POKOK
Pandan
Hafiza hanim binti hanafi
POKOK
Pandan
Hafiza hanim binti hanafi
PSS SMK Tanjung adang
2022
Isi kandungan
Isi kandungan .......................................................... 1
Penghargaan .......................................................... 2
Nama tumbuhan .................................................... 3
Jenis-jenis pandan .................................................. 4
Cara penggunaan .................................................. 6
Kegunaan ............................................................... 8
Cara menanam pokok pandan ..............................12
Resepi kuih tradisional .......................................... 16
Cara-cara membuat acuan daun pandan ............ 17
Kesimpulan ............................................................ 18
Biodata penulis ..................................................... 19
1
Penghargaan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan saya
kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan e-book ini
dengan sempurna. Dalam kesempatan ini saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan serta guru iaitu Puan Husna Wizana Jaafar yang
membimbing sehingga terhasilnya e-book ini.
2
Nama tumbuhan
Pandan wangi (Pandanus
amaryllifolius) merupakan sejenis
tumbuhan tropika dalam kumpulan
spesies Pandanus dan digunakan
dengan meluas dalam masakan di
Asia Tenggara; bahkan kumpulan
spesies tersebut turut dinamakan
sempena tumbuhan ini.
3
Jenis-jenis
pokok pandan
Terdapat dua jenis pokok pandan yanag
ditemui di Malaysia iaitu :
Pokok pandan biasa
Pokok pandan biasa pokoknya tinggi dan
daunnya panjang serta berbau harum.
Pokok pandan biasa ialah jenis yang biasa
ditanam di sekeliling rumah dan digunakan
dalam masakan.
4
Pokok pandan wangi
Pokok pandan wangi pokoknya lebih
rendah dan kecil berbanding pokok pandan
biasa. Daunnya juga lebih wangi
berbanding daun pokok pandan biasa.
Pokok pandan wangi biasanya ditanam
secara komersial untuk kegunaan membuat
kosmetik dan produk penjagaan muka. Ia
tidak digunakan untuk masakan.
5
Cara
penggunaan
PERISA MAKANAN
Daun pandan boleh digunakan
untuk menambahkan perisa
pada nasi, pulut, pemanis mulut
berasaskan ubi kayu dan puding.
Contohnya nasi lemak, kuih
talam, kaya dan onde-onde.
PEMBALUT MAKANAN
Penggunaan daun pandan
sebagai pembalut makanan
semasa membakar, barbeku atau
mengukus ayam, ikan dan
manisan boleh menambahkan
bau yang harum dan rasa yang
manis pada makanan tersebut.
6
UBAT SERANGGA
Ekstrak pandan atau teh pandan
boleh disembur di sekeliling
rumah dan disapu pada badan
sebagai usaha mengusir
serangga. Oleh kerana pandan
ialah bahan semula jadi, ia
selamat digunakan untuk kanak-
kanak.
TEH PANDAN
Bersihkan dan ikat 8-10 helai daun
pandan, rebuskan di dalam air selama 10
minit dan renehkan selama 5 minit.
Tambahkan halia atau serai untuk rasa
yang lebih sedap.
7
Kegunaan
MENGURANGKAN SAKIT
Pandan mengandungi sifat-sifat julap dan daunnya
boleh melegakan kesakitan untuk :
Pening kepala Sakit telinga
Kejang perut 8
Sakit dada Arthritis
MENYAH TOKSIK BADAN 9
Pengambilan daun pandan dalam
pemakanan mampu menyah
toksik hati dan badan daripada
toksin. Sifat julap daun pandan
juga mampu membantu proses
penyahtinjaan.
MENGELAKKAN KELEMUMUR
Pandan ialah kaedah semula jadi
untuk menyelesaikan masalah
kelemumur. Kisar 10 helai daun
pandan yang segar dan campur
dengan 100 ml air. Urut kulit kepala
dengan campuran tersebut dan
balut kepala dengan tuala. Biarkan
selama 30 minit. Basuh kepala
dengan air atau syampu.
Pandan atau ekstrak pandan
boleh membantu merendahkan
tahap gula dalam darah. Ianya
terbukti bahawa kadar glukos
plasma di dalam subjek
manusia yang dikaji menurun
semasa tempoh kajian.
