The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHASA MELAYU STANDARD KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SeMenTA Digital Library, 2021-08-26 21:26:50

BAHASA MELAYU STANDARD KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

BAHASA MELAYU STANDARD KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

SOALAN 7

Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata
dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. Setelah
dilihatnya oleh Kertala Sari orang datang itu, maka kata
Kertala Sari kepada orang itu, "Siapa tuan hamba ini?"

Orang suruhan Patih Gajah Mada melihat Kertala Sari
sedang bercakap dengan ibunya seperti orang yang
sedang berkelahi.
Apabila Kertala Sari melihat orang suruhan itu datang,
Kertala Sari pun bertanya kepada orang itu, “Siapakah
anda?”

SOALAN 7

Maka kata orang itu, "Manira ini disuruhkan oleh Patih
Gajah Mada melihat pakanira, sudahkah datang dari
Daha atau belumkah, kerana Patih Gajah Mada
hendak bertemu.

Orang suruhan itu berkata, “Saya disuruh oleh Patih
Gajah Mada berjumpa dengan tuan dan ingin memastikan
sama ada tuan sudah pulang dari Daha atau belum
kerana Patih Gajah Mada hendak bertemu.”

SOALAN 8

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari
pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada,
“Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh
memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku,
“Jangan tiada dikasihi anakku ini,' kerana bapamu
sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan
sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung."

Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada
itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita hatinya,
seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

SOALAN 8

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari
pun duduk menyembah.

Setelah Kertala Sari menemui Patih Gajah Mada, Kertala
Sari duduk lalu mengangkat sembah kepada Patih Gajah
Mada.

SOALAN 8

Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari,
sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan
bapamu kepada aku, “Jangan tiada dikasihi anakku ini,'
kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri
Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan
penggawa agung."

Patih Gajah Mada berkata,“Wahai anakku Kertala Sari,
aku memanggil kamu datang kerana bapamu telah
berpesan kepada aku supaya menyayangimu dan bapamu

telah mati akibat perbuatan Seri Betara. Sekarang
Kertala Sari hendak dijadikan penggawa agung.”

SOALAN 9

Maka sembah Kertala Sari, "Endah apatah
pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu?
Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira
alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak
bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun
jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu
belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa."

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu
maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan
minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.

SOALAN 9

Maka sembah Kertala Sari, "Endah apatah
pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu?

Kertala Sari pun bersembah, “Apalah yang hendak
dirisaukan dengan tugas membunuh Ratu Melaka dan
Lasamana itu?

SOALAN 9

Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira
alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak
bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil.

Pada pendapat saya, jika negerinya dapat saya kalahkan
seorang diri, semua anak isteri isteri orang Melaka
dapat saya ambil.

SOALAN 9

Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan
Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi
penggawa."

Jika saya belum dapat membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana, saya tidak akan menjadi penggawa.

SOALAN 9

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka
ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan
minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.

Setelah Patih Gajah Mada mendengar kata-kata Kertala
Sari, dia berasa sangat gembira lalu dihidangkan
makanan dan minuman sambil bergembira dan diberikan
pakaian.

SOALAN 10

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya
masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih
Gajah Mada, "Adapun penjurit tujuh orang yang
dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu
khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana
ketujuhnya.

Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya.
Akan sekarang baharulah patik beroleh penjurit terlalu
kepetangan; milah penjuritnya. Kertala Sari namanya,
anak Petala Bumi yang dipesan oleh bapanya kepada
patik."

SOALAN 10

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya
masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih
Gajah Mada, "Adapun penjurit tujuh orang yang
dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu
khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana
ketujuhnya.

Setelah selesai, Kertala Sari pun dibawa masuk
mengadap Seri Betara. Sembah Patih Gajah Mada,”
tujuh tentera yang dititahkan oleh paduka Betara pergi
ke Melaka itu telah dikhabarkan sudah meninggal dunia
dibunuh oleh Laksamana.”

SOALAN 10

Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya.
Akan sekarang baharulah patik beroleh penjurit terlalu
kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya,
anak Petala Bumi yang dipesan oleh bapanya kepada
patik."

Sejak dahulu lagi negeri Melaka sukar untuk dikalahkan
tetapi sekarang patik telah mempunyai tentera yang
licik.

Namanya Kertala Sari, anak Petala Bumi yang
diamanahkan oleh ayahnya kepada patik.


Click to View FlipBook Version