The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA: NUR ADIBAH BINTI ABU HASSAN
NO. MATRIK: D20202096713
TUGASAN INDIVIDU: E-FOLIO SUBJEK: KPS3014 (GROUP M)
PENSYARAH: DR. TAJUL ROSLI DIN SHUIB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nradbh, 2022-01-13 12:52:24

D20202096713 NUR ADIBAH E-FOLIO KPS3014 (GROUP M)

NAMA: NUR ADIBAH BINTI ABU HASSAN
NO. MATRIK: D20202096713
TUGASAN INDIVIDU: E-FOLIO SUBJEK: KPS3014 (GROUP M)
PENSYARAH: DR. TAJUL ROSLI DIN SHUIB

KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN
(KUMPULAN M)

TUGASAN INDIVIDU : E-FOLIO

NAMA : NUR ADIBAH BINTI ABU HASSAN

NO. MATRIK : D20202096713

PENSYARAH : DR. TAJUL ROSLI BIN SHUIB

TARIKH HANTAR : 14/1/2022

MINGGU: 2 TARIKH: 28/10/2021

BAB 1 – INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Sosialisasi merupakan pergaulan atau interaksi antara diri dan masyarakat
dalam usaha untuk memahami nilai antara satu sama lain. Sebagai contoh,
interaksi antara guru dan pelajar. Guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut keperluan pelajar. Selain itu, kita juga dapat melihat
bahawa sosiolisasi ini boleh berlaku dalam kalangan agen dan faktor-faktor
umum. Dengan adanya sosiolisasi, perkembangan moral, perkembangan
kemahiran sosial dan perkembangan kognitif dapat ditingkatkan seperti
yang dikatakan oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Sosiolisasi primer,
sekunder dan resosiolisasi penting supaya kita dapat mengenal siapakah diri
kita yang sebenar.

Dalam sesebuah sosiologi, terdapat stratifikasi sosal yang
dibezakan melalui latar belakang ekonomi masing-masing. Namun begitu,
pendemokrasian pendidikan wujud agar kesamarataan dalam pendidikan
dapat diberikan kepada semua tanpa mengira latar belakang ekonomi. Di
sekolah, wujud interaksi satu hala, dua hala dan interaksi dua hala antara
kumpulan. Interaksi sebegini dapat membantu mereka menyelasaikan
masalah dan mencari jalan penyelesaian secara bersama.

Seterusnya, interaksi simbolik dan penganiayaan simbolik. Dalam
masyarakat kita mempunyai habitus iaitu tabiat sesuatu budaya atau adat.
Sebagai contoh, berdiri tegak apabila mendengar lagu Negaraku.
Kemudian, symbolic violence yang ditunjukkan melalui penganiyaan terhadap
jantina atau orang yang lemah seperti membuli kaum wanita kerana mereka
dianggap sebagai kaum yang lemah. Akhir sekali ialah, cultural capital yang
membawa maksud, modal budaya yang menjadi nilai tambah dalam diri
untuk meningkatkan kedudukan dalam masayrakat. Sebagai contoh, kita
meningkatkan keupayaan dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda di
universiti.

Rumusannya, sosiologi ini merupakan interaksi yang terjadi dalam
sesebuah kelompok sama ada di sekolah, di rumah atau masyarakat.

MINGGU: 2 TARIKH: 29/10/2021

BAB 2: SOSIOLOGI DAN PENDIDIKAN

Definisi sosiologi ialah ilmu tentang sosial atau pembentukan tamadun
manusia. Manakala, pendidikan membawa maksud satu proses
membentuk manusia yang seimbang (Syed Muhammad Qutb). Dalam
tajuk ini, terdapat tiga teori. Yang pertama ialah Teori Fungsionalisme
oleh Augustus Comte. Beliau berkata bahawa sosiologi atau tamadun
melihat kepada fungsi atau peranan manusia atau institusi dalam
membangunkan masayarakat. Contohnya, peranan menteri dalam
kerajaan.

