The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SeMenTA Digital Library, 2021-09-11 20:49:22

BUKU PANDUAN GURU LITERASI BACAAN PISA

BUKU PANDUAN GURU LITERASI BACAAN PISA

Mengaplikasikan Contoh Soalan Contoh Tugasan

Kata Kerja • Tahukah anda peristiwa • Bina sebuah model yang
akan menunjukkan cara
Menyelesaikan lain di mana..? mesin ini berfungsi.
Menunjukkan
Menggunakan • Bolehkah perkara ini • Cipta diorama untuk
Membuat ilustrasi menggambarkan peristiwa…
Membina berlaku ...?
Meramal • Ambil beberapa keping
Melengkapkan • Himpunkan mengikut gambar untuk menunjukkan
Menilai sesuatu …
Mengklasifikasikan perwatakan
Menggambarkan • Apakah faktor yang anda • Bina sebuah model tanah
liat.
ubah jika..?
• Rangka satu strategi
• Dapatkah anda pemasaran produk anda
menggunakan strategi yang
mengaplikasikan kaedah ini diketahui sebagai panduan.

dengan pengalaman • Lukis mural berdasarkan …
• Sediakan buku skrap tentang
sendiri?
• Apakah soalan yang akan …

ditanya...?

• Daripada maklumat yang

diterima, bina satu set

arahan untuk ..
• Adakah maklumat ini

berguna jika anda ada...?

Menganalisis Contoh Soalan Contoh Tugasan

Kata Kerja • Peristiwa yang manakah akan • Rangka soal selidik untuk

Menganalisis berlaku..? mengumpul maklumat
Membezakan
Menilai • Sekiranya ... berlaku, apakah • Reka suatu iklan untuk
Membanding
Menyiasat peleraian yang akan berlaku? menjual satu produk
Mengkategori • Apakah persamaan .. dengan • Bina carta alir yang
Mengenal pasti
Menerangkan ...? mempunyai peringkat
Memisahkan
Mengiklankan • Apakah hasil lain yang kritikal

mungkin..? mengikut • Bina jigsaw
• Himpunkan • Bina salasilah keluarga

perwatakan untuk menunjukkan

• Apakah faktor yang anda ubah perhubungan
• Tulis biografi seseorang
jika..?

• Mengapakah perubahan ini • Sediakan laporan ..
• Anjurkan suatu majlis
berlaku?

• Banding perubahan yang anda lengkap dengan susun

kemukakan dengan … atur, langkah, rekod yang

• Terangkan hal yang sepatutnya diperlukan

berlaku apabila..? • Nilaikan hasil seni dari segi
• Apakah persamaan..?
motif …

• Apakah masalah yang mungkin

timbul?

• Apakah motif..?
• Apakah titik perubahan ...?

90

91

Menilai Contoh Soalan Contoh Tugasan

Kata Kerja • Adakah terdapat • Sediakan satu senarai
kriteria untuk menilai
Mengadili penyelesaian yang lebih baik sesuatu ...
Memilih
Memutuskan untuk ... • Kendalikan perbahasan
Membenarkan • Nilaikan ... tentang isu yang menarik
Membahaskan • Bolehkah anda pertahankan perhatian orang ramai.
Mengesahkan
Berhujah kedudukan anda tentang ...? • Buat satu catatan
Mengesyorkan • Adakah anda berfikir ... mengenai 5 peraturan
Menilai yang anda anggap penting.
Membincangkan adalah baik atau sesuatu
Mengutamakan • Membentuk panel untuk
Menetapkan yang buruk? meyakinkan orang lain
kadar • Bagaimana anda akan bahawa "Pembelajaran di
Menentukan Sekolah."
mengendalikan ...?
• Apakah yang mengubah ... • Tulis sepucuk surat kepada
• Adakah anda akan ...
memberi nasihat
mengesyorkan? mengenai perubahan yang
• Adakah anda percaya? diperlukan.
• Adakah anda seorang ... ?
• Apakah perasaan anda jika • Sediakan kes untuk
membentangkan
...? pandangan anda tentang ..
• Adakah berkesan ...?

- Apakah pendapat anda

tentang ...?

Mencipta Contoh Soalan Contoh Tugasan

Kata Tugas • Adakah anda boleh • Cipta sebuah mesin untuk
mencipta…?
Mencipta tugasan tertentu.
Mereka • Mengapa tidak anda
Mengarang gubah lagu tentang…? • Reka bentuk sebuah
Meramal
Merancang • Dapatkah anda melihat bangunan untuk
Membina penyelesaian jika...?
Mereka bentuk menempatkan kajian anda
Mengimaginasikan • Jika anda mempunyai
Mengusul akses kepada semua .
Menjana sumber, bagaimana anda • Cipta satu produk baharu.
Mencipta formula akan berurusan dengan • Berikan nama dan rancang
...?
satu kempen pemasaran.
• Mengapa tidak anda • Menulis tentang perasaan
rangka...?
anda berkenaan...?
• Adakah anda mempunyai • Cipta satu rancangan TV,
cara tersendiri… ?
rancangan permainan.
• Berapa banyak cara anda • Main peranan, lagu atau
boleh cipta ...yang baharu
dan luar biasa untuk...? pantomin tentang ...
• Reka bentuk satu kulit
• Bolehkah anda tulis suatu
resipi baharu yang enak? depan rekod, buku, atau

• Bolehkah anda bina kertas majalah untuk ...
• Komersialkan idea….

• Rangka satu cara untuk ...

?

92

Kata Tugas Contoh Soalan Contoh Tugasan
kerja untuk...?
• Gubah satu rentak atau
memasukkan lirik baharu
kepada melodi yang
dikenali.

3.7 Pendekatan Pengajaran yang Pelbagai

Murid mempunyai kebolehan, minat dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Oleh itu
pendekatan pengajaran harus dipelbagaikan supaya objektif pemikiran aras tinggi dikuasai
semua murid termasuk yang berpencapaian rendah. Pendekatan juga bersifat berpusatkan
murid, iaitu guru kurang bercakap dan lebih banyak membimbing. Antara pendekatan yang
menggalakkan KBAT

3.7.1 Pendekatan berbentuk menaakul dan pembelajaran inkuiri

Murid mempelajari sesuatu konsep berdasarkan penemuan yang mereka sendiri. Inkuiri berlaku
apabila terdapat kaitan antara konsep yang dipelajari dengan soalan yang dikemukakan sendiri
oleh murid dan mereka mencari jawapan melalui penyiasatan melalui pembelajaran berasaskan
masalah. Guru perlu kurang bercakap dan membanyakkan amali.

3.7.2 Penggunaan teknologi

Soalan KBAT dan tugasan yang mencabar memerlukan bantuan. Guru perlu menggunakan
teknologi misalnya audiovisual untuk membantu proses berfikir, meningkatkan pemahaman dan
menjana idea. Penggunaaan teknologi misalnya teknologi maklumat dan komunikasi termasuk
perisian untuk membantu murid mengakses, menganalisis, menyusun dan berkongsi
pembelajaran dan menyiapkan tugasan

3.7.3 Belajar dengan membuat dan mengaplikasikan

Pembelajaran akan lebih berkesan melalui aktiviti membuat dan melakukan (hands-on). Belajar
dengan membuat dan mengaplikasikan akan menghasilkan kefahaman yang mendalam dan
memberi peluang kepada murid untuk berfikir dan mengaplikasikan konsep yang dipelajari
dalam situasi yang baharu. Selain dapat mengukuhkan daya berfikir, kebolehan mengaplikasikan

93

pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh ialah kemahiran yang paling diinginkan dalam
tenaga kerja. (Key Findings: Are They Really Ready for Work, Conference Board 2006).

3.8 Berkomunikasi dan Memberikan Motivasi Secara Berkesan

Pengukuhan KBAT memerlukan guru mendorong, berkomunikasi dan berinteraksi secara
berkesan dengan murid. Belajar melalui galakan lebih baik berbanding dengan hukuman. Guru
harus empati dan tidak merendah-rendahkan soalan dan jawapan murid. Peranan guru dalam
bilik darjah dalam abad ke-21 beralih daripada pakar mata pelajaran kepada fasilitator. Tumpuan
arahan guru beralih daripada mengetahui untuk menggunakan maklumat kepada mendapatkan
maklumat secara relevan.

Soalan yang baik tidak dapat menggantikan mendengar dengan baik (Storeygard, Hamm, &
Fosnot, 2010). Apabila guru beredar dan meninjau murid yang sedang bekerja secara
berpasangan atau kumpulan, guru sering meminta mereka menerangkan perkara yang
dilakukan. Hal ini agak mengganggu murid dan menjejaskan proses guru mentaksir. Dengar
perbincangan yang berlaku antara murid supaya dapat mengetahui cara murid berfikir dan
berinteraksi.

Respons yang bermakna kepada soalan menggambarkan guru peka dan pemikir. Guru harus
berusaha meningkatkan tahap kesedaran dan daya berfikir dengan mengemukakan soalan yang
membina, bersifat memimpin dan terbuka.

3.9 Pelibatan Aktif dan Kolobarasi Murid

KBAT perlu dikuasai oleh semua murid dan bukan untuk murid berpencapaian tinggi. Guru perlu
memastikan tiada murid yang diabaikan dan setiap murid melibatkan diri secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan memberi peluang kepada semua murid berbincang,
bertanya dan menyebarkan soalan kepada semua

Pembelajaran seharusnya menyediakan peluang kepada murid untuk bekerjasama atau
berkolaborasi apabila mengumpulkan maklumat, menyelesaikan masalah, berkongsi idea, dan
menjana idea baharu. Pelbagai teknik dan model pembelajaran koperatif dalam kumpulan, kelas
dan sekolah memupuk sikap berfikir bersama-sama serta pembelajaran dan penilaian rakan
sebaya.

Persekitaran belajar secara kolaboratif dan bersama-sama menyelesaikan masalah sesuatu
tugasan menggalakkan murid melihat dunia dari kaca mata mereka (remaja). PISA telah
memperkenalkan literasi penyelesaian masalah secara kolaboratif (collaborative problem
solving) yang berguna untuk mengukuhkan daya berfikir, kematangan serta membangunkan
kemahiran kehidupan dan kerjaya. Latihan berkolaborasi dalam pembelajaran ialah persediaan
bagi kolaborasi yang berkualiti tinggi di tempat kerja.

94

3.10 Membentuk Persekitaran yang Mendorong Berfikir

Ciri-ciri dan susunan fizikal seperti kawasan sekitar sekolah, di dalam dan sekitar sekolah dan
masyarakat sekeliling memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran dan pembinaan
KBAT. Hal ini termasuk susun atur tempat duduk dalam kelas dan akses kepada bahan
pembelajaran di ruang khas atau lokasi paparan di sekitar kawasan dalam sekolah. Paparan kata
hikmat, kata motivasi, ruangan fikir-fikirkan, kuiz dan hasil kreativiti murid dapat mendorong
budaya berfikir dan pemikiran tinggi.

