BUNGA LAVENDER
HAFIYYA JANNATI ADNIN BINTI HANAFI
1
BUNGA LAVENDER
HAFIYYA JANNATI ADNIN BINTI HANAFI
PSS SMK Tanjung Adang
2022
2
Isi Kandungan Muka Surat
Isi Kandungan 3
Penghargaan 4
Pendahuluan 5
8 Jenis Bunga Lavender Indah dari Berbagai-bagai 13
Negara
5 Manfaat Menanam Bunga Lavender di Rumah 33
10 manfaat bunga Lavender untuk kesihatan 39
Kesimpulan 50
Rujukan 51
Biodata Penulis 52
3
Penghargaan
Terima kasih kepada ibu yang
mengajar saya cara-cara
menghasilkan e-book dan juga
babah serta adik-adik kerana
memberi semangat kepada saya.
4
Pendahuluan
Lavender atau Lavandula ialah
kumpulan 39 spesies tumbuhan
berbunga dalam keluarga pudina,
Lamiaceae. Ia ditemui dari Cape
Verde dan Kepulauan Canary,
Eropah menyeberang ke utara dan
timur Afrika, Mediterranean, barat
daya Asia ke tenggara India.
5
Tumbuhan ini diusahakan secara
meluas di kawasan iklim
sederhana sebagai tumbuhan
hiasan untuk kegunaan taman dan
landskap, untuk digunakan sebagai
herba masakan, dan juga secara
komersial untuk pengekstrakan pati
minyak. Spesies yang ditanam
secara meluas, Lavandula
angustifolia sering disebut sebagai
lavender, dan terdapat warna
dinamakan sempena bunga spesies
ini.
6
7
Bunga lavender
dengan braktea
(sejenis daun
pelindung yang
kecil)
8
Jenis lavender
yang berbeza
ditanam di
Snowshill,
Cotswolds
9
Ladang lavender
di Carshalton,
London
Boroughof
Sutton.
Ladang lavender di
Perancis
10
Taman lavender di India
11
Lavender dan madu lebah
di luar Aix-en-Provence,
Perancis
12
8 Jenis Bunga Lavender Indah dari Berbagai-bagai Negara
13
• Tercatat sekitar 25
sehingga 30 spesies di
seluruh dunia.
• Asal tumbuhan ini dari
wilayah Laut Tengah
bagian selatan, Afrika,
hingga ke India.
• Lavender termasuk jenis
rumput atau tumbuhan
semak.
14
• Kini tanaman ini juga
banyak tersebar di
Kepulauan Kanari, Afrika
utara dan timur, Eropah
terutama Perancis, Arab,
dan India.
• Negara-negara tersebut
banyak mengekstrak
minyak lavender untuk
dijadikan sebagai
minyak wangi atau
keperluan lain.
15
Berikut merupakan beberapa jenis lavender
yang umum diekstrak minyaknya:
16
1. Lavandula angustifolia
Jenis yang paling umum ini juga dikenali
dengan nama lavender Inggeris. Asal
sebenarnya bukan dari Inggeris tetapi
dari daerah Mediterranean . Sangat
diminati sebagai tanaman kebun, bahan
makanan, dan ekstrak minyak kerana
kualitinya yang paling baik.
17
Hadir dalam beberapa warna,
antaranya biru keunguan, violet kebiruan,
ungu muda, hingga putih agak merah
muda. Daun berwarna hijau dengan
panjang 2-6 cm dan diameter 4-6 mm.
Beberapa spesies daripada jenis ini antara
lain Nana Alba, Hidcote, Folgate, Miss
Katherine, Melissa, dan Lottie kecil. Akan
tumbuh dengan baik apabila ditanam di
kawasan terbuka yang terkena sinar
matahari langsung dengan ketinggian
mencapai 1-2 meter.
