TOMATO
HAFIYYA JANNAT I ADNIN BINTI HANAFI
TOMATO
HAFIYYA JANNATI ADNIN BINTI HANAFI
Johor Bahru
2021
PENGHARGAAN Terima kasih diucapkan kepada
ibu, babah dan adik-adik kerana
selalu berada di sisi Kak Long.
Kak Long sayang kalian.
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 3
ISI KANDUNGAN 4
PENDAHULUAN 5
ISTILAH TOMATO 7
TOMATO SEBAGAI TANAMAN BOTANI 8
SEJARAH PENANAMAN TOMATO 9
TOMATO & EROPAH 10
KHASIAT TOMATO 11
RUJUKAN 22
PENDAHULUAN
Tomato, rangam, ranti merah atau
nama saintifiknya Solanum
Lycopersicum ialah tumbuhan
spesies keluarga Solanaceae. Ia
ditanam untuk mendapatkan
buahnya yang ranum dan dimasak
sebagai sayur. Tomato berasal dari
benua Amerika, iaitu benua
Amerika Tengah, Selatan dan
selatan Amerika Utara dari Mexico
ke Peru. Tomato banyak terjual di
pasar-pasar termasuk pasar tani
dan pasar sayur. Tidak kira jika
anda melihat tomato sebagai buah
atau sayur, warnanya yang merah
itu penuh dengan khasiat. Tomato
merupakan makanan hebat yang
seharusnya diambil dalam kuantiti
yang banyak oleh kebanyakan
orang.
Tomato dirujuk sebagai makanan
fungsi, bukan sekadar memberi
nutrisi asas, namun manfaat
tambahan mencegah penyakit
kronik dan kelebihan kesihataan
lain disebabkan memiliki bahan
fitokimia seperti lycopene. Sebiji
tomato bersaiz sederhana (kira-
kira 123 gram) mengandungi 22
kalori, 0 gram lemak, 5 gram
karbohidrat (termasuk 1 gram
serat dan 3 gram gula) serta 1
gram protein. Tomato kaya dengan
vitamin A dan C serta asid folik,
mengandungi nutrein bermanfaat
dan antioksida termasuk asid
alfalipoik, lycopene, kolina, asid
folik, beta karotena dan lutein .
ISTILAH TOMATO
Perkataan tomato berasal dari istilah bahasa Nahuatl tomatl terbitan kata tomahuac yang
memberi maksud "benda kembung"; turunan serapan bahasa ini di Mexico kini lebih
merujuk kepada spesies serumpun iaitu tomatillo yang kecil dan kehijauan dibezakan
daripada xitomatl ("benda kembung berpusat") yang berwarna merah.
Nama ranti merah datang daripada perkaitan dengan penampilan buahnya yang
menyerupai buah pokok ranti yang kebetulan berada dalam keluarga botani yang sama.
Nama saintifiknya lycopersicum, bermakna "persik serigala" (bandingkan dengan spesies
berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah serigala"). Antara spesies
lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang serta beberapa spesies beracun
lain.
TOMATO SEBAGAI TANAMAN BOTANI
Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh
mencapai ketinggian 1-3 meter dengan memaut pada pokok atau topang lain. Batangnya padat
dengan daun pokok tomato berbentuk pinat tersusun berpilin dengan panjang 10–25 cm dan
mempunyai 5-9 daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua
batang dan daun tomato agak berbulu.
Bunga tomato menjambak pada batang tomato bersaiz 1–2 cm diameter berwarna kuning,
dengan lima cuping bermata pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12 sekali.
Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan, ia secara botaninya dikelaskan sebagai
beri. Buah tomato boleh tumbuh baik sebiji, setangkai mahupun beberapa biji dalam segugus
mengikut baka. Saiznya berbeza mengikut jenis daripada 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis
yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza,
dengan warna merah yang paling popular. Warna merah itu disebabkan likopena, iaitu sebatian
karotenoid semula jadi yang memberikan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang
baik untuk kesihatan badan.
SEJARAH PENANAMAN TOMATO
Penanaman tomato bermula di benua Amerika. Semua baka tomato datangnya daripada
penanaman selektif leluhur asal pokok ini yang diberi nama saintifik
moden Solanum pimpinellifolium yang berasal dari Amerika Selatan. Penanaman ini mula
dikembangkan setelah dibawa dari situ ke selatan Mexico selepas 500 SM. Masyarakat Aztek
terutamanya menghasilkan pelbagai jenis baka daripada yang berwarna merah (xictomatl) hingga ke
kuning dan hijau (tomatl) seperti mana yang disaksikan Bernardino de Sahagun dalam perjalanan
rombongannya dari Sepanyol meneroka Dunia Baru. Paderi tersebut ada mencatat di dalam
bukunya bahawa buah ini banyak dimanfaatkan dalam masakan berkuah masyarakat ini. Ia
merupakan antara tumbuhan utama yang dibawa dalam pertukaran Columbus.
TOMATO & EROPAH
Penulisan pertama mengenai tumbuhan ini di Eropah mula ditulis oleh seorang ahli botani dari Itali,
Pietro Andrea Mattioli dalam makalah bertajuk Di Pedacio Dioscoride Anazarbeo Libri cinque Della
historia pada tahun 1544. Negara-negara utara benua Eropah amat sangsi dengan tahap
keselamatan pokok ini pada awalnya kerana ia mirip tumbuhan yang sekeluarga dengan
belladonna yang digunakan sebagai bahan membuat racun berbahaya. Hal ini diburukkan lagi
dengan masalah keracunan apabila seorang individu yang makan tomato kerana tindak balas
pinggan mangkuk piuter digunakan oleh golongan bangsawan dengan jus berasid buah tersebut
yang melarut resap timah hitam meracuni badan pemakan. Oleh itu, pada mulanya tomato ditanam
sebagai tanaman hiasan semata-mata. Tomato hanya mula digunakan dalam masakan di sesetengah
kawasan di Itali pada abad-abad ke-17 dan 18.