3.11 Peluang Mencipta

Mencipta ialah aras tertinggi dalam domain kognitif yang menekankan ciri kreatif dan inovatif.
Aktiviti KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu menyediakan peluang kepada murid
untuk menjadi "pencipta dan pengguna maklumat yang diterbitkan" (Apple, 2008). Dengan
menyediakan peluang untuk mencipta, memperakukan penyertaan dan menilai sumbangan,
murid akan membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang kandungan subjek,
membangunkan kemahiran kritikal dan menjana perspektif dan penyelesaian baharu kepada
masalah baharu.

3.12 Mentaksir Pencapaian Berfikir

Pembelajaran perlu ditaksir dengan item yang menguji pencapaian dan keupayaan murid
untuk membuat inferens, mewajarkan, memberikan cadangan, meramal dan sebagainya. Item
yang pelbagai menggabungkan item aneka pilihan, respons terbuka ringkas serta penilaian
formatif termasuk penggunaan kaedah penilaian kendiri dan rakan sebaya, serta pemarkahan
yang mengambil kira proses kerja dan hasil akhir dapat mengukur pencapaian ini dengan lebih
menyeluruh.

3.12.1 Kata tugas dalam penyoalan dan item pentaksiran KBAT

Teknik penyoalan dan pembinaan item pentaksiran KBAT digambarkan oleh kata kerja atau kata
tugas yang digunakan. Kata tugas ialah kata kerja yang terdapat atau yang digunakan dalam
soalan atau item yang menyatakan tugasan yang perlu dilakukan oleh murid. Kata tugas
mencerminkan aras kesukaran atau kerencaman soalan atau tugasan. Jadual di bawah
menunjukkan hubung kaitan antara konstruk berfikir dengan kata tugas berdasarkan Taksonomi
Bloom yang disemak semula.

Jadual 15: Kata Tugas dalam Penyoalan dan Item Pentaksiran

Konstruk Kata Tugas/ Pangkal Soalan
Beri contoh lain bagi …
Menggunakan Kata Kerja Proses Adakah ini berlaku dalam
pengetahuan/
bahan/idea/ • Menghitung
strategi/ • Merekod
• Menunjuk cara
• Mengubah suai

95

Konstruk Kata Tugas/ Pangkal Soalan
konsep/prinsip Kata Kerja Proses …?
/ teori dalam Apakah faktor yang akan
situasi baharu • Menjana idea anda ubah jika … ?
• Membangunkan Apakah soalan yang akan
Menganalisis • Menjalankan anda tanya jika… ?
Mengasingkan • Menyumbang Daripada maklumat yang
maklumat • Menggunakan ada, berikan satu set
kepada komponen • Mengitlakkan arahan.
untuk • Menjelaskan konsep dengan
memahami dan Kenyataan yang manakah
membuat contoh relevan dengan …?
perhubungan • Menganggar Apakah yang dipercayai
antara komponen • Membina oleh penulis… ?
• Menyelesaikan Apakah hubungan antara
• Memanipulasi … dengan … ?
• Membuat urutan Apakah idea/ tema bagi…
• Mempraktikkan ?
• Membezakan
• Menggunakan Apakah fungsi … ?
Apakah pendapat anda
perhubungan ruang dan tentang… ?
masa Apakah andaian anda
• Menyusun mengikut mengenai ...?
keutamaan
• Membuat kajian
• Menterjemah
• Mengeksperimenkan
• Menterjemah

• Mencerakinkan
• Memilih
• Mencirikan
• Menaakul
• Mengasingkan
• Membuat andaian
• Menyelesaikan masalah
• Membuat kesimpulan
• Mengawal pemboleh ubah

96

Konstruk Kata Tugas/ Pangkal Soalan
Kata Kerja Proses
Menilai dan Apakah salah anggapan
• Mentafsir yang ada … ?
mewajarkan • Mengkritik Yang manakah lebih baik/
• Menyokong penting/ logik/ sah/sesuai
keputusan atau • Merumus ... ?
• Mempertahankan Adakah penyelesaian yang
tindakan yang telah • Mewajarkan baik untuk… ?
• Menguji Apakah pendapat anda
diambil • Mengesan tentang ... ?
• kecondongan Bagaimanakah anda
ataupun menilai • Membuat keputusan mengendalikan …?
• Membahaskan Apakah cadangan anda
idea/bahan/ tentang ... ?
Berikan alasan ....?
maklumat/kaedah Apakah kesan ...
terhadap… ?
berdasarkan kriteria Apakah perasaan anda
jika...?
yang
Bolehkah anda mereka
spesifik bentuk…. ?
Gunakan cara anda sendiri
Mereka • Menggabungkan untuk …
• Merancang Apakah yang berlaku jika…
cipta/menjana idea • Meringkaskan ?
• Membina Apakah lagi yang anda
menggabungkan • Merangka boleh lakukan untuk… ?
• Mereka bentuk Bagaimanakah anda boleh
idea/komponen • Mencipta menguji… ?
• Mengkonsepsikan Berapakah cara yang anda
dengan • Menganalogikan boleh fikirkan … ?
• Membuat gambaran
menggunakan
mental
pemikiran yang • Berkomunikasi
• Bereksperimen
kreatif untuk • Membuat hipotesis
• Mendefinisikan
menghasilkan
secara operasi
idea/struktur • Menambahbaik
• Menulis
baharu

3.13 Kesimpulan

Penyerapan dan pelaksanaan KBAT relevan dengan konteks dasar pendidikan dan transformasi
kini, trend global khususnya keperluan abad ke-21, dan melonjakkan pencapaian dalam
pentaksiran antarabangsa yang disertai negara. Kesimpulannya, KBAT penting untuk
menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21
supaya negara terus mapan dan mampu bersaing di persada dunia.

97

4.0 STRATEGI DAN TEKNIK PEMAHAMAN BACAAN

4.1 Pengenalan

Membaca ialah suatu aktiviti yang penting dan kerap dilakukan oleh manusia dalam kehidupan
harian mereka. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan komunikasi antara pembaca
dengan penulis melalui tulisan yang dibaca, sama ada paparan bercetak atau elektronik/digital.
Kemahiran membaca dan kefahaman terhadap bahan yang dibaca adalah penting untuk
membolehkan seseorang mendapatkan maklumat, fakta, pengetahuan dan pemikiran mengenai
sesuatu perkara bagi memenuhi keperluan komunikasi, urusan harian, pengembangan diri,
pendidikan dan pekerjaan.

4.2 Pembacaan di Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melaporkan bahawa amalan membaca masyarakat
Malaysia didapati meningkat daripada hanya membaca dua buah buku setahun pada 1996
kepada lapan hingga 12 buah buku setahun pada 2010 (April 2012). Petunjuk pembacaan
mendapati sebanyak 1,034,507 naskhah bahan bacaan dipinjam daripada PNM pada 2011,
berbanding dengan 776,347 naskhah pada tahun sebelumnya.

4.2.1 Trend Pembacaan

Trend pembacaan masyarakat juga telah berubah terutama generasi Y yang lebih terdedah
kepada pembacaan menggunakan kecanggihan teknologi termasuk peranti seperti telefon
pintar. Didapati bilangan pengunjung PNM menurun dari 464,317 orang pada tahun 2010
kepada 416,672 orang pada tahun lepas. Sebaliknya, pengguna yang menggunakan
perkhidmatan dalam talian di PNM meningkat daripada 6.44 juta pada 2010 kepada 8.26 juta
pada 2011, iaitu peningkatan sebanyak 28.3 peratus. PNM melihat bahan bacaan diakses secara
dalam talian satu petanda baik kepada pembudayaan membaca di negara ini. PISA mengambil
kira peluasan trend pembacaan digital ini dalam kerangka pentaksirannya.

4.2.2 Kajian Pembacaan

Walaupun peratus pembacaan menunjukkan peningkatan, pencapaian murid Malaysia yang
rendah dalam pentaksiran bacaan PISA memberikan petunjuk bahawa murid khususnya dan
masyarakat Malaysia amnya berhadapan dengan masalah kefahaman bacaan.

Kajian Hiew (2012) tentang isu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris mendapati murid
sekolah menengah, kolej dan universiti di Malaysia masih berhadapan dengan masalah
pembacaan, iaitu tidak dapat memahami petikan atau artikel sepenuhnya. Antara puncanya
ialah berhadapan dengan banyak perkataan yang tidak difahami. Masalah pembacaan atau
pemahaman bacaan boleh menjejaskan tahap penguasaan ilmu dan kemahiran serta
kecemerlangan akademik dan tahap pemikiran murid.

98

4.3 Definisi Bacaan

Cohen (1990) mentakrifkan bacaan sebagai proses mental yang dipilih oleh pembaca secara
sedar untuk melakukan tugasan bacaan dengan baik.
Walker (2000) menyatakan bahawa membaca melibatkan proses aktif, iaitu pembaca beralih
daripada sumber maklumat kepada proses menghuraikan makna, memantau pemahaman, dan
menggunakan konteks sosial untuk menggambarkan respons mereka.
Menurut Maryanne Wolf, kemahiran membaca boleh dipelajari kerana sifat dan reka bentuk
otak yang mudah ubah. Apabila pembacaan berlaku, otak seseorang akan berubah selama-
lamanya, sama ada secara fisiologi mahupun secara intelektual.

4.4 Jenis Bacaan

Secara umum, jenis bacaan dibezakan antara bacaan mekanis dengan bacaan mentalis, serta
bacaan intensif dengan bacaan ekstensif. Bacaan terbahagi kepada beberapa jenis.

Bacaan mekanis dan bacaan mentalis
 Bacaan mekanis ialah bacaan kuat atau nyaring yang mementingkan sebutan huruf,

perkataan, bunyi intonasi, nada dan tekanan dengan betul.
 Bacaan mentalis atau bacaan akliah ialah bacaan secara senyap yang menekankan aspek

kefahaman.

