The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SeMenTA Digital Library, 2022-03-07 03:19:45

POKOK KUNYIT - IZWA

POKOK KUNYIT - IZWA

POKOK KUNYIT

WRITTEN BY

NUR IZWA ABD SAMAD

POKOK KUNYIT

NUR IZWA ABD SAMAD
PSS SMK TANJUNG ADANG

2022

PENGHARGAAN

Saya ingin merakam setinggi-tinggi
penghargaan kepada barisan guru
SMK Tanjung Adang, ibu bapa dan
rakan-rakan. Saya juga ingin merakam
setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Puan Husna
Wizana binti Jaafar yang banyak
memberi tunjuk ajar sepanjang
penghasilan e-book ini. Tidak lupa
juga kepada mereka yang terlibat
secara langsung mahu pun tidak
langsung dalam projek ini.

Nur izwa

ISI KANDUNGAN

Penghargaan .................................................................... 1
Isi kandungan ................................................................... 2
Pengenalan ...................................................................... 3
Morfologi kunyit ................................................................ 5
Jenis-jenis pokok kunyit .................................................... 6
Khasiat ............................................................................. 7

Bunga kunyit ............................................................... 7
Rizom kunyit ............................................................... 7
Kunyit ......................................................................... 8
Daun kunyit ................................................................ 9
Cara penjagaan pokok kunyit ......................................... 10
Contoh masakan ............................................................ 15
Kesimpulan ..................................................................... 16
Sumber rujukan .............................................................. 17
Biodata penulis ............................................................... 18

PENGENALAN

‘Tumeric’ merupakan sejenis tumbuhan yang
dijadikan bahan rempah yang memberikan
warna kuning cerah khususnya masakan kari
bagi orang Melayu dan India. ‘Tumeric’ juga
digunakan sebagai bahan pewarna dan juga
sebagai ubatan dan perasa sejak 600 tahun
SM. Maklumat tersebut telah pun dicatatkan
dalam sejarah herba Assyria sekitar 2500
tahun yang lalu. Tumbuhan ini dianggapkan
sebagai salah satu herba yang sangat bernilai
kepada manusia. Dalam sejarah perubatan
rakyat India, ‘tumeric’ dianggap sebagai
bahan antibiotik semula jadi yang terbaik
sementara pada masa yang sama ia juga
digunakan untuk memudahkan proses
penghadaman dan memperbaiki perjalanan
usus. Tumbuhan ini berasal dari Asia Tenggara
dan pada masa kini tumbuhan ini menjadi
tanaman perdagangan di China, India,
Indochina dan Indonesia.

PENGENALAN

Kunyit ( ‫كوڽيت‬‎;‫ ‏‬Curcuma longa) merupakan
sejenis rempah yang banyak digunakan dalam
kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit
juga digunakan untuk memberi warna kuning
pada masakan. Selain kegunaan kepada
masakan, kunyit juga terkenal dalam kalangan
masyarakat Melayu dan India dengan
khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman
badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu,
daun serta bunga kunyit bagi sesetengah
masyarakat Melayu memang digemari
sebagai ulam-ulaman.

MORFOLOGI KUNYIT

Kunyit terbahagi kepada 2 bahagian iaitu daun
dan isi kunyit. Daun kunyit berwarna hijau, licin,
berbentuk elips dan bujur meruncing. Ia
mempunyai ketinggian antara 40 hingga 100 cm
dan biasanya mempunyai 6 hingga 10 daun pada
satu tempoh matang (semusim). Ia juga
mempunyai tangkai yang panjang dan bunga
kunyit yang berwarna kuning akan tumbuh di
celah-celah daun.

Rizom ialah bahagian yang tertanam di dalam
tanah. Ia berbentuk memanjang, berjejari,
berwarna coklat muda dan bersisik.

JENIS-JENIS KUNYIT

KUNYIT KUNING KUNYIT HITAM

KUNYIT MERAH KUNYIT PUTIH

KHASIAT

i BUNGA KUNYIT
Bunga kunyit sangat enak jika
dijadikan ulam yang dimakan
mentah atau dicicah dengan
sambal belacan, budu dan
bahan pencicah yang lain.
Sesuai juga dibuat kerabu.

Mempercepatkan

penyembuhan luka dalaman

dan juga untuk kesihatan

rahim serta mengembalikan

bentuk tubuh yang asal

kepada ibu-ibu yang

berpantang.


Bahan untuk awet muda serta

kecantikan semula jadi luar

dan dalam.

ii RIZOM

Selalunya bahagian ini akan direbus dan
dikeringkan. Kemudian akan dihancurkan
menjadi serbuk. Pigmen kuning yang terdapat
pada kunyit terhasil daripada kandungan
utamanya, curcumin yang menjadi ramuan
ubatan yang sangat aktif.

iii KUNYIT

Selain menjadi bahan masakan, kunyit juga

boleh dijadikan ubat-ubatan.

