The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by savinashreborn, 2023-10-01 11:51:06

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

TOPIK 4 :PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA WE A R E A LL MA L A YSI A N S T H I S I S T H E B O N D T H A T U N I T E S U S M P U 2 1 0 3 2 E T I K A & P E R A D A B A N


03 02 14 20 23 24 PENGENALAN 4.1 MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN a. Detik Perpaduan b. Detik Perbezaan 4.3 PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN a. Etnik - Tahap Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik b. Alat Penyatupaduan - TawarMenawar,Perundingan & Perantaraan 4.2 TAHAP KESEPADUAN YANG INGIN DICAPAI a. Kesepaduan Nasional b. Kesepaduan Sosial - Defisit Sosial c. Etos Nasional Kesimpulan Sumber Rujukan I S I K A N D U N G A N


PENGENALAN Kepelbagaian etnik & budaya menimbulkan pelbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat seperti Malaysia.Setiap komuniti misalnya mempunyai etika & peradaban yang berbeza dan ia ijelmakan dalam pemikiran & praktis kehidupan masing- masing.Namun,kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysiaberkongsi persamaan & mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus menerusdimantapkan. Ia dilaksana melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yangdicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. P A G E 4 • V O Y A G E PAGE 3


4.1 MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa & negara agar hidup sentiasa harmoni & tenteram tanpa menggugat keamanan.Tanpa keamanan,rakyat tidak akan hidup selesa & negara akan bergolak setiap masa.Hal ini boleh dilihat di negaranegara bergolak apabila peperangan sentiasa berlaku & rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar.Kanak-kanak,perempuan & orang tua menjadi mangsa & kebuluran serta kemiskinan tidak terpisah daripada kehidupan.Betapa pentingnya perpaduan perlu dibina & dipupuk agar ianya menjadi sesuatu budaya & amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara ini a. DETIK PERPADUAN Detik perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat.Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan & sebagainya. "Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan.Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan & detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat." Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin PAGE 4


I. SUKAN Kenalkah anda dengan nama Datuk Lee Chong Wei?Sudah pasti hampir semua rakyat Malaysia mengenali nama tersebut iaitu pemain badmintonnombor satu Malaysia.Walaupun Datuk Lee Chong Wei berbangsa Cina, namun semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa menyokong & meminati setiap perlawanan beliau di setiap pertandingan badminton. Begitu juga sukan-sukan yang lain.Tidak kira apa-apa bangsa & agama, ianya tidak menjadi halangan untuk peminat & menonton, menyaksi & menyokong setiap aksi yang dipersembahkan kerana pemain sukan bukan bermain untuk diri mereka, malah mereka bermain untuk negara.Begitu juga dengan penyokong, mereka tidak menyokong individu sebagai ahli sukan, tetapi menyokong ahli sukan tersebut sebagai pemain yang mewakili negara. D E T I K P E R P A D U A N PAGE 5