Teori kedua ialah Teori Konflik oleh Karl Max. Karl
mengatakan masyarakat wujud kerana adanya konflik yang telah
berlaku. Hal ini kerana, dengan berlakunya konflik, ia akan membentuk
sebuah masyarakat akan dating kerana mereka akan mencari jalan
penyelesaian untuk setiap masalah.

Akhir sekali, Teori Interaksi Simbolik oleh George Herbert
Mead. Beliau menyatakan car akita berinteraksi mempunyai maksud
yang tersendiri sama ada tersirat atau tersurat.

Seterusnya, proses sosiologi pendidikan mempunyai lima
tahap. Tahap satu ialah sosiolisasi yang merujuk kepada pergaulan di
sekolah. Tahap dua ialah transmisi budaya iaitu perpindahan nilai.
Tahap tiga ialah kawalan sosial dan individu merujuk kepada proses
pengubahsuaian diri. Tahap empat ialah pilihan latihan dan
penempatan individu dalam masyarakat merujuk kepada penentuan
siapakah diri kita. Tahap lima ialah perubahan dan inovasi merujuk
kepada perubahan diri dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya, sosiologi dan pendidikan saling berkait
rapat untuk membina tamadun manusia yang bertambah baik dan
mampu menyelsaikan masalah dari sebelumnya.

MINGGU: 4 TARIKH: 11/11/2021

BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Secara umumnya, pengurusan di sekolah melibatkan pentadbiran atau jawatan di
sekolah. Definisi pengurusan ialah aktiviti yang teratur atau sistematik, proses untuk
mengelola sesuatu organisasi termasuklah sumber kewangan untuk memastikan
kelangsungan organisasi dan memanfaatkan organisasi tersebut.

Kaedah pengurusan bilik darjah terbahagi kepada empat iaitu
berpusatkan bahan, berpusatkan pelajar, berpusatkan guru dan berpustakan
bahan, guru dan pelajar. Pada pendapat saya, kesemua kaedah ini adalah
terbaik mengikut mata pelajaran yang diajar oleh guru berkenaan. Hal ini kerana,
tidak semua mata pelajaran boleh menggunakan kaedah yang sama. Contohnya
matapelajaran Pendidikan Islam lebih berpusatkan kepada guru, kerana guru
perlu menyampaikan ilmu dengan betul sebelum menggunakan kaedah
berpusatkan pelajar. Namun begitu, menurut konteks pembelajaran abad 21,
pembelajaran berpusatkan murid dan bahan diutamakan.

Seterusnya, pengurusan sekolah merujuk kepada organisasi unik dan
tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia menurut Sharpe (1989).
Matlamat sekolah adalah untuk mendidik dan melatih para pelajar supaya mampu
mendepani cabaran di luar. Pendidikan merupakan satu sistem, proses,
penambahan ilmu dan mendidik pelajar.

Kemudian, dalam Islam terdapat tiga jenis kosnsep pendidikan yang
utama. Yang pertama ialah Tarbiah yakni mengasuh, memelihara atau membaiki.
Yang kedua ialah Ta’dib iaitu mendidik atau membentuk adab dan akhlak. Akhir
sekali ialah Ta’alim iaitu pengejaran, memberitahu dan menerap. Ketiga-tiga
konsep ini bergabung untuk melahirkan insan yang berilmu, beramal, menghayati,
menginsafi dan mempunyai kesedaran terhadap persekitarannya.

Terdapat tiga tahap pengurusan kurikulum dalam bilik darjah yang
perlu dikuasai oleh seorang guru. Tahap pertama ialah merancang. Guru perlu
merancang kaedah dan topik PdP yang sesuai dengan keadaan semasa dan
keupayaan pelajar agar objektif PdP dapat tercapai menggunakan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Tahap kedua ialah implementasi iaitu melaksanakan RPH
dalam situasi bilik darjah yang sebenar. Ketika ini, guru akan menghadapi situasi
yang sebenar dan kemungkinan akan berlaku perubahan supaya ia sesuai dengan
situasi semasa. Tahap tiga ialah penilaian. Selepas pelaksanaan PdP, guru akan
melakukan penilaian terhadap pelajar sama ada pelajar perlu penambahbaikan
atau peneguhan. Selain penilaian terhadap pelajar, guru juga menilai kaedah
yang digunakan di dalam kelas sama ada ia sesuai atau memerlukan perubahan.