10
Penggunaan daun pandan dalam
makanan sebagai perisa semula
jadi amat mudah
11
Cara menanam
pokok pandan
Medium tanaman
Pilih medium tanaman yang kaya dengan bahan
organik . Boleh gunakan medium tanaman siap rawat
yang terdapat di pasaran. Cuma, untuk pandan ia
memerlukan tanah yang sentiasa gembur. Oleh itu,
tambahkan perlit ke dalam medium tanaman.
Perlit bukan sekadar dapat memperbaiki sistem saliran
dan pengudaraan medium pemasuan malah ia dapat
memelihara kelembapan dalam tempoh yang lama.
12
Pasu
Pastikan anda menggunakan pasu yang mempunyai
sistem saliran di bahagian dasarnya. Walaupun
pandan sukakan air, namun ia tidak tahan kepada air
yang bertakung dalam tempoh yang lama. Ia akan
melemaskan sistem akar pandan. Sebaiknya, pilih
pasu jenis tanah liat kerana ia mempunyai sistem
pengudaraan yang baik.
Anak pokok
Pilih anak pokok yang telah matang. Anak
pokok pandan menunjukkan ia telah matang
apabila sudah mengelurkan akar sendiri.
Pastikan anak pokok pandan tersebut
mempunyai sekurang-kurangnya 3 helai akar
yang sihat. Tak perlu akar yang terlalu
panjang. Pastikan anda menggunakan pisau
yang telah distril untuk memotong anak pokok
daripada induknya. 13
Penanaman
Sediakan medium di dalam pasu dan tanam
bahagian akar pandan yang kasar terus ke dalam
medium tanaman. Sediakan sokongan kerana untuk
peringkat ini, akar pandan masih tidak kukuh. Selesai
ditanam, terus lakukan siraman dan letakkan di
kawasan yang tidak menerima cahaya terik
matahari secara terus. Elakkan meletak pokok
pandan yang baru ditanam di tempat yang terkena
matahari petang kerana ia akan membantutkan
pertumbuhan pandan.
Siraman
Pada peringkat awal tanaman, siraman perlu
dilakukan sehari sekali. Akan tetapi, jika musim panas,
periksa medium tanaman. Jika kering, segara lakukan
siraman. Apabila pokok sudah stabil, siraman hanya
perlu dilakukan 2 kali seminggu atau jika perlu.
14
Pembajaan
dan
penggemburan
Pandan memang tanaman yang memerlukan
nutrisi yang tinggi dan tanah yang sentiasa
gembur. Oleh itu, lakukan pembajaan dan
kerja menggembur setiap 2 minggu. Jika
kelihatan medium semakin mendap, segera
tambahkan tanah bagi mengelak akar pandan
terdedah kepada persekitaran.
15
Resepi kuih tradisional
Tepung pelita
Masa Penyediaan: 30-35 minit
Masa Memasak: 40 minit
Jumlah Hidangan: 18 biji
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk lapisan hijau:
7-8 helai daun pandan
5 cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
1 cawan gula
sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk lapisan santan:
4 cawan santan
5 sudu besar tepung beras
garam secukup rasa
16
Cara-cara membuat
acuan daun pandan
1. Lap bersih daun pandan yang telah dilayurkan
seketika di atas api.
2.Potong daun pandan dalam bentuk 4 inci lebar lalu
tindan dua helai daun pandan kepada dua lapisan.
3.Gunakan kotak kecil untuk dijadikan acuan. Letak
kotak di tengah daun pandan lalu potong bahagian
hujung daun pandan jika terlalu panjang dan lipat
kedua-dua bahagian ke kotak dengan kemas.
4.Tarik keluar kotak kecil lalu klipkan kedua-dua belah
bahagian lipatan menggunakan stapler.
5.Kemudian, potong atau gunting bahagian atas
mengikut ketinggian yang sesuai.
17
Rujukan
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pand
an_wangi
https://www.aia.com.my/ms/what-
matters/health-wellness/4-manfaat-
kesihatan-daripada-daun-pandan.html
https://bidadari.my/jenis-pokok-
pandan/
https://www.google.com/amp/s/ww
w.impiana.my/cara-mudah-tanam-
pandan-dalam-pasu-yang-memang-
menjadi-2-01/amp/
https://www.google.com/amp/s/rese
pichenom.com/resepi/tepung-
pelita/show/amp
18
Biodata penulis
Nama : Hafiza Hanim Binti Hanafi
Tarikh lahir : 15 Januari 2005
Tempat lahir : Batu Pahat, Johor
19