The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SeMenTA Digital Library, 2023-09-30 09:52:52

KUCING

KUCING

KUCING Sarah Batrisyia


Kucing Sarah Batrisyia 3 Bestari PSS SMK Tanjung Adang


Penghargaan Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada Cikgu Husna kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan karya ini . Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada individu yang telah memberikan buah fikiran kepada saya untuk menghasilkan karya ini. i


Kandungan Penghargaan .......................................... i Kandungan ............................................. ii Kucing ......................................................... 1 Ragdoll ....................................................... 2 Scottish Fold ........................................... 3 Nebelung ................................................. 4 Maine Coon ............................................. 5 Munchkin ................................................. 6 Himalaya ................................................... 7 Parsi ............................................................. 8 Siberia ......................................................... 9 Norwegian Forest ............................. 10 Manx ............................................................ 11 Penutup ................................................... 12 Rujukan .................................................... iii ii


Kucing Kucing merupakan haiwan yang sering dipelihara oleh manusia. Sifatnya yang comel dan jinak menyebabkan manusia ingin membelanya. Namun begitu, , tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis baka kucing? Mari kita sama-sama mengenali baka-baka kucing. 1


1. Ragdoll Dikenali juga sebagai ‘puppy cats‘ atau ‘puppylike‘ , kucing Ragdoll boleh dikatakan antara haiwan peliharaan yang sangat baik kerana mereka suka berada di sekeliling orang dan lebih manja. Dengan mata biru besar mereka yang cantik, wajah smiley dan bulu separa panjang yang tersendiri, anda akan serta merta jatuh cinta dengan kucing Ragdoll. Ragdolls mempunyai enam warna berbeza: coklat gelap, kelabu kebiruan, coklat, dan krim, dan beberapa corak asas. 2


2. Scottish Fold Kucing Scottish Fold dimutasi secara spontan daripada baka kucing ladang di Scotland. Baka ini telah dihasilkan antara British Shorthair dan kucing domestik di Scotland dan England. Keistimewaan: Telinga kucing ini melipat ke hadapan dan ke bawah. Kecil dan bulat. Warna mata sesuai dengan warna bulunya. Ada sesetengah baka ini bermata biru dan coklat terang. Hasil daripada proses hibrid, terjadi juga Himalayan Scottish Fold. 3


3. Nebelung Kucing baka Nebelung dikenali dengan bulu kebiruannya yang tebal, berkilauan dan keperibadiannya yang manja. Kalau si manja anda daripada baka ini, pastikan anda mempunyai banyak masa untuk diluangkan dengan kucing yang setia ini. Keistimewaan: Bulu ekornya lebih panjang daripada bulu di badan. Kucing Nebelung jantan mempunyai ruff yang lebat di leher; manakala kucing betina Nebelung mempunyai ruff leher yang lebih pendek. 4


Kucing Maine Coon ialah baka kucing yang panjang dan besar. Berat mereka boleh mencapai hingga 18 pound jika jantan, dan 14 pound jika betina. Mereka boleh menjadi kucing yang manja, tetapi juga boleh menjadi kucing yang berdikari, namun baka ini mudah dijangkiti beberapa masalah kesihatan. Keistimewaan: Kucing ini sangat popular kerana bulu mereka yang cantik, dan boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak. Baka Maine Coon banyak dicampur dengan baka lain seperti Parsi. 4. Maine Coon 5


Terdapat lebih banyak perkara menarik tentang kucing ini selain daripada kaki kecilnya. Dengan telinganya yang berbentuk segi tiga dan mata yang besar, kucing baka ini telah berjaya menarik hati peminat kucing di seluruh dunia. Keistimewaan: Kucing Munchkin ialah kucing yang bersaiz sederhana dan menyerupai banyak kucing baka lain kecuali satu ciri yang membezakan antara Munchkin dan baka lain: kakinya yang pendek. Oleh itu, Munchkin boleh melompat tetapi terbatas. Namun begitu, kekuatan sebenar Munchkin adalah pada kelajuannya. 5. Munchkin 6


6. Himalaya Kucing baka Himalaya ialah sejenis baka hibrid yang sama dengan Parsi, tetapi dibezakan dengan titik utama (bulu muka, kaki, telinga, dan ekor). Salah seekor kucing peneman yang baik. Keistimewaan: Seperti kucing Parsi, baka Himalaya mempunyai telinga yang kecil, mata yang besar, wajah smiley. Bulu panjangnya yang cantik, berwarna coklat, kebiruan, krim dan banyak lagi warna dan corak. 7