Kesimpulannya, setiap guru perlu menguasai kemahiran mengurus bilik
darjah supaya pembelajaran pada hari berkenaan berjalan dengan lancer. Selain
itu, ia juga untuk menarik minat murid untuk menumpukan perhatian di dalam kelas.

MINGGU: 4 TARIKH: 12/11/2021

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Definisi kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah
pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Manakala, organisasi ialah satu
kumpulan manusia yang bekerjasama untuk mencapai matlamat umum. Setiap
sekolah mempunyai kepimpinan dan organisasi mereka sendiri. Ia dapat dilihat
melalui carta organisasi sekolah. Carta organisasi sekolah menunjukkan pengetua
merupakan jawatan tertinggi, dan dibawahnya terdapat pelbagai organisasi untuk
melicinkan pentadbiran di sekolah.

Di sekolah, terdapat beberapa gaya kepimpinan yang dapat dilihat.
Ia terbahagi kepada empat. Yang pertama ialah autokratik. Kepimpinan
autokratik merujuk kepada hubungan satu hala sahaja. Ia lebih bersifat kuku besi,
bermakna pemimpin hanya memberikan arahan dan semua yang berada
dibawahnya perlu menurut segala arahan tanpa bantahan. Seterusnya,
kepimpinan demokratik. Ia lebih bersifat terbuka. Pemimpin mampu menerima
segala kritikan dan saranan daripada orang lain. Ia melibatkan interaksi dua hala
dari pemimpin kepada dipimpin. Yang ketiga ialah laissez faire. Ia merupakan
gaya kempimpinan yang mengamalkan kebebasan dalam membuat keputusan. Ia
merujuk kepada ahli (guru) boleh membuat keputusan berdasarkan situasi yang
sesuai. Namun begitu, masih memerlukan persetujuan pemimpin (pengetua). Akhir
sekali, kepimpinan kontigensi. Ia merupakan sumbangan pengetua terhadap
keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung kepada gaya kepimpinan
mengikut istuasi. Ia lebih dikenali dengan Teori Situasi kerana teori tersebut
menyatakan kepimpinan bergantung kepada situasi.

Kepimpinan dalam bilik darjah pula diberikan kepada guru kelas,
guru subjek dan pelajar. Kepimpinan dalam bilik darjah merujuk kepada guru
memberikan tunjuk ajar kepada murid dan murid mendengar arahan guru.
Sebagai contoh, guru mengangkat tangan, semua pelajar perlu senyap. Namun
begitu, ia boleh berubah apabila guru tidak hadir iaiitu ketua kelas memainkan
peranan untuk menjaga kelas agar ia berada dalam keadaan terkawal.

Seterusnya, ciri-ciri guru yang mempunyai kepimpinan berkesan ialah
guru tersebut menjadi teladan kepada murid, mampu mebuat pertimbangan yang
wajar dan sentiasa mengamalkan kepimpinan yang fleksibel. Ciri-ciri guru guru
seperti ini juga berkait dengan gaya pengajaran mereka. Gaya pengajaran yang
ditunjukkan dapat membuktikan bahawa guru tersebut mempunyai gaya
kepimpinan yang bagus. Hal ini kerana, gaya pengajaran adalah berbeza di
setiap kelas dan digunakan mengikut kesesuaian PdP.

Kesimpulannya, guru perlu memahami dan menguasai gaya
kepimpinan yang sesuai agar dapat meningkatkan keberkesanan dalam PdP serta
membantu dalam menguruskan pentadibiran di sekolah. Ia juga dapat menunjukkan
bahawa seorang guru itu profesional dan berkaliber.

