The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24093364, 2021-07-10 22:45:36

PUISI TRADISIONAL

SYAIR BURUNG NURI

*

TEMA : KOMSAS – PUISI TRADISIONAL
TAJUK : SYAIR BURUNG NURI
KEMAHIRAN : ASPEK SENI BAHASA
Standard Pembelajaran:
4.1.2 Memahami dan mengapresiasi karya puisi
dengan memberikan respons peribadi tentang maksud
tersurat dan tersirat sesuatu puisi.

*

*Rangkap 1
*Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh

seorang yang dipandang hina sehinggakan kata-kata yang
ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah
fikirannya yang kurang sempurna.

*Rangkap 2
*Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak

berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak rendah, dan hidup
dalam keadaan miskin.

*Rangkap 3
*Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis

daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata
yang kurang menarik dalam warkah tersebut.

*Rangkap 4
*Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada

pasangan yang sedang bercinta agar mereka tidak kecewa dan
menjadikan surat sebagai saluran meluahkan perasaan.

*Rangkap 5
*Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara

berulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan
menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan sedih dan
kecewa.

*Rangkap 6
*Penyair mengisahkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa

arah tuju, tidak terurus hingga melupakan makan dan minum.

*Rangkap 7
*Namun penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam

kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya
menjadi hancur.

*Rangkap 8
*Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat

kecewa boleh menyebabkan fikirannya tidak waras. Sekiranya
dituruti perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik mati
daripada hidup dalam keadaan sebegitu.

Persoalan

*(a) Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan

dan berakhlak mulia.

*(b) Kekecewaan yang boleh merosakkan

kehidupan seseorang.

*(c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika

bercinta.

*(d) Rasional dalam berfikir dan membuat

tindakan.

*

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

*(a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata.
*(b) Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.
*(c) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.
*(d) Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke mari.
*(e) Asonansi. Contohnya, Bermula warkah surat rencana.

(perulangan vokal a).

*(f) Aliterasi. Contohnya, Gundahlah

fikir tiada tertentu. (perulangan konsonan t).

Bentuk dan Ciri-ciri Syair

*(a) Terdiri daripada lapan rangkap.
*(b) Berisi empat baris dalam setiap rangkap.
*(c) Semua baris merupakan maksud.
*(d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
*(e) Terdiri daripada sepuluh hingga tiga belas suku kata

sebaris.

*(f) Bentuknya terikat.

*

Pengajaran

*(a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri .
*(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
*(c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam

kehidupan.

*(d) Kita tidak boleh berputus asa.
*(e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati.

*

SOALAN 1: BERIKAN MAKSUD BAGI RANGKAP BERIKUT.

15

SOALAN 2: NYATAKAN TEMA BAGI SYAIR BURUNG NURI

SOALAN 3: NYATAKAN CONTOH BAGI GAYA BAHASA BERIKUT
SIMILE :

KATA GANDA:
SOALAN 4: NYATAKAN 3 CIRI BAGI SYAIR BURUNG NURI


Click to View FlipBook Version