Bacaan intensif dengan bacaan ekstensif
 Bacaan ekstensif ialah bacaan luas yang menitikberatkan pengukuhan asas bacaan,

menambah kemahiran memahami dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan
membaca dan mengembangkan kosa kata. Melalui bacaan ekstensif, murid dapat
mengukuhkan minat membaca mendapat keseronokan daripada pembacaan, serta
meluaskan ilmu pengetahuan dan membina amalan membaca sepanjang hayat.
 Bacaan intensif ialah bacaan yang bertujuan untuk mengembangkan kebolehan dalam
meneliti, memahami dan mentafsir perkara yang dibaca dengan tepat. bacaan intensif
memberikan tumpuan pada ciri-ciri tertentu seperti aspek tersurat dan tersirat, hubung
kaitan idea, meneliti penggunaan perkataan, tatabahasa, pemakaian bahasa dalam konteks
dan situasi yang berlainan, serta bertindak balas dan mengaplikasikan maklumat baharu
dalam situasi baharu.

99

Berdasarkan aspek pertama dan kedua, bacaan PISA lebih tertumpu pada bacaan intensif,
manakala bacaan refleksi dan menilai bergantung pada keupayaan murid mengaitkan
kandungan dan format kandungan dengan ilmu dan pengalaman sedia ada yang luar daripada
teks. Oleh itu, bacaan luas (ekstensif) perlu diberikan perhatian. Latihan bacaan intensif
biasanya memerlukan bimbingan penuh daripada guru untuk menyelesaikan tugasan
pembacaan yang dihadapi oleh murid. Ketiga-tiga aspek ini menekankan bacaan kritis.

4.5 Tahap Pemahaman Bacaan

Pemahaman bacaan mungkin aspek dan tujuan pembacaan yang paling penting dan paling
kerap. Bacaan untuk keseronokan juga memerlukan pemahaman. Para pengkaji, antaranya
Barret (1968), Smith (1969), Santoz (1976), dan Azman Wan Chik (1987) mengetengahkan
beberapa tahap pemahaman bacaan, dan terdapat pertindanan di sana sini, seperti yang
berikut:

Pemahaman Tahap pemahaman bacaan yang asas dan paling rendah untuk memahami
Literal maklumat yang dinyatakan secara tersurat atau eksplisit dalam teks. Ini
termasuk maklumat nama sesuatu, tempat, tarikh, takrif perkataan dan arahan
Penterjemahan yang mudah.
atau
Penyusunan Pemahaman bacaan untuk menyatakan atau menceritakan semula butiran
semula tertentu dengan perkataan sendiri dilakukan dengan mengekalkan idea asal
(makna perkataan, fakta penting). Penyusunan semula juga termasuk
mengubah maklumat kepada bentuk lain, misalnya daripada teks berurutan
kepada grafik.

100

Pengaplikasian Pemahaman bacaan untuk menggunakan atau menerapkan sesuatu yang baru
Penganalisisan difahami (perkataan, konsep, fakta) kepada konteks, penyelesaian masalah
Inferens atau tugasan yang lain.
Penilaian
Penghayatan Pemahaman bacaan untuk mencerakinkan maklumat (memisahkan maklumat
kepada komponen yang lebih kecil). Contohnya, mengasingkan idea utama
dengan idea sampingan, membandingkan ciri, mengenal pasti organisasi
penulisan, dan menentukan hujah, fakta dan bukti.

Pemahaman bacaan untuk membuat kesimpulan dan rumusan sebab, akibat,
perubahan dan kesudahan sesuatu.

Pemahaman bacaan untuk mengulas, mengkritik dan menghakimi maklumat
dengan menentukan kewajaran hujah atau bukti, serta kekuatan, kelemahan
dan keaslian isi, idea atau format.

Pemahaman bacaan untuk menikmati dan mengapresiasi kandungan bahan
bacaan secara dalaman atau intrinsik.

Tahap pemahaman yang berbeza-beza seperti yang dinyatakan di atas memerlukan strategi dan
teknik bacaan yang tertentu. Pembaca yang mahir atau cekap akan memilih dan menentukan
strategi dan teknik bacaan yang relevan untuk sampai ke tahap pemahaman tinggi yang dapat
membantunya melakukan tugasan pembacaan. Barret (1956) mengenal pasti lima tahap
pemahaman dalam bacaan seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang berikut :

101

Inferensi
Penyusunan

Semula
Pemahaman

Rajah 26: Taksonomi Pemahaman Bacaan Barret
4.6 Penyoalan dalam Pemahaman Bacaan
Terdapat beberapa taksonomi bacaan, antaranya yang dikemukakan oleh Santoz, Bloom,
Sanders, Barret dan Pearson (Marohanini, hlm. 196). Taksonomi Barret dan Pearson
mengelaskan tiga kategori soalan pemahaman berdasarkan perkaitan teks yang diuji dengan
soalan. Kategori tersebut ialah:

102

Kategori Teks Eksplisit
• Soalan pengecaman-pengingatan
• Soalan terjemahan

Teks Implisit
• Soalan aplikasi
• Soalan analisis
• Soalan sintesis

Skrip Implisit

• Soalan penilaian
• Soalan penghayatan

Jenis teks dan skrip, soalan pemahaman dan tahap pemikiran yang terlibat dihuraikan dalam
Jadual 17 berikut.

Jadual 16: Teks dan Skrip, Tahap Pemikiran dan Contoh Soalan Pemahaman

Kategori Jenis Perkataan/ Tahap Contoh
Pengecaman frasa yang pemikiran
Teks Eksplisit Pengingatan digunakan Apakah nama kampung Pak Ali?
Siapakah …? Mengenal pasti Siapakah yang membunuh Pak
Soalan yang (b) Terjemahan Apakah…? dan mengingat Ali?
jawapannya didapati Di manakah ..? fakta, isi dan Namakan orang yang
dalam teks dengan Bilakan …? definisi yang menyaksikan kejadian itu.
jelas Namakan … didapati dalam Di manakah kejadian itu
Berikan definisi... teks berlaku? Sebutkan
Dengan perkataan anda sendiri
Ringkaskan .. Membuat jelaskan maksud bersandiwara.
Simpulkan ... huraian, Ringkaskan pendapat
Huraikan … pernyataan pengarang yang didapati dalam
Ceritakan semula atau ringkasan perenggan kedua.
dengan perkataan maklumat Dengan perkataan anda sendiri
sendiri … dengan ceritakan semula kejadian yang
perkataan berlaku dalam Bab Satu itu.
sendiri tanpa
mengubah
maksud asal

Teks Implisit Aplikasi Kelaskan … Mencari dan Dengan menggunakan syor-
Pilih … menggunakan syor pengarang, terangkan
Soalan yang Dengan idea/ isi / langkah yang boleh diambil
jawapannya didapati menggunakan … maklumat yang untuk mengatasi masalah
dalam teks tetapi Selesaikan … didapati dadah.
tidak dinyatakan Bagaimanakah ...? daripada teks Bagaimanakah anda dapat

103

Kategori Jenis Perkataan/ Tahap Contoh
frasa yang pemikiran
secara jelas. digunakan menjauhkan diri daripada
Jawapannya perlu dalam situasi
difikirkan dan dicari Berikan contoh ... yang lain untuk
menghuraikan
atau dadah?
menyelesaikan
masalah Dapatkah perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling

membantu mangsa dadah?

Analisis Simpulkan ... Membahagi – Apakah yang hendak
Bagaimanakah …? bahagikan disampaikan oleh petikan ini
Mengapakah ..? kandungan tentang sikap pengarang
Apakah yang akan dalam teks kepada masyarakat?
terjadi sekiranya untuk Dengan meneliti perenggan
... membuat akhir petikan, apakah
analisis untuk tanggapan anda tentang cara
menyimpul, hidup masyarakat kini?
membuktikan, Mengapakah belia sekarang
menyokong, kurang bersopan?
menerangkan
atau membuat
jangkaan/
telahan

Sintesis Tulis … Menyatukan Simpulkan tindakan yang
Andaikan … bahagian atau diambil oleh kerajaan untuk
Tubuhkan … elemen membasmi kemiskinan.
Simpulkan ... daripada Apakah yang akan terjadi
Tentukan bukti... pelbagai sekiranya jumlah penduduk
Apakah yang akan sumber untuk mencapai 70 juta?
terjadi sekiranya membina Tulis suatu sajak berdasarkan
... sesuatu yang tema petikan yang dibaca.
baharu

Skrip Implisit Penilaian Pertimbangkan Membuat Pada pendapat anda, adakah
Nilaikan … pertimbangan tajuk yang diberikan sesuai
Soalan yang Putuskan ... tentang idea/ dengan isi keseluruhan
jawapannya tidak Pada pendapat isi/tema/ petikan?
terdapat dalam teks. anda ... pendapat yang Putuskan sama ada perwatakan
Jawapan memerlukan Adakah wajar ... dinyatakan wira dalam cerpen ini ditemui
pembaca dalam teks di alam nyata atau fantasi?
menggunakan ukuran dengan Berdasarkan pengalaman anda,
skemata yang ada menggunakan adakah wajar bagi penghulu
dalam minda. ukuran luaran bertindak sedemikian?
atau dalaman

104

Kategori Jenis Perkataan/ Tahap Contoh
Penghayatan frasa yang pemikiran
digunakan Andaikan anda berada di
Merasai dan tempat Mazni, apakah
Apakah perasaan menjiwai perasaan anda kepada Karim?
anda .. sesuatu yang Sekiranya kemalangan itu tidak
Andainya … dibaca seperti terjadi, adakah mungkin Karim
Mengapakah .. watak, ingin mengahwini Mazni?
Bagaimanakah .... perwatakan, Adakah anda berasa benci
Sekiranya … peristiwa dan akan Cik Rohana? Mengapa?
Adakah mungkin persoalan
...

(Marohaini, 1999, hlm. 208-213)

4.7 Definisi Strategi Pemahaman Bacaan

Strategi secara umum bermaksud perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Janzen
(2003) mentakrifkan strategi bacaan sebagai perancangan atau tingkah laku untuk
menyelesaikan masalah apabila berhadapan dengan masalah membina makna dalam bacaan.
Strategi bacaan menurut Baker & Boonkit (2004) ialah teknik dan kaedah yang digunakan oleh
pembaca supaya pembacaan mereka berhasil (hlm. 302).

Oleh itu, strategi bacaan ialah perancangan tingkah laku dari segi kaedah dan teknik yang
digunakan oleh pembaca untuk membina makna dan menghasilkan pembacaan yang berkesan.

4.8 Kepentingan Strategi Bacaan

Zare & Othman (2013) telah mengkaji hubungan antara pemahaman bacaan dengan strategi
bacaan dalam kalangan penuntut yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL)
di Malaysia. Mereka mendapati murid yang mengaplikasikan banyak strategi dalam bacaan
menunjukkan tahap pencapaian lebih baik dalam pemahaman bacaan. Strategi dan teknik
bacaan perlu diajarkan dan dikuasai oleh murid untuk meningkatkan kemahiran dan literasi
bacaan mereka.
Kesimpulannya, membaca ialah proses mental secara sedar, suatu proses yang aktif yang
melibatkan pemilihan maklumat dan pemantauan bacaan. Kemahiran bacaan boleh dipelajari
dan tahap pemahaman bacaan dapat ditingkatkan dengan menguasai dan menggunakan strategi
dan teknik bacaan yang berkesan.