MINGGU: 5 TARIKH: 18/11 - 19/11/2021

BAB 5: PENGURUSAN MURID

Pengurusan rekod murid ialah bidang pengurusan yang bertanggungjawab
untuk menjaga, mengawal penerimaan bersistematik, penggunaan dan ciri
rekod. Ia juga termasuk dalam proses menjaga dan memelihara bukti dan
maklumat murid ke dalam bentuk rekod supaya maklumat murid dapat
disimpan dengan baik dan cekap.

Jenis pengurusan sistem rekod secara manual ialah rekod suhu
murid, rekod kedatangan pelajar, rekod cegah ponteng kelas dan rekod
kehadiran kokurikulum. Manakala secara atas talian ialah Aplikasi Pangkalan
Data Murid (APDM) yang mengumpul segala maklumat murid di sekolah
tersebut. Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) pula adalah untuk merekod salah
laku murid yang dilakukan di sekolah. Yang ketiga ialah Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang mengumpul, menyimpan dan menganalisis
data dan keputusan peperiksaan murid. Seterusnya, Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) merupakan satu sistem pendidikan
yang merangkumi pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum. Akhir
sekali ialah Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(SPdPR). Ia ditubuhkan untuk merancang dan mengurus pdp yang cekap dan
memantau tugasan murid.

Terdapat lima jenis rekod murid iaitu rekod pendaftaran murid,
rekod kedatangan, rekod prestasi murid, rekod profil dan buku kemajuan
murid. Seterusnya ialah konsep kesediaan pelajar. Ia melihat kepada aspek
kognitif, afektif dan psikomotor. Kemudian, memotivasikan murid terbahagi
kepada dua. Pertama ialah motivasi isntrinsik yang wujud dalam diri sendiri
dan tidak terpengaruh dengan keadaan luar. Contohnya, seorang pelajar
suka belajar Bahasa Melayu kerana guru tersebut mengajar menggunakan
kaedah yang menarik. Motivasi kedua ialah motivasi ekstrinsik iaitu
melakukan sesuatu kerana ganjaran. Cara motivasi pula terdapat dua iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Implikasi motivasi dalam Pdp ialah
suasana pdp akan menjadi menarik, membangkitkan sifat ingin tahu pelajar
dan peningkatan pencapaian pelajar.

Kesimpulannya, guru perlu tahu cara untuk menguruskan murid
sama ada dari segi merekod profil murid ataupun mengurus murid di dalam
kelas. Hal ini penting supaya murid tidak berasa ketinggalan dalam kelas.
Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan ceria agar
murid berminat untuk belajar.

MINGGU: 6 & 7 TARIKH: 26/11 & 3/12/2021

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah merujuk kepada proses penyusunan fizikal di
dalam kelas yang melibatkan guru, murid dan alat pembelajaran.
Prinsip pengajaran dalam kelas ialah aktiviti yang dirancang,
penerangan tugas, perhatian sama rata dan pelajar dilatih mengambil,
guna dan menyimpan alatan.

Di dalam kelas, murid dibahagikan mengikut kumpulan. Iaitu
kumpulan yang mempunyai sama kebolehan, kumpulan pelbagai
kebolehan dan kumpulan mengikut minat. Setiap kumpulan ini dibentuk
berasaskan tugasan yang akan diberi oleh guru.

Terdapat 2 jenis bilik darjah iaitu bilik darjah KSSR dan bilik
darjah KSSM. Bilik darjah KSSR berpusatkan murid dan penyusunan meja
dan kerusi adalah dalam bentuk kumpulan. Saiz kerusi dan meja perlu
mengikut ketinggian murid. Manakala bilik darjah KSSM, susunan meja
berbentuk kumpulan dan guru membantu murid dalam pembelajaran.

Dalam tajuk ini, Hierarki Keperluan Maslow diperkenalkan.
Keperluan ini perlu dipenuhi secara berperingkat oleh semua individu.
Rujuk rajah dibawah.

