Subjek : Matematik Tema : Nombor Bulat dan Operasi Tajuk : Pecahan Kelas : 1 Alamanda Masa : 10:15 – 11:15 tengahari Hari : Isnin Tarikh : 25 September 2023 Kod Standard Pelajaran : 3.1.1 Nilai Murni : Kesungguhan, Teliti, Yakin Pautan Merentas Kurikulum : Keusahawanan Aspirasi Murid Pengetahu an / Kemahiran Berfikir / Kemahiran Memimpin / Kemahiran Dwibahasa / Etika & Kerohanian / Identiti Nasional / Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan pecahan setengah, separuh dan satu per dua dengan betul. Kriteria Kejayaan: 1. Murid dapat membezakan pecahan dengan bukan pecahan dengan betul. 2. Murid dapat mengenal pasti menyatakan pecahan setengah, separuh dan satu per dua dengan betul. Konsep/Perbendaharaan Kata Utama : pecahan, bahagian berlorek Sumber : Papan kerja, peta buih, gambarajah, lembaran kerja. Rangka Pengajaran Impak/Refleksi Pendahuluan ● Pengetahuan sedia ada murid ● Membaca LO dan SC 1. Guru menguji pengetahuan sedia ada murid. 2. Murid mengaitkan dengan pelajaran hari ini dan membaca LO dan SC Aktiviti Utama ● Membezakan pecahan dengan bukan pecahan ● Aktiviti menggunakan gambarajah ● Semakan guru ● Semak SC1 1. Guru membimbing murid mengenai maksud pecahan. 2. Guru menunjukkan contoh pecahan dan ciri-ciri pecahan. 3. Murid mengelaskan pecahan dan bukan pecahan mengikut gambarajah yang disediakan. 4. Murid menyemak jawapan bersama guru.. (Murid menyemak pencapaian SC1) AFL ● Semakan guru ● Semakan rakan PBD ● Kemahiran mengelas Penyoalan (KBAT) : ● Apakah kata seerti bagi setengah?
● Menyatakan pecahan setengah, separuh dan satu per dua ● Aktiviti berkumpulan ● Latihan individu ● Semak SC2 5. Guru membimbing murid mengenal nilai pecahan setengah, separuh dan satu per dua. 6. Guru menunjukkan beberapa contoh pecahan setengah kepada murid. 7. Aktiviti Individu: Guru memberikan setiap murid satu bentuk dan murid perlu menggunting, melipat dan mewarnakan setengah daripada bentuk tersebut. 8. Aktiviti berpasangan: Aras Tinggi : 1. Setiap pasangan dibekalkan dengan sebuah peta buih dan beberapa keping gambar pecahan. 2. Murid perlu mengenalpasti 6 gambar pecahan setengah dan menampal gambar tersebut di dalam peta buih yang disediakan. Aras Sederhana 1. Setiap pasangan dibekalkan dengan sebuah peta buih dan beberapa keping gambar pecahan. 2. Murid perlu mengenalpasti 4 gambar pecahan setengah dan menampal gambar tersebut di dalam peta buih yang disediakan. Aras Asas 1. Setiap pasangan dibekalkan dengan peta buih beserta gambar pecahan. 2. Murid perlu memadankan pecahan setengah dengan gambar yang betul. 9. Jawapan murid akan disemak oleh rakan dari kumpulan yang lain. 10. Ahli kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul akan mendapat ganjaran daripada guru. 11. Murid menjawab lembaran kerja individu. (Murid menyemak pencapaian SC2) ● Alat Pemikiran ● Peta buih: kenalpasti pecahan setengah, separuh dan satu perdua ● Sumber https://www.youtub e.com/watch?v=legR Kisis6o
Penutup ● Rumusan 1. Murid membuat rumusan berdasarkan LO dan SC REFLEKSI : IMPAK : TIDAK MENGUASAI : PERANCANGAN TINDAKAN :