The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SeMenTA Digital Library, 2023-09-30 09:50:16

VIRUS NIPAH

VIRUS NIPAH

M A L A Y S I A 1 9 9 8 - 1 9 9 9 HANIS SYAURAH


September, 2023 pss smk tanjung adang VIRUS NIPAH HANIS SYAURAH


penghargaan Terima kasih diucapkan kepada rakanrakan saya yang memberi idea dan juga guru pembimbing yang setia mengajar saya untuk mengusahakan buku digital ini. Terima kasih juga kepada PSS SMK Tanjung Adang kerana memberi saya peluang untuk menerbitkan karya ini. i


kandungan Penghargaan …………………………………………. I Kandungan .………………………………………….. II Virus Nipah …………………………………….….... 1 Virus Nipah di Malaysia ……………………….. 2 Virus Nipah Kembali Mengganas di Kerala ............................................... 3 Punca Virus Nipah ………………………………... 5 Kesimpulan …………………………………………….. 6 Rujukan ……………………………………………...... III II


VIRUS NIPAH Nipah ialah suatu penyakit zoonotik yang disebabkan oleh virus Nipah, iaitu penyakit yang disebarkan daripada haiwan kepada manusia. Penyakit tersebut mampu mengakibatkan komplikasi keradangan pada otak dan penyakit saluran pernafasan dengan kadar kematian 40 peratus hingga 70 peratus dalam kalangan manusia yang dijangkiti. Tempoh inkubasi bagi penyakit Nipah adalah di antara 5 hingga 14 hari. Antara gejalanya ialah demam, sakit kepala, muntah, batuk, susah bernafas, sawan, kekeliruan dan kebingungan. Selain daripada menyebabkan komplikasi keradangan pada otak, penyakit Nipah juga boleh menyebabkan individu yang dijangkiti mengalami penyakit saluran pernafasan dan kematian. 1


Di Malaysia, penyakit Nipah merupakan penyakit yang wajib dinotifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan ia kali pertama terjadi pada September 1998 hingga Mei 1999. Namun, pada tahun 2001, Malaysia diisytiharkan bebas penyakit Nipah oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH). Hal ini merupakan hasil usaha KKM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung (Perhilitan). virus nipah di malaysia 2


Walau bagaimanapun, virus Nipah kembali mengganas di Kerala, India pada 30 Ogos dan 1 September 2023 mengakibatkan beberapa buah sekolah, pejabat dan kenderaan awam ditutup di selatan Kerala, dalam usaha untuk menghentikan wabak virus Nipah rentetan dua kematian dilaporkan sebelum ini akibat jangkitan tersebut. Kementerian Kesihatan (KKM) meningkatkan kesiapsiagaan terhadap penyakit Nipah dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan susulan penularan virus tersebut di India. Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kementeriannya akan sentiasa memantau kejadian penyakit Nipah yang berlaku di luar negara. Beliau menasihati masyarakat terutama pengembara yang baru mengunjungi kawasan berisiko tinggi supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit Nipah. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan jangkitan virus Nipah adalah : virus nipah kembali mengganas di kerala 3


Amalkan mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, elakkan sentuhan dengan keluang atau khinzir terutamanya yang sakit. Elakkan berada di kawasan keluang diketahui berkumpul atau tinggal. Elakkan pengambilan buah-buahan dan nira (tree sap) contohnya pokok kurma, pokok kelapa, pokok nipah yang disyaki tercemar dengan air liur atau cecair badan keluang. Elakkan sentuhan langsung (direct contact) dengan rembesan iaitu darah, cecair badan dan rembesan pernafasan orang yang dijangkiti penyakit Nipah. 1. 2. 3. Sementara itu, Dr. Zaliha berkata, bagi pengembara yang pulang ke Malaysia daripada negara berisiko tinggi jangkitan penyakit nipah, mereka dinasihati melakukan pemantauan kendiri tanda dan gejala virus tersebut selama 14 hari. “Sekiranya bergejala, elakkan kontak dengan orang lain dan segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya. 4


punca virus nipah Titisan atau rembesan cecair haiwan seperti kelawar, babi serta manusia yang dijangkiti. 5


KESIMPULAN Kita perlulah menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya haiwan liar yang berkemampuan membawa penyakit tidak menempat di kawasan penduduk. Oleh itu, penjagaan diri dan kawasan perumahan perlulah sentiasa dijaga agar virus atau penyakit berjangkit tidak merebak dan menjangkiti orang ramai. 6


RUJUKAN https://www.utusan.com.my/nas ional/2023/09/kementeriankesihatan-tingkatkesiapsiagaan-penyakit-nipah/ https://harakahdaily.net/index. php/2023/09/14/virus-nipahkembali-mengganas-di-kerala/ III


Click to View FlipBook Version