18
2. Lavandula dentata
Medium tanaman jenis ini biasanya ialah
tanah normal hingga berpasir. Spesies ini
biasanya ditanam di dalam pasu untuk
diletakkan di pekarangan rumah. Warnanya
kelabu kehijauan dengan daunnya yang
berbau harum. Ukuran jenis ini termasuk
ukuran sedang dengan tinggi sekitar 60-90
cm dan bunganya mampu mekar hingga
ketinggian 70 cm.
19
Bunganya berwarna lilac
sedangkan daunnya berwarna
hijau kelabu berbentuk
tombak dengan tepi bergigi.
Dikenali juga dengan sebutan
bunga lavender Perancis.
20
3. Lavandula latifolia
Disebut juga sebagai lavender jarum
atau lavender Portugal. Termasuk
tumbuhan semak berukuran sedang
yang boleh tumbuh hingga 1 meter.
Daun daripada lavender ini bertulang
sejajar dengan warna hijau. Warna
bunganya ungu kebiruan dan berbau
seperti kapur barus. Banyak diekstrak
sebagai ubat pengusir nyamuk.
21
Lavender Portugal ini akan mekar
sepanjang bulan Jun-September.
Tempat tumbuhnya di ketinggian 500-
1300 meter di atas permukaan laut.
Kandungan minyaknya akan semakin
banyak bila ditanam di dataran tinggi.
Cara pembiakannya adalah dengan
penyebaran biji yang dikeringkan.
22
4. Lavandula multifida
Asalnya dari kepulauan Maltis, tapi
lebih dikenal dengan lavender
Mesir. Bunga dengan batang
berwarna kelabu berbulu ini
merupakan populasi tersembunyi
di Sungai Nil. Rumpun bunganya
berwarna ungu violet dan waktu
mekarnya antara bulan Mei hingga
September. Tumbuh hingga
panjangnya mencapai 100 cm
dengan warna kelabu kebiruan.
23
Jika dipegang terasa seperti
ada bulu-bulu halus pada
tangkainya. Selain bunga,
tumbuhan ini juga ditumbuhi
daun-daun runcing seperti
duri tetapi tidak menusuk.
Boleh ditemui dalam berbagai-
bagai warna antaranya ungu,
violet biru, dan biru tua.
24
5. Lavandula stoechas
Sering juga disebut sebagai lavender
kupu-kupu dan lavender Sepanyol. Pada
hujung atas bunganya yang mengarah ke
atas terlihat seperti kupu-kupu atau
telinga runcing. Musim mekarnya adalah
pada musim bunga hingga akhir musim
panas. Tumbuh cukup tinggi hingga 100
cm seperti tumbuhan rosemary.
25
Bunga berwarna pink dan ungu dan akan
mekar pada awal musim panas. Daun
Lavandula stoechas memiliki ukuran
panjang 1-4 cm dengan warna kelabu.
Akibat wangi dan warnanya, jenis ini
kerap menarik perhatian kupu-kupu.
Banyak ditemui di pesisir timur Sepanyol,
Perancis, Itali, Yunani, Bulgaria, hingga
Turki.
26
6. Lavandula x intermedia
Bunga yang merupakan hasil
perkawinan silang antara
lavender Inggeris dengan
lavender Portugis ini memiliki
nama lain iaitu lavandin atau
lavender spike.
Teksturnya lebih lembut
daripada kebanyakan lavender,
tetapi kelopaknya lebih banyak
dan lebih rimbun daripada
kebanyakan lavender.
27
Mampu hidup dengan
ketinggian mencapai 1 hingga 2
meter dan bahagian bunganya
sekitar 90 cm. Tanaman ini
boleh hidup di negara beriklim
dingin yang cukup hangat.
28
7. Salvia officinalis
Berbeza daripada jenis bunga lavender
sebelumnya, bunga lavender yang satu
ini berasal daripada genus Salvia.
