The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RIANALEN RASANG, 2023-01-19 20:57:40

ISU KEMISKINAN DI MYANMAR

ISU KEMISKINAN DI MYANMAR

ISU KEMISKINAN DI MYANMAR HMW3033- Pendidikan Kelestarian dan Kewarganegaraan Global (A) Pensyarah : Dr Marshelayanti binti Mohamad Razali


AHLI KUMPULAN 12 NAMA : MIKE TYSON ANAK BRANGKA NO MATRIK: D20201094545 NAMA : RIANALEN RASANG NO MATRIK: D20201094573 NAMA : ROSAKINA A/P RAHMAT NO MATRIK: D20201094586 NAMA : STEPHANIE ANAK JIMMY NO MATRIK: D20201094553 NAMA : TUAN AMALEEN SOFIYA BINTI TUAN AZMAN NO MATRIK: D20201094532


PENGENALAN ISU KEMISKINAN DI MYAMNAMR PEMETAAN KEPADA KATEGORI SDG CADANGAN LANGKAH PENYELESAIAN PILIHAN PENYELESAIAN TERBAIK PENUTUP SENARAI RUJUKAN SENARAI ISI KANDUNGAN PERKARA NO.MUKA SURAT 9 - 10 1 - 2 3 4 -6 7 - 8 11 12


Kelestarian Global Pendidikan:Pengetahuan (kesedaran) Kelestarian:Pengekalan sesuatu perkara atau keadaan Global: Dunia sejagat, serta sesuatu yang luas serta tidak terbatas kepada sesuatu perkara Pendidikan kelestarian global adalah kesedaran tentang Kelestarian Global yang perlu semua pihak berupaya untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan. Kewarganegaraan= Kerakyatan -Taraf sebagai rakyat, identiti seseorang individu Kewarganegaraan global adalah rasa kekitaan dalam komuniti yang lebih luas dan umum tentang kemanusiaan PENDIDIKAN KELESTARIAN GLOBAL PENGENALAN PENDIDIKAN KELESTARIAN DAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL KEWARGANEGARAAN GLOBAL Kewarganegaraan Global salingbergantungdan berhubung di peringkatlokal, nasionaldan global


Definisi kemiskinan Kemiskinan terbahagi kepada dua relatif atau mutlak (UNDP 2015): 1.Kemiskinan mutlak mengukur kemiskinan dalam hubungkait wang dan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. (tidak mengambil kira persoalan kualiti hidup atau ketidakadilan sosial) 2. Kemiskinan relatif pula melihat hubungan status ekonomi individu dalam masyarakat dalam konteks agihan pendapatan. Seseorang dianggap miskin sekiranya agihan pendapatan rendah daripada standard kehidupan dalam konteks sosial tertentu. PENGENALAN ISU KEMISKINAN DI MYANMAR kesan peperangan sikap malas faktor usia fizikal kurang upaya Menganggur Penularan wabak Faktor kemiskinan: Seramai 20 juta rakyat Myanmar dilaporkan hidup di bawah paras kemiskinan dan berpotensi menjadi pelarian, menurut Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB)