SUKAN SEBAGAI WADAH ERAT PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA Setiap kali Malaysia bertarung di medan antarabangsa, rakyat pelbagai bangsa bersatu memberi sokongan padu kepada atlet negara yang berjuang di gelanggang sukan. Justeru, sukan jelas menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Tidak kira apa jua bentuk sukan yang menjadi pilihan - bola sepak, badminton, olahraga - rata-rata penggemar sukan yang ditemui percaya semua jenis sukan mampu mengeratkan silaturahim antara kaum. “Kalau saya tengokkan dari contoh masa saya muda lagi dan hari ini, kita boleh nampak ada pelbagai kaum yang datang bukan saja untuk bermain. “Kalau tengok aktiviti tunas ini, objektifnya adalah untuk kesihatan dan untuk perkauman yang bercampuk-aduk dan saya rasa ini tentu boleh ‘improve’ lagi” kata seorang pengarah jualan, Jonathan Lim. Menurut Siti Amrah, seorang kakitangan kerajaan, sukan dapat menyatupadukan semua rakyat Malaysia. “Semasa mereka dalam perlawanan, ibu bapa akan turut sama dan anak-anak juga dapat bersatu padu, bermain bersama-sama dan mereka ada teamwork (kerjasama berpasukan),” kata Siti . “Di kolej juga, kami memang selalu bermain dengan berbilang kaum, kita ada Cina, ada India dan juga ada Melayu dan memang saya sangat bersetuju kalau sukan ini memang menyatupadukan kaum,” ujar pelajar UPM, Zulkiflee Azmi. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan. “(Dari segi) bahasa memang tidak ada masalah, cuma orang cakap chemistry itu kena lagi rapatlah. Kami kena tidur sekali, bangun sekali, gosok gigi sekali, yang itulah, jadi kita nak dapat chemistry itu untuk pemain,” kata atlet negara Nazuridin Abd Latiff . Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat dan sekali gus dapat mengeratkan lagi perpaduan masyarakat dalam menyahut konsep Satu Malaysia. I S U S E M A S A ASTRO AWANI SEPTEMBER 16, 2014 09:57 MYT PAGE 6


II. MAKANAN Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan & minuman, antaranya nasi lemak, teh tarik, roti canai, soto, bakso & sebagainya.Semua jenis makanan ini dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia tanpa mengira rupa & warna kulit.Hal ini amat baik untuk penyatuan semua bangsa di Malaysia kerana perbezaan yang pelbagai ini dimanfaatkan untuk penyatuan bangsa-bangsa di Malaysia tanpa melihat ianya sebagai batasan atau halangan. Nasi lemak dinikmati oleh semua bangsa walaupun ianya makanan kaum Melayu.Begitu juga dengan makanan kaum Cina, contohnya masakan Char koay teow dinikmati oleh semua bangsa termasuk Melayu & India.Maaruku yang terkenal dikalangan bangsa India pula menjadi makanan semua bangsa.Inilah yang perlu rakyat Malaysia berbangga kerana makanan boleh menjadi alat perpaduan kita semua. D E T I K P E R P A D U A N PAGE 7


PERPADUAN MELALUI MAKAN WARISAN KUALA LUMPUR - Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung memangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Tukang masak terkenal, Datuk Chef Ismail berpandangan, kemampuan sesuatu makanan warisan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah tidak dinafikan. “Makanan warisan seperti nasi lemak, rendang, roti canai, teh tarik, nasi kandar, char kuetiau dan dimsum seperti yang kita tahu adalah menu terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan dimakan oleh semua rakyat. “Misalnya pada bulan puasa, bukan setakat orang Islam yang datang mencari makanan tetapi pelbagai kaum didapati mengunjungi bazar Ramadan untuk mendapatkan beberapa jenis makanan warisan. Inilah situasi contoh makanan telah menyatukan bangsa,” katanya. Tambah Chef berkenaan, aspek penyatuan bangsa melalui makanan juga dapat dilihat pada beberapa jenis makanan warisan yang berasal daripada budaya orang India dan Cina tetapi popular dalam kalangan orang Melayu. Begitu jugalah sebaliknya. “Pada masa kini, saya dapati sesuatu kaum mengunjungi sesebuah restoran untuk menikmati hidangan yang kebiasaannya dimakan bangsa lain. “Contohnya di Restoran Rebung milik saya yang menitik beratkan makanan warisan. “Dodol dan wajik ialah makanan tradisi orang Melayu yang diminati pelbagai bangsa seperti orang India dan Cina yang datang ke restoran saya untuk menikmatinya,” kata Chef Ismail. I S U S E M A S A WARTAWAN SINAR HARIAN | | 03 SEPTEMBER 2019 PAGE 8


Apakah perkara yang membezakan antara anda dengan orang di sekeliling anda? Adakah perbezaan-perbezaan ini menyukarkan kehidupan anda setiap hari? Kita tidak boleh lari darpada perbezaan khasnya berkaitan dengan budaya & bangsa Malaysia.Perbezaan ini perlu dilihat daripada aspek positif untuk mengukuhkan lagi perpaduan & hubungan antara kaum lain. b. DETIK PERBEZAAN PAGE 9


