Sihat mengikut Rasulullah
1
Sihat mengikut Rasulullah
KANDUNGAN
Pengenalan
Rutin Sihat Rasulullah
Pemakanan Sihat Rasulullah
Gaya Pemakanan Sihat Rasulullah
Makanan Pilihan Rasulullah
Minum Mengikut Sunnah
Cara Minum Mengikut Rasulullah
Minuman Kegemaran Rasulullah
Rahsia Senaman Islam : Gerakan Solat
Amalan Selawat, Bacaan dalam Solat dan Doa
Menyembuhkan Penyakit
PENGENALAN
2
Sihat mengikut Rasulullah
PENGERTIAAN SUNNAH
Sunnah menurut bahasa ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau
tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata:
"Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata
kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang
mati syahid".
Mengikuti Sunnah Rasulullah
Kesempurnaan Rasulullah S.A.W sebagai kekasih Allah tiada tolok
banding menjadi ikutan Muslim seantero dunia termasuk diet makanan
Baginda. Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana
pandai menjaga makanannya sehari-hari. Jom ikuti pembacaan anda
tentang tips cara sihat gaya Rasulullah.
RUTIN SIHAT RASULULLAH
3
Sihat mengikut Rasulullah
1. Bangun Subuh.
Rasulullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum
Subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat Subuh
berjamaah.
Perkara ini memberi banyak hikmah antaranya ialah :
Berlimpah pahala dari Allah.
Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk kesihatan misalnya
untuk terapi penyakit TB.
Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa.
Dengan bangun pagi, fikiran dan perasaan juga biasanya lebih segar
dan rileks. Bangun Subuh juga dapat mencegah stroke dan tekanan
darah tinggi yang umumnya kerap terjadi pada waktu itu kerana
sempit pembuluh darah. Di luar itu sebenarnya terkait asupan awal
yang di terima tubuh, iaitu udara segar.
Waktu Subuh adalah sangat baik kerana kaya oksigen dan relatifnya
masih bersih tak dikotori unsur lain seperti asap kenderaan dan
perindustrian. Udara yang baik tentu saja berguna untuk metabolisme
tubuh dalam beraktiviti untuk sepanjang hari.
2. Aktif Menjaga Kebersihan.
4
Sihat mengikut Rasulullah
Rasulullah SAW sentiasa rapi & bersih, setiap hari khamis atau Jumaát
beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku,
bersisir dan berminyak wangi.
3. Gemar Berjalan Kaki.
Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad,
mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki,
peluh akan mengalir, paru-paru terbuka dan peredaran darah akan
berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
4. Tidak Pemarah.
Nasihat Rasulullah SAW: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini
menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak
pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan
dan kesihatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila
duduk maka berbaring.
Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim),
kerana marah itu dari Syaitan.
Segeralah berwudhuk.
Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan
kegundahan Hati.
5
Sihat mengikut Rasulullah
5. Optimis Dan Tidak Putus Asa.
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi
kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras,
serta tawakal kepada Allah SWT.
6. Tak Pernah Iri Hati
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental maka
menjauhkan sikap iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat
tepat. Kecuali untuk iri kepada 2 perkara:
Iri kepada orang yang memiliki harta yang melimpah tapi tidak
lokek untuk menafkahkan hartanya dijalan kebaikan.
Iri kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tapi
tidak kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain siapa
pun tanpa pilih kasih.
6
Sihat mengikut Rasulullah
PEMAKANAN SIHAT RASULULLAH
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah
Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat
bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah,
dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem
tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu
makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti
makanan yang masuk ke perut mesti dikawal. Nabi Muhammad ada
menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’
Antara Gaya Pemakanan Sihat Rasulullah:
7
Sihat mengikut Rasulullah
8
Sihat mengikut Rasulullah
Rasulullah Gemarkan Makanan Lembut
Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru
sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti
Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan
tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya
‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang
seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur
atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini,
mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan
tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.
Makan Sayur Pada Malam Hari
Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan Rasulullah SAW.
Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al
makki dan sanut (jenis sayuran).
