula ataupun
melanggar peraturan bermain batu seremban. Cara dan strategi untuk menangkap
anak batu adalah berbeza mengikut jarak antara setiap anak batu dan peringkat Batu
yang sedang dimainkan.

Berkomunikasi
Pemain batu seremban perlu pandai berkomunikasi antara satu sama lain. Antara
kepentingannya ialah untuk mengetahui giliran bermain, peraturan permainan, dan
berborak sesama sendiri sementara menunggu giliran. Kemahiran berkomunikasi secara
tidak langsung akan menjalinkan hubungan dengan rakan baharu dan mengeratkan
silaturahim.

6

Fokus,jujur, dan berwaspada
Pemain perlu fokus semasa bermain untuk berjaya menangkap anak batu yang
dilambung.
Seterusnya, berwaspada dengan peraturan permainan semasa bermain.
Memastikan tidak melanggar peraturan agar tidak kalah.
Pemain juga perlu bersikap jujur sewaktu bermain seperti tidak menipu nilai mata.
Secara ringkas, pemain perlu fokus, berwaspada, dan jujur sewaktu bermain dan
semasa melihat pemain lain bermain agar tidak mudah kalah dan tidak berlaku
sebarang pertelingkahan.

7

Cara Bermain Batu Seremban

Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri.
Seperti permainan yang lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang
digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu seremban mempunyai
beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai
pemenang.

Sebelum bermain, seorang demi seorang perlu menimbang batu
Seremban untuk menentukan giliran pemain.

8

Buah satu
Sebijik buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambung ke udara. Dalam masa yang
sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Berterusan sehinggga semua buah di atas
lantai sudah dikutip.

Buah dua
Sama seperti batu satu sama tetapi hanya dua biji buah dikutip dengan masa yang sama.
Ibu akan dilambung sebanyak dua kali sahaja.

Buah tiga
Pada lambungan pertama, hanya satu biji akan dikutip. Lambungan kedua pula, tiga biji
buah akan dikutip dengan serentak.

Buah empat
Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip
kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

9

Buah lima
Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji
buah diatas lantai dengan serentak.
Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama,
empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai
supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah enam
Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi
buah ibu.
Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus
ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah tujuh
Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip. Buah ibu hendaklah disambut
dengan kedua-dua belah tangan. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

10

Buah lapan
Campakkan kelima-lima batu di atas lantai. Kemudian, Ahli yang lain pilih satu batu
untuk dilambungkan ke atas.
Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan
sekali gus.

Cara mendapat mata
Sama dengan permulaan menentukan pemain, mata dikira mengikut bilangan biji buah
yang dapat ditimbang. Tetapi, kalau buah yang ditimbang disambut dengan cara
mencangkuk, maka mata dikira satu kali dari jumlah biji buah yang dapat disambut

11

Peraturan bermain Batu Seremban

1. Sewaktu mengambil batu pertama pada setiap tahap, pemain tidak boleh
menyentuh/menggerakkan mana-mana batu yang berhampiran.
2. Pemain hendaklah menyambut batu yang dilambung sebelum batu itu jatuh ke lantai.
3. Setiap kali selesai satu tahap, semua batu dikumpulkan dan dibawa ke peringkat lain.
4. Pemain akan hilang giliran apabila sesuatu kesilapan dilakukan.
5. Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain tersebut perlu menyambung permainannya
semula diperingkat dimana ia telah lakukan kesilapan.

12

Hukuman dan larangan bermain Batu Seremban

I.Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung.
II.Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain atau buah-buah yang terhimpit
bergerak.
III.Pemain terlupa tahap dimana dia berada ketika menyambung semula permainan.
IV.Melakukan perkara yang di luar permainan, pemain akan dibuang gelanggang.

13

KESIMPULAN

Bermain merupakan proses pendewasaan yang harus dilalui
oleh semua kanak-kanak. Memang tidak dinafikan bahawa
Pendidikan akademik adalah amat penting bagi memastikan
kanak-anak menjadi insan yang berguna dikemudian hari.
Namun begitu, kepentingan bermain juga merupakan pelengkap
ke arah itu. Bagi permainan tradisi, penekanan terhadap asas
pembentukkan diri adalah lebih utama. Pilihlah permainan untuk
anak anda dan bukannya melarang mereka daripada
melakukan aktiviti bermain kerana pengalaman itu dapat
mendewasakan seseorang.

15

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang terlibat
ialah pensyarah kami iaitu Puan Rosmawati Binti Razak. Puan Rosmawati
membantu kami dengan sedaya upaya untuk memberi taklimat kepada kami
supaya kami dapat menghabiskan tugasan kami dengan lancar. Selain itu, beliau
juga memberi penerangan dan membekalkan maklumat yang baik untuk kami.

Disamping itu, kami ingin berterima kasih kepada rakan sekumpulan kami
yang telah bekerjasama dengan baik dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Sebagai kesimpulannya, kami ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih
kepada sesiapa sahaja yang pernah menolong atau membantu kami dalam proses
menyiapkan e – book permainan tradisional ini. Sekian, terima kasih.

14

RUJUKAN

https://www.slumberlady.com/2018/07/ilmu-dari-batu-
seremban.html
http://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/cara-
bermain-batu-seremban.html

https://bb2008chijsjc.wordpress.com/batu-seremban/

https://www.scribd.com/document/90494526/Asal-Usul-
Batu-Seremban

https://bb2008chijsjc.wordpress.com/batu-seremban/

16

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version