The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rishika.gengan, 2023-05-25 06:32:47

KURANG PENGHAYATAN AGAMA

(e- folio) Kumpulan 7

Keywords: KURANG PENGHAYATAN AGAMA

No Nama No.Matriks 1. Rishika a/p Gengan 23DLS22F1019 2. Heera a/p Ravichandran 23DLS22F1067 3. Losini a/p Sivakumar 23DLS22F1071 4. Rubine a/p Rajanthran 23DBS22F1028 5. Kirthiga a/p vickneswaran 23DBS22F1037 SESI 2 : 2022/ 2023 MPU23042 : NILAI MASYARAKAT MALAYSIA TAJUK TUGASAN : KURANG PENGHAYATAN AGAMA PENSYARAH : PUAN ROSMAWATI RAZAK Disediakan oleh Kumpulan 7


Tajuk OBJEKTIF DEFINISI AGAMA & PENGHAYATAN PENGHAYATAN AGAMA MENGIKUT PENDAPAT TOKOH AGAMA JENIS - JENIS AGAMA CIRI - CIRI INDIVIDU FAKTOR KURANG PENGHAYATAN AGAMA KESAN KURANG PENGHAYATAN AGAMA CARA - CARA MENGATASI ISI KURANG PENGHAYATAN AGAMA KEPENTINGAN PENGHAYATAN DALAM AGAMA KESIMPULAN ISI KANDUNGAN


Melahirkan ummah yang berkualiti dari sudut penghayatan agama. Menyedarkan individu tentang kepentingan penghayatan agama. Mengenalpasti punca dan kesan tiada penghayatan agama. Mengenalpasti cara dan langkah untuk menerapkan konsep penghayatan agama dalam diri setiap individu. Objektif


DEFINISI AGAMA Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dansakti seperti :Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia.


Penghayatan ialah perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai. Oleh itu, Penghayatan agama (religiosity) mengandungi pengertian menterjemah dan mengamalkan ajaran agama secara komprehensif dalam cara berfikir, bercakap, bertingkahlaku, menetapkan prinsip, keputusan dan tindakan dalam segenap aspek kehidupan dengan berumbikan pengetahuan dan kefahaman agama. DEFINISI PENGHAYATAN


JENIS - JENIS AGAMA HINDU ISLAM BUDDHA KRISTIAN SIKH


CIRI-CIRI INDIVIDU MEMPUNYAI PENGHAYATAN AGAMA Sentiasa reda dengan ketentuan daripada tuhan Bersyukur dengan nikmat tuhan dan menggunakan dengan cara yang bermanfaat. Memiliki jima yang mantap dan tegah di atas kebenaran Ikhlas dan jujur Memiliki kesempurnaan akhlak Adil dan berani Penyayang Berfikiran rasional dan tidak mudah terpengaruhdengan unsur negatif


CIRI-CIRI INDIVIDU YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGHAYATAN AGAMA Tidak bersyukur dengan nikmat tuhan Tidak memiliki jiwa yang mantap. Tidak mempunyai kesempurnaan akhlak. Tidak berfikiran rasional Mudah terpengaruh dengan unsur negatif. Melakukan jenyah Mengambil rasuah. Tidak mempunyai kasih sayang Suka pada kejahatan Benci akan kehidupan


FAKTOR KURANG PENGHAYATAN AGAMA 1.KURANG DIDIKAN AGAMA DARIPADA IBUBAPA Ibubapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup Mereka lebih mementingksn soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak mengenai ilmu agama. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anakanak agak cetek dan masihtidak dapat membezakan mengenai per kara yang baik dengan perkarayang buruk. Mereka juga tidak tahu membezakan yang halal mahupun haram sesuatu perkara dan akhirnya menyebabkan mereka mudah terjerumus dergan anasir-anasir yang tidak berfaedah.


Pengaruh media massa terhadap masyarakat sememangnya tidak dapatdisangkal lagi. Masyarakat cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana mercha mempunyainaluri ingin mencuba. Keseronokkan pengaruh media sosial seperti Facebook, Instagram. Twitter dan Wechat membutaken mata masyarakat kita terhadap ilmu agama. Mereka lebih gemar menghadap media media elektronik canggih seperti telefon pintar ini schingga lupa akan tuntutan agama masing-masing. Penyalahgunaan media-media tersebut menyebabkan mereka mudahter pesong dari ajaran agama yang akhirnya memberi kesan negatif kepadamereka 2. PENGARUH NEGATIF DARI MEDIA ELEKTRONIK DAN MEDIA SOSIAL