Rasulullah SAW biasanya tidak langsung tidur setelah makan malam,
melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di makan
masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna,
caranya juga boleh dengan solat sunat.
9
Sihat mengikut Rasulullah
Sabda Rasullulah SAW :
Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan solat,
serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat
membuat hati kalian menjadi keras (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)
Tidak Pernah Makan Banyak
Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan
sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai
kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk
udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan
adanya Puasa di bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
Tidak Makan Makanan Terlalu Panas
Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan
panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet
atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan
kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman
berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi
mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
Postur Badan Yang Baik Ketika Makan
Rasulullah s.a.w duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’,
iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan
telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika
pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil
10
Sihat mengikut Rasulullah
bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan
sambil bersandar.” Baginda juga melarang minum sambil berdiri,
kecuali jika dalam keadaan terpaksa.
Tidak Mencela Makanan
Rasulullah tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau
kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika
berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
Tidak Makan Ikan Dan Daging Dalam Masa Yang Sama (Hasil
Darat Dan Hasil Laut Diasingkan)
Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup
daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan
laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun,
percampuran makanan ini ( antara makana darat dan makanan
laut ) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh membahayakan
kesihatan.
Tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau
ayam.
Baginda pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada
makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan
mudah mendapat penyakit.
Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan
bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala
dalam makanan laut mempunyai ion negatif. Jika kedua-dua jenis
makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia
yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan
usus menjadi rosak.
11
Sihat mengikut Rasulullah
Jangan Makan Buah Beserta Susu
Dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para saintis telah menemui
bahawa adalah baik untuk menikmati khasita susu bersama jus buah
berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan
dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis
susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh
menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh
mnyebabkan gastrik.
Tidak Meninggalkan Makan Malam
Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan makan malam.
Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah
usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam
adalah sebelum Maghrib.
Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia
lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah
sekarang!
12
Sihat mengikut Rasulullah
MAKANAN PILIHAN RASULULLAH
13
Sihat mengikut Rasulullah
Semanis Madu Sunnah
Rasullulah
Madu? Macam suspen je tajuk kali ini. Bagi sesetengah wanita, mereka
alah pada perkataan madu dan ia adalah sesuatu yang sensitif untuk
dibicarakan. Sebenarnya madu yang saya maksudkan bukanlah
madu yang sesetengah orang bayangkan tapi madu yang mahu saya
cerita kali ini ialah tentang madu lebah asli dan khasiatnya pada
kanak-kanak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar
seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur’an, Baginda
bersabda :
"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat
penyembuh yaitu madu dan al-Qur’an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
14
Sihat mengikut Rasulullah
Antara khasiat madu lebah asli :
Meningkatkan kekuatan tenaga fizikal.
Mencerahkan mata, memutihkan dan menguatkan gigi.
Mencerdaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
Madu dan sarang lebah madu merupakan bahan asas kepada
krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
Mempercepat penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan
dan meningkatkan daya ketahanan badan.
Menghilangkan panas badan, batuk, selsema, meredakan urat
saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung,
mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan
kerongkong serta menghilangkan serak suara.
Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem
pencernaan. Madu lebah juga merupakan bahan peneutral
yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan
lemak dalam sistem tubuh.
Madu lebah mempunyai kemampuan untuk menarik dan
menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab
untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut.
Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas
(oleskan).
Madu lebah adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia
membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan
dan menambah tenaga
Memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang
menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada
otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan
tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka
terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat
mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah
pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan
kawasan yang terbakar.
15
Sihat mengikut Rasulullah
Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya
hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan boleh
merawat penyakit kuning di kalangan anak-anak yang baru lahir.
Bahan Mineral & Vitamin Dalam Madu Lebah
Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu lebah amat
diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin
yang terdapat dalam madu lebah:
VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap
penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
VITAMIN B
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan,
pencernaan, menjaga selaput mata, dan membantu proses
metabolisma.
VITAMIN C
Membantu mempercepat penyembuhan luka, menjaga sistem
kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik)
dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus,
menjaga kesihatan tulang dan gigi.