SOCIAL PSYCHOLOGY | 72 Mengikut berita yang disampaikan oleh BHarian yang menyatakan bahawa separuh rakyat Myanmar berada dibawah garis kemiskinan 2022. Peningkatan tiga kali ganda kemiskinan bandar di Myanmar mendorong hampir separuh penduduknya berada di bawah garis kemiskinan, menjrut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Ianya disebabkan oleh kesan berkembar iaitu penularan COVID-19 dan rampasan kuasa oleh junta tentera yang mengancam kemajuan pernah dicapai pada tekad lalu. Separuh Rakyat Myanmar di Bawah Garis Kemiskinan 2022 PENINGKATAN JUMLAH KEMISKINAN DI MYANMAR PADA TAHUN 2020 DISEBABKAN 2 PERKARA IAITU: Pandemi Covid-19 Pemerintahan Militer Pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia sekitar tahun 2020 telah menyebabkan ekonomi di negara Myanmar menurun. Perkara tersebut telah menyebabkan sejumlah rakyat Myanmar dijangka dilanda kemiskinan yang amat terok. Perkara ini berlaku akibat daripada peningkatan harga barang, perkhidmatan dan sebagainya. Krisis ini telah menjadi sejarah hitam negara Myanmar sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) mengutuskan bahawa sejumlah besar rakyat Myanmar akan mengalami masalah kemiskinan impak daripada krisis COVID-19. Isu perebutan kuasa di negara Myanmar telah menyebabkan ramai penduduk di negara Myanmar meninggal dunia. Ramai anak-anak muda di Myanmar mara untuk menjadi barisan hadapan bagi menjaga negara mereka daripada ancaman militer. Perkara ini berlaku semasa negara Myanmar berada dalam krisis kemelosotan ekonomi akibat dari pandemik Covid-19. Hal ini telah memburukkan lagi ekonomi di negara Myanmar sehingga menyebabkan ancaman kemiskinan berlaku. Menurut laporan Bank Dunia bertajuk Myanmar Economic Monitor, pertumbuhan ekonomi Myanmar sebesar 1.7 persen pada tahun 2020 atau merosot tajam dari tahun sebelumnya, yakni 6.8 persen. Kadar kemiskinan di negara Myanmar berada di paras yang paling tinggi di Asia Tenggara mengikut carta 2021 ISU KEMISKINAN DI MYANMAR


SSDDGG11:: TIADA KKEEMMIISSKKIINNAANN


SASARAN SDG 1 Disebabkan oleh pandemik COVID-19, kadar kemiskinan global meningkat dengan mendadak daripada 8.3 peratus peratus pada 2019 kepada 9.2 peratus pada 2020, mewakili peningkatan pertama dalam kemiskinan tegar sejak 1998 dan peningkatan terbesar sejak 1990 dan mengurangkan pengurangan kemiskinan kira-kira tiga tahun. SDG 1 adalah betujuan untuk membasmi kemiskinan tegar untuk semua orang di mana-mana menjelang 2030 adalah matlamat penting Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan. Antara 2015 dan 2018, kemiskinan global meneruskan penurunan sejarahnya, dengan kadar kemiskinan menurun daripada 10.1 peratus pada 2015 kepada 8.6 peratus pada 2018. 1.1 Menjelang 2030, hapuskan kemiskinan tegar untuk semua orang di mana-mana, pada masa ini diukur sebagai orang yang hidup dengan kurang daripada $1.25 sehari 1.2 Menjelang 2030, kurangkan sekurangkurangnya separuh bahagian lelaki, wanita dan kanak-kanak dari semua peringkat umur yang hidup dalam kemiskinan dalam semua dimensinya mengikut definisi nasional 1.3 Melaksanakan sistem dan langkah perlindungan sosial yang bersesuaian secara nasional untuk semua, termasuk lantai, dan menjelang 2030 mencapai liputan besar bagi golongan miskin dan terdedah 1.4 Menjelang 2030, pastikan semua lelaki dan wanita, khususnya golongan miskin dan yang lemah, mempunyai hak yang sama kepada sumber ekonomi, serta akses kepada perkhidmatan asas, pemilikan dan kawalan ke atas tanah dan bentuk harta lain, warisan, sumber asli, teknologi baharu dan perkhidmatan kewangan yang sesuai, termasuk kewangan mikro 1.5 Menjelang 2030, bina daya tahan golongan miskin dan mereka yang berada dalam situasi terdedah dan kurangkan pendedahan dan kerentanan mereka kepada peristiwa ekstrem berkaitan iklim dan kejutan dan bencana ekonomi, sosial dan alam sekitar yang lain 1.A Memastikan penggemblengan sumber yang ketara daripada pelbagai sumber, termasuk melalui kerjasama pembangunan yang dipertingkatkan, untuk menyediakan cara yang mencukupi dan boleh diramal untuk negara membangun, khususnya negara kurang maju, untuk melaksanakan program dan dasar untuk menamatkan kemiskinan dalam semua dimensinya 1.B Mewujudkan rangka kerja dasar yang kukuh di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa, berdasarkan strategi pembangunan pro-miskin dan sensitif gender, untuk menyokong pelaburan yang dipercepatkan dalam tindakan pembasmian kemiskinan


