Serai
(Lemon Grass)
SITI NURUL HUDA BINTI RAZALI
Serai
(Lemon Grass)
SITI NURUL HUDA BINTI RAZALI
PSS SMK TANJUNG ADANG
2022
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN ............................ 1
PENGHARGAAN ............................. 2
PENGENALAN ................................ 3
PENANAMAN ................................. 6
JENIS SERAI ..................................... 7
KHASIAT ....................................... 11
MENU MASAKAN & MINUMAN
DARIPADA SERAI ......................... 15
RUJUKAN ...................................... 21
BIODATA PENULIS ...................... 22
1
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan kesyukuran kepada
ALLAH S.W.T kerana telah
mengurniakan saya kesihatan dan
petunjuk untuk menyiapkan e-Book
ini dengan sempurna. Dalam
kesempatan ini saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan serta Puan
Husna Wizana Jaafar kerana telah
menyokong usaha saya untuk
menghasilkan e-book ini.
TERIMA
KASIH
2
PENGENALAN
Serai
Serai antara tanaman
beraroma yang sering
digunakan dalam masakan di
Malaysia. Selain menaikkan lagi
perisa dalam makanan, banyak
juga khasiat serai yang
menjadikannya petua untuk
pelbagai masalah kesihatan.
Malah, ada sesetengahnya
telah juga dibuktikan dengan
kajian serta laporan saintifik.
3
serai wangi
Pokok serai
kayu
POKOK SERAI
MAKAN
4
Tahukah awak cara-
Tahu, mari saya
cara penanaman
terangkan cara-cara
serai ? penanaman serai.
5
PENANAMAN
Serai mudah ditanam di mana-mana jenis
tanah kecuali kawasan berair atau berpaya. Di
Malaysia khususnya, serai makan banyak
ditanam sebagai tanaman dapur. Batang serai
dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa
dalam masakan. Serai makan ialah sejenis
tanaman rumput yang beraroma dan
mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada
setiap rumpun terdapat banyak batang yang
tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna
putih keunguan atau kemerahan. Daunnya
tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan
lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda,
kesat dengan urat yang selari. Serai makan
jarang didapati berbunga di Malaysia.
6
JENIS SERAI
01
Serai Wangi
Nama saintifiknya ialah Cymbopogon
nardus. Ia merupakan tumbuhan
famili rumput Poaceae, berasal dari
kawasan tropika Asia. Serai wangi
biasanya ditanam di kawasan rumah
atau secara komersial untuk
penghasilan minyak pati. Serai wangi
juga boleh digunakan untuk
menghalau serangga.
7
SERAI MAKAN 02
Serai, serai makan atau nama
botaninya Cymbopogon citratus ialah
tumbuhan herba malar hijau yang
dikenali juga sebagai sereh makan
(Indonesia), takrai (Thailand)
lemongrass (Inggeris). Tanaman serai
makan (cymbopogen citratus) dipercayai
berasal dari Sri Lanka dan telah
tersebar luas di kawasan tropika,
termasuk Malaysia, Indonesia,
Tanzania, Brazil, Guatemala dan China.
Tumbuhan ini selalunya digunakan
dalam masakan dalam kalangan
masyarakat Asia terutamanya masakan
Thailand, Kemboja,Vietnam) dan
Caribbean. 8
SERAI KAYU 03
Pokok Serai Kayu merupakan sejenis
pokok tropika, nama saintifiknya
Syzygium polyanthum. Ia merupakan
pokok setinggi 30 meter dengan
batang yang berwarna kelabu dan
bersisik. Daunnya berwarna hijau
kekuningan, bertentangan, elips,
kuneat pangkal dan apeks acuminate.
Bunga citronella kayu ialah sessile dan
berwarna putih. Mempunyai buah
jenis globus, merah jambu atau ungu
apabila masak. 9
Mari saya
tunjukkan
beberapa
khasiat serai.
10
KHASIAT
01 Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat
merokok sering kali kita
mendengarnya. Jangan risau, ia
boleh diatasi dengan
menggunakan serai sahaja.
Caranya, tumbuk halus dua
batang serai yang dipotong kecil
dengan sedikit arang dapur dan
gosokkan pada gigi anda.
Lakukan tiga kali seminggu dan
lihat hasilnya.
macam gigi kami
11
02 Mencantikkan kulit
Penggunaan daun serai juga sudah
tidak asing dalam bidang kosmetik.
Efek daripada penggunaan kosmetik
yang mengandungi daun serai ini
dapat menghilangkan jerawat dan
berfungsi juga sebagai penyegar
wajah.
12
03 Mencegah insomia
Teh serai dan minyak serai
sangat berkesan untuk
menenangkan saraf. Ia akan
membantu anda tidur
dengan cepat dan lena.
SEBELUM SELEPAS
13
04 Mencegah mual dan
sakit perut
Serai boleh digunakan untuk
meredakan mual, sakit perut,
masalah pencernaan, dan ulser
perut. Serai menjadi bahan untuk
membuat teh herba dan suplemen
untuk mengatasi mual. Produk
herba ini dihasilkan menggunakan
daun serai kering dan minyak
esensial untuk aromaterapi. Anda
boleh membuat minuman hangat
yang diminum untuk meredakan
sakit perut dan mual. Penelitian
pada tahun 2012, menemukan
bahawa serai efektif melawan ulser
perut ketika diuji pada tikus. 14
Menu masakan & minuman
berasaskan pokok serai
Ayam serai thai
Nasi beringin tanpa santan
Sotong ketuk serai
Teh halia serai panas
Lemon serai
15
RESEPI Ayam serai thai 16
Ayam goreng
10 ketul ayam
1 1/2 sudu serbuk kunyit
Garam secukupnya
Bahan Sambal
2 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut
1 sudu makan sos seafood
1 sudu makan sos ikan
1 ketul kiub pati ayam
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
1/2 gelas cawan air
Gula secukupnya
Bahan Kisar
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili besar
5 biji cili padi
RESEPI Nasi beringin tanpa santan
4 cawan beras basmathi - cuci, rendam
dan toskan
6 cawan air (ikut jenis beras)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumis
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
5 batang serai - ketuk
1 batang kulit Kayu Manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun pandan
1-2 sudu besar butter 17
RESEPI Sotong ketuk serai
400 gram Sotong Segar (buang
dakwat hitam, cuci bersih & toskan)
1 cawan air
2 barang serai (diketuk)
3 keping halia (dihiris halus
memanjang)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
4 batang cili padi merah
Nisan Kelantan (anggaran sebesar
duit 10 sen)
2 camca kecil garam
18
RESEPI Teh halia serai panas
1 uncang teh
1 biji lemon di hiris
1 btg serai di ketuk
Madu
Air Panas secukup nya
19
RESEPI Lemon serai
4 batang serai ~ dititik
4 cawan air
3 sudu besar gula kasar
1 biji lemon ~ diperah jusnya
20
RUJUKAN
https://dherba.com/kedai/daun-pokok-
salam-atau-serai-kayu-atau-daun-samak-
daun-kering/
https://www.bharian.com.my/taxonomy/ter
m/61/2014/09/8681/khasiat-daun-serai-
kayu-rawat-darah-tinggi
https://siraplimau.com/khasiat-serai-
untuk-kesihatan/
21
BIODATA PENULIS
Nama: Siti Nurul Huda binti Razali
Nama panggilan: Huda
Tarikh lahir: 07/04/2005
Ini merupakan kali pertama saya
menghasilkan e-book. Saya
menggunakan unsur animasi untuk
menarik minat para pembaca.
khususnya para pelajar.
Saya berharap anda semua
menyukainya.
- Huda
22