16
Sihat mengikut Rasulullah
VITAMIN E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot,
melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan
pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan
struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai
antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit
jantung dan melambatkan penuaan.
VITAMIN K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini
membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan
jahitan. Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam madu lebah
dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.
Sunnah Rasulullah Kismis
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis
merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia
tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu.
Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan
sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk
17
Sihat mengikut Rasulullah
kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi
tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh
yang lama.
Khasiat dan Kegunaan Kismis:
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins,
bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi
perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan
pereputan gigi.
Sunnah Rasulullah Buah Delima
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak
mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
18
Sihat mengikut Rasulullah
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Antara khasiat buah delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
Membaikpulih fungsi hati dan limpa
Mencuci buah pinggang dan salur kencing
Membantu penghadaman
Membuang lemak-lemak berlebihan
Menambah tenaga
Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah
tenaga batin
Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat
lain seperti:-
Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah,
mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang
menjadi punca penyakit jantung
Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit
tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc
setiap hari selama 2 minggu
Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun
terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima
dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak
lagi khasiat lain .
19
Sihat mengikut Rasulullah
Kurma Diangkat Tinggi
Rasulullah
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai
kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma
lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala
kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan
kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di
dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Antara khasiat buah kurma:
20
Sihat mengikut Rasulullah
Mempunyai kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua
kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.
Memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya
sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang
berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan
dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.
Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf
terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan
tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk
mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres,
sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.
Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan
dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada
masalah barah usus.
Sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan
kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat
menambahkan air susu.
Membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan
dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.
21
Sihat mengikut Rasulullah
Allah Bersumpah Dengan
Buah Tin
Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di
atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin
dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada
beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan
kelebihan buah-buah ini.
Diantara kelebihan buah tin:
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas
buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi
pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda:
”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga,
nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak
berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan
penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
22
Sihat mengikut Rasulullah
Khasiat Buah Tin.
Buah Tin kering jmembekalkan enam kali lebih banyak kalori
daripada buah yang segar.
Pengeringan buah teen mengakibatkan pemekatan nutrisi
didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan
protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral terutamanya
kalsium, zat besi dan potasium.
Mempunyai kandungan sodium sangat rendah.
Menyembuhkan penyakit Buasir
Menhilangkan sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
Melegakan batuk yang berpanjangan
Melawas kencing
23
Sihat mengikut Rasulullah
CARA MINUM SIHAT
RASULULLAH
Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
Tidak Minum Selepas Olahraga
Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan
olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau
sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk
kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai
aktiviti berat atau makan, kemudian minum.
Minum Dengan 3 Kali Nafas
Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu
hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga
kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih
menyihatkan.”
24
Sihat mengikut Rasulullah
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan
bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah
menghisap air yang sedang diminum.
Tidak Bernafas Dalam Gelas
Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis
bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di
dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari
bibir.”
Membaca Bismillah
Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila
makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah)
dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia
banyak keberkatan dari segi kesihatan.
25
Sihat mengikut Rasulullah
AIR KEGEMARAN
RASULULLAH
Air Zam-Zam : Qhazanah
Tunggal Umat Islam
Air Zam-Zam Sebagai Penawar - Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda mengenai air zam-zam sebagai penyembuh;
“Air yang paling baik di permukaan bumi adalah air Zam-Zam. Ia
mengandungi makanan yang bergizi dan MENYEMBUHKAN penyakit”.
(Riwayat At Tabrani)
Sifat Air Zam-Zam
Bersifat alkali tanpa perlu diproses -merupakan air semulajadi
bersifat alkali paling tinggi sifatnya di dunia.
26
Sihat mengikut Rasulullah
Pelbagai kajian dijalankan bagi memperincikan keunikan Air Zam-Zam
dalam mempengaruhi kesihatan individu. Berikut merupakan kelebihan
Air Zam-Zam
Rahsia Kelebihan Air Zamzam
1. Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
2. Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
3. Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
4. Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada
pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya,
kewujudan Baitullah di bumi itu.