Seterusnya, peranan guru dalam bilik darjah ialah
membentuk sikap yang positif, merancang penagajaran, mengumpul
maklumat murid, menilai murid dan meningkatkan kemahiran diri murid.
Murid juga memainkan peranan penting dengan mengenalpasti bidang
yang ingin dikuasai, faham tujuan mempelajari kemahiran yang telah
ditetapkan and mengambil tindakan untuk memantapkan kemahiran diri.

Kesimpulannya, di dalam pengurusan bilik darjah, guru
perlulah bekerjasama dengan murid supaya pengurusan bilik darjah
dapat dijalankan dengan teratur dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang tenang dan sempurna.

MINGGU: 7 & 8 TARIKH: 3/12 & 9/12/2021

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan sumber merujuk kepada proses memilih, menyusun, mengguna
dan menyimpan bahan dan alat supaya PdP berjalan dengan sempurna,
dan menimbulkan minat dan semangat untuk belajar. Langkah
penyusunan sumber bahan bercetak ialah penyusunan buku dan majalah
mengikut abjad dan mengikut Sistem Pengelasan Dewey. Manakalah,
penyusunan carta adalah mengikut perkara.

Kelebihan mempamerkan sumber ialah dapatkan
menceriakan suasana kelas, dapat beri kefahaman baru kepada pelajar
dalam kelas dan menghargai hasil kerja pelajar. Namun begitu,
terdapat kekangan dalam pengurusan sumber iaitu keluasan bilik darjah
yang kecil dan guru kurang masa menyediakan kemudahan.

Seterusnya, konsep pusat sumber ialah tempat yang tenang
dan selesa, menyediakan perkhidmatan, mengemaskini bahan dan
menjadi agen perubahan untuk memupuk minat dan potensi murid.
Objektif pusat sumber ialah pelajar dan guru boleh menggunakan
perkhidmatan pembelajaran yang ditawarkan, pemupukan minat
belajar, memacu kecemerlangan pendidikan, kemahrian maklumat,
penggunaan kemudahan asas dan penghasilan bahan yang pelbagai.

Ciri- ciri pusat sumber ialah ia terletak di kawasan yang
strategik supaya memudahkan guru, kakitangan sekolah, atau pelajar
untuk ke pusat sumber. Selain itu, pusat sumber juga perlu mengemaskini
koleksi atau bahan yang terkini dan menarik untuk semua. Pusat sumber
juga boleh digunakan jika guru atau pelajar ingin menggunakan
kemudahan perkhimatan dan koleksi yang sesuai ketika waktu PdP.

Kesimpulannya, pusat sumber merupakan satu tempat yang
menawarkan pelbagai perkhidmatan yang boleh digunakan oleh semua
warga sekolah. Ia juga menjadi tempat untuk melahirkan insan yang suka
membaca dan menambah pengetahuan mereka. Oleh itu, pihak pusat
sumber perlu menjaga pusat sumber dengan baik dan memastikan
suasana yang tenang dan menarik untuk warga sekolah ke pusat sumber.

MINGGU: 8 TARIKH: 9/12 & 10/12/2021

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Konsep bilik darjah pada zaman dahulu dan zaman sekarang adalah
berbeza. Hal ini kerana, saban tahun, sekolah menerima peningkatan
pelajar. Pada zaman dahulu, satu kelas hanya lima hingga enam orang.
Berbeza dengan zaman sekarang, satu kelas boleh mencecah 40 orang
murid.

Di sekolah, terdapat beberapa jenis bilik darjah iaitu bilik
darjah tradisional, bilik darjah terbuka, bilik darjah multimedia, bilik
darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah KSSR & KSSM. Penyusunan
dalam bilik darjah juga memainkan peranan penting supaya pelajar
dapat menumpukan perhatian semasa PdP berlangsung.

Di dalam bilik darjah, komunikasi adalah penting. Interaksi
bercorak lisan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu interaksi sehala,
dua hala, pelbagai hala dan interaksi berkomputer. Kepentingan
interaksi ini adalah untuk mengeratkan hubungan pelajar dan murid, ia
juga bertujuan untuk menyampaikan ilmu dan menggalakkan murid-murid
berfikir.

