The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SeMenTA Digital Library, 2021-02-27 05:56:44

KATA MAJMUK

KATA MAJMUK

KATA MAJMUK

KATA MAJMUK

◦Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata
yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih
dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis
yang membawa makna tertentu.

◦Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan
dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang
telah mantap.

Kata majmuk terbahagai kepada:

1. Kata Nama Majmuk
Contoh: setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji, kebolehubahan

2. Kata Kerja Majmuk
Contoh: menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu

3. Kata Sifat Majmuk
Contoh: sukacita, dukacita

4. Kata Tugas Majmuk
Contoh: apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat
dipisahkan kepada tiga kelompok:

1. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas
Contoh: gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat.
* Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran
seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.

2. Kata majmuk berbentuk istilah khusus
Contoh: model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.

3. Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa
Contoh: kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.

Bentuk Kata - Kata Majmuk

◦ Kata majmuk terbentuk dengan menggabungkan dua kata
dasar (maksimum dua perkataan).

◦ Kata majmuk yang terbentuk itu mempunyai makna yang
berbeza dengan makna kata dasar pertama dan kedua.

◦ Kata majmuk dieja secara terpisah tanpa tanda sempang,
namun dianggap satu unit.

Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:

1. Dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan
Contoh: duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa = jawatankuasa

2. Perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan
Contoh: walaupun, adalah

3. Dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan sebaliknya kekal sebagai dua
perkataan.
Contoh: uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.

4. Dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya
mestilah bercantum.
Contoh : pindah milik ... dipindahmilikkan
tukar ganti ... ditukargantikan

5. Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum.
Contoh: campur aduk ... bercampur aduk
temu bual ... ditemu bual

Kata Majmuk Mantap

Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah
dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut
ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai
satu perkataan.

Contohnya: 6. Kerjasama 11. Sukarela
7. Olahraga 12. Tandatangan
1. Antarabangsa 8. Matahari 13. Tanggungjawab
2. Bumiputera 9. Setiausaha 14. Warganegara
3. Beritahu 10. Suruhanjaya 15. Pesuruhjaya
4. Jawatankuasa
5. Kakitangan

Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan kata majmuk Penggandaan yang Penggandaan yang
melibatkan penggandaan melibatkan bentuk yang telah melibatkan kata majmuk
unsur pertama kata sahaja. mantap melibatkan seluruh kiasan melibatkan seluruh
unsur. unsur.
Contoh:
Contoh: Contoh:
◦ alat-alat tulis
◦ balai-balai raya ◦ setiausaha-setiausaha ◦ buah hati-buah hati
◦ suku-suku kata ◦ pesuruhjaya-pesuruhjaya ◦ anak emas-anak emas
◦ jirim-jirim organic ◦ jawatankuasa-jawatankuasa ◦ buah tangan-buah tangan
◦ penolong-penolong ◦ kakitangan-kakitangan ◦ cahaya mata-cahaya mata
◦ tandatangan-tandatangan ◦ Kaki botol-kaki botol
pendaftar ◦ warganegara-warganegara

◦ gambar-gambar rajah
◦ kapal-kapal terbang
◦ naib-naib canselor
◦ ketua-ketua Menteri
◦ garis-garis pusat

Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan :

Apabila kata majmuk menerima Apabila kata majmuk menerima

imbuhan yang merupakan awalan atau imbuhan yang merupakan apitan,

akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah ejaannya menjadi bercantum

Campu aduk = bercampur aduk Campur aduk = mencampuradukkan

Litar selari = berlitar selari Daya serap = kedayaserapan

Ambil alih = mengambil alih Garis pusat = menggarispusatkan

Temu bual = ditemu bual Satu padu = menyatupadukan

Daya serap = daya serapan Urus niaga = diurusniagakan

Kecelaruan Mengeja Kata Bercirikan
Kata Majmuk

Walaupun tidak disenaraikan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat
beberapa kata gabungan dua perkataan yang dieja rapat.

Contoh:

1. acap kali 13. barangkali 25. kerap kali
2. adapun 14. begitupun 26. ketawa pun
3. adakala 15. belum pun 27. lagipun
4. andaipun 16. biarpun 28. mahupun
5. andai kata 17. dahulu kala 29. manakala
6. apakala 18. dia pun 30. mereka pun
7. apatah 19. dukacita 31. meskipun
8. apa-apa pun 20. ini pun 32. sedia kala
9. apabila 21. itu pun 33. selang-seli
10. ataupun 22. kadangkala 34. sering kali
11. bagaimanapun 23. kalaupun 35. sesungguhnya
12. bahkan 24. kendatipun 36. sukacita


Click to View FlipBook Version