5. Antara mata air syurga.
6. Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
7. Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah
Haram Makkah.
8. Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
9. Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
10. Minuman orang mulia (al-abrar).
11. Menambah kekuatan badan.
27
Sihat mengikut Rasulullah
Susu Kambing & Sunnah
Rasulullah
Susu kambing merupakan sunnah nabi kerana susu kambing
merupakan minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah. Semasa
peristiwa Israk Mikraj juga nabi telah disediakan dengan 3 jenis
minuman iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu
kambing.
Surah Al Nahl, ayat 66:
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh
pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu
daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara
hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang
mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang
meminumnya.
Susu kambing lebih elok berbanding dengan susu lembu. Ini kerana
susu kambing adalah minuman yang lebih berzat berbanding dengan
susu lembu. Seringkali terdapat pelbagai rungutan tentang kesihatan
yang kedengaran akibat meminum susu lembu.
Antara gangguan kesihatan akibat kerap meminum susu lembu:
Kegemukan
Asma
28
Sihat mengikut Rasulullah
Infeksi paru-paru
Alergi
Tuberkulosis.
Rahsia Senaman Islam :
Pergerakan Solat
29
Sihat mengikut Rasulullah
Terdapat lebih daripada 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa
daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran
semasa gerakan solat. Cuba kaji pergerakan -pergerakan yang di
lakukan dalam semasa solat setiap hari.
1. Niat
Niat itu adalah amalan hati, dan hati adalah kunci utama amalan kita.
Dapat meningkatkan konsentrasi dan tumpuan minda kita. Niat
sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri betul
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh
tertumpu pada kedua-dua belah tapak kaki secara seimbang. Secara
ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti
bawah menerima serta menampung beban badan secara rutin.
Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bengkok serta fikiran
dapat dikawal dan lebih fokus.
30
Sihat mengikut Rasulullah
3. Takbiratul Ihram
Secara kasarnya kita akan berdiri tegak,kemudian mengangkat
tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat.Pada masa yang
sama,kita akan membesarkan rongga dada manakala paru-paru
akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan
4. Membaca Surah Al-Fatihah
Pandangan mata ke tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian
belakang berasa tenang dan rehat. Menimbulkan konsentrasi serta
melahirkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan,
getaran vokal panjang dapat merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar
pineal, kelenjar adrenal & paru-paru serta mempertingkatkan
perjalanan anggota berkenaan.
5. Ruku’
31
Sihat mengikut Rasulullah
Ketika ruku' dengan badan membengkok ke hadapan dan kedua
tangan diletakkan di atas lutut serta punggung dalam keadaan
mendatar,ianya akan menggerakkan ruas-ruas tulang
punggung,tulang leher,tulang pinggang supaya berasa lebih bebas.
Ruku’ merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha, betis.
Darah di pam ke badan atas. Melembutkan otot perut dan buah
pinggang. Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal,
memberi tekanan kepada pundi kencing oleh tulang belakang dan
tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan
mencegah gangguan prostat.
6. I'tidal
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali
ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu
sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan
ketegangan.
7. Sujud
32
Sihat mengikut Rasulullah
Semasa sujud pula,seluruh badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot
kedua-dua tangan ,kaki,dada ,perut,punggung,leher dan otot-otot
kaki. Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan
dapat mengelak perut buncit. Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari
menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena.
Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih lancar
dan mudah.
8. Duduk antara dua sujud
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak
di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati
jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Posisi
tubuh badan ini membantu penghadaman degan menekan
kandungan perut ke bawah.
9. Duduk tahiyat akhir
Menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang
dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis
meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran
dengan mengeluarkan mineral dan garam2 yang mungkin ada pada
lipatan paha.
33
Sihat mengikut Rasulullah
10. Membaca tahiyat akhir
Duduk ketika membaca tahiyat akhir adalah jelas bahawa tahiyat
akhir hendaklah dibaca ketika keadaan duduk, bukan berdiri.
Disunatkan duduk secara tawaruk iaitu duduk dengan menghulurkan
kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Duduk iftirash ni
memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh.
