The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SeMenTA Digital Library, 2022-03-03 09:23:03

POKOK BUNGA MATAHARI - LAILA

POKOK BUNGA MATAHARI - LAILA

POKOK
BUNGA
MATAHARI

Nur Laila Mohd Suhaimi

1

Welcome,

everyone!

Pokok
Bunga Matahari

Nur Laila Mohd Suhaimi
PSS SMK Tanjung Adang

2022

2

Penghargaan

Saya ingin memgucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun
tidak langsung dalam penerbitan e-book ini
terutamanya Puan Husna Wizana binti Jaafar selaku
guru pembimbing yang mengetuai kumpulan penerbitan
e-book SeMenTA dan rakan-rakan yang juga terlibat
sama. Tanpa sokongan anda, saya tidaklah mampu
untuk menulis e-book ini. Sekian, terima kasih.

Nur Laila Binti Mohd Suhaimi 3
SMK TANJUNG ADANG

Isi Kandungan

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan ................................................................................. 3
Isi Kandungan ................................................................................ 4
Pendahuluaan ............................................................................... 5
Kelemahan Pokok Bunga Matahari ................. 9
Kelebihan Pokok Bunga Matahari ................ 12
Manfaat Pokok Bunga Matahari ................... 14
Kesimpulan .................................................................................. 25
Sumber rujukan .................................................................... 26
Biodata penulis ...................................................................... 27

4

BUNGA
MATAHARI

5

Bunga Matahari atau 'Sun flower' merupakan sejenis
tumbuhan popular daripada keluarga Asteraceae yang
merupakan tanaman industri penting bagi beberapa
negara. Penanaman pokok bunga matahari di kawasan
beriklim sederhana seperti di Eropah adalah untuk
menghasilkan minyak sayuran dan pelbagai produk lain.
Pengeluaran minyak daripada biji bunga matahari
telah dilaporkan menyumbang sebanyak 8% daripada
jumlah pengeluaran minyak sayuran dunia dan
merupakan pengeluaran minyak yang ke-4 terpenting
dalam penggunaan minyak sayuran selepas minyak
daripada kacang soya dan kelapa sawit.

Nama botani: Helianthus annuus.

6

Terdapat 45 variasi atau kultivar tanaman bunga
matahari di seluruh dunia didaftarkan dengan Royal
Horticulture yang dikomersialkan. Antara beberapa
variasi popular seperti Autumn Beauty, Mammoth
Russian, Kong Hybrid, Large Grey Stripe dan
sebagainya. Penanaman bunga matahari di Malaysia
adalah untuk tanaman hiasan di kawasan taman
bunga atau di dalam pasu di sekeliling rumah. Bunga
Matahari boleh tumbuh dengan baik di dataran tanah
rendah dan tanah tinggi dengan keadaan sinaran
cahaya matahari yang penuh serta tidak terlalu
berangin.

7

Tumbuhan yang tumbuh menegak ini unik kerana
kedudukan bunga matahari akan sentiasa terus
menghadap cahaya matahari dari timur pada sebelah
pagi dan barat pada sebelah petang. Bunga Matahari
boleh tumbuh dengan baik di kawasan tanah subur
dengan saliran baik dan mendapat sinaran matahari
yang banyak. Bunga matahari mempunyai banyak biji
yang mengandungi vitamin E serta C yang digunakan
sebagai minyak sayuran yang kaya dengan bahan
antioksidan. Bunga matahari yang besar dengan warna
kekuningan dan coklat di tengahnya unik kerana ia
sentiasa bergerak menghadap matahari pada siang hari.

8

KELEMAHAN
POKOK
BUNGA
MATAHARI

9

1. Bijinya Tinggi Kalori 10

Biji bunga matahari

mengandung kalori dalam

jumlah yang tinggi. Jadi,

jangan dimakan secara

berlebihan. Apalagi jika

kulitnya bersalut garam.

Biasanya orang akan

menghisap kulit yang

masin tersebut sebelum

membukanya.

2. Kandungan Kadmium dalam Biji
11
Bunga Matahari

Salah satu alasan tidak boleh

makan biji bunga matahari

dalam jumlah yang banyak

adalah kerana kandungan

kadmium yang lebih tinggi

daripada makanan lain

kerana bunga ini cenderung

mengambil unsur kadmium

dari tanah dan kemudian

disimpan di dalam bijinya.

