MANFAAT
KULIT
DURIAN
HUSNA WIZANA BINTI JAAFAR
1
MANFAAT 2
KULIT DURIAN
PERRPUSTAKAAN SERI JAUHAR
PSS SMK TANJUNG ADANG
2022
Penghargaan
Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong cita-cita
saya terutamanya suami, anak-anak, mak, abah, keluarga dan rakan-
rakan. Tanpa anda siapalah saya.
Husna Wizana binti Jaafar
SMK Tanjung Adang, Gelang Patah, Johor.
3
Isi Kandungan Muka Surat
3
Isi Kandungan 4
Penghargaan 5
Isi Kandungan
Pendahuluan 6-22
15 Manfaat Kulit Durian 23
Kesimpulan 24
Rujukan 25
Biodata Penulis
4
PENDAHULUAN
Kulit durian biasanya dibuang dan dibakar sekali gus menyumbang
kepada pencemaran bau dan alam sekitar. Sampah kulit durian akan
menyumbang kepada peningkatan jumlah sampah yang dilupuskan di
tapak pelupusan sampah pada setiap tahun. Terdapat beberapa kes
melibatkan pembuangan kulit durian secara haram di negara ini yang
telah mendapat liputan meluas di media massa. Mengikut Seksyen 71(1)
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 627)
pesalah boleh dijatuhi hukuman denda maksimum RM100,000 atau
penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit
kesalahan.
5
15
MANFAAT
KULIT DURIAN
6
1. Pembalut gel Sekumpulan penyelidik dari Universiti
antibakteria Teknologi Nanyang (NTU) Singapura
diketuai Pengarah Program Sains dan
Teknologi Makanan, Profesor William
Chen berjaya menghasilkan pembalut
gel antibakteria dengan hanya
menggunakan kulit durian. Berbanding
pembalut biasa, pembalut jenis
organo-hidrogel mampu mengekalkan
bahagian luka sentiasa sejuk dan
lembap serta dapat membantu
mempercepatkan proses
penyembuhan. Sementara itu, pasukan
penyelidik memberitahu penggunaan
bahan-bahan buangan dan yis untuk
menghasilkan pembalut antimikrob
lebih berkesan berbanding pengeluaran
pembalut biasa.
7
Proses menghasilkan pembalut gel antibakteria
Kulit durian dihiris Kulit durian serbuk selulosa
dibekukan daripada kulit durian
dikeluarkan
serbuk selulosa campuran tersebut hidrogel lembut
dicampurkan akan menjadi dipotong menjadi
dengan gliserol kepingan pembalut.
hidrogel lembut
8
2. Baja kompos Kulit durian merupakan komponen yang
terbanyak daripada buah durian yang
boleh dikumpulkan dan diproses sebagai
bahan asas untuk dijadikan baja
kompos. Kulit durian perlu dikumpulkan
dan dicampur dengan bahan asas
kompos yang lain seperti tahi ayam,
sekam padi, rumput, sisa tanaman lain
dan diproses menggunakan bahan
mikrob berfaedah (beneficial
microorganism) sehingga menjadi
kompos. Kompos daripada kulit durian
boleh digunakan semula kepada pokok
durian untuk meningkatkan kesuburan
dan menambahkan nutrien dalam tanah.
9
3. Ubat pengusir Abu dan aroma yang dihasilkan
nyamuk daripada pembakaran kulit durian
tidak disukai oleh pelbagai jenis
seranga, seperti nyamuk dan lalat.
10
4. Mengatasi Kulit durian juga dipercayai dapat
senggugut mengatasi masalah senggugut.
Caranya dengan melumatkan
bahagian dalam kulit durian dan
gunakan sebagai param di perut.
Setelah rasa sakit reda mandilah
dengan air suam.
11
5. Mengubati jerawat Kulit durian juga boleh dijadikan
sebagai bahan kecantikan untuk
menghilangkan jerawat kerana kulit
durian berfungsi sebagai anti
bakteria yang sangat berguna untuk
menyembuhkan jerawat. Caranya
cukup mudah, bakar kulit durian
hingga hangus, kemudian tumbuk
hingga menjadi abu. Setelah itu,
sapukan abu tersebut di kawasan
yang berjerawat. Jika jerawat banyak,
abu tersebut boleh digunakan
sebagai masker.
12
6. Mengubati bisul Bagi anda yang mengalami masalah
bisul, anda boleh memanfaatkan kulit
durian untuk mengubati bisul. Sama
halnya dengan mengatasi masalah
jerawat, anda harus membakar
terlebih dahulu kulit durian, kemudian
tumbuk hingga halus, lalu abunya
ditaburkan pada bisul 2 kali sehari
hingga bisul sembuh.
13
7. Ubat sakit perut Sakit perut yang disebabkan oleh
berbagai-bagai hal seperti
makanan dan lain-lain akan
menyebabkan penderitanya tidak
selesa. Anda boleh mengatasinya
dengan menggunakan kulit
durian. Pertama sekali ambil
bahagian dalam kulit durian,
kemudian kisar menggunakan
mesin pengisar. Tampalkan pada
kawasan perut dan biarkan
selama 15 minit.