Tersedia dalam beragam warna mulai
daripada warna ungu, putih, dan merah
muda (pink). Bunga yang cantik ini mekar
pada akhir musim bunga atau akhir
musim panas.
29
Tinggi tanaman ini mampu mencapai 60
cm dengan daun berbentuk lonjong
dengan ukuran 6,4 cm x 2,5 cm (p x l).
Warna daunnya cukup unik iaitu hijau
kekelabuan serta terdapat bulu-bulu
halus.
30
8. Salvia apiana
Bunga lavender daripada kumpulan
Salvia ini dikenali juga dengan nama
lavender putih. Perkataan “apiana”
bermaksud lebah. Salvia apiana juga
wujud dalam warna merah muda. Bunga
lavender yang unik ini akan mekar saat
musim bunga tiba.
31
Dengan ketinggian batang sekitar 1 - 5
meter, bunga ini sesuai untuk menghiasi
pekarangan rumah anda. Daun yang
berwarna hijau kekelabuan menambah
kesan cantik namun klasik. Salah satu
keunggulan spesies lavender ini iaitu
adanya kandungan minyak dan resin atau
getah pada bunganya yang menciptakan
aroma yang kuat saat anda
menggosoknya.
32
5 Manfaat
Menanam Bunga
Lavender di
Rumah
33
1. Sebagai pengusir nyamuk
Bunga lavender telah lama dikenali
sebagai tanaman pengusir nyamuk.
Aroma bunga lavender mengandungi
linalool dan linalyl asetat yang tidak
disukai oleh nyamuk.
34
2. Sebagai haruman semula
jadi
Bunga lavender mempunyai aroma
yang kuat. Satu pot kecil sahaja sudah
mampu membuat penjuru ruangan
terasa lebih harum. Letakkanlah bunga
lavender di ruang tertentu. Selain itu,
bunga lavender boleh diekstrak dan
diolah menjadi sabun organik yang
wangi sepanjang hari.
35
3. Memberikan rasa tenang
Bukan sahaja wangi malah aroma bunga
lavender mengandung
antineurodepresive. Hasilnya anda akan
berasa tenang dan relaks ketika menghirup
aroma tersebut. Bunga ini boleh diletakkan di
kamar tidur untuk membantu anda
beristirahat setelah melewati hari yang
melelahkan. Selain menenangkan, aroma
bunga lavender mampu mengatasi stres,
membuatkan anda tertidur lebih cepat,
bahkan mengatasi insomnia!
36
4. Dimanfaatkan untuk merawat
tubuh
Bulu-bulu halus pada daun bunga lavender
mengandungi pati minyak yang boleh
diekstrak dan dimanfaatkan untuk merawat
tubuh. Ketika dioleskan di kulit kepala,
minyak bunga lavender boleh menjadikan
rambut tumbuh lebih lebat, mencegah
keguguran rambut , mengatasi kelemumur,
hingga mengatasi masalah kutu pada
rambut. Tidak hanya rambut, minyak bunga
lavender juga mampu mengembalikan
keseimbangan pH kulit ketika dioleskan
pada kulit.
37
5. Diminum sebagai teh
Jika diminum secara teratur, teh ini mampu
meningkatkan kekebalan tubuh,
mendetoksifikasi, serta menyihatkan
saluran pencernaan dan pernafasan.
Apalagi, bunga lavender mengandungi
sebatian polifenol yang mampu
mengelakkan radikal bebas dan mencegah
pertumbuhan sel kanser.
38
Bunga Lavender ini memiliki beberapa
10 manfaat kandungan yang bermanfaat bagi tubuh
bunga
Lavender badan dan kulit seperti Nerol, Lavandulol,
untuk Geraniol, Limonene, Camphene, Alokasi
kesihatan Ocimene, Linalool Asetat dan
Monoterpene Hidrokarbon. 39
1. Mengatasi Insomnia
Insomnia ialah gangguan tidur
selama tempoh yang munasabah.