KHASIAT TOMATO
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang
mengandungi likopena juga boleh mengurangkan risiko
beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar
penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu
tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Kandungan airnya yang tinggi iaitu lebih daripada 90 %
menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan
toksin keluar daripada badan ketika berdiet. Asid alfa-lipoik
membantu tubuh menukar glukosa kepada tenaga. Sesetengah
bukti menyatakan bahawa asid berkenaan dapat membantu
mengawal gula dalam darah, memperbaiki vasodilatasi
(menambah diameter pembuluh darah) dan melindungi
daripada retinopati dalam kalangan pesakit diabetes,
memulihara tisu otak serta saraf. Lycopene ialah antioksida yang
memberi tomato warna merah yang kaya. Tomato mengandungi
80 peratus lycopene. Kandungan kolina dalam tomato
membantu tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan memori.
Pengambilan tomato secara berterusan dapat mengurangkan
risiko penyakit bahaya iaitu;
1. KANSER
Secara umumnya sumber antioksida dan vitamin C
termasuk tomato membantu memerangi pembentukan
radikal punca kanser seperti kanser prostat. Lycopene
dikaitkan dengan pencegahan kanser prostat dalam
beberapa kajian. Menurut Profesor Emeritus John Erdman
daripada Jabatan Sains Makanan dan Nutrisi Manusia di
Universiti Illinois, Amerika Syarikat, kajian membuktikan
epidemiologi dalam tomato dapat menurunkan risiko
kanser prostat.
2. SEMBELIT
Makan makanan yang tinggi kandungan air
dan serat seperti tomato membantu hidrasi
serta melancarkan pergerakan usus .
3. KULIT
Kolagen dan sistem sokongan kulit bergatung kepada vitamin C sebagai
nutrein penting yang bekerja dalam tubuh sebagai antioksida. Ia mencegah
kerosakan akibat cahaya matahari, pencemaran dan asap, kedutan dan
memperbaiki tekstur kulit.
4. TEKANAN DARAH
Mengekalkan pengambilan sodium (garam) yang rendah,
penting untuk menurunkan tekanan darah. Walau
bagaimanapun, peningkatan pengambilan potasium mungkin
sama. Tinjauan Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Nasional
mendapati bahawa terdapat dua peratus golongan dewasa
Amerika Syarikat memenuhi cadangan harian pengambilan
sebanyak 4,700 miligram potasium. Pengambilan tinggi
potasium dikaitkan dengan 20 peratus mengurangkan risiko
menemui maut daripada semua punca penyakit .
5. KANSER USUS
Pengambilan beta karotena memiliki kaitan dengan
perkembagan kanser kolon dalam kalangan
penduduk Jepun. Pengambilan tinggi serat daripada
buah-buahan dan sayur-sayuran dikaitkan dengan
risiko rendah kanser usus. Menurut Persatuan
Kanser Amerika (ACS), sesetengah kajian
menunjukkan bahawa mereka yang mengambil diet
kaya dengan tomato mungkin mempunyai risiko
rendah kanser prostat, paru-paru dan perut.
6. KESIHATAN JANTUNG
Serat, potassium, vitamin C dan kandungan kolina dalam tomato menyokong
kesihatan jantung. Satu peningkatan dalam pengambilan potassium bersama
pengurangan sodium ialah perubahan diet penting yang boleh dilakukan
untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Mengikut kajian Profesor
Madya Dr. Mark Houston, Pensyarah Klinikal Perubatan di Sekolah Perubatan
Vanderbilt dan Pengarah Institut Hipertensi di Hospital St. Thomas di
Tennessee mendapati individu yang mengambil 4,069 mg potassium sehari
mencatat 49 peratus kurang risiko kematian akibat penyakit jantung.
8. KEHAMILAN
Pengambilan asid folik yang mencukupi
dan terdapat dalam tomato penting untuk
wanita hamil bagi mengelak kecacatan
bayi.
8. KEMURUNGAN
Asid folik dalam tomato mampu mengatasi
masalah kemurungan dengan mencegah
lebihan homosisteina daripada terbentuk
dalam badan.
9. DIABETES
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mendapat diabetes jenis 1 yang
mengambil diet tinggi serat memiliki paras rendah gula dalam darah dan
diabetes jenis 2 mungkin dapat memperbaiki paras gula dalam darah, lipid
dan insulin.
PANDUAN 1. Celupkan anggur atau tomato ceri dalam
PENYEDIAAN humus atau dadih sebagai makanan ringan.
MAKANAN 2. Tambahkan hirisan tomato dalam sandwich
BERASASKAN dan roti pita.
TOMATO 3. Tambahkan hirisan tomato dalam tin (rendah
kandungan garam) ke dalam sos buatan atau
marinara sebagai sos pasta.
4. Gunakan hirisan tomato dalam tin atau puri
dalam sup.
5. Makan sekeping roti bakar dengan hirisan
avokado dan tomato.
6. Renjiskan cuka pada tomato, keju mozzarella
yang dihiris serta hiaskan dengan daun selasih
cincang.
7. Sediakan bruschetta ringkas (roti Itali bakar
yang diletakkan minyak zaitun dan biasanya
dihidangkan dengan bawang putih atau
tomato) sebagai pembuka selera.
RUJUKAN:
Harian Metro, Sabtu 6 Mac 2021.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tomato