KESAN KURANG PENGHAYATAN AGAMA Apabila kurangnya penghayatan terhadap agama, maka timbulah isu-isu keregangan perpaduan antara kaum di malaysia. Setiap agama mengajar penganutnya untuk menghormati agama lain dan berbuat baik sesama manusia. Sebagai contoh, wujudnya salah faham antara kaum apabila tiba musim perayaan kerana mereka kurang memahami adat kaum dan agama kaum lain. Akhirnya, masyarakat kita berkembang menjadi sebuah negara yangmundur akibat perpaduan kaumnya yang lemah. Oleh itu, penghayatan dalam agama adalah sangat penting dalammenjamin perpaduan kaum. 1.Timbul masalah dalam perpaduan antara kaum 2. Mudah terpengaruh dengan budaya luar Budaya negatif barat kini menjadi ikutan masyarakat negara ini,terutamanya generasi muda. Antara budaya negatif barat yang telahmenular di malaysia adalah seperti punk, black metal, fesyen barat dan hedonisme. Kita perlu menghormati adab serta berpegang kepada amalan dan keprcayaan agama masing-masing.


3. Keruntuhan institusi keluarga Sebagaimana yang kita ketahui, setiap manusia mempunyai peganganagama masing-masing sama ada seseorang itu menganut agama islam,buddha, hindu, kristian dan sebagainya. Semua agama mengajar penganutnya melakukan perkara yang baik dantaat kepada setiap ajarannya dalam institusi keluarga, pegangan agama yang kukuh dapat menjamin keutuhan rumah tangga serta kebahagiaan didunia dan di akhirat. Malangnya, kebanyakan masyarakat tidak mengamalkannya. 4. Keruntuhan akhlak Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan perlakuan remaja seperti isu buli, pembuangan bayi, seks bebas, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Isu berkaitan kanak-kanak dan remaja harus diberi penekanan yang tinggi kerana jatuh bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan serta ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan kanak-kanak dan remaja.


CARA-CARA MENGATASI ISU KURANG PENGHAYATAN DALAM AGAMA 01 mengadakan program penghayatan agama 02 mendidik anak-anak tentang agama dari kecil 03 menerapkan ajaran agama dalam kurikulum pelajar


PROGRAM-PROGRAM YANG BERASASKAN KEAGAMAAN PERLULAH DIADAKAN SECARA BERTERUSAN. SEBAGAI CONTOH SALAH SATU PROGRAM YANG BERASASKAN KEAGAMAAN IALAH: 1. "Bagi menggalakkan persefahaman dan mengukuhkan keamanan serta perpaduan, golongan belia negara ini perlu mengutamakan dan membudayakan nilai-nilai integriti yang terkandung dalam agama yang dianuti, ulas Presiden Majlis Belia Malaysia(MBM),Haji Mua'mar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin ketika menghadiri Dialog Pembudayaan dan Pengukuhan Integriti Dari Perspektif Pelbagai agama di Malaysia yang berlangsung di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)" 2. "Konflik yang tercetus dalam masyarakat majmuk lazimnya bukan kerana agama, tetapi disebabkan kegagalan rakyat memahami nilai- nilai yang terkandung dalam agama itu sendiri,"ujar beliau lagi. 3. Dr.Ahmad Fadzli berharap agar menerusi dialog ini, pengamalan dan pembudayaan nilai-nilai integriti yang terkandung dalam setiap agama dapat disuburkan, sekali gus menjadi penggerak dan pengukuhan perpaduan, kesejahteraan serta keharmonian masyarakat.


MENDIDIK ANAK-ANAK TENTANG AGAMA DARI KECIL Anak-anak seharusnya dididik dari kecil mengenal tentang agama. Peranan ibu bapa sangatlah penting dalam mendidik anak anak mereka tentang agama masing-masing. Apabila anak anak meningkat remaja, agak sukar bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka tentang agama kerana remaja sangat dikenali dengan sikap yang degil dan suka membantah. Sekiranya ibu bapa berjaya mendidik anak-anak mereka tentang ilmu agama mulai dari kecil, maka mereka akan membesar menjadi insan yang berakhlak mulia apabila meningkat dewasa, bak kata pepatah Melayu, "kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Sebagai contoh, dalam Islam, anak-anak perlu dididik supaya mengenal Allah melalui al-Quran. Anak anak perlu dibiasakan dengan menunaikan solat lima waktu supaya kelak mereka tidak lupa akan Allah di dalam setiap perkara yang mereka bakal lakukan. Ibu bapa juga perlu menasihat anak-anak mengenai perkara yang halal dan haram. Hal ini kerana apabila anak-anak ini meningkat dewasa, mereka sentiasa ingat pesanan ibu bapa dan menghindari diri daripada perbuatan yang dilarang oleh agama mereka.