Mengurangkan bengkak.
Melawan tanda-tanda awal

penuaan.
Membantu menghalang

pertumbuhan sel kanser.
Melindungi diri daripada

penyakit otak.
Melawan jangkitan bakteria.
Menstabilkan sistem hormon.
Membantu menurunkan berat

badan.

iv DAUN KUNYIT

Kajian saintifik dan analisis makmal mendapati

beberapa rahsia kesihatan dan dan khasiat

daun kunyit.

Melawan serangan kulat dan

bakteria.
Antioksidan dan penuaan.
Pencegah kanser.
Penawar kudis buta scabies.
Menghalau serangga dan

nyamuk sebagai racun

perosak semula jadi.

CARA PENJAGAAN

01 TMANEDAMIUAMN

Medium tanaman yang sesuai
untuk tanaman kunyit ialah
campuran 1:1. Satu bahagian
pasir dan satu bahagian tanah
sama ada tanah boleh guna,
tanah siap campur atau tanah
bakar. Tapi elakkan tanah liat
ya.

02 CAHAYA
Untuk mendapatkan daun

kunyit yang lebar dan

berwarna hijau yang

cantik, kunyit memerlukan

pencahayaan minimum 6

jam satu hari. Kalau tidak

cukup cahaya, daunnya

akan menjadi kontot-

kontot sahaja. Tetapi

pokok kunyit perlu sedikit

lindungan. Letaklah

berhampiran bucu-bucu


03 bumbung.
PEMBAJAAN

Pokok kunyit tidak

memerlukan baja.

Cukup sekadar

tambah medium tanah

tinggi organik di atas

medium yang lama.

11

04 SIRAMAN

Untuk peringkat awal tumbesaran
kunyit selepas ditanam, ia
memerlukan jumlah kelembapan
yang tinggi. Oleh itu, lakukan
siraman 2 kali sehari untuk tempoh
satu hingga 2 minggu. Selepas
mata tunas sudah mengeluarkan
daun yang lebar, barulah siraman
perlu dikurangkan satu kali sehari
itu pun pada awal pagi. Pastikan
air siraman itu tidak bertakung di
dalam pasu.

12

05 JARAPOKKAONKTARA

Jarak tanaman kunyit ialah 50 cm x
40 cm dalam sistem monokultur.
Sekiranya tanaman itu hendak
ditanam dalam sistem tanaman
campuran dengan kacang tanah
atau cili, maka jaraknya 75 cm x 50
cm.

13

06 PENYELENGGARAAN

Penyelenggaraan tanaman merangkumi
pembersihan rumpai dan penimbunan.
Pembersihan rumpai berguna untuk
mengelakkan persaingan pengambilan
nutrien dengan rumpai. Penimbunan
berguna untuk memperbaharui parit
yang memisahkan batas tanah, tanah
dinaikkan ke batas tanah penanaman
selepas pembersihan rumpai.

14

ANTARA CONTOH

MAKANAN

BERASASKAN KUNYIT




Gulai kuning Ayam masak lemak cili api

Rendang daging Nasi kunyit
15

KESIMPULAN

Kita sebagai masyarakat Melayu memang sudah
sedia beruntung dengan manfaat kesihatan yang
ditawarkan oleh kunyit memandangkan kebanyakan
masakan kita menggunakan kunyit sebagai salah
satu ramuan yang menambah keenakan rasa. Selain
bertujuan memberikan rasa dan rupa hidangan yang
menarik, khasiat-khasiat kunyit ini perlulah
dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan sistem
tubuh kita juga.

16

US MBER RUJUKNA

HTTPS://WWW.KELUARGA.MY/TANA

M-POKOK-KUNYIT-ADA-CARANYA-

SILA-AMBIL-TAHU-BARULAH-DAUN-

KUNYIT-LEBAR-SEGAR-SERTA-DAPAT-

UBI-KUNYIT-YANG-BANYAK/
HTTPS://WWW.RASA.MY/CARA-

SEMAI-KUNYIT-AGAR-TUMBUH-

SEGAR/
HTTPS://MS.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/K

UNYIT
HTTPS://BIDADARI.MY/KHASIAT-

DAUN-KUNYIT/
HTTPS://MURAI.MY/2020/75545/KH

ASIAT-BUNGA-KUNYIT/
KUNYIHTTPS://BIDADARI.MY/KHASIAT

-DAN-KEBAIKAN-KUNYIT/T;

17

BIODATA PENULIS

NUR IZWA BINTI ABD SAMAD

IZWA

26 NOVEMBER 2006
01139735347
[email protected]

SMK TANJUNG ADANG

18


Click to View FlipBook Version