12. Selawat kepada nabi dalam tahiyat akhir
Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang
melalaikan.
12. Salam
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna
bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman
ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.
13. Tertib
Tertib adalah rukun yang merangkumi keseluruhan rukun solat iaitu
memastikan segala perlakuan rukun berada pada turutan yang betul
satu demi satu dan yang mana dahulu didahulukan serta yang
kemudian dilakukan kemudian, jika tidak solat itu akan terbatal
34
Sihat mengikut Rasulullah
Jika dilihat dengan jelas,kesemua pergerakan yang dilakukan secara
tidak sedar itu ,ianya membantu seseorang untuk memastikan
kesihatan tubuh lebih terjamin tanpa perlu bersenam berjam-jam di
tengah panas.Namun ianya perlu dilakukan dengan sempurna untuk
mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tersebut.
35
Sihat mengikut Rasulullah
Amalan selawat, bacaan dalam
surah dan doa rasulullah dalam
menyembuhkan penyakit
Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW dapat lagi kita menjalani kehidupan pada hari ini
dan seterusnya dengan nikmat-nikmat yang tidak terkira dan tidak
terhingga diatas nikmat kesihatan yang dikurniaNya.
selawat
SELAWAT SYIFA PENYEMBUH PENYAKIT
Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan
mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu
daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan
penyakit.
Bacaan dalam surah
36
Sihat mengikut Rasulullah
SURAH AL-BURUUJ PENAWAR PENYAKIT PERUT
Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-
sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau
penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.
SURAH QAAF PENYEMBUH PENYAKIT TULANG
Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan
Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan
dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang
patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)
SURAH AL-ISRAA’ PENAWAR PENYAKIT JANTUNG
Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit
jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.
Surah al-anfaal ubat antibiotiks
Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus
atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama
seperti ubat-ubat antibiotiks.
Surah ah nahli menguatkan badan
Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga
kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi
dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan
kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang).
Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman
pesakit.
37
Sihat mengikut Rasulullah
Surah al-anbiyaa’ merawat darah tinggi
Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah,
Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah
tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
Surah yusof merawat masalah kaum lelaki
Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah
tenaga batin untuk kaum lelaki.
Surah Maryam merawat masalah kaum wanita
-Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit
fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.
SURAH AD-DHUHA PENYEMBUH PENYAKIT
DALAMAN
Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 dalam Al-Quran terdiri dari
11 ayat. Dibaca sebagai doa penyembuh penyakit jantung yang
lemah dan masalah penyakit dalam badan - dibaca 25 kali pada
segelas air dan diminum oleh orang yang sakit. InsyaAllah. Lakukan
selepas setiap kali solat wajib.
SURAH fatah merawat penyakit buah pinggang Ayat-ayat
dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura,
Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit
buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.
Surah al-fussilat mengelak gangguan sihir
Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-
Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk
penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu
38
Sihat mengikut Rasulullah
pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual
illness".
Selain dari penyakit yang disebut di atas, didapati penyakit seperti SLE,
sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit
(psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression)
boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.
Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu diubati termasuklah
anak-anak yang mengalami penyakit down-syndrome, penyakit
"learning disability", penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain.
DOA
DOA MERAWAT PENYAKIT
Maksudnya:
39
Sihat mengikut Rasulullah
Ya Allah! Tuhan manusia, yang menghilangkan kesusahan,
sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan. Tidak ada yang
menyembuhkan selain Engkau, penyembuhan yang tiada
meninggalkan sebarang penyakit.
Amalan
Daripada Aisyah r.h.a. bahawa Nabi s.a.w. selalu membentengi kaum
keluarganya dengan menyapu tangan kanannya seraya berdoa (doa
di atas).” (al-Jami’ al Sahih al-Bukhari no, 5411
Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita
sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan
penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah dengan
selawat, bacaan dan doa kita yang bersungguh-sungguh dan tanpa
jemu akan dimakbulkan Allah dan disembuhkan kita penyakit dan
mendapat kesihatan yang diingini dengan izinNya. InsyaAllah,
40