I . S A M B U T A N P E R A Y A A N Detik perbezaan dalam sambutan perayaan di Malaysia jelas kelihatan kerana sambutan perayaan selalunya mempunyai kaitan dengan kebudayaan & agama yang pelbagai.Namun, hal ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan yang akan menggugat perpaduan bangsa kerana setiap budaya & agama mempunyai ciriciri yang tertentu. Setiap warga perlu berjiwa besar & berlapang dada dalam menghadapi isu sambutan perayaan sebagai suatu sambutan tahunan semua bangsa di Malaysia.Malah aktiviti kunjung-mengunjung yang tidak berkaitan dengan halhal keagamaan perlu diteriskan agar perpaduan yang ada semakin utuh. Detik Perbezaan PAGE 10


ISU SEMASA SAMBUTAN PERAYAAN BERBILANG KAUM, AGAMS KUNCI NEGARA AMAN KUALA LUMPUR: Sambutan perayaan yang diraikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama di negara ini, berjaya membina pemahaman dan rasa hormat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata ia adalah kunci keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama, sekali gus menjadi asas kepada pembinaan negara dan berupaya mencapai semangat 1Malaysia. Katanya, menghormati budaya dan agama etnik lain menjadi ciri kepada masyarakat berbilang kaum dan menjadi kewajipan setiap rakyat untuk terus mengekalkan tanggungjawab berkenaan menerusi amalan lima prinsip Rukun Negara. Beliau berkata, perayaan tahunan seperti Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Tahun Baharu Cina adalah perayaan yang memanfaatkan semua kaum dari segi memupuk keharmonian, keamanan dan perpaduan. "Rakyat Malaysia harus berasa berbangga kerana dapat meraikan pelbagai perayaan dalam keadaan aman dan damai. "Sejak merdeka, tugas yang penting bagi setiap rakyat adalah menyumbang ke arah perpaduan negara serta berusaha meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan sosial negara kita. "Perpaduan adalah kunci kepada kejayaan negara. Oleh itu, rakyat perlu menggunakan setiap peluang yang ada untuk mengukuhkan semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti membabitkan semua kaum," katanya dalam kenyataan hari ini. Lam Thye berkata, rakyat Malaysia harus komited untuk menjamin keharmonian, keamanan dan perpaduan negara, malah usaha gigih harus berterusan bagi menggalakkan budaya keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan negara. PAGE 11


DETIK PERBEZAAN JENAYAH Apabila berlaku sesuatu jenayah,pastinya kita akan melihat apakah jenis jenayah yang dilakukan.Apabila telah pasti sesuatu jenayah tersebut,maka akan terlintas dalam minda siapa yang terlibat dalam jenayah tersebut.Hal ini adalah satu sikap yang salah kerana semua jenayah tidak ada kaitan dengan sesuatu bangsa. Setiap bangsa & agama terdedah dengan apa jua jenayah.Jika seseorang tidak mempunyai jati diri yang kuat & pegangan agama yang kukuh, maka apabila berdepan dengan sesuatu perkara,maka akan berlaku perlanggaran had yang telah ditetapkan oleh undangundang.Sebagai warganegara,kita haruslah patuh kepada setiap peraturan & undang-undang negara kerana hukuman tidak melihat bangsa untuk dijatuhkan. PAGE 12