PERKAITAN SDG 1 DENGAN ISU KEMISKINAN DI MYANMAR Isu kemiskinan di Mayanmar adalah sangat berkaitan dengan matlamat pertama dalam pembangunan mampan. Isu kemiskinan di Myanmar ini terjejas akibat pandemik yang telah melanda seluruh negara, namun negara Myanmar adalah antara negara yang terjejas teruk akibat pandemik yang berlaku. Melalui sumber utusan Malaysia mengatakan bahawa separuh rakyat Myanmar bakal jatuh miskin menjelang tahun 2022. keadaan ini juga telah menyebabkan kadar kemiskinan di Myanmar melonjak tinggi. Oleh itu berhubungan dengan matlamat SDG 1 iaitu tiada kemiskinan, masyarakat di negara Myanmar patut di bantu bagi mengurangkan beban mereka dan untuk memastikan kesejahteraan mereka terus terjamin.


Pendidikan dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang boleh memberi perubahan dalam kehidupan.Misalnya, kehidupan yang primitif kepada yang lebih moden dan terkehadapan. Buktinya, adanya ilmu pengetahuan ia sudah pasti mampu menaikkan atau memajukan sesebuah masyarakat atau tamadun. Sebagai contoh, pendidikan secara tidak formal melalui seorang individu adalah boleh berkongsi maklumat di media sosial seperti Facebook dan Instagram berkenaan dengan cara meningkatkan taraf hidup seperti maklumat menggalakkan aktiviti penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di kawasan persekitaran rumah atau tanah terbiar. Kaedah ini secara tidak langsung yang dapat menampung keperluan harian disamping dapat menambah pendapatan keluarga. CADANGAN LANGKAH PENYELESAIAN Memberi pendidikan secara tidak formal Program Food Bank untuk rakyat Myammar yang memerlukan Satu program yang mengumpulkan sumbangan dalam bentuk makanan dan barangan keperluan asas yang lain untuk rakyat Myammar yang memerlukan. Memberikan peluang kepada rakyat Myammar dalam mendapatkan hak mendapat keperluan asas agar mereka mendapat motivasi untuk mengubah kehidupan. Rakyat Malaysia boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk pakaian yang jarang digunakan, makanan, minuman dan pelbagai barangan asas lain kepada pihak yang bertanggungjawab. Program ini membantu dalam memupuk nilai bersyukur dan murah hati dalam kalangan warganegara di samping mengelakkan pembaziran makanan yang berleluasa di Malaysia. Sumbangan dalam bentuk duit sumbangan dalam bentuk kewangan boleh disalurkan memlalui badan ngo atau badan organisasi yang bergerak membuat misi kemanusiaan. keadaan ini bertujuan sumbangan duit kita dapat ditukar mengikut mata wang negara Myanmar dan dapat disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan.


CADANGAN LANGKAH PENYELESAIAN Perkara ini demikian kerana ramai rakyat Myanmar yang berkemahiran tinggi memilih untuk bekerja di luar negara disebabkan masalah tiada peluang pekerjaan. Membuka Peluang Pekerjaan Tiada peluang pekerjaan ini menjurus kepada masalah kemiskinan di Myanmar yang mengakibatkan Myanmar dikategorikan negara termiskin di Asia Tenggara. Gaji yang diberikan juga tidak setimpal dengan kemahiran yang ada oleh rakyat Myanmar yang menyebabkan mereka mencari kerja di luar negara. Oleh itu, pihak kerajaan Myanmar perlu memainkan peranan dalam merancakkan ekonomi dengan membuka peluang pekerjaan lebih banyak serta setaraf dengan kemahiran rakyat mereka bagi mengatasi isu kemiskinan. Langkah ini sememangnya langkah yang lazim dilakukan oleh masyarakat dalam membantu rakyat miskin. Hal ini demikian kerana ianya mudah dijalankan. Kempen ini boleh dilakukan secara atas talian iaitu melalui media sosial ataupun masyarakat sendiri pergi ke kawasan tersebut dan menjalankan kempen kesedaran tersebut. Perkara yang boleh diterapkan dalam kempen tersebut ialah cara untuk berjimat, cara untuk membahagikan belanja barangan keperluan dan kehendak supaya mengelakkan boros. Dengan adanya kempen ini, mereka dapat mengatur perbelanjaan mereka dan lebih berjimat cermat sekaligus dapat membantu mereka daripada dilanda kemiskinan. Mengadakan kempen "Let's Avoid Being Poor''