4.9 Strategi Bacaan Pemahaman

Unit ini akan membincangkan beberapa strategi bacaan pemahaman yang diketengahkan oleh
sarjana dan pengkaji bidang bacaan yang relevan dengan konteks literasi bacaan PISA.

105

4.9.1 Strategi kognisi, sokongan dan metakognisi

Strategi kognisi, sokongan dan metakognisi (Sheorey dan Mokhtari, 2001) menekankan proses
mental atau kognisi. Strategi kognitif ialah proses dan langkah yang digunakan oleh pembaca
semasa memahami maklumat teks. Contohnya ialah menyesuaikan kelajuan bacaan, meneka
makna perkataan dan mengulang bacaan untuk mendapatkan pemahaman.
Strategi sokongan ialah mekanisme untuk membantu pembaca memahami teks seperti
merujuk kamus, membuat catatan tepi, menggaris dan menyerlahkan teks. Strategi metakognitif
ialah pendekatan dan teknik yang dirancang dengan teliti oleh pembaca untuk memantau
keupayaan dan pemahaman bacaannya. Contohnya meninjau teks, menggunakan rajah dan
ilustrasi.

4.9.2 Strategi bawah ke atas dan atas ke bawah
Strategi bawah ke atas (bottom-up) ialah strategi pemahaman yang menggunakan maklumat
yang sedia ada dalam teks. Contohnya ialah memahami kandungan teks dengan menganalisis
perkataan dan ayat. Strategi atas ke bawah pula menggunakan pengetahuan sedia ada atau
skemata untuk memahami teks. Contohnya menghubungkan apa-apa yang sedang dibaca
kepada pengetahuan latar pembaca (Janzen, 2003). Strategi ini berkait dengan strategi GIST
(Generating Interaction between Schemata and Text) yang dikemukakan oleh Cunningham iaitu
proses menghubungkaitkan teks dengan pengetahuan skemata.

4.9.3 Strategi sebelum, semasa dan selepas bacaan
Strategi ini melibatkan tiga peringkat bacaan, iaitu sebelum bacaan (prabacaan), semasa bacaan
dan selepas bacaan (pasca bacaan)
Peringkat sebelum bacaan

Menggunakan pengetahuan latar untuk berfikir tentang topik tersebut.
Menentukan perkara yang perlu difahami daripada bahan dan tujuan membaca.
Membuat ramalan tentang kandungan teks
Meninjau teks dengan bacaan imbasan dan luncuran untuk mendapatkan maksud keseluruhan
Meneroka ciri-ciri teks bacaan sebelum membaca dan memahami teks

106

Peringkat semasa bacaan

Mengenal pasti isi-isi penting, idea dan maklumat dalam teks
Mengenal pasti tujuan dan pola pemikiran penulis
Menjelaskan kefahaman tentang teks
Meramal hal yang akan berlaku
Menghubungkan idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahui
Meluaskan kefahaman dengan cara yang kritis dan kreatif
Memantau pemahaman dengan mempersoalkan dan merenung idea dan maklumat dalam
teks.

Peringkat selepas bacaan (pasca bacaan)

Mengenal pasti tujuan penulis
Menganalisis teknik dan bahasa penulis
Menilai kecekapan dan kewibawaan penulis
Menanyakan soalan kritis
Menilai kefahaman pembaca tentang teks
Menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh pembaca untuk mendapatkan maklumat yang
terperinci
4.9.4 Strategi hubungan soalan dengan jawapan

Kadangkala murid sudah mempunyai tahap pemahaman tertentu tentang teks yang dibaca,
tetapi gagal memahami soalan pemahaman, menyebabkan mereka gagal menjawab dengan
betul dan mengikut kehendak soalan. Strategi hubungan soalan dengan jawapan atau Question-
Answer Relationship (QAR) melatih murid memahami pelbagai jenis soalan serta jawapan yang
dijangkakan daripada sesuatu soalan. Untuk mengetahui sama ada sesuatu soalan jawapannya
‘ada dalam teks’, atau soalan yang memerlukan proses ‘fikir dan cari’, atau soalan yang
menggunakan ‘pendapat sendiri’, maka murid perlu membaca dan meneliti soalan lebih dahulu
sebelum mendapatkan jawapan (Raphael, T.E. & Au, K.H, 2005).

107

4.9.5 Kepentingan strategi hubungan soalan dengan jawapan

Strategi ini dapat:

membaiki pemahaman bacaan murid.
melatih murid memahami kehendak soalan dan cara menjawab soalan dan cara
mendapatkan jawapan dengan betul.
membantu murid berfikir tentang teks dan melangkaui teks yang dibaca.
merangsang mereka untuk menggunakan pemikiran aras tinggi dan mencabar mereka
untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

4.9.6 Cara menggunakan strategi hubungan soalan dengan jawapan
Bagi strategi ini, murid perlu mengenal pasti empat jenis soalan yang akan dijawab:

Soalan ‘jawapannya ada di situ’: Soalan jenis literal yang jawapannya terdapat dalam
teks. Perkataan yang digunakan dalam soalan kerapkali sama dengan perkataan yang
ada dalam teks.
Soalan ‘fikir dan cari’: Jawapannya diperoleh daripada beberapa tempat dalam teks dan
perlu dikumpulkan untuk memberikan makna yang lengkap.
Soalan ‘Pengarang dan anda’: Soalan ini berdasarkan maklumat yang diberikan dalam
teks tetapi murid perlu mengaitkan jawapan dengan pengetahuan dan pengalaman
sendiri. Jawapannya tersirat atau tidak secara terus terdapat dalam teks, maka murid
perlu membaca teks dan mentafsir idea pengarang untuk menjawab soalan.
Soalan ‘jawapan sendiri’: Soalan yang tiada dalam teks, maka untuk menjawabnya murid
perlu menggunakan pengetahuan latar atau pengalaman sedia ada mereka sendiri.

Langkah strategi hubungan soalan dengan jawapan

Tentukan soalan dan jenis yang akan ditanyakan oleh guru kepada murid.
Dua kaedah boleh digunakan, iaitu mengemukakan soalan sebelum bacaan atau selepas
bacaan dilakukan murid. Bagi soalan bertulis khususnya, minta murid membaca dan
memahamkan soalan lebih dahulu.
Latih murid mengenal pasti mana-mana empat jenis soalan yang ditanya
Bimbing murid cara untuk mengesan dan menandai (menggaris, membulatkan atau
menyerlahkan) kata kunci dalam soalan untuk memahami kehendak soalan
Untuk murid yang agak lemah, minta mereka membaca kuat soalan-soalan lebih dahulu.
Bimbing murid cara untuk mendapatkan maklumat (dalam teks dan melangkau teks)
bagi soalan yang ditanyakan.
Minta murid membanding beza jawapan yang betul, tepat atau relevan dengan jawapan
yang tidak betul, tidak tepat atau tidak relevan bagi sesuatu soalan.

108

4.9.5 Strategi bacaan kritis

Strategi bacaan pemahaman kritis menekankan proses bacaan yang menyeluruh dan mendalam.
seperti yang berikut:

a) Meninjau ciri-ciri teks sebelum membaca kandungan (previewing)

Tinjauan membolehkan pembaca mendapatkan idea umum tentang teks dan cara
penyusunannya, sebelum bacaan mendalam. Tinjauan dengan membaca secara imbasan
dan menyediakan otak (mind setting) supaya pembacaan selepasnya lebih cekap seperti
seseorang yang telah melalui suatu jalan bagi kali kedua.

Perkara yang perlu ditinjau ialah organisasi teks (luaran): tajuk, tajuk kecil, peta, gambar,
huruf cetak tebal, huruf condong, kapsyen, penomboran, pemerengganan, panduan
(tip/petua), soalan, indeks dan sebagainya.

b) Membina gambaran (visualizing)

Pembaca yang kritis menggambarkan atau membina imej atau visual dalam minda semasa
membaca. Semasa membaca, tandakan tempat yang dapat memberikan gambaran minda
untuk memahami teks.

Pangkal ayat pembinaan gambaran semasa membaca:

Saya dapat menggambarkan…
Saya dapat melihat…
Saya dapat membayangkan…
Gambaran dalam minda menunjukkan …

Gambaran ini boleh dikembangkan kepada pengalaman indera khususnya terhadap watak,
peristiwa atau idea dalam teks penceritaan

Saya dapat merasakan …
Saya dapat menghidu/ merasa/mendengar …

c) Mengenal pasti idea utama (outlining and summarizing)

Yang manakah idea besar? Pembaca yang kritis mencari petunjuk yang dapat membantu
mereka mengenal pasti idea besar dalam petikan. Teliti kandungan teks dengan cara:

Mengklasifikasikan idea, misalnya punca, akibat, cara mengatasi
Mengenal pasti idea utama dan idea sampingan
Menyusun isi mengikut kepentingan
Mengesan pola sebab akibat

Idea utama ialah tunjang yang menghubungkan bahagian-bahagian dalam teks. Menandai
idea utama dilakukan sama ada melalui catatan atau anotasi, menggaris dan sebagainya.
Rumusan dibina dengan meringkaskan, mensintesiskan, dan mengolah idea-idea utama
yang telah dikenal pasti secara kreatif menggunakan perkataan sendiri.

109

d) Menetapkan konteks (contextualizing)

Apabila kita membaca, kita menggunakan lensa pengalaman sendiri untuk memahami idea
pengarang yang ditulis berdasarkan pengalamannya sendiri, pada masa yang berbeza dan
tujuan yang tertentu. Oleh itu untuk membaca secara kritis, pembaca perlu mengesan
konteks penulisan iaitu tujuan, hasrat, sasaran dan nilai pengarang, latar masa, tempat dan
budaya.

e) Menyoal

Penyoalan boleh dicetuskan oleh guru atau soalan yang mengiringi teks, tetapi yang lebih
utama ialah soalan yang dibina oleh murid sendiri. Tanyakan soalan yang pelbagai aras,
pada setiap peringkat pembacaan (sebelum, semasa dan selepas). Antara soalannya:

Apakah yang saya tahu tentang tajuk ini?
Apakah yang ingin diperkatakan oleh pengarang?
Apakah mesej daripada petikan ini?
Apakah yang saya rasa saya akan belajar daripada teks ini?
Apakah ramalan yang boleh saya buat daripada pembacaan ini?