14
8. Mengatasi Ketika mengalami masalah
sembelit sembelit, anda sebenarnya tidak
memerlukan ubat-ubatan, cukup
dengan menggunakan kulit durian
sahaja dengan cara melumat
bahagian dalam kulit durian,
campurkan dengan sedikit madu
dan makan beberapa senduk
campuran tersebut.
15
9. Sumber energi Tak banyak yang tahu mengenai
kulit durian yang memiliki
manfaat sebagai sumber energi
untuk tubuh manusia. Kandungan
lignin dan selulosa di dalamnya
mengandungi karbohidrat yang
boleh dijadikan sebagai energi
alternatif bagi tubuh.
16
10. Menghilangkan Ada cara untuk menghilangkan
bau durian bau durian yakni dengan
menggunakan kulit durian.
Caranya, tuangkan air pada
bagian dalam kulit yang cekung
lalu gunakan air tersebut untuk
berkumur.
17
11. Menguatkan sistem Durian mengandung pektrin yang
kekebalan tubuh mampu mengelakkan penyakit.
Dengan makan kulit durian, tubuh
akan kebal dengan berbaga-
bagai penyakit. Bukan itu sahaja,
bahkan kandungan antioksidan di
bahagian dalam kulit durian
mampu membuatkan sistem imun
lebih kuat.
18
12. Antibakteria Daripada hasil penelitian
yang pernah dilakukan, kulit
durian mengandungi
manfaat yang tinggi sebagai
antibakteria di mana zat
pektrin yang terdapat di
dalam kulit durian itulah
yang membantu tubuh
melawan bakteria.
19
13. Sebagai Jika biasanya anda menggunakan
pengental makanan tepung sebagai bahan untuk
mengentalkan makanan,
sekarang anda boleh
menggantikannya dengan kulit
durian. Jangan khuatir soal rasa
kerana tepung yang dihasilkan
daripada kulit durian sama sekali
tidak mempengaruhi rasa
makanan anda.
20
14. Mencegah Kulit durian juga dipercayai
Selesema mampu mencegah selesema.
Perubahan cuaca yang sering
terjadi boleh mengakibatkan
tubuh mudah terkena serangan
penyakit. Kandungan vitamin C
pada kulit durian yang tinggi
berfungsi secara efektif untuk
melindungi sistem kekebalan
tubuh daripada bahaya penyakit.
21
15. Mengusir Selain memiliki manfaat untuk
tikus kesihatan tubuh, kulit durian juga
efektif membantu mengusir tikus di
dalam rumah. Baunya yang sangat
menyengat dapat mengganggu
deria bau tikus sehingga tikus
berasa tidak selesa dan akan
meninggalkan sarangnya.
Caranya cukup mudah, anda
hanya perlu meletakkan kulit durian
di beberapa sudut ruangan yang
menjadi sarang tikus.
22
Kesimpulan
Rupa-rupanya banyak manfaat kulit durian. Daripada dibuang begitu
sahaja lebih baik ia digunakan. Selain daripada dapat mengatasi
masalah pencemaran, penggunaan kulit durian dalam pelbagai
masalah di atas akan dapat menjimatkan perbelanjaan seharian.
23
RUJUKAN
1. https://www.youtube.com/watch?v=NTCqa_xEjBA
2. https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/kulit-durian-jadi-pembalut-gel-
antibakteria/
3. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-lelaki-dikesan-sengaja-buang-
lebih-enam-tan-kulit-durian-di-tepi-jalan-251616
4. https://m.facebook.com/KebunBandar/posts/jom-kompos-kulit-durian-baja-
percuma-untuk-tanaman-di-rumah-kita/1060723407313894/
5. https://www.theborneopost.com/2013/11/27/jadikan-kulit-durian-baja-kompos/
6. http://animhosnan.blogspot.com/2013/02/durian-produk-durian-4.html
7. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/07/840015/padah-lupus-kulit-
durian-secara-haram-di-lokasi-larangan
24
Biodata Penulis
Husna Wizana binti Jaafar yang dilahirkan di Kampung
Alor Sekawan, Langgar, Alor Setar, Kedah telah
mendapat pendidikan awal di SK Haji Idris sebelum
menyambung persekolahan di Sekolah Menengah
Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah, Sekolah
Menengah Agama Al-Islah dan SMK Agama Kedah.
Beliau melanjutkan pengajian peringkat tinggi di
Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali
sebagai Universiti Putra Malaysia pada tahun 1997 dan
berjaya menamatkan pengajian pada tahun 1999
dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan
Kepujian dalam bidang Pengajaran Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Pertama (PBMP). Penulis memulakan
kerjaya sebagai pendidik di SMK St. Joseph Miri
sebelum bertukar ke SMK Meru Klang. Selepas
berkhidmat selama 13 tahun di situ, beliau berpindah
ke SMK Taman Mutiara Rini 2 Johor Bahru selama 6
bulan sebelum berkhidmat di SMK Tanjung Adang,
Gelang Patah, Johor sehingga kini.
25
Sekian, terima kasih.
26