PSS SMK Tanjung Adang
membawakan anda…
PSS SMK Tanjung Adang
1
PAMERAN BERTEMA
Pesta Kaamatan
&
Hari Gawai
PESTA KAAMATAN
3
“Pesta Kaamatan atau nama lainnya Tadau Kaamatan atau di dalam
bahasa Kadazan Magavau merupakan upacara perayaan khas
untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati
semangat padi. Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan merupakan
upacara perayaan khas untuk menghormati semangat padi.
Pesta ini adalah amalan tradisi Kaum Kadazandusun Murut dan
disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.
4
Tarian Sumazau
Tarian unik dengan iringan paluan gong ini ditarikan dengan
kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan
umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang
dimainkan
5
Unduk Ngadau Kaamatan
Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari
perkataan "tunduk tadau" atau “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang
dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.
Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari
Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat
Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar
Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang.
Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan
dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan
diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.
6
Makanan dan Minuman
Kinomol Noonsom Nasi Linopot Ambuyat
Air Tapai yang Jeruk buah Nasi yang
diperbuat dari Mambangan dibungkus Hidangan yang
diambil dari
beras dengan daun
bahagian batang
sagu sawit.
7
Pakaian Tradisi
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari
Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar
souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang
disebut siga. Wanita memakai baju pendek
sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik
dilengkapi tali pinggang himpogot.Baju tradisional
suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu
hitam berhias rendakuning keemasan. Lelaki
memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan
wanita memakai siung dari anyaman buluh halus
bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri
gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.
8
Ritual Keagamaan
Obolian Odu Miada Gumarang berkongsi bahawa Kaamatan mempunyai tujuh upacara
⋄iaitu:
Mamayayat/Mogkodim Pouli Bambarayon (Permulaan panggilan pulang untuk
⋄ Bambarayon)
Magahau (Magavau), Mongondut/Mongombos (Humabot) om Modsoluhut do
Bambarayon (Misi mencari dan menyelamat)
⋄ Mamabas (Meredakan)
⋄ Momodsu (Pembersihan atau penyucian)
⋄ Monoguli (Pemulihan)
⋄ Monumad (Memberi makan)
⋄ Moginakan Kopiobpinaian om Karayahan doid Kinoingan (Hari raya perjumpaan
dan kesyukuran kepada Tuhan)
9
HARI GAWAI
“Hari Gawai, atau Festival Gawai Dayak, adalah festival penting
masyarakat Dayak di Malaysia yang terdiri daripada suku Bidayuh,
Kenyah, Iban, Murut, Kayan, dan Kelabit. Gawai bermaksud pesta.
Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta Dayak. Gawai Dayak
merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan
berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim
menanam padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-
pesta tradisi dan social.
11
Asal Usul Hari Gawai
Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang
bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Mereka
mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan
bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb
Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada
akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung atau ngiling tikar.
Penanaman padi adalah aktiviti utama kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala
lagi kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya musim
menuai padi, kaum Dayak akan memiliki banyak beras. Jadi, sesuailah masanya
untuk mereka meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan
12
Sambutan Hari Gawai
Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang bermula
dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Mereka mempunyai
beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama
perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat
secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil
menggulung atau ngiling tikar.
13
Kumang Gawai
Kumang Gawai merujuk pada Pertandingan Ratu Cantik
yang dianjurkan semasa perayaan Hari Gawai. Pekit
Kumang merupakan satu pertanding di mana peserta akan
memakai pakaian tradisional perempuan kaum Iban,
Ngepan Iban.
Ngepan Indu Iban ini biasanya ada maksud yang tertentu
bagi setiap perhiasan yang dikenakan. Sekiranya,
pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia
boleh memberi kesan yang negatif kepada pakaian
tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara
permakaian yang salah boleh menyebabkan peserta gagal
dalam pertandingan tersebut..
14
Makanan dan Minuman
Nasi Merah Umai Ayam Pansoh Ikan Tempoyak
Diperbuat dari Ikan mentah yang Ayam yang
dibersihkan dan Ikan yang
bears yang diperap dengan dimasak dalam dimasak dengan
berbeza buluh.
limau, cili dan tempoyak.
berbanding bawang merah
beras biasa.
15
Pakaian Tradisional - Perempuan
Pakaian tradisonal wanita Iban, terbahagi kepada
tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong.
Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang
sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju
Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua
jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa
lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang
yang panjang dan sempit. Kain selempang ini
dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka
corak tenunan yang sangat halus.
16
Pakaian Tradisional - Perempuan
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu
Kain Sirat dan Dandong. Kain Siratdikenali juga sebagai
kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat
dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah
kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke
hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian
yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang
yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada
bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini
digunakan sebagai pembungkus barang-barang
persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong
diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
17
Ritual Keagamaan
Untuk memulakan upacara
⋄ Sajian akan dipersembahan kepada para dewa, seekor ayam akan dihayunkan di
atas kepala semua yang hadir.
⋄ Hanya orang-orang terhormat dijemput menyajikan bahan-bahan persembahan itu
ke dalam pingan tembikar atau bakul kulit buluh.
⋄ Mereka akan membuang separuh air tuak sebagai "pedara" dalam beberapa gelas
dan separuh lagi diminum oleh mereka sendiri.
⋄ Air tuak yang dibuang ke tanah itu adalah diberikan kepada para dewa, orang
kenamaan kayangan dan roh nenak-moyang untuk memberitahu upacara sajian
akan dilakukan.
⋄ Rendai akan ditaburkan untuk memberitahu upacara sajian bermula.
18
Sumber Rujukan
⋄ https://www.pnonline.net/post/apa-itu-taadau-kaamatan
⋄ https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/sabah.html
⋄ https://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan
⋄ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pekit_Kumang
⋄ https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai
⋄ https://sarawakvoice.com/2016/05/31/makna-dan-sambutan-gawai-bagi-masyarakat-dayak/
⋄ https://www.iloveborneo.my/sejarah-dan-info-menarik-mengenai-hari-gawai-dayak-di-
sarawak/
⋄ https://tvstv.my/2021/05/31/makanan-tradisi-hari-gawai/
⋄ https://rimbunanrantingsarawak.weebly.com/pakaian-tradisional-iban.html
19
Sumber Gambar
⋄ https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/348
⋄ http://evygurlz.blogspot.com/2011/07/tarian-sumazau-merupakan-sejenis-tarian.html
⋄ https://www.thepatriots.asia/tarian-sumazau-lambang-falsafah-etnik-kadazandusun-di-masa-silam/
⋄ https://www.facebook.com/ropuhanditanakwagu/photos/a.324512944594903/324513181261546/?type=3&is_lookaside
=1
⋄ https://www.reddit.com/r/MalaysianFood/comments/mohqii/nonsoom_bambangan_pickled_wild_mango_an_et
hnic/
⋄ https://www.mysabah.com/wordpress/linopot-of-sabah/
20
Terima kasih.
Pameran ini dibawakan khas
oleh PSS SMK Tanjung Adang
PSS SMK Tanjung Adang
21