BUAH
NAGA
ISI KANDUNGAN HALAMAN
2
BIL. ISI KANDUNGAN 3
1 Isi Kandungan 4
2 Pendahuluan 5
3 Buah Naga 6
4 Nama Lain 7
5 Bunga 8
6 Khasiat Buah Naga 9
7 Zat 11
8 Fakta Pemakanan Buah Naga 12
9 Jenis-jenis Buah Naga 16
10 Perbezaan Warna Isi 17
11 Keperluan Asas Tanaman Pokok Buah Naga 30
12 Manfaat Buah Naga 31
13 Cara Makan Buah Naga 36
14 Kesan Pengambilan Buah Naga Secara Berlebihan
15 Rujukan
PENDAHULUAN
• Buah naga ialah sejenis buah tropika yang memiliki bentuk yang unik kerana memiliki kulit
luar seperti duri.
• Rasanya yang manis dan masam itu membuatkan buah eksotik yang berasal dari Amerika
Tengah ini sering menjadi pilihan sama ada untuk dimakan atau dijadikan jus untuk
diminum.
• Namun tahukah anda, buah ini memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, karotena,
mineral dan fitoalbumin yang baik untuk kesihatan termasuk melambatkan proses
penuaan, mencegah kanser dan meningkatkan sistem imun badan?
• Buah naga cukup terkenal dengan kulit berwarna merah menyala serta isinya yang manis
dan berair menjadikan ia popular dalam kalangan penggemar buah-buahan tropika.
• Jika anda antara orang yang cukup menggemari buah unik ini, maka anda antara insan
bertuah. Hal ini kerana buah naga mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat untuk
kesihatan tubuh.
BUAH NAGA
• Mata naga atau buah naga ialah tumbuhan jenis kaktus yang tergolong dalam keluarga
Cactaceae. Ia daripada genus Cereus bermakna kembang malam, sesuai dengan bunga
mata naga yang hanya berkembang pada waktu malam. Ia ditanam secara komersial di
Vietnam, Thailand, dan Taiwan walaupun berasal dari Amerika Selatan.
• Nama lain mata naga ialah pitaya atau pitahaya (Amerika Selatan), dragon fruit (bahasa
Inggeris), manakala rakyat Thailand menggelar pitaya atau kaew mang kron, honey
fruit atau red dragon fruit (Amerika Syarikat) atau paw wong fa kor (China).
• Isi buah naga berwarna putih, merah, hitam dan kuning dengan taburan biji-biji yang
berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya seperti isi tembikai, manakala rasanya
pula seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai
dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.
NAMA LAIN
• Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus
orkid.
• Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus (isi putih)
dan Hylocereus polyrhizus (isi merah).
• Spesies lain yang kurang terkenal ialah Seleniereus megalanthus, yang mempunyai isi putih
dan berkulit kuning
BUNGA
• Bunga pokok naga mengeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar
yang bertindak sebagai agen pendebungaan.
• Bunga ini biasanya kembang hanya untuk satu malam dan selepas subuh, bunganya mula
kuncup.
• Yang menarik ialah kaktus ini berupaya menyimpan air. Tidak hairanlah buah naga
mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan
epal.
KHASIAT BUAH NAGA
ZAT
• Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan
fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi
merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan
karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan
risiko kanser.
• Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain.
Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus
grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan
baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam
tubuh.
Fakta Pemakanan Buah Naga
• Buah naga mengandungi sejumlah kecil ✓ Serat: 3 gram
nutrien. Ia juga merupakan sumber zat besi, ✓ Vitamin C: 3% daripada RDI
magnesium dan serat yang baik. ✓ Zat besi: 4% daripada RDI
• Berikut ialah fakta pemakanan untuk hidangan ✓ Magnesium: 10% daripada RDI
3.5 auns, atau 100 gram buah ini:
✓ Kalori: 60 • Dengan kandungan kalori yang rendah dan
kaya dengan antioksidan, menjadikannya
✓ Protein: 1.2 gram tambahan yang baik untuk diet penurunan
✓ Lemak: 0 gram berat badan.