Seterusnya, dalam bilik darjah, iklim memainkan peranan
bagi mewujudkan persekitaran kondusif supaya proses PdP berjalan
dengan lancar. Ia terbahagi kepada tiga iaitu, suasana fizikal, sosial,
dan emosi. Suasana fizikal merujuk kepada tempat duduk murid, bahan
bantu mengajar, papan pameran dan papan tulis. Manakala, situasi
sosial pula wujud dengan adanya komunikasi antara guru dan murid. Ia
boleh diukur dengan Teknik Sosiometri. Seterusnya, suasana emosi wujud
apabila guru berjaya bersikap profesional dan mengawal emosi
dengan tidak mencampuradukkan urusan peribadi dan kerja.

Kesimpulannya, guru perlu bijak dalam mengawal bilik
darjah dengan menggunakan unsur humor, mengawal nada suara, dan
menggunakan pujian ketika PdP. Dengan cara itu, akan berlakunya
komunikasi yang berkesan dan membantu proses PdP berjalan dengan
lancar.

MINGGU: 8 & 9 TARIKH: 10/12 & 16/12/2021

BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pengurusan tongkah laku merujuk kepada satu rancangn untuk
memodifikasi tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah
ditetapkan. Prosedur tindakan disiplin di sekolah ialah diberitahu
tindakan yang betul, pelajar berpeluang untuk membela diri, dan jika
pelajar kemukan rayuan, ianya layak untuk didengari. Jika kesalahan itu
benar, maka hukuman akan dijatuhkan dengan adil oleh guru besar.
Sebelum menghukum pelajar, guru perlu merujuk Buku Tatacara
Pengurusan Disiplin Sekolah dan Surat Pekeliling Ikhtisas supaya tidak
menghukum pelajar dengan sesuka hati.

Seterusnya, pengurusan devian yang membawa maksud
kelakuan yang menyimpang atau melencong. Terdapat 4 jenis devian
iaitu inovasi, ritual, undur dan menentang. Devian inovasi menunjukkan
pelajar memenuhi matlamat dengan cara yang salah seperti meniru di
dalam kelas untuk lulus peperiksaan. Manakala, ritual pula ialah
perbuatan berulang seperti kerap ponteng kelas. Seterusnya, devian
undur ialah pelajar tidak berminat dengan matlamat sekolah, dan akhir
sekali ialah menentang iaitu pelajar menolak matlamat sekolah dan
menggantinya dengan matlamat lain. Faktor devian ialah kelas sosial,
keruntuhan moral, peranan guru dan jantina.

Hukuman dan tindakan akan diberikan kepada pelajar yang
melakukan tingkah laku bermasalah seperti gantung sekolah, rotan,
nasihat atau amaran dan buang sekolah. Namun begitu, hukuman yang
akan diberikan perlu mengikut prosedur tindakan disiplin di sekolah.
Pengurusan disiplin yang berkesan ialah guru perlu sentiasa memantau
pelajar dan bekerjasama dengan ibu bapa supaya maklumat tentang
pelajar dirumah boleh dikongsi bersama guru.

Kesimpulannya, pihak sekolah dan ibu bapa memainkan
peranan penting untuk memastikan tingkah laku pelajar dapat diatasi.

MINGGU: 9 & 10 TARIKH: 17/12 & 30/12/2021

BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Konsep pengurusan penasihatan murid merujuk kepada perkhidmatan
bimbungan dan kaunseling yang diketuai oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
di sekolah. Ubk bertujuan membentuk disiplin dan sahsiah pelajar serta
mengurus akademik serta kerjaya pelajar. Prinsip- prinsip dalam pengurusan
penasihatan ialah peluang perkhidmatan, tanggungjawab bersama,
merancang tindakan susulan, psikososial dan kesejahteraan mental.