MENERAPKAN AJARAN AGAMA DALAM KURIKULUM PELAJAR Salah satu cara yang berkesan untuk membangkitkan perasaan minatuntuk mempelajari agama adalah melalui pembelajaran di sekolah ataupuninstitusi pengajian tinggi. Hal ini mendekatkan diri pelajar dengan ajaran agama mereka sekali gus melatih mereka untuk mengamalkan ajaran agama mereka di tempat awam. Sekiranya para pelajar mampu bertoleransi untuk memahami dan menghormati agama orang lain, maka isu-isu perpaduan di negara kita bukanlah menjadi batu penghalang dalam kemajuan negara. Isu-isu perkauman juga dapat dikikis sekiranya mereka mampu menerapkan nilai agama dalam diri kerana agama menekankan setiap individu supaya sentiasa menghormati penganut agama lain. Oleh itu, kerajaan perlulah menerapkan lebih banyak lagi kurikulum berasaskan nilai-nilai keagamaan dalam subjek-subjek di sekolah mahupun di institudi pengajian tinggi.


pemangkin kepada kehidupan manusia penyatuan rakyat dalam pembangunan negara KEPENTINGAN PENGHAYATAN DALAM AGAMA


Pemangkin kepada kehidupan manusia Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia. Peranan agama yang paling dominant adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat. Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Selain itu,agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk pandangan dunia dalam kehidupan manusia serta mendatangkan ketengah dan keamanan dalam kalangan penduduk dunia sehinggakan agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan keselamatan serantau. Ini dibuktikan dengan prinsip agama islam yang bencikan peperangan.Agama islam juga melarang umatnya untuk memulakan peperangan dan menggalakkan menyelesaikan masalah dengan aman(perbincangan) Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinomin.Tanpa agama sesuatu tamadun tidak akan membangun dengan cepat. Ini kerana agama mampu memberikan suatu lonjakkan paradigma kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia juga merupakan salah satu elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah tamadun dalam kehidupan


PENYATUAN RAKYAT DALAM PEMBANGUNAN NEGERA Agama sebagai tema penting dalam negara majmuk,sering dianggap sebagai sesuatu yang tidak realistik. Oleh itu, apatak lagi cadangan untuk menggunakannya,lebih-lebih lagi fahaman kepelbagaian agama sebagai ideologi penyatuan dalam negara majmuk.Ia dianggap bukan saja tidak berpijak di bumi nyata,tetapi akhirnya boleh mengunbang kepada konflik agama. Hal ini antaranya adalah kerana Rukun negara,yakni idealogi nasional mengenai cara negara berdaulat ini diurus tadbir selain menjadi amalan hidup rakyatnya,boleh dimanfaatkan sebagai alat penyatuan negara. Prinsip pertamanya,iaitu kepercayaan kepada Tuhan,digubal atas dasar kesedarann bahawa agama dan kepercayaan kepada Tuhan adalah perkara penting dalam kehidupan manusia. Oleh sebab inilah,prinsip pertama dalam Rukun Negara disusun untuk dipromosikan bukan saja sebagai satu asas mengurus tadbir negara,tetapi yang lebih penting ialah untuk rakyat malaysia agar lebih bermakna lagi dari segi rohaniah. Agama memainkan peranan yang penting dan merupakan penanda jati diri yang kuat oleh pemimpin kita sejak awal lagi. Contohnya prinsip Rukun Negara yang pertama telah menegaskan bahawa 'Kepercayaan Kepada tuhan'ialah sebahagian daripada cara hidup rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agamanya.


KESIMPULANNYA Penghayatan agama yang membawa maksud menghayati,mengamal dam melaksanakan agama secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan dengan segala dimensinya iaitu akidah,ibadah,akhlak dan syariah.Kerohanian merupakan suatu aspek yang mendasari penghayatan agama yang mana penghayatan dimensi akidah,ibadah,akhlak dan syariah kesemuanya memberi kesan kepada bahagian dalaman (batin atau rohani) manusia. Didikan dari awak sangatlah penting kerana kanakkanak harus dilengkapi dengan ilmu agama supaya membesar sebagai seorang yang berakhlak mulia suatu hari kelak.Peranan ibu bapalah yang penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya menghayati agama masing-masing.Ibu bapa perlu tahu tentang isu-isu semasa dalam memberi pendidikan yang cukup baik untuk anak-anak supaya mereka menjagi seorang insan yang berguna.Apabila mereka mendalami ilmu agama seperti solat lima waktu,membaca al-quran,berbudi bahasa dan sebagainya, mereka akan berjaya dalam hidup.Oleh itu,ibu bapa sebagai pendidik utama anakanak mestilah bijak dalam mendidik anak-anak dan sentiasa meningkatkan pendidikan agama dalam diri mereka agar mereka tidak lupa diri. Akhir kata, masyarakat haruslah didedahkan kepada ilmu-ilmu keagamaan bagi menyedarkan mereka bahawa mereka merupakan generasi yang menjadi pemangkin dalam kemajuan negara.Kelengkapan ilmu agana dalam diri membantu membentuk sebuah masyarakat harmoni yang hidup dalam keadaan saling hormat-menghormati.


T e r ima Kasih


Click to View FlipBook Version