✓ Karbohidrat: 13 gram
Fakta Pemakanan Buah Naga
• Menurut USDA, buah naga mengandungi penyakit.
sejumlah besar serat, lycopene, dan
karbohidrat serta vitamin larut air seperti • Selain itu, penyelidikan yang diterbitkan dalam
karoten, vitamin C dan vitamin B niasin dan Food Chemistry mencadangkan terdapat asid
riboflavin. lemak tak tepu (asid linoleik dan asid linolenik),
dan asid lemak omega-3 dan omega-6 dalam
• Kekayaan mineral buah ini juga tinggi dan biji buah ini.
termasuk magnesium, kalsium, fosforus, zat
besi, dan natrium. • Jadi, tidak hairanlah jika ia dianggap sebagai
buah yang sangat berkhasiat atau superfood.
• Buah ini juga dipercayai mengandungi
fitonutrien yang menghalang pelbagai
JENIS-JENIS BUAH NAGA 1. Buah naga putih
2. Buah naga merah
3. Buah naga hitam
4. Buah naga kuning
Perbezaan Warna Isi
Isi putih
• Buah naga dengan bahagian isi dalam berwarna putih ini ternyata
kaya dengan kandungan vitamin C dan antioksidan.
• Hal ini bermakna pengambilannya yang kerap boleh mencegah
masalah penuaan.
Isi merah
• Ia adalah salah satu jenis buah naga yang paling mudah
ditemui di kebanyakan tempat.
• Buah naga jenis ini ternyata kaya kandungan kalsium serta
fosforus.
• Meskipun memiliki rasa yang cenderung manis, pakar
kesihatan menyatakan bahawa warna merah memiliki
kandungan gula yang sedikit sehingga selamat untuk diambil
oleh pesakit diabetes.
Isi hitam
• Warna hitam pada buah naga hitam menunjukkan kandungan
beta karoten yang tinggi pada buah tersebut. Seperti yang
disebutkan sebelumnya, beta karoten merupakan
antioksidan yang dapat menjaga kekebalan tubuh dan
mencegah sejumlah kanser.
Buah naga kuning
• Tidak ramai yang tahu mengenai buah naga kuning. Buah ini
memiliki warna kulit kuning terang dengan sedikit duri dan
warna isinya cenderung sama dengan buah naga putih.
• Kandungan vitamin A di dalam buah ini lebih banyak sehingga
sangat baik bagi kesihatan mata.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
POKOK BUAH NAGA
MANFAAT
BUAH NAGA
1
Melambatkan proses penuaan
2
Mencegah kanser
Kandungan karotena menjadi agen anti kanser yang mengurangkan jumlah penghasilan
tumor. Selain itu, kandungan likopena dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.
Kajian baru-baru ini mengenai buah naga menunjukkan bahawa buah ini mungkin
mempunyai sifat antikanser terutama dalam kes kanser kolon. Bersama dengan kualiti
antioksidan vitamin C yang meningkatkan sistem imun, buah naga juga mengandungi
sumber antioksidan semula jadi. Menurut penyelidikan, karotena dan lycopene, yang terdapat
dalam buah-buahan ini adalah antioksidan kuat yang dikaitkan dengan beberapa ciri
antikarsinogenik.
3
Kencing manis dan diabetis
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membuat perut kenyang lebih lama selain
membantu menstabilkan tahap gula dalam darah. Penggunaan buah naga secara tetap
dikaitkan dengan pengurangan kadar gula dalam darah, yang bermanfaat untuk pesakit
kencing manis jenis 2 dan individu yang mempunyai prediabetes. Dalam kajian dan
penyelidikan pada tahun 2017, didapati bahawa prediabetes keseluruhan menunjukkan
penurunan kadar gula dalam darah yang ketara berbanding orang yang tidak makan buah
naga. Tambahan pula, prediabetik dengan pengambilan buah ini menunjukkan pengurangan
glukosa dalam darah yang lebih besar.