Pelajar yang mempunyai masalah hadir ke kaunseling sama ada
secara sukarela, rujukan oleh pihak HEM atau dijemput melalui surat
kaunseling. Proses bimbingan dan penasihatan bermula dengan guru perlu
memainkan pernanan sebagai pembimbing dan penasihat pelajar serta
menguasai kemahiran asas bimbingan. Seterusnya, guru perlu melalui proses
mengenali pelajar, membimbing pelajar dan membuat penilaian.

Terdapat beberapa kemahiran asas dalam bimbingan dan
penasihatan iaitu kemahiran melayan dan mendengar. Guru perlu tahu bila
masanya perlu melayan dan mendengar. Hal ini supaya murid berasa selesa
dengan guru untuk meluahkan masalahnya. Guru tidak boleh terlalu cepat
menilai pelajar tanpa mendengar masalah mereka. Seterusnya, kemahiran
berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi ini penting supaya ia dapat
membina kepercayaan mendengar pelajar kepada guru. Ciri-ciri komunikasi
berkesan ialah saling mempercayai, bertujuan menolong dan teraputik.
Teraputik bermaksud penerimaan tanpa syarat. Ia merupakan satu sesi yang
dirancang dalam sesi kaunseling. Contohnya, guru kaunseling menggunakan
Teknik REBT (rational emotional behaviour theraphy) yang bermaksud guru
mengubah cara pelajar berfikir. Etika dalam bimbingan dan penasihatan
perlu menjadi keutamaan guru iaitu menjaga kerahsiaan murid, menghormati
dan tiada unsur diskriminasi terhadap murid dan bertanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah murid.

Akhir sekali, guru perlu bersikap lebih positif ketika
melaksanakan tugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Pengurusan
penasihatan murid ini sangat penting supaya masalah tingkah laku pelajar di
sekolah dapat ditegah atau dikurangkan. Ia juga dapat memberi impak yang
positif kepada pelajar dalam kehidupan mereka kelak.

MINGGU: 11 TARIKH: 6/12

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Definisi budaya ialah ciri-ciri atau hasil tingkah laku terhadap setiap individu
yang dipengaruhi oleh persekitaran. Budaya meliputi aspek ilmu
pengetahuan, adat, undang-undang dan sevagainya. Terdapat beberapa
budaya di sekolah, contohnya budaya suka bertanya, budaya tolong
menolong dan budaya memberi salam. Di sekolah, terdapat pelbagai
budaya yang dibezakan dengan jenis personaliti, jantina, status ekonomi, dan
sebagainya. Manakala, kepelbagaian dari segi pendidikan dapat dilihat
dengan hubungan guru dan murid, disiplin murid dan Teknik PdP.

Aspek perbezaan individu di sekolah ialah dari segi emosi, fizikal,
sosial, bahasa, tingkah laku, jantina dan sebagainya. Aspek perbezaan ini
dapat dilihat dalam proses pembelajaran yang berlaku di sekolah. Proses
pembelajaran ialah interaksi antara pendidik dengan pelajar dan sumber
belajar. Terdapat beberapa model proses pembelajaran menurut Gagne,
1974. Pertama, ialah fasa motivasi, kemudian, fasa kefahaman, fasa
perolehan, fasa penahanan, fasa ingat kembali, fasa generalisasi, fasa
prestasi dan akhir sekali fasa maklum balas. Kesemua fasa ini berlaku semasa
proses pembelajaran di dalam kelas. Ia berubah mengikut situasi semasa.

Sekolah yang mempunyai kepelbagaian pelajar perlu memainkan
peranan penting. Hal ini supaya, semua pelajar diberikan layanan sama rata
dan hak mereka sebagai seorang pelajar tanpa diskriminasi. Pendidikan
inklusif membawa maksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara
individu. Guru – guru perlu berkerjasama antara satu sama lain untuk
memastikan pendidikan inklusif ini dapat diberikan kepada pelajar.

