5 KEBAIKAN MAKAN SAYUR-SAYURAN
5 - BINTI ABDULLAH
Penghargaan Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan; Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan.
ii Kandungan Penghargaan ......................................................i Kandungan .......................................................ii Sayur ....................................................................1 Jenis-jenis Sayur ..............................................2 5 Kebaikan Makan Sayur-sayuran.............5 Penutup ..............................................................9 Rujukan .............................................................iii
Sayur merujuk kepada sebarang bahagian tumbuhan yang dimakan secara mentah atau setelah dimasak baik sebagai ulam, salad atau lauk, pencuci mulut, dan makanan ruji atau snek. Sayur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah dan bunga. Terdapat lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran tanah rendah atau di dataran tanah tinggi. Lebih kurang 20 jenis sayur yang penting dan banyak ditanam oleh petani Malaysia berdasarkan nilai komersial yang ada. 1 ℝ
SAYUR JENIS DAUN SAYUR JENIS BUAH SAYUR JENIS BUNGA 1. 2. 3. - 2
Sayur jenis daun merupakan jenis sayur yang ditanam dan diambil bahagian daun sahaja atau keseluruhan tumbuhan untuk dimakan. Sayur daun ditanam kebanyakannya secara komersil. Antara sayur jenis daun adalah seperti bayam, kangkung, sawi, kailan, salad, kubis Cina, kubis bunga dan lainlain sayur daun. Daripada jenis tersebut sebanyak 6 jenis sayur daun yang paling popular ditanam iaitu sawi, bayam, kangkung, salad, kailan dan kubis bunga. Tanaman sawi merupakan jenis sayur daun yang paling luas ditanam di Malaysia dengan 8,300 hektar dengan penghasilan sebanyak 120.2 juta metrik tan bernilai RM 350.5 juta pada tahun 2011. Sawi ditanam dan digunakan sebagai sayur segar untuk pasaran domestik dan juga ekspot. 3 SAYUR JENIS DAUN
Sayur jenis buah ialah sayuran yang diambil bahagian buah sebagai bahagian yang dimakan. Antara jenis sayur buah yang popular di Malaysia adalah seperti cili, bendi, terung, kundur, labu, cili benggala dan lain-lain lagi. Cili merupakan tanaman sayur buah dengan pelbagai jenis variasi seperti cili kulai, cili benggala, cili padi dan cili besar. Timun merupakan jenis sayur buah yang kedua paling popular ditanam di negara kita dengan keluasan 3,200 hektar yang menghasilkan sebanyak 60 juta metrik tan bernilai RM 64 juta pada tahun 2011. Terung juga jenis sayur buah yang banyak ditanam dengan keluasan sebanyak 1,700 hektar dan menghasilkan sebanyak 23.4 juta metrik tan bernilai sebanyak RM 63.4 juta. 4 SAYUR JENIS BUAH
Sayur jenis bunga ialah jenis sayuran yang diambil bahagian bunga untuk dimakan. Antara jenis sayur di bawah kategori ini adalah seperti brokoli, flokoli, bunga kantan dan sebagainya. Sayuran jenis bunga kebanyakannya merupakan sayuran yang ditanam di tanah tinggi. Flokoli dan brokoli antara jenis sayur bunga yang banyak ditanam di Malaysia terutama di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands. 5 SAYUR JENIS BUNGA
ℕ ℕ ℝ-ℝℕ 1 Membantu proses menurunkan berat badan. Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk dihadam. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah terbukti sesuai dijadikan sebagai menu untuk membantu proses penurunan berat badan. 6
2 Mencantikkan kulit. Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk mengekalkan kelembapan dan ia menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Antioksidan seperti vitamin C yang terdapat dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko artritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun usia meningkat. 3 Membina dan memperbaiki tulang. Sesetengah sayuran hijau seperti kailan adalah tinggi dengan kalsium yang dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang. 7
4 Memastikan sistem imun kuat. Sayuran hijau seperti bayam mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melindungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. 5 Menangani masalah kesihatan selain daripada rasa yang sedap dan lazat. Sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Kajian yang mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan bahawa kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi. 8
Penutup Sudah terang lagi bersuluh, makan sayursayuran banyak manfaatnya. Usah bertangguh lagi. Jadikan sayur-sayuran sebagai santapan wajib dalam menu harian anda. 9
RUJUKAN iii