4
Meningkatkan sistem imun
Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan
sistem imun badan mencegah jangkitan penyakit dengan melindungi sel darah putih. Tahap
tinggi vitamin C yang terdapat di dalam buah ini membantu meningkatkan imuniti dan
merangsang aktiviti antioksidan lain di dalam tubuh. Menurut kajian penyelidikan pada tahun
2011, isi dan kulit putih dan merah mempunyai kandungan polifenol dan flavonoid yang
tinggi yang dapat membantu menghilangkan radikal bebas. Hal ini telah dikaitkan dengan
pencegahan percambahan sel-sel kanser. Antioksidan ini juga berfungsi untuk meningkatkan
kiraan platelet, dengan itu merawat denggi dan membantu pemulihan yang lebih pantas.
5
Kesihatan kardiovaskular
Antioksidan yang boleh didapati pada buah naga membantu
meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu
mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Selain itu, biji
buah naga juga mengandungi lemak omega-3 dan omega-6
yang dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat
dalam badan.
6
Tulang Sihat
Kandungan magnesium yang terdapat di dalam buah
naga ini mampu untuk menjaga tulang.
7
Penghadaman dan pencernaan
Buah naga ini dapat membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus
yang baik untuk saluran pencernaan. Kandungan serat yang tinggi sangat membantu
memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran
penghadaman. Satu kajian pada prebiotik semula jadi di Thailand menunjukkan bahawa buah
ini membantu meningkatkan flora usus yang sihat, yang penting untuk penghadaman yang
lancar. Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, yang bermakna ia dapat
membantu pergerakan usus besar, melancarkan melepasi saluran pencernaan, merangsang
gerakan peristaltik, dan mendorong pembebasan jus pencernaan. Dengan mengawal fungsi
usus dengan serat pemakanan, buah ini membantu dalam mencegah keadaan seperti
sembelit, sindrom usus, dan juga kanser kolorektal.
8
Kaya nutrisi
Buah naga rendah kalori tetapi cukup kaya dengan
pelbagai vitamin dan mineral penting selain tinggi
kandungan serat.
9
Mencegah penyakit kronik
Radikal bebas ialah molekul tidak stabil yang menyebabkan
kerosakan sel dan menyebabkan keradangan dan penyakit. Salah
satu cara mengatasinya adalah dengan makan makanan yang
kaya antioksidan seperti buah naga. Antioksidan bekerja dengan
cara menuetralkan radikal bebas sehingga mencegah kerosakan
sel dan keradangan. Kajian juga mendapati diet tinggi antioksida
dapat membantu mencegah penyakit kronik seperti masalah
jantung, kanser, diabetes dan artritis.
10
Serat tinggi
Serat dalam makanan ialah karbohidrat yang tidak dapat dicerna
namun memiliki banyak manfaat kepada kesihatan. Seperti
antioksidan, serat yang terkandung dalam buah naga cukup baik
untuk sistem penghadaman manusia selain melindungi tubuh
daripada penyakit jantung serta membantu menstabilkan
kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
11
Meningkatkan
kesihatan usus
Usus ialah rumah bagi pelbagai mikroorganisme termasuk lebih
daripada 400 jenis bakteria yang boleh mempengaruhi
kesihatan seseorang. Buah naga juga kaya dengan prebiotik
yang berpotensi meningkatkan keseimbangan bakteria baik
dalam usus manusia. Prebiotik ialah sejenis serat khusus yang
mendorong pertumbuhan bakteria sihat dalam usus.
12
Sumber antioksidan yang baik
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Food
Science menunjukkan bahawa disebabkan kandungan
polifenol dan flavonoid yang tinggi, dan aktiviti
antioksidannya boleh digunakan untuk kegunaan
kosmetik dan farmaseutikal.
CARA MAKAN BUAH NAGA
1. Periksa buah terlebih dahulu sama ada ia sudah masak dengan menekan kulit luarnya. Jika
kulitnya mengeras, ia tanda buah naga sudah matang.
2. Potong buah naga menjadi dua bahagian. Hal ini akan memudahkan proses mengupas
kulitnya.