Bagi teks yang sukar dan panjang, soalan disediakan pada setiap perenggan. Selain
menanyakan idea utama, soalan yang mempersoalkan pengarang dari segi pendirian dan
gaya penyampaiannya perlu difikirkan.

f) Menghubung kait dan membanding beza (relating, comparing and constructing)

Pembaca yang kritis dapat mengecam bahagian teks yang berkait dengan atau
mengingatkan mereka tentang kehidupan, pengetahuan sedia ada, dengan buku, makalah,
petikan, lagu atau penulisan, peristiwa, seseorang atau isu.

Antara pangkal ayat bagi perkaitan semasa membaca:

Ini mengingatkan saya tentang …
Ini membuatkan saya terfikir…
Saya pernah terbaca dalam …
Yang ini berbeza dengan …
Ini ada persamaannya dengan ….

Pengarang sering memperkatakan isu yang sama tetapi mengolah pemikiran atau idea
yang cara yang berbeza. Oleh itu, memikirkan persamaan, perbezaan, kelainan dalam teks
dapat memahami idea pengarang dengan lebih mendalam. Sesetengah teks mengutarakan
polemik iaitu lebih daripada satu pandangan tentang suatu isu. Buat pertimbangan selari
(juxtaposing) dengan membandingkan teks yang dari segi pandangan, kehendak,
pendekatan.

110

g) Membuat inferens (inferencing)

Membuat inferens ialah membuat kesimpulan, kesimpulan awal atau rumusan bersandarkan
pernyataan, fakta dan bukti dalam teks. Aktiviti membuat inferens termasuk:

Merumuskan idea keseluruhan
Mentafsir maksud, sikap dan nada pengarang
Mendapatkan makna bahasa puitis
Mengenal pasti gaya dan teknik penulisan pengarang
Membuat ramalan tentang kesudahan
Menganalisis perwatakan
Membuat perkaitan antara kejadian dengan idea, latar tempat, masyarakat
Membezakan pendapat dengan fakta atau perkara berkait dengan yang tidak berkait

Inferens dilakukan dengan menghubungkaitkan idea dalam teks dengan idea yang sedia ada
dalam pemikiran murid. Maklumat dalam teks menentukan mutu inferens sama ada betul atau
tidak. Gunakan bukti, alasan dan penghujahan dalam teks. Inferens tidak diterima jika idea yang
diberikan itu tiada dalam teks atau menyimpang. Oleh itu murid perlu dibimbing untuk
membezakan antara inferens yang betul dan inferens yang salah.

h) Menilai pandangan, penghujahan dan gaya penyampaian (evaluating)

Pembaca yang kritis tidak menerima segala yang dibaca sebagai betul. Sebaliknya, pernyataan
dan hujah perlu dinilai dengan cermat. Penghujahan terdiri daripada dua bahagian (i)
hujah/dakwaan dan (i) sokongan. Sokongan berasaskan (i) kepercayaan, andaian dan nilai
seseorang; dan (ii) bukti iaitu penggunaan fakta, data, pihak berwibawa.

Perkara yang perlu diberikan perhatian:

Meneliti hujahan, penaakulan dan kebenaran bukti penulis
Meneliti gaya penyampaian penulis kesesuaian, kekuatan format, serta kesan atau
impak kepada pembaca
Menyediakan justifikasi atau kewajaran yang baik

Antara latihan menilai pandangan yang boleh dijalankan ialah:

Aktiviti tukar ganti dengan menilai kesan jika aspek tertentu dalam teks diubah atau
berlaku sebaliknya, misalnya mengubah masa, tempat, pendirian, kesudahan dan
sebagainya

Melakukan perbincangan empat sudut iaitu menggandingkan individu yang
berlainan pendapat (misalnya bersetuju, tidak bersetuju, jalan tengah supaya
berlaku penghujahan dan dapat mengupas isu dari pelbagai sudut pandangan)

111

i) Menggunakan strategi sokongan

Banyak kaedah sokongan yang boleh digunakan untuk mendapatkan pemahaman sebelum,
semasa dan selepas bacaan.

i. Menggunakan pelbagai penanda seperti menggaris, membulatkan atau menyerlahkan
maklumat (dengan pen penyerlah), membuat catatan tepi atau anotasi untuk meninjau
kata kunci dan idea utama dalam teks.

ii. Menggunakan catatan tepi (anotasi). Panduannya:

Menulis catatan di margin dalam bentuk pertanyaan atau isi/poin
Menggunakan judul dan subjudul untuk membimbing murid mencatat
Tidak menyalin ayat dalam teks dan merumus dengan menggunakan perkataan
sendiri (memparafrasa).
Menunjuk cara dan memberikan contoh catatan dan parafrasa
Membenarkan murid menulis catatan dalam bahasa pertama mereka

iii. Memahami kosa kata (perkataan, istilah atau rangkai kata atau ungkapan yang sukar:

Menggaris/menyerlahkan perkataan yang tidak difahami
Tidak terus menggunakan kamus. Rujuk kamus (cetakan atau digital hanya
setelah perkataan sukar masih tidak difahami dan mengganggu pemahaman
Mengesan imbuhan, sinonim dan antonim bagi perkataan itu

iv. Menggunakan petunjuk konteks seperti:

Definisi
Contoh
Penanda wacana urutan idea (pertama, kedua, seterusnya),
pembezaan/penafian (sebaliknya, walau bagaimana pun, berbanding
dengan), sebab akibat (maka, lantaran itu).

j) Membuat refleksi (reflecting)

Proses membuat refleksi ialah inti pati dalam bacaan kritis. Setiap penulis kefahaman,
membawa kepercayaan dan nilai diri dalam penulisannya secara tersurat atau tersirat. Antara
proses yang terlibat ialah:

Semasa membaca, kenal pasti dan tandakan (tanda x atau sebagainya) pada isi dalam
teks yang selari dengan tidak selari, menarik atau mengelirukan dari segi kefahaman
kepercayaan dan nilai anda.

Buat catatan tepi tentang pandangan dan perasaan anda dengan mengaitkan tanda-
tanda yang telah dibuat. Catatan juga boleh memasukkan konsep umum yang diketahui
atau sejagat.

112

k) Berfikir tentang cara kita berfikir (proses metakognisi)

Selepas membaca dan melakukan tugasan bacaan, pembaca perlu memberikan ruang untuk
merenung dan memikirkan semula cara pembacaan kita. Antara caranya ialah:

Mengenal pasti perkara yang diketahui dan yang tidak diketahui (catat “apakah yang saya
tahu tentang…” “apakah yang saya telah pelajari tentang …”)
Bercakap tentang perkara yang difikirkan kepada rakan pendengar (membantu menjelaskan
pemikiran)
Mencatat jurnal renungan kendiri (kesedaran proses)
Menyemak dan memberikan maklum balas semasa aktiviti berfikir
Menilai keyakinan kendiri tentang perkara yang dibaca, baca petikan yang sukar,
kemukakan soalan, menilai keyakinan terhadap jawapan sendiri dengan member skala 1
hingga 5)

4.10 Teknik Bacaan

Berasaskan strategi-strategi yang dinyatakan, pelbagai teknik dalam bacaan yang diketengahkan.
Teknik ialah prosedur, tatacara atau langkah-langkah khusus untuk mencapai tujuan tertentu.
Sesetengah teknik mempunyai skop dan tujuan bacaan yang lebih luas, iaitu dari prabacaan hingga
langkah rumusan. Teknik yang lain pula lebih spesifik penggunaannya misalnya memfokuskan
prabacaan atau penyoalan.

4.10.1 Teknik Bacaan Luncuran dan Bacaan Imbasan

Teknik bacaan asas yang membantu bacaan pemahaman ialah bacaan luncuran dan bacaan imbasan.

(a) Bacaan Secara Imbasan

Bacaan secara imbasan (scanning) ialah teknik bacaan pantas bertujuan untuk mendapatkan atau
mencari maklumat yang khusus bagi sesuatu tugasan atau tujuan bacaan. Contoh tugasan yang
kerap menggunakan bacaan imbasan ialah:

mencari nama, nombor telefon atau alamat tertentu dalam direktori atau buku telefon
mencari makna perkataan atau rangkai kata dalam kamus
mengesan maklumat tarikh dan waktu dalam jadual perjalanan bas atau bot.

Bacaan imbasan memerlukan pembaca menggerakkan mata dengan pantas pada muka surat dengan
bimbingan idea atau kata kunci.

Langkah-langkah bacaan imbasan

Membaca dan mengesan organisasi bahan bacaan seperti tajuk, tajuk kecil, dan melihat
tanda pembezaan seperti tulisan condong, tulisan bergaris, tulisan tebal, fakta yang bersiri
atau bernombor (1,2,3, ...) dan berabjad (a, b, c, ... )
Membaca pendahuluan dan rumusan teks
Memberikan perhatian kepada aspek grafik seperti jadual dan gambar rajah.

113

Menggaris atau menyerlahkan atau mencatat kata kunci atau inti pati maklumat di tepi
muka surat/margin

(b) Bacaan secara luncuran

Bacaan secara luncuran (skimming) bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi
menyeluruh atau pandangan umum mengenai sesuatu bahan atau dokumen dengan segera.
Luncuran dilakukan tiga atau empat kali lebih pantas daripada bacaan biasa. Teknik ini
dilakukan untuk apabila terdapat banyak bacaan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad.
Bacaan ini lebih menyeluruh berbanding dengan bacaan imbasan. Bacaan ini memerlukan
menggunakan pergerakan mata yang cepat dan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang
dibaca.

Contoh tugasan yang menggunakan bacaan luncuran ialah:

Mengenal pasti idea utama atau perkara pokok dalam suatu bahan bacaan
Mengenal pasti kesesuaian bahan bacaan itu dipilih bagi sesuatu tujuan, misalnya
mengklasifikasikan buku itu.

Langkah bacaan secara luncuran ialah:

Baca keseluruhan bahan dengan senyap tanpa merujuk kamus untuk mendapat
maklumat umum.
Tetapkan tempoh membaca, misalnya 1 minit bagi satu perenggan.
Baca dan kenal pasti organisasi bacaan seperti tajuk, tajuk kecil, saiz fon, dan
sebagainya.
Baca perenggan pendahuluan dan perenggan rumusan bahan.
Bacaan kali pertama membantu. Fokuskan hubungan logik, dan saling hubungan
antara perenggan yang didapati daripada perkataan, penanda wacana atau pangkal
ayat seperti: Pertama, Kedua, Ketiga, Sebaliknya ... , Contohnya, Oleh itu, dan
sebagainya.
Tinggalkan bahagian yang kurang difahami untuk mengelakkan pembaziran masa dan
mengganggu kelancaran pembacaan.
Baca kali kedua untuk membantu mendapat maklumat mendapatkan tanggapan
pembaca tentang bahan memahami perkara yang kabur dalam bacaan pertama.
Lakukan proses merumus bacaan secara mental setelah bacaan kedua.
Mencatat isi untuk mendorong pembaca berfikir cergas untuk memahami dan
mengingat isi utama dan bahan yang dibaca.