Objektif Utama Penubuhan Food Banks Malaysia: Meringankan beban golongan yang memerlukan Mengurangkan pembaziran Pengurusan makanan yang lebih sistematik PILIHA N PE N YELESAIA N TERBAIK Program Food Bank untuk rakyat Myammar yang Memerlukan Satu program yang melibatkan pengumpulan barangan makanan dan keperluan daripada penyumbang seperti pasar raya, pengilang, pengusaha makanan serta syarikat korporat, serta tidak melibatkan peruntukan kerajaan. Di Malaysia, Program Food Bank Malaysia yang diselaraskan KPDNHEP diperkenalkan pada 2018 dan giat dilaksanakan ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020. Program Food Banks ini telah dilaksanakan secara meluas di sekitar negeri yang ada di Malaysia. Di samping membantu rakyat Malaysia, kita turut dapat berkongsi rezeki dengan rakyat Myammar bagi mengatasi masalah kemiskinan yang berlaku di negara Scan utk ketahui jiran tersebut. lokasi Food Bank di Malaysia


Selain itu, kita juga boleh membuat kutipan derma (pakaian, makanan, wang, minuman, keperluan harian) di institusi pendidikan dan kawasan kediaman secara berkala supaya bantuan dapat disalurkan secara berterusan. PILIHA N PE N YELESAIA N TERBAIK Program Food Bank untuk rakyat Myammar yang Memerlukan Usaha yang boleh dilaksanakan: Generasi muda turut boleh mempergiatkan hebahan pelaksanaan Program Food Banks untuk rakyat Myammar melalui laman media sosial terkini. Kita juga boleh mengusulkan cadangan dan kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) agar dapat tajaan untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada penduduk Myammar. 10


PENUTUP THE LOVE FOR HUMANITY Tuntasnya, isu kemiskinan di Myanmar perlu diambil dan dipandang serius oleh masyarakat dunia sebagai tanda berperikemanusiaan. Isu ini perlu diselesaikan bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat Myanmar terutama kanakkanak yang sedang membesar seperti mana yang dinyatakan di dalam SDG 1 iaitu 'No Poverty'. Sehubungan dengan itu, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menangani isu ini terutama negara Myanmar sendiri bagi kebaikan ekonomi negara dan kebajikan masyarakatnya sendiri. 11


Goal 1 - End poverty in all it forms,everywhere". United Nations, Department of Economic and Social Affairs, Statistics Division. https://unstats.un.org/sdgs/report/2019/goal-01/ Goal 1 - End Poverty in all it forms everywhere https://www.un.org/sustainabledevelopment/poverty/ Program ‘Food Bank Malaysia’ bukan bantuan makanan rasmi kerajaan.- KPDNHEP https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/12/894260/separuh-rakyat- myanmar-di-bawah-garis-kemiskinan-2022 Ismail, N. (2015, November 16). Myanmar mampu muncul pemain ekonomi ASEAN. Retrieved from astro Awani: https://www.astroawani.com/berita- malaysia/myanmar-mampu-muncul-pemain-ekonomi-asean-81132 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/program-food-bank- malaysia-bukan-bantuan-makanan-rasmi-kerajaan-kpdnhep-338174?amp=1 SENARAI RUJUKAN 12


Click to View FlipBook Version