Sebuah komuniti yang mempunyai perpaduan sosial yang kuat akan bersama-sama bertindak campur tangan sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah di kawasan awam. Perpaduan sosial sangat penting dalam memastikan kadar jenayah dikurangkan, begitu juga unsur-unsur jenayah. Kajian menunjukkan kawasan penempatan yang mempunyai ikatan perpaduan sosial yang kuat membuatkan kadar gangguan yang rendah. Kadar keganasan juga rendah bergantung kepada pecahan demografi. Kesimpulannya, peningkatan ikatan masyarakat mengurangkan kadar jenayah sebanyak 3 peratus. Kawalan sosial tidak formal dikukuhkan melalui perpaduan sosial sebagai cara menghalang jenayah dan gangguan. Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengambil pelbagai inisiatif untuk bekerjasama dengan pertubuhan masyarakat setempat, masyarakat perniagaan dan NGO. Mereka juga menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Masyarakat (JPJKK) untuk bekerjasama dengan lebih rapat dan berkesan bersama masyarakat. Tujuan tersebut untuk menarik minat orang awam untuk bekerjasama menghalang kejadian jenayah. Pada masa yang sama, inisiatif itu membina hubungan yang kukuh antara orang awam dan PDRM. Kita perlu menilai semula dan menerapkan perpaduan sosial dalam kalangan masyarakat terutamanya di kawasan bandar bagi membanteras kegiatan jenayah dan unsur-unsur jenayah. Mungkin lebih baik jika anda sendiri menilainya. Adakah anda sedia bertindak jika jenayah berlaku di depan mata? KEJADIAN JENAYAH - ADAKAH ANDA PEDULI ? Adakah anda bersedia membantu menghapuskan unsur-unsur jenayah? Adakah anda sanggup melaporkan kepada pihak polis jika terlihat kejadian mencurigakan di kawasan tempat tinggal anda? Asas sistem keadilan jenayah yang berkesan sebenarnya berasal dari tanggungjawab peribadi kita sendiri. Marilah kita sama-sama Bersatu Membanteras Jenayah. Tolong lakukan sesuatu jika jenayah berlaku di depan anda sama ada bunyikan hon, hubungi pihak polis atau menjerit untuk perhatian orang lain. PAGE 13 MSTAR Isnin, 06 Julai 2015 2:19 PM


Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial & kebudayaan yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal.Penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang berbentuk zahir & luaran. Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman, stabil, makmur & sejahtera yang dicapai.Walau bagaimanapun masih diakui terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat di negara kita ini. Dalam usaha mewujudkan kesepaduan nasional,alat yang utama sebagai teras kesepaduan nasional ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.Dua perkara ini menjadi tunjang utama kepada kesepaduan nasional. PAGE 14 a. Kesepaduan Nasional


Kesepaduan sosial adal antara teras penting dalam menjamin semua bangsa dalam Malaysia berada dalam keadaan aman & harmoni.Ia merupakan asas utama kepada keadaan yang stabil & masyarakat tanpa konflik.Konsep kesepaduan sosial yang diasaskan oleh kerajaan adalah sebagai formula penting untuk menguruskan masyarakat plural berbilang kaum & agamam khususnya di Malaysia. Moh Syariefudin Abdullah et. al ( 2016 ) dalam kajiannya menyatakan, terdapat enam dimensi yang ada dalam kesepaduan sosial iaitu : PAGE 15 B. KESEPADUAN SOSIAL - DEFISIT SOSIAL KESEPADUAN SOSIAL


Defisit sosial ialah isu & hal yang belum selesai perlu diusahakan penyelesainnya satu persatu,memerlukan waktu & kesabaran semua pihak, perancangan & pelaksanaan pelan tindakan berasaskan prinsip tawar-menawar, perundingan ataupun mediasi. Sepuluh perkara utama yang menjadi topik kepada isu defisit sosial etnisiti, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, jantina, politik federalisme, ruang & media.Ianya melibatkan isu-isu yang jika tidak ditangani dengan berhemat akan menjadi punca runtuhnya kesepaduan sosial yang ingin dibangunkan.Perkara-perkara seperti kenyataan berbau sensitif etnik, pilihanraya,rasuah boleh menghancurkan apa yang telah dibina selama ini & akan menjadi parah jika tidak dikawal. PAGE 16 DEFISIT SOSIAL