4.10.2 Teknik 5W1H

5W1H atau sering disebut sebagai soalan wartawan ialah teknik asas dalam banyak aktiviti
pembelajaran kemahiran bahasa, termasuk bacaan pemahaman. Penyoalan ini asas untuk
dikembangkan kepada penyoalan yang lebih kompleks. Soalan 5W1H dalam bacaan yang digalakkan
ialah penyoalan kendiri yang dilakukan murid untuk merangsang, memandu dan memantau
pembacaan sendiri secara aktif.

114

5W1H Who (W) - Siapa?
What (W) - Apa?
When (W) - Bila?
Where (W)- Di mana?
Why (W) - Mengapa?
How (H) - Bagaimana?

Contoh soalan 5W1H berdasarkan suatu topik daripada cerita fiksyen.

Who - Siapakah watak utama dalam cerita ini?
What - Apakah kejadian yang menimpa watak utama ini?
When - Bilakah kejadian itu berlaku?

Where - Di manakah kejadian itu berlaku?

Why - Mengapakah kejadian ini berlaku?

How - Bagaimanakah kejadian ini dapat diselesaikan?

Langkah Teknik 5W1H

Kemukakan enam soalan ini yang berkaitan dengan topik atau bahan yang dibaca pada
waktu sebelum, semasa dan selepas pembacaan supaya bacaan sentiasa secara aktif dan
terarah.

Catat soalan dan jawapan kepada soalan-soalan tersebut sepanjang pembacaan.

Kemukakan soalan-soalan tambahan yang sesuai untuk meneroka bahan bacaan secara
intensif dan mengukuhkan pemahamannya tentang bacaan tersebut.

4.10.3 Teknik THRILD

THRILD ialah akronim kepada:

T: Title (Tajuk)
H: Heading (Tajuk kecil)
R: Read (Baca dan ringkaskan perenggan pertama)
I: Illustrations (Ilustrasi)
L: Last paragraph (Baca dan ringkaskan perenggan akhir)
D: Discussion (Bincangkan soalan)

115

THRILD ialah teknik yang digunakan pada setiap awal bab dalam teks, sebelum pembacaan sebenar
berlaku. THRILD ialah teknik prabacaan (sebelum bacaan secara mendalam) yang menyediakan
kerangka pemikiran kepada maklumat baharu. Teknik ini bertindak sebagai penyusun bab,
mengaktifkan pengetahuan sedia ada dan menyediakan konteks kepada perkara yang hendak
dibaca.

Langkah-langkah dalam teknik THRILD

1. Imbas bab dan tulis tajuk dan semua subtajuk.
2. Baca perenggan pendahuluan atau pengenalan dan rumuskan maklumatnya.
3. Baca perenggan akhir dan rumuskan maklumatnya.
4. Catat kata kunci atau rangkai kata tentang idea utama setiap perenggan.
5. Imbas soalan perbincangan (soalan yang disertakan pada hujung bab).
6. Pilih tiga daripada soalan tentang perkara yang ingin diketahui lebih lanjut oleh pembaca.

Contoh Borang THRILD

Nama: ………………………………… Tarikh: ………………..

THRILD bagi Tajuk: ……………………………………………

Senarai Tajuk Kecil:

1. …………………………..
2. …………………………..
n. …………………………...
Rumusan Perenggan Pendahuluan:

……………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………..

Rumusan Perenggan Penutup:
……………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………..

Tiga soalan yang ingin diketahu lebih lanjut:
Rajah 27: Contoh Borang THRILD

1.……………………………………………
2.…………………………………………...
3.……………………………………………

116

4.10.4 Teknik paragambar

P: Preview (Tinjau)
A: Analyze (Analisis)
R: Read (Baca)
A: Accent (Gambarkan)

Paragambar ialah aktiviti membaca perenggan secara aktif dan mendapatkan semula maklumat
dengan merumuskan idea atau isi penting pada ruang tepi bacaan. Teknik ini menekankan
perwakilan pemahaman dengan menggunakan gambar kerana ‘satu gambar melambangkan seribu
perkataan.’ Paragambar dapat meningkatkan ingatan jangka panjang murid dan kemahiran
mendapatkan maklumat, serta sesuai bagi murid yang cenderung kepada visual.

Langkah teknik paragambar
1. Baca petikan untuk menentukan isi kandungan yang penting.
2. Tentukan kedudukan dan serlahkan maklumat yang perlu untuk memahami kandungan
petikan.
3. Baca semula perkara yang dianalisis dan telah diserlahkan.
4. Lukis gambar yang menyimpulkan maklumat yang diserlahkan pada ruangan tepi (margin).

4.10.5 Teknik tanda QUACK
Teknik ini menggalakkan pembacaan secara aktif kepada teks yang berbentuk fakta, membuat
pertimbangan terhadap maklumat, dan menandai maklumat yang tertentu.
Maksud QUACK

Q: Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata
dan idea yang kabur dan tidak difahami

U: Underline (Garisi) menggaris takrif
A: Asterisk (Asterik) meletakkan tanda * pada maklumat atau idea yang

penting atau menarik
C: Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi penting.

Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci
K: (biasanya berhuruf tebal atau condong)
Membaca, khususnya teks yang sukar, suatu proses yang meletihkan. Teknik ini memerlukan
pembaca menggaris, membulatkan dan meletakkan beberapa tanda lain yang sesuai pada teks. Oleh
itu, pembaca dapat mengekalkan tumpuan seterusnya membantu pemahaman mereka.

117

4.10.6 Teknik tanda ACID

Teknik ini menggalakkan pembaca membaca teks secara aktif. Interaksi dan fokus pembaca dengan
teks dikekalkan kerana pembaca perlu membuat pertimbangan terhadap bentuk dan maklumat yang
dibaca.

A: Agree (Bersetuju)
C: Confusing (Mengelirukan)
I: Interesting (Menarik)
D: Disagree (Tidak bersetuju)

Tidak semua yang dipaparkan dalam sesuatu sumber media dan teks sempurna, bahkan banyak
kandungan teks yang sangat subjektif dan perlu dibaca dengan peka. Teknik ini menggalakkan
pembaca menimbang dan membuat keputusan sama ada suatu maklumat itu dipersetujui, tidak
dipersetujui, menarik atau mengelirukan pembaca. Teknik ini boleh disekalikan dengan QUACK, iaitu
teknik menandai isi penting.

Teknik ini sesuai untuk membaca teks yang berbentuk pandangan, kontroversi dan penghujahan
seperti lidah pengarang, ruang polemik pembaca atau kolum khas penulis.

Langkah teknik tanda ACID

ACID terdiri daripada dua bahagian: (i) ACID dan (ii) 3 tanda berasingan

1. Semasa membaca, tanya diri anda sama ada anda:

 B - Bersetuju (Agree)
 K - Keliru (Confuse)
 M- Menarik (Interesting)
 Tidak bersetuju (Disagree)

2. Tandakan B, K, M dan T di tepi halaman pada isi yang berkenaan.
3. Kemudian, berikan tanda bulat, bintang (*) atau garisan atau kurungan “( _______ )”.
4. Petunjuk pandangan pembaca seperti bersetuju dan lain-lain boleh dijadikan asas perbincangan.

4.10.7 CHATT

Akronim CHATT

C: Circle (Bulatkan kata kunci)
H: Highlight (Serlah atau garisi idea penting)
A: Asterisk (Tandakan asterik* pada isi sampingan/sokongan
T: Transfer (Pindahkan maklumat dalam borang CHATT)
T: Teacher (Guru memberikan rumusan tentang rekod murid dalam borang

CHATT)

118

Teknik ini menggalakkan pembacaan secara aktif dan pembaca berinteraksi dengan teks. Pembaca
juga perlu membuat pertimbangan terhadap maklumat dan menandai halaman yang dibaca.
Kekuatan teknik ini ialah guru dapat memberikan maklum balas terhadap nota murid dan
mengaitkannya dengan pelajaran.

Teknik CHATT sesuai digunakan apabila membaca teks yang kompleks dan padat, dan pembaca
dapat menyediakan nota pembelajaran untuk rujukan masa hadapan.

1. Pembaca menandai tiga tanda berikut:

 Membulatkan kata kunci atau istilah atau takrif penting dalam teks
 Menyerlahkan atau menggaris idea utama atau isi penting
 Menandakan asterisk kepada isi sampingan

2. Kemudian, murid memindahkan kata kunci, definisi, idea utama dan isi sampingan dan dalam
langkah pertama dalam Borang CHATT. Bagi definisi, lakarkan imej yang bersesuaian.

3. Akhir sekali, guru memberikan rumusan atau komen tentang perkara yang direkodkan oleh
murid dalam Borang CHATT.

Nama: …………………………… Tarikh: …………………..

Topik: …………………………………………………….

Kata Kunci/Istilah Imej (Definisi) Definisi

………………………………………… ……………………………………………………
………...……………………………… ……………………………………………………
… ……………………………

Idea Utama Idea Sampingan

………………………………………………………………… ……………………………………………………………
………………………………………………………………… ……………………………………………………………
………………………………………………………………… ……………………………………………………………
…………………………....................................... …………………………….............................

Rumusan Guru:

………………………………………………………………………………………………………………………………………
.……………………………………………………………………………………………………………………………………

Rajah 28: Borang CHATT

Rumusan Guru:
………………………………………………………………………………………….. 119

…………………………………………………………………………………………..

4.10.8 Teknik Bacaan KWLH

Teknik KWLH diperkenalkan oleh Donna Ogle (1986). Teknik ini ialah kembangan daripada teknik
KWL. Pada peringkat permulaan, guru boleh memperkenalkan teknik KWL terlebih dahulu. Teknik ini
digunakan untuk menjana pemikiran yang aktif melalui pembacaan secara kritis. Hal ini dilakukan
dengan mengaktifkan pengetahuan lalu atau sedia ada untuk mendapatkan pengetahuan baharu,
kemudian murid membina soalan untuk memenuhi tujuan bacaan serta memantau pemahaman
mereka.

a. Maksud KWLH

K (what we know) Perkara yang sudah diketahui sebelum membaca
W (what we want to know) Perkara yang hendak diketahui sebelum membaca
L (what we learned) Perkara yang dipelajari selepas membaca
H (how you want to learn) Cara untuk mendapat maklumat tambahan yang ingin
diketahui dapat dipelajari (melalui bacaan seterusnya)

(b) Tujuan Teknik KWLH

Mengaitkan pengetahuan/pengalaman sedia ada dengan teks yang dibaca
Mengenal pasti perkara yang sudah dipelajari dan perkara tambahan yang perlu diketahui
lagi
Menentukan maklumat tambahan
Mengetahui maklumat semasa

120

(c) Langkah bacaan menggunakan teknik KWLH

Yang berikut ialah contoh pengurusan grafik yang digunakan dalam teknik KWLH. Pengurusan
grafik ini terbahagi kepada empat lajur.

