The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SeMenTA Digital Library, 2022-03-07 06:14:36

POKOK KARI - HANIS HADIYA

POKOK KARI - HANIS HADIYA

1

POKOK KARI

HANIS HADIYA BT ZAINAL
PSS SMK TANJUNG ADANG

2022

2

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
diucapkan kepada barisan guru SMK Tanjung Adang,
ibu bapa dan rakan-rakan yang saya kasihi.Tidak lupa
juga kepada Puan Husna Wizana Jaafar yang telah
membimbing saya dalam menyiapkan e-book saya ini.
Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya
terdapat kesilapan dan kekurangan.

3

Isi Kandungan Muka Surat

Penghargaan ........................................ 3
Isi kandungan ....................................... 4
Pendahuluan ........................................ 5
Khasiat Daun Kari ................................ 6
Bunga Pokok Kari ................................. 14
Buah Pokok Kari .................................. 15
Kesimpulan ........................................... 16
Rujukan ................................................ 17
Biodata Penulis .................................... 18

4

Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong 5
dalam keluarga Rutaceae. Pokok Kari ialah sejenis pokok renek
dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam
di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah
dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari
mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak
pahit.Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia
menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya
kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil
berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia
membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang
tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana
daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

7 Khasiat
Daun kari

6

1. Mencegah Penyakit Jantung 7

Daun kari mempunyai kandungan antioksida
yang tinggi. Sifat ini dapat mencegah proses
pengoksidaan kolesterol yang akan
membentuk kolesterol LDL, atau lebih
mudah dikenali sebagai ‘kolesterol buruk’.
Seterusnya, kadar ‘kolesterol baik’
(kolesterol HDL) dapat ditingkatkan lantas
menurunkan risiko beban penyakit seperti
strok dan serangan jantung. Selain
mengawal paras kolesterol, daun kari juga
berpotensi menghalang pengumpulan lemak
dan keradangan (faktor risiko penyakit
jantung).

2. Melindungi Organ Hati

Di dalam tubuh badan manusia, hati

berfungsi sebagai tempat untuk

meneutralkan toksik. Dalam bahasa

yang mudah, bahan toksik (seperti

yang berasal daripada ubat-ubatan)

akan dibawa ke hati terlebih dahulu

untuk dineutralkan sebelum

disingkirkan melalui air kencing. Daun

kari berpotensi untuk melindungi hati

daripada toksik terutamanya dalam

tubuh individu yang sering mengambil

minuman beralkohol. Ia mengekalkan

paras antioksida dan menguatkan sel

dalam hati. 8

3. Anti Penuaan

Penyakit Alzheimer ialah gangguan
progresif yang mengakibatkan fungsi
sel-sel otak merosot. Ekstrak daun
kari didapati berpotensi untuk
meningkatkan kesihatan saraf otak
kerana sifatnya yang menghalang
proses pengoksidaan. Di samping itu,
kajian terhadap model haiwan pula
mendapati daun kari menambah baik
fungsi kognitif berikutan peningkatan
skor daya ingatan.

9

4. Penawar Cirit-Birit dan Buasir

Daun kari boleh dijadikan tonik herba
untuk menguatkan perut dan
meningkatkan keupayaannya serta
mengatasi masalah penghadaman. Ia
juga merupakan penawar yang cukup
mujarab. Ia juga boleh digunakan
sebagai laksatif (julap) lemah untuk
mengatasi masalah sembelit.

10

5. Darah Tinggi

Daun kari juga dikatakan berkesan
untuk merawat darah tinggi. Caranya
adalah dengan mengawal tekanan
darah tinggi dan memastikan
peredaran darah berjalan lancar.
Ianya dikatakan dapat
mengurangkan pening kepala.

11

6. Mengawal paras gula

Kajian terhadap haiwan telah
menunjukkan bahawa ekstrak
daun kari membantu dalam
menurunkan paras gula yang
tinggi dan menghalang
daripada penyakit yang
berisiko untuk berlaku
disebabkan oleh penyakit
kencing manis seperti sakit
berkaitan dengan saraf juga
kerosakan buah pinggang.

12

7.Membantu Kebersihan Mulut

Daun kari turut digunakan untuk
membersihkan gigi, menguatkan
gigi dan gusi serta melindungi
mulut daripada bakteria jahat dan
mikroorganisma yang disebarkan
melalui udara. Dalam Perubatan
Ayurveda, daun kari yang diproses
kepada bentuk serbuk telah
digunakan untuk memastikan
kesihatan mulut terjaga.

13

Gambar dari jarak dekat. Gambar dari jarak jauh.

14

Gambar dari jarak jauh Gambar dari jarak dekat

15

Terdapat pelbagai khasiat yang ada pada pokok kari. Selain
daripada kegunaan dalam masakan, ia juga boleh dijadikan
sebagai ubat-ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit. Kesimpulannya, penanaman pokok kari perlulah
digalakkan supaya dapat menjamin pasaran produk pokok
kari secara berterusan.

16

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_kari
• https://bidadari.my/khasiat-daun-kari/
• https://rootofscience.com/blog/2020/kesihatan/pemak

anan/11-khasiat-daun-kari-yang-anda-perlu-tahu/

17

Hanis Hadiya Binti Zainal dilahirkan di
Hospital Sultanah Aminah (HSA)
Johor Bahru, Johor pada 30 Mac
2006. Beliau mendapatkan
pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Tanjung Adang. Kini
beliau sedang melanjutkan
pelajarannya di Sekolah menengah
Kebangsaan Tanjung Adang sebagai
pelajar tingkatan 4 pada tahun 2022.

18

19


Click to View FlipBook Version