POKOK
TANJUNG
Nurul Ainaa Wafaa binti Norisam
POKOK
TANJUNG
Pokok tanjung, kelebihan, dan pelbagai lagi.
Selamat membaca…
Nurul Ainaa Wafaa binti Norisam
100% Hak Milik Smkta PSS SKM Tanjung Adang
2022
ISI
KANDUNGAN
Isi kandungan ..................................................3
Penghargaan ....................................................4
Pendahuluan ....................................................5
Kelebihan Pokok Tanjung ...........................6-9
Bunga Pokok Tanjung ...................................10
Bunga Tanjung Ubat Gelisah .......................11
Produk Pokok Tanjung ............................12-13
Ringkasan Kegunaan Pokok Tanjung ........14
Kesimpulan ....................................................15
Sumber Kajian ...............................................16
Biodata Penulis .............................................17
3
KATA-KATA
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan
kepada barisan guru SMK Tanjung Adang, ibu
bapa, ahli keluarga, rakan-rakan sekelas dan
sahabat intim saya. Juga saya ucapkan ribuan
terima kasih kepada Puan Husna Wizana binti
Jaafar kerana membimbing saya untuk
menyiapkan e-book saya ini. Tidak lupa juga
kepada Perpustakaan Seri Jauhar sebagai tempat
rujukan utama saya untuk menyiapkan e-book
ini.
Kredit : Perpustakaan Seri Jauhar
4
Kawan-kawan tahu ini
pokok apa? Haa... ini
pokok tanjung.
Pendahuluan..
Pokok Bunga Tanjung (mimusops elengi)
merupakan famili Sapotaceae yang berasal
dari kepulauan Indo-Cina dan Semenanjung
Tanah Melayu. Pokok yang boleh mencapai
ketinggian sekitar 3 meter ini mempunyai
ciri yang amat digemari oleh pereka
landskap dan peminat landskap iaitu
bunganya yang berbau wangi serta
buahnya yang menarik burung dan haiwan
lain untuk datang. Bahagian yang
digunakan ialah kayu, kulit batang, daun
dan bunga.
5
K E L ETBAINH AJ UNNPGO K O K
01 Bahagian kulit batang, daun dan bunga ialah
bahagian yang banyak digunakan serta
mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri.
Kulit pokok tanjung dikatakan mempunyai
pelbagai kegunaan. Jika direbus, kulit pokok
ini boleh digunakan sebagai air pencuci
mulut. Ia mampu menguatkan gigi dan gusi
serta merawat sakit kerongkong. Bukan itu
sahaja, ramuan ini juga boleh digunakan
untuk mengatasi masalah nafas berbau.
Agak-agak, macam mana ya rasanya?
Ada yang pernah cuba? Bagitahulah
rasanya macam mana!
Ini contoh pohon tanjung . Pasti
anda semua juga baru tahu yang
pokok ini berbuah kan!
P/s: Rebus dulu kulit pokoknya.
6
02 Jika kulit pokok tanjung dijadikan serbuk pula,
ramuan ini boleh digosok atau diurut pada
sendi yang sakit akibat reumatisme. Kulit
pokok tanjung ini juga boleh dijadikan sebagai
ubat pupuk bagi merawat masalah jerawat,
gatal-gatal dan pelbagai penyakit kulit. Kulit
pokok tanjung yang direbus bersama dengan
kulit pokok asam jawa dikatakan boleh
digunakan sebagai ubat sapu bagi penyakit
kulit. Air rebusan kulit batang pokok juga
boleh digunakan untuk mencuci luka.
Baca sahaja pun sudah boleh
dibayangkan pedihnya. Tapi
orang kata cepat pulih luka
kalau menggunakan air
rebusan pokok tanjung ini
Wah, tengok ni! Shopee pun ada jual tau. Senang dah
zaman sekarang ni. Betullah boleh buat masker pada
muka . Yang perempuan tak nak cuba ke? Marilah cuba
sama- sama mana tahu naik sekolah nanti cikgu dah tak
kenal kita.
https://shopee.com.my/BEDAK-SCRUB-BUNGA-TANJUNG-
7
HERBANIKA-FACE-BODY-(LULUR)-i.15730518.3217918076?
sp_atk=2f9d2845-8a7c-42c6-a601-30152f75163e
03 Air rebusan kulit pokok atau bunga boleh
diminum terutamanya untuk merawat
demam panas dan cirit-birit. Kulit dan
buah pokok tanjung yang belum masak
boleh dijadikan losen untuk merawat
ulser. Biji pokok tanjung yang telah
ditumbuk lumat pula boleh ditelan
bersama air untuk merawat cirit-birit.
Ibu mana yang tak gelabah bila
anak-anak demam dan
menggigilkan. Sakit perut pun
sama. Nak beli ubat tak boleh
keluar rumah? Tapi rumah
jiran ada pokok tanjung je
macam mana ya? Hai jiran...
minta sikit ya...
Buahnya agak manis tetapi rasa air daripada
kulit pokok tanjung ini saya tidak pasti rasanya.
Pasti pahit pahit sedikit mungkin. Adik-adik
tahan ya. Nak pulih kan. Esok dah boleh main
bola macam biasa. Hihi...
Inilah dia rupa buah pokok
tanjung. Nanti kita tengok secara
realiti di sekolah sama-sama ya.
8
04 Jus daun bunga tanjung dijadikan ubat
titis hidung dua kali sehari dan
dilakukan sehingga sembuh.
05 Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi
mengecutkan rahim dan mengetatkan
peranakan wanita.
9
Bunga pokok tanjung
BERBUNGA MEKAR DI ATAS
POHON.
10
Bunga Tanjung pengubat gelisah kerana bau
bunganya yang wangi.
Sumber: Majalah Dewan Kosmik, Bil.1/2015
11
Bedak herba
Masker
perawat muka
12
Bedak
sejuk
Wangian
serbaguna
13
Ringkasan Kegunaan
Pokok Tanjung
Merawat ruam bernanah – Beberapa kuntum bunga
tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam.
Air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan
dimandikan pesakit dengan air tersebut.
Merawat sakit gigi dan boleh menghilangkan nafas
berbau. Kulit batang pokok direbus bersama air dan
dibuat kumur selama empat hari.
Merawat luka – Air rebusan kulit batang pokok
digunakan untuk mencuci luka.
Merawat ozena atau rhinitis – Jus daun bunga
tanjung dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan
dilakukan sehingga sembuh.
Mewangikan rambut – Biasanya bunga tanjung
direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur pada
rambut.
Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan
rahim dan mengetatkan peranakan wanita
14
Kesimpulan
Kesimpulannya,
hargai atau jagalah segala jenis
tumbuh tumbuhan yang ada di
muka bumi ini kerana setiap
kurniaan tuhan pasti ada
gunanya. Mungkin bukan hari ini
gunanya tetapi pada masa
hadapan.
15
SUMBER CARIAN UTAMA
Majalah Dewan Kosmik, Bil.1/2015
16
BIODATA PENULIS
Nurul Ainaa Wafaa binti Norisam
DIKENALI SEBAGAI WAFAA.
DILAHIRKAN DI KLINIK CS KOH PADA 8 MEI 2006.
MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI SK MORNI POK DAN
KINI MENYAMBUNG PERSEKOLAHAN DI SMK TANJUNG
ADANG.
BELIAU MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS HOBI
ANTARANYA MEMBACA .
17
sekian Terima
Kasih
thankyou, syukran, xie xie