K (yang telah W (yang ingin L (yang telah H (Bagaimana
diketahui) diketahui) dipelajari) mengetahui
yang lain)

Rajah 29: Pengurusan Grafik KWLH

Lajur K

1. Aktiviti bermula dengan murid berfikir dengan menjalankan sumbang saran tentang semua
yang diketahui oleh mereka tentang tajuk bahan bacaan atau teks.

2. Murid juga membincangkan perkataan, istilah atau frasa yang berkait dengan topik. Maklumat
ini dicatat dalam lajur K carta KWLH. Hal Ini dilakukan sehingga murid kehabisan idea.

3. Guru boleh menyediakan soalan mencungkil untuk membantu dan mendorong murid
memulakan perbincangan tentang idea mereka. Contohnya, "Cuba beritahu perkara yang
anda tahu tentang ....."

4. Galakkan murid untuk menjelaskan perkaitan antara idea-idea mereka khususnya idea yang
tidak jelas atau luar biasa. Tanya, "Apakah yang menyebabkan anda berfikiran begitu.

5. Kemudian, murid menghasilkan senarai soalan mengenai maklumat yang ingin diketahui
mereka tentang topik tersebut. Soalan ini disenaraikan dalam lajur W.

Lajur W

1. Tanya murid perkara yang ingin dipelajari oleh mereka tentang topik tersebut. Murid
mencatat soalan-soalan dalam ruangan W. Lakukan sehingga murid kehabisan idea.

2. Tanya beberapa soalan lain untuk menjana idea untuk diisi di dalam ruang W. Jika murid
menunjukkan respons, tanya soalan seperti "Apakah yang anda mahu belajar tentang topik
ini". Jika murid menghadapi masalah untuk mengemukakan idea atau menyatakan "tidak
tahu apa-apa," cuba mengemukakan soalan yang seterusnya, seperti "Apakah yang anda
fikir tentang topik ini?”

Lajur L

1. Murid kemudiannya melakukan pembacaan. Selepas membaca teks, murid mengisi lajur L
dengan menjawab soalan yang telah disenaraikan oleh mereka dalam lajur W. Jawapan ini
menggunakan maklumat baharu yang telah dipelajari oleh mereka melalui pembacaan teks
tadi

121

2. Selain menjawab soalan-soalan di lajur W, murid digalakkan menulis perkara menarik dalam
lajur L. Untuk membezakan jawapan kepada soalan mereka, letakkan tanda pembeza,
misalnya lambang bintang bagi idea yang didapati menarik.

Lajur H

1. Walaupun selepas membaca dengan teliti, tidak semua soalan murid dalam lajur W
terjawab. Hal ini kerana fakta atau maklumat bagi soalan itu tidak terdapat dalam teks.
Murid diminta merujuk dan membaca bacaan tambahan daripada sumber lain (internet,
buku, guru, pakar) untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan yang jawapannya tiada
dalam atau melangkau teks. Secara umumnya langkah dalam KWL memadai untuk
menjawab soalan pemahaman, namun langkah dalam H akan meluaskan pembacaan murid
dan membantu untuk soalan yang berbentuk refleksi.

Contoh carta KWLH yang telah dilengkapkan oleh murid melalui aktiviti bacaan teks tentang graviti.

Jadual 17: Contoh Pengurusan Grafik KWLH yang telah dilengkapkan

K (tahu) W (ingin tahu) L (dipelajari) H (cara mendapatkan
maklumat lain)

Graviti menghalang Apakah graviti? Graviti ialah daya yang menarik Mencari maklumat di

kita daripada terapung Mengapakah kurang objek ke arah bumi. internet atau buku

di sekeliling. graviti di bulan? Kekuatan graviti bergantung rujukan tentang:

Graviti membuat Apakah faktor yang pada berat objek.

sesuatu jatuh. menentukan kadar Saiz bulan lebih kecil daripada Bagaimanakah Newton

Terdapat kurang graviti kelajuan sesuatu jatuh ke bumi, maka gravitinya lebih menemui graviti?

di bulan. tanah? rendah berbanding bumi. Mengapakah graviti

Isaac Newton Rintangan udara menentukan berlaku?

menemui graviti. Perkara yang menarik: kelajuan sesuatu akan jatuh ke Apakah kesannya jika

Bagaimanakah Newton tanah. tiada graviti

menemui graviti?*

Nota: * Perkara/ fakta yang menarik dalam teks yang dibaca

4.10.9 Teknik bacaan SQ4R (Survey-Question-Read-Record-Recite-Reflect)

Teknik ini ialah adaptasi daripada teknik SQ3R (Survey-Question-Read- Recite-Review). Teknik
SQ4R dipelopori oleh Pauk (1984) sebagai satu teknik pembacaan untuk meningkatkan keupayaan
memahami teks yang dibaca dalam masa yang lebih singkat tetapi menyeluruh.

a) Maksud SQ4R

SQ4R melibatkan lima langkah, iaitu surveying (meninjau), question (menyoal), reading
(membaca), recording (mencatat), reciting (menyatakan kembali), dan reflecting (membuat
refleksi). Teknik mengambil kira strategi sebelum semasa dan selepas, serta strategi
kognitif, sokongan dan metakogitif.

122

Rajah 30: Teknik SQ4R

b) Langkah bacaan menggunakan teknik SQ4R

Meninjau

Tinjauan ialah satu cara untuk mendapatkan pandangan sebelum memulakan pembacaan. Langkah
tinjauan awal yang memakan masa 15 hingga 30 minit kepada 1 hingga 3 minit. Perkara yang
ditinjau ialah:

Tajuk bab
Rangka kasar bab
Pengenalan
Tajuk utama
Subtajuk kecil
Ringkasan bab
Perenggan pengenalan dan akhir
Sebarang soalan ulang kaji atau soalan perbincangan, tip dan grafik

Menyoal

Dalam langkah menyoal, pembaca dikehendaki memberikan perhatian kepada proses berikut:
 Tukarkan tajuk, tajuk kecil petikan atau kapsyen kepada bentuk soalan.
 Baca soalan pada akhir petikan atau bab (jika ada).
 Bentuk soalan untuk membuat tinjauan terhadap gambaran keseluruhan teks.
 Tanya diri anda tentang apa-apa yang pernah diperkatakan atau dibincangkan oleh
guru/sumber lain tentang topik/subtopik tersebut. Catatkan ini sebagai soalan.
 Tanya diri anda tentang perkara yang anda ketahui atau baca tentang topik/subtopik
tersebut. Catatkan ini sebagai soalan.

123

Membaca

Dalam langkah membaca, kita memberikan perhatian untuk menjawab soalan-soalan yang telah
dibina dalam langkah 2 (menyoal). Langkah dalam bacaan ialah:

Cari jawapan kepada soalan pada awal dan akhir bab pertama yang dibina.
Baca semula nota di bawah gambar, rajah dan lain-lain.
Beri perhatian kepada perkataan dan rangkai kata yang digarisi, ditulis condong dan ditulis
tebal.
Jawab soalan, dan teliti bimbingan, panduan, grafik dan sebagainya
Lambatkan kelajuan bacaan pada bahagian bacaan yang sukar difahami
Baca semula bahagian yang kabur.
Baca satu bahagian pada satu masa dan catat selepas setiap bahagian.

Mencatat
Mencatat ialah langkah untuk memilih dan membuat catatan di bahagian tepi petikan. Catatan ini
dijadikan panduan untuk menyatakan kembali isi dalam bab atau petikan. Oleh itu, nota ringkas
membantu pembaca menyemak inti pati perkara yang dibaca.

Menyatakan Kembali

Menyatakan kembali bermaksud melafazkan semula catatan yang dibuat di sebelah tepi petikan
menggunakan perkataan sendiri. Proses ini mengukuhkan lagi penguasaan terhadap teks dan
membantu mengingat perkara yang dibaca.

Membuat Refleksi

Membuat refleksi atau merenung atau memikirkan cara menggunakan idea yang telah dibaca
dalam petikan. Semasa membuat refleksi, pembaca menghubungkaitkan antara bab, atau antara
maklumat baharu dengan maklumat yang sedia diketahui dengan teliti. Pembaca juga mungkin perlu
mengulang pembacaan sekiranya ada bahagian tertentu dalam teks yang masih tidak jelas.

124

4.10.5 Teknik bacaan RADAR
Teknik RADAR direka oleh Martin (1983). Teknik ini membolehkan murid menghubungkaitkan apa-
apa yang diketahui dengan perkara atau situasi yang baharu. Lima aspek dalam RADAR adalah
seperti yang berikut.

RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baharu dan mengaitkannya dengan pengetahuan
yang sedia diketahui. Melalui teknik ini, murid dapat membandingkan konsep yang akan dipelajari
dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka.
Langkah teknik RADAR

Rajah 31: Teknik RADAR

125

4.9.11 Teknik bacaan REAP (Read-Encode-Annote-Ponder)

Teknik bacaan REAP diperkenalkan oleh Eanet dan Manzo (1976). Teknik ini menekankan strategi
bacaan untuk membina pemikiran kritis dalam kalangan murid.

Maksud REAP:

Read (R) - Baca
Encode (E ) - Terjemahkan idea
Annote (A) - Catat berdasarkan pentafsiran
Ponder (P) - Fikirkan

Teknik REAP bertujuan untuk:

Meningkatkan kemahiran meringkaskan pembacaan dengan membantu pembaca
mentafsirkan idea pengarang dengan menggunakan perkataan sendiri.
Membina kemahiran menulis untuk membantu mengingati idea daripada
pembacaannya.