defisit sosial L A N G K A H - L A N G K A H D A L A M M E G H A D A P I Kesepaduan Sosial dalam Aspek Politik Federalisme.Parti=parti politik pembangkang sebelum ini membentuk Pakatan Harapan, memenangi PRU ke-14 tanpa pertumpahan darah & membentuk kerajaan dalam tahun 2018.Tidak seperti sesetengah negara yang menghadapi pilihanraya sehingga terdapat kematian & kehilangan harta benda akibat rusuhan & tunjuk perasaan dari kalangan penyokong parti yang bertanding. 01 Kesepaduan Sosial dalam Aspek Bahasa.Bahasa Melayu adalah salah satu alat yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia.Penggunaan bahasa Malaysia di sekolah, agensi kerajaan mahupun swasta dapat menjadi bahasa penyatuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. 02 Kesepaduan Sosial dalam Aspek Etnisiti.Di beberapa negeri seperti di pantai timur, masyarakat Mmelayu & Cina mempunyai hubungan yang sangat erat.Sebagai contoh, masyarakat Cina di Kelantan boleh bercakap dialek Kelantan tanpa telor & pelat. 03 Kesepaduan Sosial dalam Aspek Agama.Keharmonian dalam pelbagai bangsa ini menjadikan Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa.Namun, sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum & budaya, kadangkala masyarakat kita berdepan isu sensitif yang boleh menggugat kententeraman & keharmonian seperti perbezaan kefahaman mengenai agama, budaya & kaum masing-masing. PAGE 17 04


Definisi KAMUS DEWAN : Sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era & lain-lain.Ianya berasal daripada perkataan Greek yang membawa makna perwatakan atau karakter. MANSOR ET. AL : Berasal daripada perkataan etika, sikap, keperibadian, watak, karakter & keyakinan atas sesuatu perkara. TUN DR. MAHATHIR i. Perkongsian Sejarah ii. Perkongsian Nilai iii. Perasaan Kekitaan Bersama iv. Perkongsian Masa Depan v. Kesetiaan vi. Komitmen vii. Keterikatan Emosi Negara Menurut Nazri Muslim, terdapat beberapa dimensi utama yang dapat menjelaskan etos bangsa sesebuah masyarakat.Etos bangsa terbina apabila masyarakat berkongsi nilai yang sama.Nilai masyarakat yang dikongsi bersama merangkumi elemen kerjasama, menghormati setiap individu, toleransi, disiplin diri & demokrasi. PAGE 18 C . E T O S N A S I O N A L


PerbandinganPersetujuan KonstrukEtosBangsa MengikutEtnik2018 PROF. DR. MANSOR MOHD NOOR, 2019 ) PAGE 19


4. 3 PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN Usaha prose penyatupaduan oleh kerajaan ialah apabila terbinanya satu model integrasi kesepaduan nasional yang dinamakan sebagai Indeks Perpaduan Nasional 2018 ( IPNas).Model ini menyenaraikan 3 perkara utama sebagai asas dalam menentukan indeks perpaduan iaitu perpaduan, kesepaduan, penyatupaduan. PAGE20


A. ETNIK - TAHAP KEETNIKAN, BATAS ETNIK,HUBUNGAN SOSIAL RENTAS ETNIK ETNIK IALAH SESUATU YANG BERKENAAN DENGAN BANGSA MANUSIA.BERIKUT ADALAH KOMPONEN DALAM IPNAS YANG BERKAITAN DENGAN ETNIK : KONSTRUK TAHAP KEETNIKAN mempunyai 3 komponen iaitu keetnikan, kemodenan & kestabilan. I. KONSTRUK BATAS ETNIK mempunyai 4 komponen iaitu material, status, tuntutan sosial & tindakan gantian. II. KONSTRUK HUBUNGAN RENTAS ETNIK mempunyai 3 komponen iaitu hubungan etnik antara individu, hubungan etnik dalam komuniti & tahap keaktifan penyertaan dalam institusi. PAGE 21 III.