Penghidap insomnia biasanya
merungut kerana tidak berupaya
menutup mata atau "merehatkan
minda". Oleh itu, minyak bunga
lavender merupakan pilihan yang
tepat.
40
2. Mencantikkan
Rambut
• Memiliki rambut yang sihat dan
kuat merupakan keinginan semua
wanita. Oleh itu, anda boleh
menggunakan bunga lavender
sebagai bahan untuk merawat
rambut. Manfaat daripada minyak
lavender mampu membasmi kutu
pada rambut. Bukan itu sahaja,
lavender juga mampu menguatkan
akar rambut dan mengatasi
keguguran rambut, serta
meningkatkan pertumbuhan
rambut.
41
3. Mengubati Diabetes
Kandungan antioksidan
radikal yang dimiliki lavender
dipercaya mampu mengatasi
penyakit diabetes. Polifenol
dari lavender dapat
mencegah munculnya radikal
bebas dan sel-sel yang akan
menimbulkan penyakit
berbahaya. Anda boleh
minum teh bunga lavender
agar gula dalam darah tetap
stabil.
42
4. Penghilang Stres
Aroma bunga lavender
bukan sahaja harum tetapi
juga menenangkan.
Aromanya mengandungi
antineurodepresive yang
dapat memberikan kesan
relaksasi. Bahkan, kesan
daripada penggunaan
aromaterapi bunga lavender
pada malam hari dapat
membantu tidur lebih cepat
dan nyenyak.
43
5. Perawatan Kulit 44
Kandungan Antioksidan daripada
lavender boleh mengurangkan
pertumbuhan bakteria yang
menyebabkan jangkitan kuman dan
pengeluaran kelenjar minyak secara
berlebihan. Bekas luka yang
ditinggalkan oleh jerawat dapat
dikurangkan dengan penggunaan
minyak lavender. Menambahkan
beberapa titis minyak lavender pada
pelembap atau air yang disapu pada
wajah dapat mengurangkan jerawat
dan bekas luka.
6. Baik untuk Kekuatan Imun Badan
Memiliki kandungan antikulat
yang kuat terhadap kulat yang
bertanggungjawab atas infeksi
kulit dan kuku yang umum.
Lavender memiliki sifat
antibakteria dan antivirus,
yang melindungi tubuh
daripada penyakit seperti tibi,
demam kepialu, dan difteria.
45
7. Pencegah Kanser
Antioksidan yang dimiliki
oleh lavender bukan
sahaja boleh mengubati
luka ringan tetapi boleh
juga mencegah munculnya
radikal bebas dan sel-sel
kanser di dalam tubuh.
Jika teh lavender atau
minuman lavender yang
lain diminum secara rutin
dipercayai anda akan
terhindar daripada
penyakit ganas ini.
46
8. Mengurangkan rasa cemas 47
Penggunaan bunga
lavender sebagai
aromaterapi boleh
membuatkan perasaan
kita menjadi lebih
tenang. Oleh itu, sangat
baik jika anda memiliki
aromaterapi lavender di
rumah. Selain boleh
mengusir nyamuk, ia
juga boleh membuatkan
sesuatu ruangan
menjadi nyaman.
9. Ubat
Meredakan
Rasa Sakit
Minyak lavender boleh
dijadikan sebagai ubat
sapu penghilang
ketegangan otot, perut
kembung dan sakit lain
kerana kandungan minyak
yang dimiliki.
48
10. Menjaga Kesihatan
Jantung
Minum teh lavender
yang tidak
mengandungi lemak
dan kolesterol dapat
membuatkan jantung
lebih sihat. Teh ini juga
mampu menjaga
kekebalan tubuh agar
tidak mudah terkena
penyakit.
49
Kesimpulan
Ternyata bunga lavender
bukan sahaja cantik
dipandang mata malahan
mempunyai manfaat
seribu guna. Ayu,
manfaatkan ciptaan
tuhan ini.
50