Seterusnya, tujuan dan strategi pembezaan ini digunakan kerana
setiap pelajar mempunyai keupayaan yang berbeza. Strategi pembezaan
adalah dari segi isi kandungan iaitu pelajar diajar mengikut tahap mereka
atau keupayaan masing-masing. Selain itu, guru juga menggunakan
differentiated learning (pembelajaran terbeza) yang bermaksud, guru
mengajar secara santai namun dalam fikirannya, guru sudah dapat
membezakan pelajarnya dengan mengambil kira faktor sedia ada pelajar
tersebut.

Kesimpulannya, guru perlulah berusaha dalam menangani
masalah pelajar pelbagai budaya ini kerana mereka dating dari pelbagai
latar belakang yang berbeza. Ia sedikit sebanyak mempengaruhi proses PdP
yang berlangsung di dalam atau di luar kelas.

MINGGU: 11 & 12 TARIKH: 7/1 & 13/1

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Definisi pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas. Mereka ini tergolong dalam kanak-kanak yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran, dan sebagainya.

Di sekolah, guru yang mengajar murid khas ini perlulah terlatih khas dalam
bidang mereka. Guru pendidikan khas juga perlu tahu kaedah pengajaran yang sesuai
berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan. Penglibatan murid juga perlulah aktif
semasa di dalam kelas.

Terdapat beberapa jenis kecacatan iaitu cacat penglihatan, pendengaran,
anggota, pertuturan, syndrome down, spastik, terencat akal, spina bifida dan autism.
Pengurusan murid pelbagai upaya ini bertujuan menyediakan peluang dan kemudahan
pendidikan khas untuk murid-murid yang berkeperluan khas. Ia juga untuk
mengembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan khas agar mereka dapat
membantu diri mereka.

Guru pendidikan khas perlu menyediakan Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) untuk melihat pencapaian dan tahap kemajuan murid. Setiap sekolah yang
melaksanakan pendidikan khas mempunyai Jawatankuasa Program Pendidikan Khas
Sekolah (JPPKS) untuk memantau guru dan murid berpendidikan khas ini. Seterusnya,
terdapat beberapa aspek yang perlu diperhatikan dalam pengurusan bilik darjah murid
berkeperluan khas. Antaranya, aspek pengurusan bilik darjah yg efektif yang
merangkumi pengurusan aspek fizikal seperti susunan meja dan kerusi, tiada hazard dan
sebagainya. Selain itu, keupayaan guru untuk menilai murid tersebut dan Menyusun
persekitaran agar dapat meransang pembelajaran muridnya.

Bentuk kelas pendidikan khas perlulah menyokong emosi murid, terdiri
daripada kumpulan kecil, prasarana pendidikan yang lengkap dan bebas daripada
hazard yang mampu mencederakan murid. Sebagai contoh, guru boleh menghias kelas
namun, perlu mengambil kira apakah perabot yang sesuai supaya ia memudahkan murid
berkeperluan khas untuk belajar dan melakukan aktiviti.

Peranan guru pendidikan khas ialah sebagai penyelarasm pengajar,
pembimbing, penghubung antara ibu bapa dan pakar dan sebagainya. Di dalam kelas,
guru pendidikan khas akan berdepan dengan pelbagai tingkah laku. Oleh itu, terdapat
pelbagai kaedah untuk memodifikasikan tingkah laku, antaranya sistem token yakni
pemberian hadiah jika murid tersebut melaksanakan sesuatu tugas. Kaedah time out ini
dugunakan ketika murid menunjukkan tantrum. Ia memberi masa agar murid tersebut
bertenang dengan mengasingkan mereka ke tempat lain. Akhir sekali ialah kaedah
kontrak yang merupakan perjanjian antara guru dan murid. Ia bertujuan untuk mengubah
sesuatu tingkah laku yang tidak baik.

Kesimpulannya, keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kemahiran
dan penguasaan dan pencapaian murid. Pengurusan bilik darjah bagi murid
berkeperluan khas adalah penting mengikut masalah murid tersebut. Akhir sekali, guru
pendidikan khas perlulah mempunyai kesabaran yang tinggi ketika berdepan dengan
murid kerana tingkah laku mereka yang berlainan.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version