Alat penyatupaduan ialah satu formula & usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-menawar, perundingan & mediasi. Tapak Integrasi adalah anak kunci kepada kesepaduan.Prose-proses tapak integrasi berlaku melalui tindakan berikut: i. KESEPADUAN DARI ATAS KE BAWAH a. Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang bersifat kelompok & strategik. b. Wujud semenjak 1970, bilangan ahli mencecah lebih kurang 8500 ahli di seluruh negara. c. Terus mekar & matang bermula dari orientasi sekuriti ke agen pembangunan. ii. BAWAH KE ATAS a. Peranan NGO sebagai agen pemantauan pelaksanaan program untuk kaum minoriti. b. NGO sebagai agen pemantauan pelaksanaan program untuk kaum minoriti. III. INSIATIF AKAR UMBI a. Pelaksanaan 'Street Weeding' iaitu majlis perkahwinan rakyat yang berlangsung di seluruh negara setiap hujung minggu. b. Insiatif kelompok akar umbi paling berkesan tanpa penglibatan langsung pemerintah. PAGE 22 B. ALAT PENYATUPADUAN - TAWAR-MENAWAR, PERUNDINGAN & PENGANTARAAN


KITA DAPAT MEMAHAMI KEAMANAN & KEDAMAIAN MALAYSIA DIWUJUDKAN DENGAN PELBAGAI PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH SEMUA MASYARAKAT. KITA MESTILAH SALING MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN. PERSEILISIHAN HENDAKLAH DISELESAIKAN SECARA PERUNDINGAN. KITA HENDAKLAH MEMAJUKAN NEGARA DENGAN MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN SEMUA KAUM DI NEGARA INI. PAGE 23 KESIMPULAN ME LALUI P EMB E LAJARAN INI , DAPAT DISIMPUL KAN BAHAWA :


SUMBER RUJUKAN H T T P S :// W W W . C O U R S E H E R O . C O M / F I L E / 8 9 6 5 3 7 6 0 / T O P I K - 4 - P E M A N T A P A N - K E S E P A D U A N - N A S I O N A L P D F / H T T P S :// W W W . A S T R O A W A N I . C O M / M E R D E K A 2 0 1 4 / S U K A N - S EBA G A I - W A D A H - E R A T - P E R P A D U A N - K A U M - D I - M A L A Y S I A - 4 4 0 1 9 H T T P S :// W W W . S I N A R H A R I A N . C O M . M Y / A R T I C L E / 4 6 2 0 6 / K H A S / C E R I T A - M E R D E K A / P E R P A D U A N - M E L A L U I - M A K A N A N - W A R I S A N H T T P S :// W W W .B H A R I A N . C O M . M Y /BE R I T A / N A S I O N A L / 2 0 1 7 / 0 1 / 2 4 0 5 2 5 / S A M B U T A N - P E R A Y A A N -BE RBI L A N G - K A U M - A G A M A - K U N C I - N E G A R A - A M A N H T T P S :// W W W . M S T A R . C O M . M Y / K L I K / 2 0 1 5 / 0 7 / 0 6 / P E M A N D U - 5 H T T P S :// W W W .BI N G . C O M / V I D E O S / S E A R C H ? Q = P E M A N T A P A N + K E S E P A D U A N + N A S I O N A L + M A L A Y S I A & D O C I D = 6 0 8 0 2 1 0 7 8 3 2 8 9 4 5 6 7 1 & M I D = C C 0 3 F 3 6 2B6 7 3 1 E 2 9 1 D 5 6 C C 0 3 F 3 6 2 B6 7 3 1 E 2 9 1 D 5 6 & V I E W = D E T A I L & F O R M = V I R E B U K U R U J U K A N E T I K A & P E R A D ABA N M U K A S U R A T 7 6 - 8 9 PA G E 2 4


Click to View FlipBook Version