Kucing Parsi ialah kucing domestik yang sempurna untuk dibela, sesuai juga jika di rumah anda ada kanak-kanak. Kucing ini kurus, berbulu lebat dan elegan. Kucing yang penuh semangat, pandai menyeimbangkan badan dan bersifat tenang ini, kurang menghadapi masalah stres. Ia tidak memerlukan ruang yang lebih besar daripada sofa, kerusi dan katil jika anda ingin membiarkan haiwan kesayangan anda untuk berlegar di dalam ruang rumah. Keistimewaan: Berbulu panjang, sehingga 20 cm, ekornya yang tebal, bermata besar, terdiri daripada pelbagai warna daripada monokromik hingga dua warna (kebiasaannya gabungan warna putih). Berat kucing Parsi betina kira-kira 3.5-5.5 kg dan lebih daripada 5.5 kg untuk kucing Parsi jantan. Kucing Parsi kebiruan menjadi sangat popular di Eropah pada era Victorian Age kerana Ratu Victoria, mempunyai beberapa ekor kucing Parsi berwarna biru sehingga semua kerabat Diraja dan peniaga kaya inginkan baka yang sama. 7. Parsi 8


8. Siberia Kucing Siberia ialah antara baka yang popular, berbulu panjang dengan perangai yang manja. Mereka bersaiz hampir sama dengan Maine Coon dan merupakan salah satu daripada dua baka kucing terbesar yang ada. Mereka sangat pintar dan mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah yang sangat baik. Kucing tangkas ini mampu melompat dengan tinggi dan kebolehan menyeimbangkan badan. Keistimewaan: Kucing Siberia mempunyai tiga jenis bulu: Bulu pengawal, bulu awn dan bulu down. Lapisan bulu ini pada mulanya melindungi untuk melindungi kucing Siberia daripada musim sejuk di Rusia. Lebih baik jika anda membela kucing baka ini untuk terus menyikat bulu kucing anda sekali atau dua kali seminggu kebiasaannya untuk menjaga bulunya supaya sentiasa dalam keadaan baik. 9


Kucing Hutan Norway ialah antara baka yang cantik dan juga kucing agung yang dikhabarkan berketurunan kucing dongeng. Kucing Hutan Norway dikatakan wujud sejak 500 dan 2000 tahun yang lalu. Namun, baka ini dikhuatiri menghadapi masalah kepupusan yang mungkin disebabkan oleh pembiakan silang dengan kucing domestik yang lain. Keistimewaan: Salah satu baka domestik yang disayangi oleh semua. Berasal daripada baka kucing yang besar; ia kebiasaannya lebih besar dan lebih kuat daripada kucing biasa. Kucing Hutan Norway sering dibandingkan dengan Maine Coon kerana mereka mempunyai beberapa ciri yang serupa selain saiznya. Bagi kucing hutan Norway jantan, beratnya mampu mencapai 16 paun atau lebih, dengan purata antara 12 dan 16 paun. Purata berat bagi kucing hutan Norway betina lebih ringan, biasanya antara 9 dan 12 paun apabila telah matang. Secara purata berat kucing ini antara 8 dan 10 paun. 9. Norwegian Forest 10


Manx diiktiraf sebagai baka kucing berasingan dan asli pada tahun 1800-an. Kucing ini terkenal kerana ekornya yang pendek, gemuk malahan sesetengahnya tiada ekor sama sekali. Manx dipercayai berasal dari Isle of Man, yang menyumbang kepada namanya. Berlainan dengan anjing, keseimbangan kucing dikawal dengan telinga kucing itu. Tidak seperti anjing yang mengendalikan keseimbangan dengan ekornya. Oleh itu, kucing ini tidak mempunyai masalah dengan keseimbangan untuk berjalan. Keistimewaan: Kucing ini bersaiz sederhana yang beratnya boleh mencapai dari 8 hingga 12 paun. Manx mempunyai kemahiran memburu. Kucing ini sangat manja dan lucu. Kesukaannya adalah mengikut tuannya di dalam rumah. Sekiranya anda sekadar mahu berehat dan santai, Manx akan berada di pangkuan anda, bersedia untuk tidur bersama. Cuba bercakap dengan kucing baka Manx, ia akan membalas “percakapan” anda! 10. Max 11


Penutup Akhi r kata , terdapat pelbagai jenis baka kucing . Mereka juga mempunyai keist imewaan yang tersendi r i. Oleh i tu, sayangilah kucing t idak ki ra jenis baka mereka. 12


Rujukan HTTPS://NADZ.MY/BAKAKUCING/ iii


Click to View FlipBook Version