The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36320188, 2023-08-13 22:20:42

LEBIH BAIK CEGAH : MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA

Pertandingan Buku Skrap PPDa 2023

Keywords: #buku skrap,#PPDa

WAN NOORDANISH IQBAL BIN WAN NOORASRIZAL NAIM HANIF BIN NASRI NUR EILEEN HANA BINTI TAUFIQ ADEL SK (1) SELAYANG BARU BBB7305 TAHUN 6 EUREKA 2023 ZAHARAH BINTI ZAHARIMAN - GURU B.ARAB


Dadah adalah bahan kimia yang amat berbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana dadah boleh mengubah cara minda manusia berfungsi D A D A H CONTOH DADAH KESAN BURUK DADAH


Minuman beralkohol mengandungi etanol, iaitu sebatian yang tergolong dalam kumpulan dadah yang boleh menindas fungsi sistem saraf pusat. CONTOH ALKOHOL KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL A L K O H O L


Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm (berlainan mengikut negara). CONTOH ROKOK R O K O K


Perkataan "vape" berasal daripada perkataan slang bahasa Inggeris untuk "vaporizer" iaitu alat yang digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan campuran rokok lain. CONTOH VAPE V A P E


Inhalan adalah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat. CONTOH INHALAN I N H A L A N


HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. CONTOH GEJALA HIV AIDS H I V A I D S


Oleh itu, program PPDa ini dapat memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa akan bahaya dadah, alkohol, vape, rokok, inhalan dan HIV AIDS agar mereka menjauhinya. Berupaya menjadi murid yang ceria , guru bahagia dan sekolah bitara selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesimpulannya terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan penyalahgunaan dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV AIDS dapat dibendung penularannya. Pepatah Melayu mengatakan, mencegah lebih baik dari mengubati. Dalam hal ini, semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar perkara ini dapat ditangani dengan berkesan. Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita. kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV AIDS yang berbahaya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Zaharah Binti Zahariman selaku guru PPDa sekolah saya kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan buku skrap digital ini. Terima kasih juga kepada ibu dan abang saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih. PENUTUP PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version