Langkah-langkah REAP

1. Membaca
 Membaca dan memahami teks yang dibaca
 Memilih idea utama yang disampaikan pengarang

2. Mengekodan
 Menerapkan idea yang disampaikan mengikut kefahaman dengan
menggunakan perkataan sendiri

3. Menganotasi
 Mencatat berasaskan tafsiran daripada pembacaan
 Jenis anotasi/catatan: memberikan makna (heuristik), kesimpulan
(penjelasan lanjut), senarai soalan yang perlu dijawab, saranan (persepsi
pembaca tentang tujuan pengarang, kritis (pendirian pembaca,
bersetuju, berkecuali)

4. Memikirkan
 Memproses mesej yang disampaikan oleh penulis
 Memikirkan sama ada mesej dapat disesuaikan dengan pengetahuan
sedia ada
 Menganalisis teks secara kritis dan mendalam

Rajah 32: Teknik REAP

126

4.10.12 Teknik PMIT

PMIT ialah akronim bagi Pelajaran Membaca Inferens Terancang. Inferens bermaksud membuat
kesimpulan atau rumusan tentang idea-idea penting yang dibaca. Proses membuat inferens
daripada pembacaan ialah satu unsur kemahiran berfikir aras tinggi. Inferens dilakukan dengan
mengintegrasikan idea dalam teks dengan idea yang sedia ada dalam pemikiran murid. Tafsiran
terhadap maklumat dalam teks menentukan mutu inferens sama ada betul atau tidak. Inferens tidak
diterima jika idea yang diberikan itu tiada dalam teks ataupun menyimpang.

Langkah teknik PMIT

Guru menyediakan dan mengedarkan senarai kenyataan kepada murid daripada teks yang
dibaca oleh mereka. Sebahagian kenyataan itu berbentuk tersurat (eksplisit) manakala
sebahagiannya lagi tersirat (implisit).
Murid membaca senarai kenyataan yang disediakan, kemudian membaca teks yang telah
dikaji maknanya.
Guru menyoal murid untuk mengenal pasti dan membezakan kenyataan yang eksplisit dan
yang implisit.
Guru berbincang murid untuk menentukan kenyataan yang berbentuk implisit berdasarkan
perkataan dalam teks yang telah dibaca.
Murid sekali lagi membaca kenyataan yang disediakan guru dan membaca teks.
Murid mengenal pasti dan membezakan kenyataan yang menyokong dengan kenyataan
tidak menyokong inferens.
Guru dan murid berbincang untuk menyemak inferens yang betul (menyokong) dan inferens
yang salah (tidak menyokong).

4.11.1 Kaedah bacaan berpasangan

Aktiviti bacaan dijalankan secara berpasangan.
Seorang daripada pasangan murid membaca kuat.
Selepas membaca, rakan pasangan perlu bertanyakan soalan tentang perkara yang dibaca
dengan pencetus (prompt) seperti soalan apa, siapa, di mana, bila, dan mengapa.
Kemudian, mereka bersama-sama memparafrasa perkara yang dibaca dan cuba mencapai
kesepakatan dengan membuat rumusan.
Langkah ini diulang secara bergilir dengan pasangan murid pula membaca.

4.11.2 Kaedah bacaan timbal balik

Kaedah bacaan timbal balik (reciprocal) dapat meningkatkan kefahaman dan menggalakkan murid
berinteraksi dengan bahan yang dibaca. Pembacaan ini melibatkan proses membuat pertimbangan
tentang jenis maklumat dan menandai petikan untuk:

Merumuskan idea utama
Memahami makna kosa kata dan idea
Membina soalan bagi idea utama
Meramal perkara yang akan berlaku
Memberikan respons peribadi

127

Bacaan timbal balik menggalakkan pelibatan aktif dalam pembacaan untuk meningkatkan
pemahaman, kosa kata, ingatan terhadap maklumat dan membina kemahiran kolaborasi. Sesuai
untuk pembacaan bahan fiksyen dan bukan fiksyen.

Langkah kaedah bacaan timbal balik

1. Guru kelas membaca kuat bahagian tertentu petikan dan menjalankan langkah pengajaran
menyoal dan menjelaskan untuk (i) memahami perkataan, istilah, ungkapan dan teks; (ii)
mendapatkan idea utama; (iii) merumus petikan; (iv) meramal perkara tindak ikut
menggunakan input murid; dan (v) memberikan respons tentang petikan, contohnya
‘apakah tindakan anda sekiranya …..’.

2. Setelah selesai, murid dibahagikan secara berpasangan atau kumpulan kecil dan setiap ahli
kumpulan diberikan saiz pembacaan yang ditetapkan (contohnya, dua perenggan), dan
berbeza antara ahli kumpulannya (rujuk rajah berikut).

3. Seorang murid daripada setiap kumpulan bergilir-gilir memainkan peranan guru kepada
rakan dalam kumpulannya dengan mengulangi langkah ‘mengajar’ yang dilakukan oleh guru
kelas sebelumnya

Kumpulan A Kumpulan B

Murid bergilir- M1 M1
gilir menjadi M2 M3 M2 M3
guru kepada ahli
kumpulannya M4 M4

M1 M1
M3 M2 M3

M2 M4
M4 Kumpulan D

Kumpulan C

Rajah 33: Kaedah Bacaan Timbal Balik

Kemahiran bacaan pemahaman yang berkesan dalam kalangan murid dapat dicapai sekiranya guru
dapat mengajarkan strategi, kaedah dan teknik bacaan berdasarkan tugasan yang diberi. Item dalam

128

pentaksiran PISA menguji pemahaman pada aras mendapatkan maklumat hinggalah membuat
menilai dan membuat refleksi. Keupayaan murid menggunakan strategi dan teknik yang pelbagai
semasa membaca dan memahami pelbagai teks dapat membantu murid menjawab soalan-soalan
pemahaman termasuk yang menguji pemikiran aras tinggi.

129

RUJUKAN

1. Anderson, R.C. & Pearson, P.D. (1984). “A schema-theoritic view of basic processes in
reading comprehension’ dlm. Pearson, P.D. (Ed.), Handbook of Reading Research, hlm. 255-
291. New York: Longman.

2. Barrett T.C, 1972, Taxonomy of reading comprehension, dlm. Reading 360 Monograph.
Lexington, MA: Ginn, A Xerox Educational Company.

3. Bloom, B. (1956). Taxonomy of Educational Objectives: Cognitive Domain. New York:
McKay.

4. Grellet, Francoise. (1981). Developing Reading Skills. Cambridge, UK: Cambridge University
Press.

5. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

6. Kementerian Pendidikan Malaysia. (Julai, 2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

7. Kementerian Pendidikan Malaysia. (Julai, 2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

8. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM
Tingkatan Empat Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

9. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM
Tingkatan Tiga. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

10. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025)

11. Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

12. Marohaini Yusoff, (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

13. OECD (Organization for Economic Co-operation and Development (2002), Sample Tasks from
the PISA 2000 Assessment: Reading, Mathematical and Scientific Literacy, OECD, Paris.

14. Ogle, D.M., (1986). “K-W-L: A Teaching model that develops active reading of expository
text” dlm. Reading Teacher, 39(6), hlm. 564-570.

130

15. Raphael, T.E. & Au, K.H. 2005) ‘Enhancing comprehension and test taking across grades and
content areas’, The Reading Teacher, 59, hlm.206-221.

16. Roe,B.D., Stoodt, B.D., & Burns, P.C.(1978). Reading Instruction in Secondary School. Boston:
Houghton Mifflin Co.

17. Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. Keberkesanan Strategi Metakognisi dalam Pengajaran
Bacaan dan Kefahaman Menggunakan Teks Ekspositori dlm. GEMA Online® Journal of
Language Studies, volume 13(3), September 2013.
http://ejournal.ukm.my/gema/article/viewFile/4225/2342

18. Pembentangan Laporan Pencapaian Malaysia dalam PISA 2012, (tidak diterbitkan) Bahagian
Penyelidikan Penilaian dan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

19. Annex A1 –Print reading sample tasks dipetik daripada
http://www.oecd.org/PISA/pisaproducts/PISA%202009%20reading%20test%20items.
pdf

20. Asking Effective Questions dlm. Capacity Building Series, Edisi Khas #21, Julai 2011
21. Baker & Boonkit (2004). Language learning strategies among EFL/ESL Learners
22. http://www.ijhssnet.com/journals/...20.pdf
23. Janzen,J. (2003). Developing strategic reader in elementary school, Reading Psychology,

vol. 24 – issue 124:25-55 http://www.reading.ccsu.edu/
24. PISA 2015 Draft Reading Literacy Framework
25. http://www.oecd.org/PISA/pisaproducts/Draft%20PISA%202015%20Reading%20Fra

mework%20.pdf
26. Take the Test – Sample Questions from OECD’s PISA Assessments

http://www.oecd.org/PISA/pisaproducts/Take%20the%20test%20e%20book.pdf
27. Sheorey, R. & Mokhtari, K. (2001). Differences in the metacognitive awareness of reading

strategies among native and non-native readers. Journal of Educational Psychology, 94, (2)
249).
28. http://www.ijhssnet.com/journals/...20.pdf
29. Zare & Othman (2013) ‘The relationship between reading comprehension and reading
strategies use among Malaysia ESL learners’ dlm. International Journal of Humanities and
Social Science Vol.13 No.13; Julai 2013. http://www.ijhssnet.com/journals/...20.pdf

131

GLOSARI

Inferens
Kemahiran membuat telahan atau kesimpulan tentang teks berdasarkan maklumat yang
terdapat dalam bahan yang dihubungkaitkan dengan pengalaman yang lalu.

Literasi
Kebolehan yang merangkumi kebolehan mendengar, bertutur membaca, menulis dalam
pelbagai konteks serta kebolehan lain yang diperlukan bagi pembangunan diri dan
membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat secara berkesan, seperti amalan
kemahiran berfikir, teknologi maklumat dan komunikasi, kepelbagaian budaya dan sebagainya.

Metakognisi
Kebolehan seseorang untuk merancang, membuat pemantauan dan menilai aktiviti pemikiran
atau keputusan. Metakognisi terletak di lingkaran luar kemahiran kognitif.

Konstruktivisme
Aliran pemikiran yang berpegang bahawa pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif
berdasarkan pengetahuan sedia ada. Murid membina makna dan pemahaman dengan
mensintesiskan pengalaman baharu dengan perkara yang telah difahami oleh mereka
sebelumnya.

Penaakulan
Proses membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama
untuk meningkatkan keberkesanan membuat tafsiran, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan,
kesimpulan serta membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Pendekodan
Proses menukarkan mesej kepada pelbagai lambang yang dapat difahami oleh penghantar
mesej dan penerima mesej sahaja.

Pentaksiran
Proses untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan
sama ada secara formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran untuk
mendapatkan bukti yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman
tentang sesuatu produk pendidikan.

Refleksi
Proses pemikiran refleksi semasa tindakan ialah proses melihat semula dan memikirkan
permasalahan yang wujud untuk memahami situasi, manakala refleksi terhadap tindakan ialah
proses merenung kembali proses pemikiran dan menganalisis situasi sebelum merancang
tindakan susulan.

132


Click to View FlipBook Version