KELEBIHAN
POKOK
BUNGA

MATAHARI

12

KECERIAAN warna bunga matahari pastinya
membangkitkan aura positif bagi mata yang
memandang. Pokok bunga matahari memiliki
ciri fizikal seperti kelopak bunga berbentuk
tirus berwarna kuning terang dan
mengelilingi cakera bulat, manakala
daunnya pula lebar serta kedudukannya
berselang-seli. Ia juga mampu menaikkan
seri laman bahkan memiliki khasiat
terhadap kesihatan manusia.

13

Manfaat Bunga Matahari

14

1. Manfaat Bunga
Matahari untuk
Kecantikan

15

Minyak bunga matahari boleh dimanfaatkan
untuk kecantikan kulit dengan cara
mengoleskannya pada badan dan rambut. Hal
ini sudah dilakukan sejak zaman dahulu oleh
bangsa Yunani dan Romawi kuno. Minyak
daripada bunga matahari diketahui
mengandungi vitamin dengan antioksidan yang
tinggi sehingga boleh menghambat radikal
bebas yang boleh merosakkan sel kulit. Ada
juga vitamin E yang dapat mencegah penuaan.

16

2. Manfaat
Bunga Matahari
Untuk Pertanian

17

Para petani biasa mengolah daun-daun bunga
matahari yang kering sebagai baja organik
serba guna untuk menyuburkan tanaman
kerana tumbuhan ini diketahui mengandungi
kadar kalium yang sangat tinggi dan boleh
merangsang pertumbuhan tanaman.








18

3. Manfaat Daun
Bunga Matahari

19

Selain menjadi baja tanaman, daun atau
kelopak bunga matahari juga banyak
dimanfaatkan sebagai makanan kepada
ternakan. Bahkan, di luar negara para
petani mengolah daun bunga matahari untuk
dijadikan sebagai makanan burung.

20

4. Manfaat
Bunga Matahari
Bagi Kesihatan

21

Bunga matahari juga memiliki kesan positif
bagi kesihatan apabila dimakan. Air rebusan
bunga matahari boleh mengatasi sakit
kepala. Selain itu, rebusan air bunga
matahari juga mampu mengurangkan sakit
sendi dan juga keputihan. Caranya dengan
merebus kepala bunga matahari dan
menampalkannya pada bahagian yang sakit.
Manakala, untuk masalah keputihan boleh
direbus dengan akar, daun beluntas, pokok
tapak sulaiman, dan daun seribu segar.

22

5. Manfaat Biji
Bunga Matahari

23

Biji bunga matahari ternyata boleh diolah
menjadi minyak kerana 48% kulit biji
tersebut mengandungi minyak yang boleh
diolah dan dimakan oleh manusia. Minyak
bunga matahari mengandungi asam linoleat
yang bagus untuk otak. Selain itu, asam
linoleat juga termasuk dalam lemak tak
tepu yang baik untuk kesihatan manusia.

24

KESIMPULAN

Ramai orang menggemari

tumbuhan ini kerana ia

mempunyai banyak kelebihan

dan warna yang sangat


menarik perhatian.

25

SUMBER http://animhosnan.blogspot.com/2021/01/bunga

RUJUKAN -matahari-tarikan-pelancong.html?m=1

https://wolipop.detik.com/home/d-5155510/5-

manfaat-bunga-matahari-yang-jarang-

diketahui-banyak-orang

26

Biodata penulis

Nama yang diberikan oleh kedua ibu bapa saya


ialah Nur Laila Binti Mohd Suhaimi. Saya


dilahirkan pada 11 Januari 2006 di Hospital


Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Saya


dibesarkan sepenuhnya oleh ibu bapa saya dan


mendapat pendidikan awal di Sekolah


Kebangsaan Tanjung Adang. Kini saya sedang


melanjutkan pelajaran saya di Sekolah


Menengah Kebangsaan Tanjung Adang sebagai


seorang pelajar tingkatan 4 pada tahun 2022.

Hobi saya adalah mendengar lagu dan


menyanyi. Cita - cita saya adalah untuk


menjadi seorang pegawai polis. 27

Selamat

Membaca!

Terima kasih saya ucapkan
Kurang lebihnya mohon dimaafkan


Click to View FlipBook Version