3. Jangan takut makan isi bersama bijinya kerana ia mengandungi serat yang dapat memberi
manfaat kepada kesihatan.
4. Selain dimakan terus, buah naga juga boleh dinikmati sebagai salad buah, jus, dicampur
bersama yogurt atau pun dijadikan smoothie.
KESAN PENGAMBILAN
BUAH NAGA SECARA
BERLEBIHAN
Serat berlebihan tidak baik untuk perut
Walaupun pengambilan serat sangat baik untuk kesihatan
sistem penghadaman dan memberi banyak faedah, lebih baik
makan buah naga secara sederhana sahaja. Hal ini kerana
pengambilan serat yang berlebihan didapati tidak baik untuk
kesihatan dan menimbulkan masalah penyerapan nutrien
yang tidak baik oleh usus, gas usus, penyumbatan usus, sakit
perut, dan kembung perut.
Antioksidan berlebihan merosakkan jantung
Antioksidan sangat baik bagi semua orang, tetapi didapati bahawa
pengambilan antioksidan yang tinggi dalam jangka masa yang panjang
boleh merosakkan kesihatan ke tahap yang signifikan. Seperti kajian yang
dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan, didapati bahawa perokok
yang mengambil makanan tambahan beta karotena dalam dos yang tinggi
untuk tempoh yang berpanjangan lebih cenderung untuk mendapat
kanser paru-paru berbanding dengan individu yang menjauhi antioksidan
tersebut. Satu lagi kajian yang dijalankan oleh pejabat makanan
tambahan mendapati bahawa pengambilan vitamin E yang tinggi
meningkatkan risiko strok pendarahan dalam sistem badan seseorang.
Kesan sampingan adalah kerana cara antioksidan berinteraksi dengan sel-
sel tubuh.
Menyebabkan reaksi alergi pada sesetengah orang
Secara keseluruhan, buah naga kelihatan selamat. Walau bagaimanapun,
seseorang mungkin mengalami tindak balas alahan dalam beberapa kes yang
jarang berlaku. Simptom termasuk pembengkakan lidah, gatal-gatal, dan muntah.
Dalam dua kes, wanita yang tidak mempunyai sejarah alahan makanan
mengembangkan reaksi anaphylactic selepas makan campuran buah yang
mengandungi buah naga. Ujian mengesahkan bahawa mereka mempunyai
antibodi terhadap buah naga dalam darah. Hal ini merupakan satu-satunya reaksi
alahan yang dilaporkan setakat ini, tetapi orang lain mungkin alergi terhadap buah
ini tanpa mengetahuinya.
Mengganggu fungsi perubatan diabetes
Walaupun buah ini bermanfaat bagi pesakit kencing manis, adalah disarankan untuk berada
di sisi yang selamat dan mengambil buah ini secara sederhana. Hal ini kerana pengambilan
buah ini dalam kuantiti yang banyak akan mengurangkan gula dalam darah ke paras yang
rendah dan dengan itu meningkatkan risiko hipoglikemia. Hipoglikemia ialah satu keadaan di
mana gula dalam darah menurun ke tahap yang luar biasa rendah yang menimbulkan
simptom seperti berpeluh secara berlebihan, kelaparan yang melampau, pengsan, keletihan,
keterlaluan, kekeliruan mental, dan kebas bibir. Jika anda seorang pesakit diabetes dan telah
mengambil ubat maka makan buah ini secara berlebihan boleh mengganggu fungsi ubat-
ubatan tersebut dan mungkin akan memburukkan lagi keadaan.
RUJUKAN:
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Buah_naga
• https://www.hmetro.com.my/authors/muhamaad-razis-
ismail
• https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/03/25/na
ma-je-ganas-tapi-buah-naga-banyak-manfaatnya-
antaranya-cegah-penyakit-kronik
• https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/buah-
naga-adakah-ia-selamat-untuk-dimakan/
• Zanariah binti Abdol Amir, Hazlin bin Lin, Alias bin
Derais@Idris, Azahar bin Bahari, 2018. Bahasa
Melayu Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan
Bahasa dan Pustaka.